6.6.11

Sekurang-kurangnya.

Kalau nak ikutkan mood sedih aku, memang aku malas nak menulis terus. Baru-baru ni harta benda aku kena kibab time solat Maghrib kat Surau Sogo. Purse, handphone, iPod aku semua lesap.

Aku cuai. Optimis sangat. Aku fikir yang masuk ke rumah ibadat semuanya ada matlamat yang sama nak masuk syurga. Kecewa betul aku.

Tapi bila difikir-fikirkan balik, kejadian buruk yang menimpa-nimpa ni macam sengaja Tuhan kasi aku semacam latih tubi untuk aku belajar bersabar, belajar redha. Menangis memang menangis lah. Aku bukan gagah sangat pun nak menghadap kehilangan bertimpa-timpa. Tapi, sekurang-kurangnya aku redha.

Itu satu.

Duanya, baru-baru ini juga, aku dah boleh faham lagi sedikit sebanyak ragam manusia sepanjang aku hidup di dalam fasa yang serba susah ni. Ada yang datang menawarkan pertolongan dari segi air liur atau bil eletrik on komputer sebab nak chat ngan aku. Ada yang kata nak tolong, dengan pendekatan yang aku tahu dan rasa ikhlas. Ada yang kata nak tolong, padahal hanya nak tau cerita kemudian membuat spekulasi buta tuli macam kau lah yang sedang menghadap apa yang aku hadap sekarang ni. Ada yang betul-betul ikhlas simpati. Ikhlas nak berkongsi. U know who u are. Terima kasih. :)

Instinct beb instinct.

Nak cakap aku selalu fikir yang bukan-bukan pun tak boleh jugak.

Umur aku 26. Umur kau mungkin lah lima enam tahun lebih tua dari aku. Tapi aku bukannya anak yang dengar sangat cakap mak abah dia dulu. Bukannya jenis duduk diam-diam dalam rumah, lepas sekolah terus masuk universiti, berkawan dengan budak-budak sekampus sahaja dan lepas habis belajar, bekerja dan sudah mempunyai rutin bosan yang dipercayai membanggakan, kemudian end up hidup aku dengan alam perkahwinan.

Banyak pahit getir yang aku dah lalu. Ini bukan kali pertama.

Walau kau tak hadapi kesusahan seperti aku sekarang ni, tak bermakna takdir hidup kau dah sampai ke garisan penamat. Aku tahu dan cukup sedar akan kaitan keadaan aku sekarang ini dengan dosa pekat aku dulu. Tapi, walau kau tak menghadap fasa susah macam aku sekarang ni, tak bermakna kau tu tak ada dosa untuk Tuhan balas kat dunia. Come on..

Bukan ke hidup ni, memang macam roda? Hmm?


Apa pun, hope Allah murahkan rezeki aku nak ganti beli lagi satu iPod untuk Sabrina. Sian dia. Aku sedih iPod aku hilang sebab mengenangkan Sabrina nak main game je. 

P/S: Kot-kot terjumpa orang guna iPod siri number CCQDPWGJDCP9, 32 Gig, Kat belakang ada kesan gigitan Sabrina, inform lah aku. Mungkin dia terbeli iPod curi. Atau mungkin dia yang terambik iPod aku. 


19 comments :

Orang Jalanan said...

alhamdullilah semua ada hikmah. .kmu di timpa semasa dlm solat. .yea satu ujian dan ada hikmah. .aku di timpa bnda yang sama 1 bag hilang. .hbs kerja2 aku. .kad2 penting. .paling sedih cash gaji part time akuyg rm1 pun lom jamah..tapi tmpat kejadian kmu dgn aku beda antara syurga dan neraka. .yea aku sedar dan dpt hikmah. .

Salhah Suhot said...

selama ni jd silent reader je. kali ni terpanggil nak beri komen.kehilangan mengajar kite supaya redha. mungkin Allah nak ganti dengan sesuatu yang lebih baik, siapa tahu..(saya 2x hilang purse.geram betul.2x buat i/c baru, lesen baru, kad atm baru.. haish..duit terbang berganda. redha jelah..)

Khaleeqa Idrus said...

Semoga kak noe terus-terusan dikurniakan kecekalan dan ketabahan dalam menghadapi apa jua dugaan yang mencabar keimanan (:

Khaleeqa Idrus said...

Semoga kak noe terus-terusan dikurniakan kecekalan dan ketabahan dalam menghadapi apa jua dugaan yang mencabar keimanan (:

Syd Charice said...

Be strong,Noe..Allah turunkan hujan untuk kurniakan kita pelangi...:)

Lady RaRa non-illuminati said...

hang sabaq dan redha noe. Bab ujian tuhan kita anggap di hujung nanti ada ganjaran. Bab manusia, xpayah amek pot. Bkn semua org hati sama kita. Ada yg suka tgk kita susah. Perbabikan.

the hun said...

kifarah ni noe. ujian tu qada' Allah. rukun iman ENAM perkara. kalau kita tak percaya kepada qada' dan qadar, tak sabar, macam mana pulak kan?

banyak2 bersabar, aku tahu cliche, tapi itulah mungkin kunci kepada redha Allah.

apa2 pun, aku doa2kan kau jumpa barang sedikit ketenangan dalam semua ni.

Shima Abd Rashid said...

There's always light at the end of the tunnel...

Mizz Coki said...

Takpe. Barang curi panas kat tangan, tengoklah nanti kalau dia simpan pun grenti hilang!


Entri dah update! BOSS! MARI KITA JUMPA MIHA POGACNIK, NAK TAK?

Huda Ramlee said...

tuhan uji kita kerana Dia tahu kita mampu hadapinya..

isabelle said...

sabar ye.
itu je la yg termampu akak ckp.
i know it's hard.tapi mesti ada Allah dah janji sesuatu tu

NaD said...

aku pun penah hadapi situasi sama mcm ko noe. beg duit, hp, barang2 penting semua hilang.tapi satu je yg aku pikir,

"takpelah, biar ilang duit, ilang barang. tu semua boleh ganti balik. asalkan tak ilang anak"

then i feel better :)

mrs.spicy said...

i pernah kene curi purse ngan camera dalam surau mv. hbag xamik pulak. maybe hbag penuh ngan barang baby so berat. hurm..i pon cuai. biar jebag mase nak ambik air sembahyang. ingatkan orang yang tergerak hati masuk surau ni orang nak buat ibadah. rupenye nak mencuri. hurmmm

roeza said...

mmg takleh terima ade pencopet dalam surau...member pernah kena sekali kat surau the mall.satu beg lesap..
aish...

sabrina cute!

Susu said...
This comment has been removed by the author.
marina anakcikbob said...

officemate aku kena kat surau klcc.memang xsangka la masuk surau/masjid untuk mencuri. org zaman skg da xde rasa takut. sabar la ye..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kakak kuat. Semoga lebih kuat, lebih tabah.

:')

♥naematulsaadahismail♥ said...

sabaq noe..kat mana sekalipun payah nak letak harap.semoga lepas ni kau lebih berhati2..anggap je ni satu pengajaran atau tebusan atas silap yg penah kau lakukan.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kau.. aku pun dh 2kali hilang barang bernilai..pasti ada hikmah di sebalik tiap yang berlaku

Hell Torres said...

iPod tu tak setup dengan Mobile Me?
boleh detect kat mana iPod tu... tak 100% accurate tapi at least boleh tau kat mana pencuri tu stay atau jual iPod anda..