7.6.11

Tiger Mother; Tegas atau Bebas?

NOTE: Advertorial

Baru-baru ini aku terjun masuk ke Friso Gut FB page dimana di situ berlansungnya debat tentang corak pendidikan anak-anak. Satu debat intelektual yang menarik untuk diikuti. Kamu juga boleh turut serta ke sana.

Sebenarnya sejak aku dikhabarkan oleh dua garis bar pregnancy test lagi aku dah mula mempersoalkan diri aku; sama ada mampukah aku menjadi seorang ibu yang boleh mendidik anak menjadi seorang manusia, yang manusia.

Membesarkan, itu perkara lain. Ilmu yang kau senang-senang boleh praktikan hatta secara turun temurun. Melalui petua-petua. Lahir, susukan, cebok, pakai baju, perut kembung tepuk tepuk belakang badan, kalau sedu letak cebisan tisu basah kat dahi (haha).

Mendidik pula perkara lain.

Yang membezakan kita hari ini, adalah mungkin hasil didikan orang tua. Dan cara diri kita sendiri mengaplikasikan didikan murni mereka mengikut daya fikiran yang baligh.

Dalam masyarakat Cina, mereka percaya akan semangat Harimau (Tiger Mother) dalam cara didikan anak masing-masing. Harimau pada cara mereka ialah; kau kena garang macam harimau. Kau kena dapat semua A dalam setiap subjek. Tengok TV rancangan Dokumetari dan Dunia Jam 10 sahaja. Mesti belajar main Piano. Mesti jadi pemain Piano terbaik di Youtube dan seterusnya dipanggil menjadi artis jemputan Bens Fold Five misalnya. Mesti, mesti mesti. Auuum!

Berlainan dengan cara semangat Tiger Mother bagi kebanyakan ibu-ibu di barat. Sifat kebebasan harimau itu sendiri dipraktikkan dalam teknik mendidik anak-anak. Kebanyakkannya mereka akan perhatikan kelebihan dan kekuatan anak masing-masing sejak dari kecil lagi dan memberi dorongan sepenuhnya kepada mereka. Bagi mereka setiap minat itu mendatangkan kejayaan. Mungkin anak kau lemah akademik, tapi hebat memasak, so masuk Junior Master Chef misalnya. Atau pemain gitar terhebat. Atau penari Zapin Negara. Dan macam-macam lagi yang bertentangan dengan haluan budak skima yang berwajah ala-ala confirm berjaya di masa hadapan.


Jadi yang mana satu yang terbaik untuk kita dan anak kita? Dua dua ada pro dan kontra, kan?

Hal ini sedang diperdebatkan di Tiger Mother Facebook page. Kamu semua boleh klik di laman tersebut untuk turut serta dalam perbincangan intelektual ini.

Jom!

7 comments :

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Aku bila tengok emak2, atau ibu2 termasuk Puan Mulia (mak sendiri), aku tertanya2, apakah aku mampu menemui seorang lelaki untuk menjadi ketua keluarga, membawa gelaran isteri dan mungkin menjadi seorang ibu.

Aku sangat hormat dengan perempuan yang mengandung. Betapa membawa kandunagn berapa lama dan melahirkan.

Mungkin aku takkan mampu~

Lady RaRa non-illuminati said...

lord zara : semua orang sebelum akan rasa tak mampu..

tapi bila sampai masanya, hang akan lebih kuat dari yang hang jangka..

:)

Legasi Piston Pecah said...

betul tu..
tak semestinya pandai akedemik je boleh berjaya dalam hidup kot...

Che Lin said...

I v always wanted to start with (my child's education) copying sunnah and how the prophet did it. and I knw it's not easy considering that I m not as good as him. but can try anyway :-)

fard said...

Mampu atau tidak, atas kemahuan kita sendiri.. bak kata pepatah "Hendak seribu daya, kalau tidak seribu dalih". Semakin kita kuat kemahuan kita, kita akan menjadi semakin tabah menghadapinya.

Khairunnisa' said...

Apabila baca tentang Tiger Mother, mesti teringat buku yang ditulis oleh Amy Chan.

Nisa'

naddynad said...

noe pregnant lagi?