26.6.11

Yang sepatutnya

Kita beri mak abah kita segala daya yang kita mampu untuk membahagiakan hati perut mereka.

Walau ditimba air laut, didakap luas langit yang tinggi pun tidak cukup untuk kita balas jasa mereka kepada kita sejak kecil, tapi sekurang-kurangnya kita usahakan seumur hidup kita untuk berbakti kepada mereka.

Yang sedang belajar, kita usahakan sampai apa yang kita telaah itu membuahkan sesuatu untuk kita suapkan ke rongga mereka. Yang sedang bekerja, kita asingkan sebahagian wang untuk kita ukirkan senyuman di bibir tua mereka.

Bukan mewah untuk menunjuk-nunjuk. Tapi hanya nak menyenangkan hati perut. Mana yang mampu hantar mereka ke tanah suci, baguslah. Mana yang tidak, doakan mereka setiap kali mendirikan yang lima. Minta Allah jangan tempiaskan lansung dosa kita kepada mereka yang tidak tahu apa-apa lansung di belakang mereka dahulu. Atau dosa yang kita lakukan terangan di depan mereka. Mungkin mereka sudah menegur. Tidak mahu lebih-lebih sebab mereka sendiri takut terluka kalau kamu membantah.

Di usia kita yang semakin dewasa dan mereka yang semakin tua, sepatutnya kita lah yang menghulur kesenangan kepada mereka. Dalam kepala mereka hanya terfikir tentang benda yang ringan-ringan sahaja. Bukan lagi hal anak yang semakin menyesak dada. Bukan lagi berhadap dengan anak yang dah tua bangka tapi asyik sedut duit mereka sahaja.

Cuba tanam dalam diri maruah yang menggunung tinggi. Jangan mintak duit mak bapak walau apa pun terjadi. Kalau sekadar meminjam pastikan bayar secepat mungkin. Jadi lah manusia yang berpegang pada janji. Tak takutkah hutang bertukar menjadi sawa yang membelit nanti?

Berhijrahlah. Yang sepatutnya kita membahagiakan mereka. Menyenangkan mereka secara zahir atau batinnya. Atau kalau tak mampu sangat nak menyenangkan, sekurang-kurangnya jangan menyusahkan mereka lansung.

Tak susahkan?

9 comments :

oshinz said...

terima kasih atas nasihat mu kakak. akan semat dalam minda dan dalam hati juga.

afrohead said...

mwminta duit ibu bapa adalah perkara yang sangat memalukan.

Lady RaRa said...

ku sematkan sekarang juga, jadi azimat di malam hari..kupersembahkan, dan kusimpan..

amacam? adakah kedengaran meroyan???

ok, aku ingat mak aku dah tak sayang aku bila aku tua

tapi bila dia pakaikan aku stoking, pakaikan aku kasut, kancing bra aku, dan ikat rambut aku bila aku terlantar macam nak mati 2 malam lepas

aku rasa macam nak pi curik crown queen elizabeth bagi mak aku! tapi aku kensel bila tengok kat crown tu ada lambang salib!

takpa nanti aku beli tudung ariani bagi dia buat ganti crown..

Cik Mun said...

terima kasih kak.

Rezal Ishak said...

isk. susah sikit. tapi cuba.

Myra said...

I whole heartedly agree, for now tak dapat nk hulur dari segi finance tapi at least sy berusaha tak nak susahkan hati mereka. Altho kdg2 kena tegur apasal berahsia sgt, lol, teroverboard.

But seriously, its about time. Maybe bukan finance for now, but im doing it my way yg insyaAllah consciously halal :)

minta mudahkan urusan mereka dunia akhirat ;) :)

Ilhamny.com said...

insyallah.. sanggup ku berkorban nyawa sekalipun demi mak ngan abahku...

pulut coco said...

teguran yang sangat menusuk panah arjuna......

peringatan yang elok..molek

KimmiE86 said...

mintak share