6.7.11

Aku dah letih dengan PTPTN.

Dulu sewaktu mula-mula bekerja, dengan gaji yang sangat sedikit untuk meneruskan hidup selesa, aku gagahkan juga membayar sebulan sebanyak RM50. Pun masih lagi dihujani dengan surat amaran yang datang bulan demi bulan. Gaji aku betul betul sikit. Itu sahaja yang aku mampu, celaka.

Entah bila pula, sekali lagi peminjam PTPTN digemparkan dengan penambahan caj perkhidmatan di dalam hutang yang telah kami lakukan. Dengan selamba menambah caj perkhidmatan tanpa segan silu padahal dalam perjanjian yang aku buat semasa mula-mula dulu, tidak dinyatakan lansung akan kos-kos tambahan itu.

Menjelang tahun kedua bekerja, aku bekukan pembayaran hutang aku dengan PTPTN. Sebabnya aku nak berkahwin. Setiap bulan sampai waktu dapat gaji, aku akan asingkan sekurang-kurangnya RM500 untuk wang kerja kahwin. Sebab aku berkahwin guna duit sendiri. Bukan duit mak bapak.

Setahun aku abaikan PTPTN aku.

Masuk tahun ke tiga aku bekerja, aku sudah pun berkahwin. Dengan kadar kehidupan yang masih terumbang ambing, aku sambung semula membayar hutang PTPTN aku. Banyak sikit dari sebelum ini, RM150. Itu pun apabila aku periksa penyata, RM37 dari RM150 diambil sebagai caj perkhidmatan.

Tahu-tahu sahaja, aku periksa dalam September 2010, aku telah disenarai hitamkan untuk ke luar Negara. Mungkin kerana aku pernah tak bayar selama setahun. Jadi yang setahun sebelum dan setahun selepas punya bayaran mereka tak ambil kira. Biasalah, nila setitik, rosak lah susu sebelanga.

Tapi bila aku duduk berbual dengan rakan-rakan yang bakal bercuti ke luar Negara, yang tak pernah SATU SEN pun membayar PTPTN, dengan bangganya berkata mereka tidak disenarai hitam kan, aku jadi bengang. Bukan bengang dengan kawan lah. Tapi dalam cerita ni, memang aku bengang dengan PTPTN lah.

Pun aku usahakan juga nak keluar dari senarai hitam.

Aku hubungi talian Hotline PTPTN, bertanyakan tentang prosedur.

Aku diberitahu Pejabat PTPTN terdekat dengan aku, letaknya di KLsentral. Buka dari jam 8.30 am sehingga 5 pm.

“Lunch break hari Jumaat bukak tak?”


“Bukak, Cik”

Gagah aku menapak, naik LRT, ke KLsentral, seorang diri, dengan sengugut. Aku nak ikut suami aku bercuti ke Korea – semangat di dalam hati.

Sampai di pintu utama Kaunter PTPTN;

“TUTUP PADA WAKTU REHAT. BUKA SEMULA JAM 2 PETANG”

Kau memang celaka. Semua tentang PTPTN ialah celaka. Takkan orang nak ambil cuti atau lari dari waktu kerja di Pejabat semata-mata nak berurusan dengan kamu semua? Kebanyakkan kaunter bank-bank di Malaysia semuanya beroperasi semasa lunch hour. Apatah lagi KWSP yang cemerlang itu.

------

Kelmarin aku hubungi lagi PTPTN . Kali ini aku nak buat full settlement terus. Aku tak mahu ada apa-apa hubungan dengan PTPTN lagi.

Lalu seperti biasa aku bertanya akan prosedur. Katanya;

“Sila isikan borang dan fax kan kepada kami,”

OK.

"Berapa lama feedback?"


“Paling awal 2 minggu, cik. Selalunya satu bulan,”


“Saya nak bayar terus pun seleceh ini?”


“Ha tu la cik, pihak kami cepat je. Selalunya yang lambat pihak peguam,” kata Cik Operator dalam usaha menjaga nama majikan sendiri.


“Kalau saya bawak je duit dan settle kan terus di kaunter PTPTN macam mana?”


“Tak ada hitam putih. Kalau cik settlekan, nanti ada lagi charge tersembunyi kami akan minta lagi,”


“Apa yang tersembunyi? Dalam statement saya ada lebih kurang RM16k lagi ni. Tak boleh ke nak bayar je apa yang tertera?”


“Oh caj tersembunyi itu seperti kos guaman,” sekali lagi, pihak peguam jadi mangsa.


"Kalau kat statement RM16k, tak semestinya cik kena bayar RM16k,”


“Habis?”

“Cik kena bayar RM17 atau 18k”

Kau memang celaka. Semua tentang PTPTN ialah celaka.

Aku usahakan juga apa cara sekali pun. Aku tak mahu ada apa-apa hubungan dengan PTPTN lagi.

Hatta wang pembiayaan pembelajaran Sabrina pun aku dah siapkan awal-awal sejak dia berusia 5 bulan di alam rahim aku lagi.

Aku memang dah letih dengan PTPTN.

Menyesal pun tak guna.

77 comments :

bact. said...

fuhhhh
nasib baik gua takda hubungan secara langsung mahupun sulit dengan PTPTN neh

celaka dia lain macam kan?

ika~~ said...

kaan?
kemain lma nk bg feedback!
hidden charge bagai!
ptp-tipu betol laah!

Shy Syaz said...

sesungguhnye PTPTN ni sengaja nk soh kita berhutang lagi lama...
jahatnyeee...nk byr abes pon ada hidden costs
nak menabung jugak utk anak2 dr sekarang la..

fifi aswana said...

matila gua....
adoyai....
kalau 18k?
mau naik sampai 25k la tu.
cilaka..
memang cilaka!!!!!

CNK said...

MCM BULLSHIT GILE. APA KES NAK ADA HIDDEN CHARGE PULAK. EI.. MEMANG BOD** GILA. MEMPERBODOH-BODOHKAN ORANG KAMPUNG YANG MACAM KITE NAK BELAJAR TINGGI. INGAT DUK MESIA NI MAKAN GAJI SEBULAN BOLEH SIMPAN PULUH RIBU KE SEBULAN? BONGOK LA. - SY MARAH SEBAB SY SALAH SEORNG PTPTN YANG TIDAK BOLEH NAK MOHON DARI STATUS PINJAM KEPADA LOAN SINCE SY GRADUATE JUST ON SEP2009 NOT 2010. MEMANG SHIT LAH! KAK JOMBLO KAT KL SENTRAL MMG HANTU SIKIT. SY DAH BANYAK KALI KENA. SY DAH COMPLETE SURAT RAYUAN NAK MOHON TUKAR KPD BIASISWA, DIA CKP XBOLEH HANTAR. ANDA TAK LAYAK. WPON NAK MERAYU. PADAHAL MY EX-OFISMET NON-BUMI N ANAK DIA IPTS LAGI BOLEH PULAK LEPAS WPON GRAD BUKAN PADA TAHUN YG DIBERIKAN PELUANG PERTUKARAN KEPADA SCHOLAR. EIII!!! MEMANG TAHI LA.. SY PON X PUAS HATI...

CNK said...

silap -> STATUS LOAN KEPADA SCHOLAR.

Farah Ishak said...

kejam giler..habislah aku...yg baru nak bekerja ni mcm mne plak...huhuhu...

Cik Ayu said...

KEJI GILER PTPTN NI.. HUBBY SAYA DA SETAHUN SETTLE BAYAR. XKUAR2 LAGI SURAT PELEPASAN. MASA SUH BAYAR BUKAN MAIN LAGI. BILA CALL/EMAIL TANYA, DALAM PROSES..DALAM PROSES.. TENGKORAK DIA NK PROSES SURAT PELEPASAN BERTAHUN2!!!!!!!!BOD**!!!

mel said...

nor, ko boleh g kaunter tros & setel. jgn pecaya ckp operator bangang tu. husband ak kna blacklist seminggu sblm kitorg g honeymun kt bali.

1. ko g PTPTN KL Sentral
2. g bahagian blacklist (bkn kaunter yg byk2 tu)
3. ckp ko nk setel. kna isi borang. ms time husband ak aritu, sgt lah tak mesra pelanggan. siap perli2 lg ckp 'tulah.. sape suruh tak byr'. F*CK off laa... ingat start kje tros gaji 5K ke...
4. Submit.
5. Dapat resit.
6. Esoknye paling awal klo ko cek nama ko blk, dah takde dlm blacklist

ak antara setan2 yg tak penah byr langsung. Alhamdulillah, nama ak tak blacklist. Tapi husband ak kena. Padahal grad sesama. And lg celaka peliknye, ak pinjam 18K, husband ak 9K je... memang celaka.

lps blk dari bali tros ak byr bulan2... 55rm je. tu yang mampu.

♥CIK SHA♥ said...

GILE KAN DORANG? AKU SKANG BYR SKET2 SEBAB DLU AKU HUTANG RM21RIBU JE..TAPI KENA BYR SMPAI RM25RIBU..MEMANG MATI KERING TAK KAWEN LA AKU CMNI..T_T

HARI TU DORANG TAWARKAN UJRAH KONON LAGI MURAH..TAHIK DIE..SAMA JE JUMLAH KENA BYR..CUMA TAHUN DIE TAMBAHKAN LAGI..TAPI FIX TETIAP BULAN AKU KENA BYR RM200..BYK CANTIK..INGAT AKU KERJA GAJI BERIBU RIBAN? AKU PUN TENSEN GAK DGN PTPTN NI..ARGGHHHH..SEMAK BETOL!

AiTotYati said...

salam Noe,

Ai dah setelkan semua hutang dengan PTPTN. lebih kurang rm17k. ptptn mmg lembab kalu nak balas emel atau fax atau ape saje yg berkaitan dgn komunikasi menggunakan peralatan ni.

Ai ni keje dan tinggal di melaka. Ai mmg terpaksa amik cuti utk setelkan hal PTPTN ni. pergi sendiri ke KL sentral tu utk minta penyata baki bagi pembayaran penuh. dalam masa 2jam boleh plak terus bagi.padahal sblm tu kite minta thru tepon, sebulan tunggu pun tak dapat lagi.


lps tu Ai minta cuti lagi sekali utk ke ptptn kl sentral tu bagi menjelaskan semua bayaran. Ai bw cek. masa tu Ai dah bw siap2 surat minta pelepasan dan surat suruh hentikan pemotongan gaji.


tapi PTPTN mmg celaka.
gaji Ai terus dipotong sehingga sekarang sedangkan masa bayar tu Ai dah bagi surat rasmi minta berhentikan pemotongan. sudahnya Ai terpaksa buat aduan thru emel plak. ni baru Isnin lps dapat salinan surat yg PTPTN suh berhentikan pemotongan. bayangkan Ai dah byr pd Mac tapi surat suh majikan berhentikan pemotongan cuma dapat pd Julai. tak ke lembab.


majikan Ai plak dah buat gaji hingga Ogos makanya cuma boleh stop mulai september.


ini bermakna ada lebihan bayaran Ai kepada PTPTN sebanyak 6 bulan. jadi sekarang tengah tunggu PTPTN bagi cek lebihan bayaran. Ai dah buat aduan thru emel juga minta ptptn pulangkan lebihan bayaran tu tapi sampai skrg takde berita.


PTPTN suka bising peminjam lambat byr la ape la tapi sebenarnya kaitangan dia yg keje lembab!!!

NaDya Shah said...

aku da lame da celakakan PTPTN. hingga akhirnya aku sanggup wat personal loan utk tutup ptptn ni. sbb aku benggang.bulan2 bayar pon xpenah surut.. pastu xpasal2 kene byr duit guaman plak.hangin gua!

sharEna said...

nak tukar yg kunun pengiraan ujrah dr 3% ke 1% nie pon punyelah byk cekadak ptptn. nak no.pin bagai lah..what the fishhhhh!!!

geram lah!

puding roti said...

benci. ptptn jahat.

..:: WiRdA ::.. said...

PTPTIPU nih mmg celaka pun.

my hubby pun kena blacklist, mmg kena byr kos guaman dorang tu tak pasal2.. gilaaaa!

ok la tu 16k.. aku punya 90k lagi!!!! lagi mcm CELAKA. dulu bayar 200 sebulan.. tp dorang charge 200 setiap bulan pulak utk kos pentadbiran, so aku byr 200 tu utk apa? bila nk surut kann.

kos pentadbiran akan berterusan 200 sampai aku habis byr.. yes mcm celaka kan.

so start thn ni aku byr 500 sebulan. harap2 tak kena apa2 tindakan keji dr dorang.

mmg tak sabaq nk bg habis bayaq. kalau ada byk duit.. aku pi byr pakai duit syiling kat depa.. padan muka jenuh kira..hahahahha

roeza said...

same here...kalau boleh nak kasik clear trus..tp 27k mana nak kaut..huhu..terpakselah bayar sket2..
itu pon macam x beranjak je angka tu..haishh..
nyesal pon tak guna...

start kije skang pon bukan gaji 4-5k, nak bayar 10% dari pinjaman PTPTN setiap bulan pun ku tak mampu..huhu..

Sofi P said...

Aku yang dah 'berehat' selama enam bulan dari zaman Universiti ni, apalah pula ceritanya nanti. Tengah tunggu surat dari PTPTIPU. Belum dapat kerja, hutang pula keliling pinggang.

NURUL JAMIAN said...

gila punya ptptn aku pun menyesal dulu study guna ptptn

peej said...

kawan aku kena blacklist ngan ptptn. tapi dalam masa sehari dah settle. dia bayar rm200. then bulan2 potong. tapi dia pegawai kerajaan la. maybe senang. entah. ada sorang pun sampai melibatkan peguam. pun takda la lama. rasanya tak sampai seminggu settle. kenapa kau kena sampai sebulan semua. pelik.
system dorang memang kelam-kabut sangat kan.

safiyyah osman said...

15k piya pjam dari ptptn..masak la nak byar nanti.T_____________________________T

lotikus disarimankan said...

Awal 3 bulan baru keje bayar seratuslima puluh hengget. Bila dah start smbung belajar, langsung tak bayar. gaji dah la seciput nak mambayar ptptn yang banyak cekadak.kalao noe pergi pun ari jumaat, nak settle pun lama gila. ari jumaat orang beratur sampai keluar. nak bayar pun lambat. pastu komplen la itu, ini.kawan kita yang dok bayar sekalai dua tiga ribu still dapat surat warning.bengap kan

TheBentPencil said...

ni lebih kepada staf dia yang hamsap-hampeh dalam menjalankan tugas.

teringat saya pada penyataan dalam suratkhabar dulu "dokumen peminjak PTPTN distackkan tinggi2 sampai ke siling dan rosak terkena air bocor"
-tak ada sistem filing yang proper.

urgghh?

p.s. apa natang ujrah tu? saya dah apply apasal dia hantar lagi kata saya tak setel? 0_o

cik fara said...

tulah..pinjam sekian jumlah, kene bayar lebih. kos pentadbiran bagai.

Mummy said...

sy ada loan ngan ptptn tp tinggal lagi 3 thn nk abis byr..kalo saper2 yg byr 50 inggit sebulan mmg buta2 byr interest sajer...kalo nk bg nampak ok..byr ptg gaji br nampak perubahan...mula2 mmg sakit sket...lama2 biasa dah...kiter dh hutang kan...nak tanak kena byr gak..la ni tawaran ujrah tuh sy tak amik pun sebab rs cam menyusahkan plak nk kena ikut dia nyer prosedur yg rumit giler...

Laila Majid said...

perghh seram plak bace entry akak ni tambah2 dgn komen2 kat atas ni.susah jugak nak settlekan ptptn ea.adoyy.tp kalau takde ptptn pn susah jugak.adoy.menganiaya je la keje org ptptn ni.susah kt akhirat nanti.

mendatak hijau said...

amik duit org lebih2
ujrah la
konon

eLL said...

Noe, bukan time kita dulu KPM ke?

Ladynoe™ said...

KPM tu apa? aku memang pinjam dengan PTPTN.

ziiezi said...

PTPTN mmg buat trick up fees supaya org buat personal loan bank bayor PTPTN..

isabelle said...

mmg sialan diorg ni.
i dah abis byr aritu, smpi skrg xdpt surat menyatakan dah abis bayar.

eh u jgn lupa apply yg sistem ujrah tu. kot2 nnt u leh byr less than 16k. yg tu dia x mention lak kan?
bongok

reenapple said...

camnie... aku tak kawin la.. duk bayar duit ptptn jer kejenya..hahah

nur hidayah isa said...

ini memang PTPTIPU ni...ish2...bukan main leceh lagi nk byr.byk pulak tu amek service charge..nasib baik hutang dengan ptptn 5 ribu je. tu pon tak tau la akan naik sampai berapa ribu tu kang...

Ariffin Janal said...

begitu sekali kecelakaan PTPTN? ah sudah, aku kena cepat2 putuskan hubungan dgn mereka dan taknak ade ape2 kaitan selama 5 keturunan.

Aslina said...

aku 81k plak kan... tah2 time bayar nanti beranak pinak jadik 90k plak...

skang nih aku keje pon semata2 duit gaji aku untuk ptptn je. mana nak enjoy sangat. gi mampos la semua2 tuh.

huhuhh... sedih kan macam takde life je keje penat2, tapi gaji untuk ptptn.

kalo aku kawen nanti husband aku suh berenti keje, aku nak claim kat dier suh bagi elaun sebanyak gaji aku skang untuk allocate bayar kat ptptn.

huawawawawww~~

aku tak puas hati la baca bab perli2 tu. dia ingat fresh grad starting keje terus dapat 5k sebulan ke apa? lain la kalo melacur. 10k seminggu pon boley.

Nadiah Azaman said...

Betul sangat2.Mengikut pengalaman saya,sy pun kena blacklist p luar negara padahal hutang rm2500 je.gila betullll.kawan yg 30-40k xkena plak blacklist.haih gerammm

~zuera~ said...

itu memang biasa...
aku penah kena dah dengan kecelakaan ptptn tu...
time adik aku nak buat full settlement bln april aritu...
call follow up ptptn dari bulan februari...isi borang segala...
bulan 4 baru dia bagi feedback..
suro bayar dalam tempoh tertentu...
then sampai sekarang ni...(dah 3 bulan)...
sebarang bentuk resit/penyata/penamatan kontrak pun xde....
not even a single letter...
walaupun dah bayar abes ke dorang...
sungguh CELAKA.....

p/s:aku kalu buka cita bab ptptn ni memang PANASSSS hati.....

Asidah said...

ah PTPTN memang celaka.aku hutang 17k je dah jadi 19k.bayar bulan2 tp makin naik.ngabis duit duk byr caj dia je.bulan depan aku nk byr semua.dadai pun gadai la harta pun.aku pun taknak ada pertalian dengan PTPTN dah.

hanideriyuni said...

aah ptptn mmg celake ya amat!aku da kene. baya 3bln skali pn nk blacklist aku mmg celake. yg xbaya trus bole pulak jimba2 kt obesi!baya kt m2u tp diorg kate xreceived. aku tunjuk resit ckp system xupdate. aku nk setlement ckp nnt ade hidden cost,pegi kaunter muke diorg mcm celake jugak.aku mmg banned ptptn ngn org2 keje ptptn gak.

NaNa said...

dightne

NaNa said...

mmmmm.....takut nak pinjam bila dengar citer ni..

Legasi Piston Pecah said...

nak settle kan semuanya pon siap ada cas tersembunyi lagi?pergh!

zarina said...

tergelak sorang2 thn ni dpt surat yg PTPTN dah settle, padahal bayar thn lepas.

wonder what you guys do during office hour, PTPTN

Byha said...

Kes nak byr loan PTPTN, sudah blacklisted & mau byr abes:

18 Apr 2011: Gi kaunter PTPTN kat Damansara Heights, tak dpt info jumlah bayaran, kene isi borang nak dptkan jumlah bayaran balik, katanya amik masa 7 hari.

19 Mei 2011: Tak dapat lagi bayaran balik, call PTPTN wat aduan. Lastly wat aduan iSPAAA PTPTN, katanya amik masa 7 hari. Aku tau camner iSPAA nih jalan, aku penah present psl sistem nih kat TKSU MinDef ;p

2 Jun 2011: Dapat email dari PTPTN berkenaan jumlah bayaran balik. iSPAAA reply & guna frasa 'telah dihantar melalui emel', so amik masa lebih 7 hari.

Seterusnya aku apply personal loan, mmg amik masa. Duit masuk bank hari ni 11 Julai 2011, so delay lagi bayaran. Tapi,

13 Jun 2011: Aku hantar emel kpd pegawai Mohammad Harith mohon maaf x sempat byr bulan Jun, mintak tolong bagi baki bagi Julai pulak.

No reply.

7 Julai 2011: Emel semula & call hotline, dpt no Unit Lejar, seterusnya dpt ckp dgn Mohammad Harith. Pegawai kata bleh bagi hari tu jugak. Aku cakap aku leh byr dlm next week, minggu nih la.

11 Julai 2011: Tgk baki bank, dwet personal loan suda masuk, berkobar2 nak bayar abes PTPTN. Call Unit lejar tak berangkat, call hotline operator byk soal pulak, aku mintak no Mohammad Harith. Unit Lejar & Mohammad Harith tak angkat call sampai la ni, samada busy atau x angkat.

Moral of the PTPTN story, kalo ko nak bayar abes wpun suda kene blacklist, sgt la payah. Mebi kalo byr bulan2 kasik dorang kaya dpt cepat la kot reply. Jaki beb gua dgr lagu2 iklan2 kacang lupa kulit kat tv radio, hakikatnya nak dpt info punya la susah, balik2 operator hotline yg x abes2 cuma leh emel aduan kat pegawau. Nih cara2 nak bayar balik, kalo ko x byr lagi la dorang suka, biar lambat asal dorang kaya.

DRshairah said...

satu tip berurusan dgn ptptn, JGN PUTUS ASA..

pernah jadi peminjam, and evntho dah buat full settlement rm7k yg dipinjam masa 1st year undergrad lagi, surat penyata berbaki rm1.5k still dpt sampai dah nk abes blaja. anta surat, keep calling, and keep all proof that shows you have settle the loan.. that's what i did last time.. alhamdullillah, kini saya bebas dr PTPTN!! hehe

ps: thanks for the savings tip:) insyaallah akn dipraktik utk my baby..

pulut coco said...

cess....aku pun kena blacklist ptptpu tuh....

2009 sempat lagi melancong ke luar negara,lepas balik je,dapat surat blacklist....
pdhl bayar jugak...

memang cess bedebash laa..
ni tgh kumpul duit nak byr lump sum 24k...nan ado lagi...

wansyah14 said...

aku pon sama sis...dah banyak kali aku antar pasal application utk full settlement sampai skang xde jawapan...bulan januari 2011 aku da antar form by pos n faks, xde jawapan sampai skang...early junes pon aku antar form by hand kat PTPTN KL Central...tp sampai hari nie pon still xde jawapan...lahanat punye PTPTN....saje dia nak tambah interest tue...

norinaomar said...

ladynoe,u bukan orang 1st yang kena blacklist walaupun dah bayar..my fren pun ramai jugak yang tak pernah bayar,then tak kena blacklist pun.

yang ujrah tu pun sama,tapi haritu dengar kat Sinar FM ada bual bicara dengan officer PTPTPU ni,lain pulak yg dia cakap..putar Alam!

miss nina said...

PTPTN sepatutnya memudahkan bukan memeningkan(bahaya lembutnya)orang.
saya pun ada pengalaman sebegini, urghh..penat!

Whitey Mommy said...

betul sis cakap ni..
huhu...masa kerja dulu...
saya bayar 100 kekadang 200...
tapi...tengok2 statement...
bayar cuma rm 50. 50 lagi tolak untuk kos kemaskini...
dah stop bayar...
sekarang ni...
kosnya dah melebih daripada dipinjam..
nak nangis...:(

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kasihannya org yg pinjam PTPTN..mcm ni rupanya..sy dulu dpt biasiswa suami isteri jd mmg syukur sesangat..

Jamaluddin said...

saya cadangkan, lepas habes belajar, baik buat personal loan (kalau dah kerja la) dengan bank untuk selesaikan pinjaman ceti ptptn.

biar kita rasa terbeban dengan pinjaman bank daripada menyesal dengan caj hantu ceti ptptn..

nota : tiada niat menghasut :D
(saya pon bakal peminjam ptptn, ngeri nak pinjam, tp terpaksa, sbb tak mampu)

eL aMoRe MuE said...

ya, saya sgt bersetuju dgn saudara jamaluddin. biar kita bayar dgn caj apa yg kita nampak, bukan dgn cara tersembunyi.

Azri Fathurrahman said...

berdosa besar pihak ptptn ni sebab amalkan bunga/riba' , banyak lak tu.. risau pulak aku ni sebab aku pun bakal masuk u, pinjaman ptptn 28k! =.='

EG said...

kalau boleh xpayah amik la ptptn erk?

double_H said...

korang sume yg tertipu ni time pilihanraya x pangkah dacing ke?
kalo pangkah dacing xde la jd cmni kan... haha... kerajaan kte mmg terbaek kan?? ade je care nak 'untungkan rakyat'. pandai diorang jage hati rakyat kn.. haha...bagus jd rakyat malaysia ni...padan kene kencing je... undilah lg dacing!!!!

p/s: cube tukar kerajaan...kalo x jd kite tukar la blk... kate negare demokrasi...kuasa di tangan rakyat kn...

ainondreamergirl♥ said...

erk. takutnya. sy neh baru nk sambung belajar. apply ptptn. bila baca cerita neh, mcm xnk amek ptptn. tp, mna nk cari duit nk survive. T____T

mizz_pua said...

konon la ptptn nak tolong orang x mmpu..!!! nie bukan tolong..!! nie mcm nak mnyusah kn je..!!! caj giler melampau la...kalau mmpu xde la nak pinjm...

han eba said...

awal awal lagi, pensyarah aku(peminjam PTPTN) amarkan aku supaya kalau boleh, jangan ambil pinjaman ni. Bala bala

ikhwan said...

nasib baik aku da batalkan PTPTMENGONG ni.. coz aku da baca bnyak ttg pt yg dok menipu peminjam.. ramai senior aku skang xkawin pasal asyik kene kacau ngn ptp ni.. aku dulu masa isi borang ptp pon pening semacam.. upanya masa nak bayar pon pening parah?

aku dulu pinjam 15k pada mulanya. then dia masukkan 2.5k 1 sem. and time tu nasib bek 1 sem jer aku pakai.. then the rest tu aku batalkan.. skang yg cuma kene bayar 2.5k jer.. tp kompem kene ag tggi.. mungkin kene 3-4k kowt...

wanie said...

alahaiii.. da tak de sumber lain lah..nk continue degree,, da apply da pun..mcm ne nie..takut lah pulak...
:(

dah la kne byr 15 thn...ptptn xbaik aniaya org cmtue.. :(

Dunia Cik Maia said...

erk.. seram dengar.. baru nak smbung.. da dpt pinjaman..24k plak tu nak wat cmne.. tak mampu nk tanggung.. huwaaa..masak aku cmnie.. T_T

|ⱷ|ƨä®ä|Ü| said...

ptptn celaka!!
menyusahkan hidup org!!

Ina Nadia said...

rasa ngeri pulak baca kisah kat sini.nasib baiklah mak tak bagi mohon ptptn.

syud said...

haih..mcm mana ni..risau..

aiman utaracrew said...

mang seram gila siot aq dgr.. aq ase la an.. aq xnk byr ptptn t.. haha.. aq nk kumpul kawen dlu.. then cri uet sketol.. bayar total tros.. moga xbyk brurusan ngn tokey ptptn..

wiwie sazali said...

my parent ambik insurans pendidikan sejak saya baby lg.. so, dgn duit insurans tu parent saya tanggung saya belajar dr dip smpi degree.. syukur sangat.. huuu

hasaidi said...

bestnya kalo dpt parent mcm wiwie titik.

Aimi Rosli said...

i hate ptptn. pinjam pun sebab terpaksa )':

nyssa said...

da wat petukaran alamat lebih 5 kali, tp still surat anta kat kampung, mak bising2 ckp kita xbayar lg, smpai nanges2 mak bila smpai surat bgtau status saman..sedih tau, padahal kita byr walaupun sikit..nyesal sgt rase, tp tepaksa sbb nka blajar kan, masa kita belajar MARA dibekukan, kalo pinjam dgn MARA dulu mesti xjd mcm ni, dgn result yg ok, mesti sikit je sy kena byr.... sedih la..

Black2Sic said...

Gua rasa PRU13 ni mmg nk kn tukar kerajaan la.. sbb PR janji nk mansuhkan loan PTPTN.. semua jd scholarship je..

Jom la kita pakat2 tukar... kalau xde perubahan PRU14 nnt kita tukar kerajaan lagi...

Amacam?? ada berani???

Unknown said...

aku da abis bayor..Pinjam dalam 22k, byr dalam 25k, tiap2 bulan potong gaji konsisten RM251.18. dari zaman anak dara sampai anak 2. abis jerk bayo, tiap2 ari aku call depa mintak surat pelepasan..siap pun dalam 2 minggu. so next month tu da tak potong gaji lagi...baru aman dunia aku....

LILY SORAYA said...

lain kali nak ambil duit tu tak pernah fikir dulu baik buruknya, waktu dapat duit diam je tak pernah nak bersyukur dekat tuhan, bila macam ni baru nak bising-bising pun tak ada gunanya, insyallah problem tu akan settle tak lama lagi mohon bantuan dari DIA, janji dari sumber yang halal :)

Aku said...

Saya pun pernah terkena dengan PTPTN. Saya kena blacklist, pergi ke kaunter untuk buat rayuan saya diberitahu saya kena bayar masa tu jugak sekurang-kurangnya 6k. Saya ckp saya takde 6k, saya cuma ada 3k n lepas balik dr luar negara saya akan byr lagi 1k every month. Yg jaga kaunter tu ckp tak pe, kalau cik tak mampu cik buat rayuan n hantar surat pd pihak atasan n hantar secepat mungkin sbb saya akan ke Vietnam pada masa tu 2 minggu je lagi.Saya ikut semua prosedur bawak slip gaji buat surat rayuan bagai. Last2 bila dpt reply dia ckp rayuan saya diluluskan n saya kena bayar 10k. Apa ke bangangnya dr 6k jadi 10k, tu bukan pertimbangkan rayuan namanya! Kalau saya takde 6k lump sum mana saya nk cari 10k lump sum? Tak ke bangang namanya. Saya suspect org2 kt PTPentipu ni tak paham la makna rayuan! Last2 tiket saya ke Vietnam burn camtu je sbb tak mampu nak bayar PTPentipu.

GadisCabaret said...

Masa pinjam dan guna duit ptptn dulu xpulak fikir pasal celaka kan? Habis jugak duit tu diguna kan?

Siapa suruh xbelajar pandai2 mohon JPA.

Bonda Ryan said...

Tak moh nak kata apa..sebab dah blacklist pun. hati sakit pasal bayar2 bulan setakat yang mmpu jer, bila tgk balik itu cuma lah bayaran bunganya sahaja. dah macam along aku rasa..go to hell!!

cik senah said...

Assalamu'alaikum...

Sekadar nak berkongsi, MASIH ada alternatif lain untuk membuat pinjaman pendidikan TANPA FAEDAH mahupun caj-caj tersembunyi.

Sila layari : www.angkasa.coop > klik pada tab bertajuk "Perkhidmatan" > kemudian klik kepada tab "Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA"

ATAU boleh join Open Group FB ini : Tabung Pendidikan ANGKASA (TAPAK)

p.s : Kalau BUKAN untuk diri sendiri..mungkin MAMPU untuk memberi ALTERNATIF sumber kewangan bagi membiaya kos pendidikan kepada adik-beradik, saudara mara mahupun anak-anak kalian di masa akan datang.

p.s 2 : Maap Noe, chek tumpang iklan sat tang nih..kerana chek adalah salah seorang daripada staf Yayasan ANGKASA, maybe ramai yang LEBIH KENAL ttg PTPTN..tapi, TAK berapa tau ttg KEWUJUDAN Yayasan ANGKASA. (^_*)y

Ethan Windsor said...

PTPTN ni takda bezanya dengan along, acai, cacai, tukang potong, tukang sembelih, lintah darat, ect,ect! bezanya PTPTN ni milik kerajaan dan dilindungi kerajaan.. itu je.. kiranya segala urusan peras ugut mereka ni halal* kekejaman mereka ni dibenarkan! .. kawan aku selamba je buat dono pasal ptptn.. bukan sebab dia sengaja tak nak bayar tapi sebab ptptn dah melecehkah hidup dia until finally he find his own solution.. pergi mampus sama ptptn .. duit kwsp skarang ni pun tengah disedut keluar oleh gomen ... hmmm memang hancussss la.. alamatnya sok ada yang mati tak merasa duit kwsp tuh ..