3.7.11

Doa Yang Dikabulkan

Jarang rasanya aku rasa perasaan yang aku rasa sekarang ni.

Apabila sesuatu yang aku titipkan di dalam doa seharian, kini menjadi kenyataan. Aku tak pernah meminta-minta kepada Allah sesungguh seperti sebelum ini. Dengan tangis. Dengan gigih aku pujuk hati sendiri untuk bersabar dan terus bersabar terhadap dugaan yang hebat ini. Dengan perit, menghadap sehari-hari.

Segala puji bagi Allah.

Kalau fasa yang tadi sengaja Kau turunkan kepada aku untuk aku pelajari 'sesuatu', aku bersyukur kerana aku sudahpun berjaya harunginya setakat ini. Doa yang kau kabulkan kali ini, akan ku pelihara hasilnya sampai ke mati.

Bye-bye, badai.

(hirup kopi panas sambil tersenyum mulut kembung)




10 comments :

Bicikut said...

alhamdulillah..

marina anakcikbob said...

kau berhak bahagia setelah badai melanda.. kau berhak menerima pancaran matahari setelah mendung gelap berlalu.

Myra said...

:D

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

Alhamdulillah.. elok buat sujud syukur ni.. :)

Lady RaRa said...

tang hirup kopi panas sambil tersenyum mulut kembung tu yang agak cegampang! kahkahkah!

ala2 orang jahat dalam filem, baru dapat idea nak menjahanamkan dunia!

tak baik tau!

Miszcahye said...

Salam akak...

selangkah kita mendekati Allah
maka seribu langkah
Allah mendekati kita

semoga ketenangan itu milik akak :)
janji Allah itu pasti

Ms Z said...

alhamdulillah :)

Asidah said...

there is always a beautiful rainbow after the storm. =)

Kuchiki Rukia said...

badai masih melandai hdup sy.
harap2 akan kecapi bahagia mcm u.
Insyaallah.
Sabar tu besar ganjarannya.
^_^

s.u.h.a said...

yeah blondie!