22.7.11

Kerana aku bukan seorang yang fun lagi buat masa ini


Sorry lah.

Kalau aku asyik-asyik bercerita tentang kerohanian, ketuhanan dan kematian yang pasti. Aku sudah tidak fun lagi bagi sesetengah orang.

Menjadi kompleks dan berfikir tentang sebab, punca dan perkara-perkara yang bakal terjadi. Mengelak dan menjadi sangat skeptikal akan sesuatu perkara yang remeh-remeh. Tentang apa yang aku makan, apa yang aku pakai, apa yang aku hidu, apa yang aku bawa, apa yang aku naungkan.

Kerana aku bukan seorang yang fun lagi buat masa ini.

Kekok dalam cubaan untuk mengadaptasi.

Bersabarlah sayang-sayang semua. Layankan sahaja kebosanan ini.

Setiap anak rantau pasti akan pulang ke paksi.

Tetapi kali ini dengan kutub dan kompas yang berbeza.


- Posted using BlogPress from my iPad


6 comments :

Lady RaRa said...

ku merindui carutanmu sayang...

tapi tak pa..sila caruti saja aku di gtalk..

Myra said...

love the last 2 lines :) i takkan boleh write something like that in Malay *jeles!*

and congratulations dgn iPad ;) hihi

King Jantan said...

nama hari-hari juga tidak sama begitu juga dengan kita...

Atiqah Ahmad said...

agree with myra.

love the last two lines. :)

Booty Martinez said...

bercerita kisah ketuhanan, kematian, kerohanian masih boleh fun tapi ia dengan cara berbeza

saya suka sahaja setiap perubahan anda.

sekilass.com

Baju Mengandung / Maternity Dress said...

takpe sister...kalau kita tahu macam mana hari akhirat nanti, memang kita takkan rasa nak buat benda2 lagha...inshaAllah kalau kita dekat dgn Tuhan, kemanisan iman itulah FUN yang tak terhingga...