9.7.11

Perkara Rawak #032 - Rasa Macam Tak Cool

Entah sejak bila, aku sudah serba sedikit menjinakkan diri dalam dunia sosial di kalangan blogger dan  yang aku rasa agak komersial di dalam blogosfera mereka sendiri.

Yang pastinya semasa mula-mula bertemu dengan mereka, semasa mula berkenalan, ternyata, aku kenal blog mereka, mereka tak kenal blog aku. Aku rasa mereka terlalu popular. Seperti Ceeramoon, SheilaShower, PinkStilleto dan Virus Padu dan lain-lain lagi lah. Entah kenapa aku rasa segan sangat dengan mereka.

Tapi itu bukan masalah. Aku tak pernah mengimpikan menjadi blogger dikenali ramai pun.

Tapi yang buat aku rasa macam tak cool ialah;


"Apa blog you ek?"

"Aaaaa..pernah dengar tak Perempuan Jomblo?"

"What?"

Okay aku benci bila aku kena ulang,

"Perempuan Jomblo,"

Dan;


"OOoooo..JOMBLO tu apa?" dengan kening kerut-kerut.

Haha sumpah aku rasa tak cool apabila menemui saat-saat janggal seperti itu. Bayangkan dalam satu bulatan wanita yang berdiri dan duduk ala-ala sofistikated menumpukan pandangan ke arah kau yang berair wajah kau sendiri pun tak tahu macam mana.

-------


Bagaimana Perempuan Jomblo mendapat nama?

Dalam kamus bahasa pasar Indonesia Jomblo bermaksud - Single, kesunyian, tidak berteman.

5 tahun dahulu seorang perempuan yang selalu merasakan dirinya kesunyian terperuk di dalam bilik tanpa motif dan tujuan tertentu akhirnya terpengaruh dengan ajakan seorang rakan lelakinya yang bernama Talib atau lebih dikenali sebagai TalibXjoe untuk mengemudi sebuah platform penulisan yang lebih dikenali sebagai; BLOG. Seperti anak gadis muda berpendirian rapuh yang lain, semasa kemasukkan musik dan filem Indo begitu hebat melanda arus peredaran media negara, maka, keinginan untuk memahami bahasa Indo amatlah kuat walaupun wajah tidak seperti Dian Sastro pun.

Maka apabila berjumpa dengan perkataan 'JOMBLO' yang dirasakan sangat relevan dengan keadaan dirinya pada ketika itu padahal ramai je orang sayang.

Jadi, dari situ lah terpetiknya nama Perempuan Jomblo sebagai tetamu dalam dunia penulisan blog kamu ini.

Ramai yang salah anggap maksud Perempuan Jomblo. Si Otak Kuning yang selalu mengimpikan adegan di ranjang, Jomblo bermaksud JombloWJOB.

Aku pernah terfikir nak tukar jadi, Perempuan JomBLOG. (hahaha)

Tapi akhirnya, daripada memikirkan masalah yang tak penting lansung ni, biarlah aku abai dan kekalkan sahaja dengan "Perempuan Jomblo."

Ada ke orang peduli?

11 comments :

laskar pelangi said...

wah! sekarang tidak jomblo dengan adanya encik suami dan anak kan;)

peMimPi said...

ok jer. perempuan jamblo itu adalah kamu dan permulaan kamu menulis.

teruskan kawan!

Sky0ne said...

saya tau blog ni, kalau sebut diluar pun takde nak jegil mata kerut dahi semua...hehe

Legasi Piston Pecah said...

dah terjawap pon maksud disebalik perkataan tu..

hanjila said...

'Jomblo itu Keren!'

isabelle said...

laa..xpernah tfikir ke arah jomblowj*b tu.maybe sebab my bahasa indo is pretty good kot.
apa ke sengal nau si otak blue tu?

anyway, i find the blog name very catchy

Mejuez said...

nama blog ang unik... nama unik dalam 2 watak...

bila di fikirkan macam blog kuning je.. sebab nama unik.. seangkatan dengan nya..

tapi bila di terjah lain jadinya..

unik nama ang unik lagi visitor akan datang nanti....

:D

hanys said...

Jomblowjob? Haha. Never thought bout it. Ms mula terjah jd silent reader, mmg dh cr maksud jomblo.. :-)
samsung s sgt best. So s2 mesti lg best.. Awesome.

O'gosh said...

nama tu yang buat saya tertarik nak baca blog ni pada mulanya...

Mak Izz said...

sy siap cari makna jomblo sbb nk faham apa maksudnya. tahniah kerana tajuk blog ni buat perbendaharaan kata sy semakin meluas.

Myera Nyera said...

rasanya dah dua kali dijelaskan maksud jomblo tu. satu lagi entry 2010 kalau tak silap