9.7.11

Perkara Rawak #033 - Dalam Hati Ada Kebun Apple

Antara perkara yang paling dibenci adalah apabila aku dalam perkiraan untuk membeli sesuatu gadjet.

Aku adalah salah seorang peminat gadjet tahap sederhana. Bukan hardcore. Tapi sekadar mengisi nafsu keinginan pada sebuah gaya hidup yang ala-ala futuristik dan serba canggih. Lagipun keminatan aku tidak meluas. Lebih menjurus kepada Apple iOS lah.

Sebelum ini aku nak sangat beli iPhone. Sekali kena racun dengan kecanggihan Samsung Galaxy S2. Memang aku dah pegang Samsung Galaxy S2 ni. Pada pegangan kali pertama, aku kira, kehebatan Samsung Galaxy S2 bukan lah sekadar rumor. Paparan Skrinnya menarik. Cantik. Terang. Kamera tebabo. Video pun cantik.
 
 imej di-google.

Tapi aku berat untuk merendah dan meninggalkan iPhone. Aku dah biasa dengan iOs. dah biasa dengan iPod. Dah biasa dengan kebanyakkan produk Apple.

Aku harap aku dapat peluang kali kedua untuk pegang Samsung Galaxy S2 dalam jangka masa yang panjang sedikit untuk aku betul-betul jelas tentang telefon bimbit apakah yang bakal aku beli satu hari nanti.
----
Cerita lain;

Baru sekejap dalam tengahari tadi, aku buat pembelian iPad2 secara online. Mula-mula aku beli yang wifi dengan 3G. Sebelum sahkan pembelian aku tukar fikiran beli yang dengan wifi sahaja. Selepas 2-3 jam membuat pembelian, aku buat kajian tentang 4G Yes yang dikatakan mahal dan terlalu banyak masalah itu, aku terus ke laman pembelian online Apple dan batalkan pembelian ipad2 dengan wifi sahaja tadi. Terus aku buat semula pembelian baru, iPad2 dengan wifi dan 3G.

Macam kebanyakkan perempuan.

Memang rapuh dalam membuat keputusan.

Apa pun, dalam hati memang sudah tertanam kebun Apple yang sedang masak ranum. Sedang berkira-kira nak tanam lagi sepokok, atau nak bela seekor ternakan bernama Android?

*keluh*

Sementara ini terpaksa bersyukur dengan apa yang ada.


10 comments :

yui92 said...
This comment has been removed by the author.
yui92 said...

Dalam hati aku ada benih pokok apple je... tak pernah berbuah pun... nak jadi sekebun lagilah haram...

cantik header baru...wlupun tulisan dy tak brapa jelas...

Jerry Ghazali said...

baik ambik iphone. software utk androd tak banyak yang menarik sebab pernah guna HTC wildfire sebelum ni.

simanis said...

saya suka header baru tu...
iphone is the best i guess...
walaupun kamera tak berapa nak tebabo, tapi bende2 lain mabeles okkk...

Lady RaRa said...

aku? aku nokia fag! kahkahkah!

Tina Johari said...

me between s.g.s.II dengan htc. hehehe.

aishah jamrek said...

i think android still the best..

norinaomar said...

saya pun masih fikir-fikir nak beli ipad2 atau Samsung galaxy..hmm

meen. said...

noe,kau beli ipad2 through apple store online kan?selamat tak?berapa lama masa penghantaran?cara bayaran macam mana?ok, sorry sebab banyak soalan.berkira2 nak beli online jugak, tapi takut jadi apa2 nanti.

Ladynoe™ said...

Meen: selamat. Bayar guna kredit kad. Tunggu seminggu.