11.7.11

Perkara Rawak #034 - Ganti Puasa

Tahun ini kalau boleh aku nak bayar semua hutang yang aku lakukan semasa zaman jahiliah dulu. Maksud aku, zaman aku yang jahiliah. Kadang-kadang rasa untung juga jadi lelaki. Tak perlu ada sebab yang kritikal untuk kau tinggal puasa. Pun masih ada yang tarik alasan remeh seperti gastrik dan tidak bersahur untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

Direkodkan oleh Dr. Adi Hashman; "Belum pernah ada pun dalam rekod dunia perubatan, orang mati kerana berpuasa,"

Tapi aku ada satu kelemahan. Iaitu berpuasa selain dari Bulan Ramadhan.

Secara nyatanya, mungkin, sebab orang sekeliling tidak berpuasa sama. Secara ghaibnya, mungkin, sebab, syaitan tak kena ikat pada bulan selain bulan Ramadhan. Secara telusnya pula, ialah sebab aku sendiri yang mengada-ngada.

Lama juga puasa aku tak ganti. Maka banyaklah fidyah yang aku kena bayar.

Tadi aku hubungi pusat bayaran zakat. Di talian 1300885757, bercakap dengan Huzaifah yang mengajar aku cara nak kira fidyah. Formulanya senang sahaja;

contoh: Tahun Tak ganti puasa 2007 = 7 hari

cara kira: (tahun ini) 2011 - 2007 = 4 tahun

maka: 4 tahun x 7 hari (puasa tinggal) x RM1.8 (harga fidyah semasa)

JUMLAH FIDYAH YANG HARUS DIBAYAR = RM50.40

Senang.

Kalau tahun 2008 pun tak ganti, maka ulang formula yang sama, kemudian jumlah kan bayaran bagi kedua-dua tahun tersebut.

Ramadhan hampir menjelma. Harap-harap akan datang ni gagahlah aku menggantikan hutang-hutang puasa masa lalu. Eh kamu pun sama. Jangan malas ganti puasa. Jangan tangguh ibadah kamu. Sama-sama kita perbaiki diri.

wajah sedih melihat jumlah angka fidyah yang wajib dibayar. Sesal dahulu, pendapatan. 





p/s: Sebarang pertanyaan lanjut tanya terus di 1300885757

32 comments :

Nobita Sensei said...

Tumpang bersedih sama.

Aini Amir said...

aku pun nak termenung bila kira fidyah yg kena byr.....aduhhh..

Alin Hassan said...

seb baik dah ganti puasa lepas raya tahun lepas. kalau tak menangis jugak nk bayar..

eLL said...

cantiknya noe bertudung.

tiada lagi tocang tinggi-tinggi

afrohead said...

sesal kemudian, hilang pendapatan.
:)

cik amar said...
This comment has been removed by the author.
ENCIK TIKUS said...

muka mama ladynoe ada iras iras fatin liyana lah. haish..

Ladynoe™ said...

ENCIK TIKUS: LOL. sikit pun tak sama.

sharEna said...

good info. tq =)

ENCIK TIKUS said...

eceh.. bila mama ladynoe menafikannya.. try google lihat dulu cemane rupa beliau mama.. lol

munster said...

cantiknya pakai tudung!betul lah mcm muka fatin liyana.hihi

hanys said...

First. Noe sgt cantik ngan tudung. :-)
Second. Mari ganti puasa sama2. Thn lepas sy tinggl dua minggu. Jenuh nk mengganti. Hr ni hr ke 13. Lg dua hr. Miga2 tkda halangan utk setelkn. Takut menunda2 hal rukun mcm ni.
Noe, baguslah masih menoleh tgk apa yg ttinggl dulu. Allah maha mengampuni. Thn ni pas raya terus kita ganti puasa, insya allah dpt pahala puasa enam skali..

O'gosh said...

mujurnya tahun lepas saya x perlu mengganti puasa..namun, tahun ni saya perlu bersedia kerana awal2 lagi HUBBY x bagi berpuasa kerana bimbangkan baby yang di dalam takut x cukup nutrisi....anyway, selamat membersihkan kesan2 degil...

zakiah nurmala said...

good info. alhamdulillah dah lunas segala. :)

Anoneemus™ said...

Ini baru cerita hutang puasa. Hutang solat? bayangkan dah umur 25 baru nak cuba solat tanpa tinggal.

terutamanya solat subuh.wuwuwuwuw..

aishah jamrek said...

pestaim tengok muka you macam ni..

Ladynoe™ said...

Neem = takutnya neem. isk.

Lady RaRa said...

pedih menikam kalbu komen anoneemus!

banyak sungguh hutang-hutang zaman jahiliah...tak terbayar...

dan dan lagu demi masa kumpulan raihan bermain-main di kuping telinga...

The Adlin said...

noe, happy to see your hijrah...semoga istiqamah, insyaAllah..

Afrida Shobri said...

terima kasih untuk formula tu.tersetot rasa nak soping bila tengok jumlah yg nak kena bayar;-p

Aslina said...

noe, kalo rasa was2 dah ganti puasa ke belom pon kene fidyah jugak kan???

aku confuse dengan diri sendiri... takut2 ada tertinggal tapi tak perasan... sebab aku problem sikit kdg2... kdg2 ada tahun aku puasa penuh...

Ateeka Amer said...

sape yang cakap macam Fatin Liyana tadi?

tak sama la.

Noe lagi cantik :P

Zulfikar Hazri said...

Nak bayar fidayah jugak!!! nak bayar nak bayar!!!

" eh kau ni zulfikar, jangan mengada boleh tak?"

pelepokkk sedas atas pale.

sarah meay. snm said...

kita nak bayar ni kat mana kak noe?

Ladynoe™ said...

SARAH : bayar kat pusat zakat.

Ladynoe™ said...

The Adlin : thanx babe. doa2 kan la ek. :D

♥naematulsaadahismail♥ said...

Salam noe..

Aku pun ada yg xberganti lagi puasa tahun lepas.
Fidyah kena bayar.
Puasa tetap kena ganti jugak :)

YOUsoF said...

Sesal dahulu, pendapatan.

Sesal kemudian, luak pendapatan.. ;D

♥CIK SHA♥ said...

alhamdulillah..suka dengan 'perubahan' ko sekarang..n truthly, cantiknye ko bertudung..

semoga berjaya bayar puasa yg ko tinggal itu..


kalau dah bayar fidyah puasa still kena ganti jugak kan? ade tak ko tanye kat huzaifah tu?malas lak aku nak google..dah alang2 ko dah tepon mana la tahu ko tanye..ehehe..

Ladynoe™ said...

CIK SHA = iya. fidyah adalah denda sebab kita tak ganti puasa. Puasa tetap kena ganti.

Marina Ina said...

Kak. lama tak melawat blog kau, dah cantik nyaaa tgok pakai tudung! heheee

The Adlin said...

jap, lupa nak cakap...
ko pakai tudung sekarang jauh lebih cantik daripada time sekolah rendah dulu...=)..
(oh, i'm being too honest)