31.7.11

Perkara Rawak #038 - Heret Mak Bapak

Aku dah lama dah terfikir akan hal ni. Tapi asyik terlupa nak tulis.

Zaman sekarang ni kita selalu dengar bidasan antagonis dari individu yang cuba mempertahankan hak keperibadian mereka. Contoh senang nak faham, apabila ada orang tegur tentang cara berpakaian. Lagi senang nak faham, kita ambil contoh artis yang selalu ditemubual oleh wartawan-tak-ada-modal di Melodi TV3 jam 12.30 tengahari.


"Awak rasa pakaian awak ni tak menjolok mata ke? Kenapa semakin lama semakin seksi?"

Artis itu jawab, "Saya memang dilahirkan macam ni. Peduli apa saya dengan tanggapan orang. My mum pun tak kisah saya pakai macam ni,"

Aku rasa tak payah lah nak heret mak bapak dalam persoalan yang melibatkan hukum hakam agama ni. Kalau kau tau benda tu salah, kau nak pertahankan, kau guna ayat lain yang lebih bertauliah.Kesian mak bapak kita. Diorang mesti menyesal bila tiba-tiba kau up nama mereka dalam hal-hal salahlaku agama ni.

Kalau mereka tak menyesal sekarang pun, mungkin, satu hari nanti, mungkin.



UPDATE RALAT: Aku baca balik, bahasa aku macam kasar. Sorry lah. Cuma sekarang ni aku peduli sungguh dengan perasaan ibu bapa. Semenjak aku pun seorang ibu. Tak tahu nak terangkan macam mana paranoidnya aku dengan masa depan anak aku. Tapi aku percaya semua pembaca aku bijak pandai orangnya.

18 comments :

nizamsani said...

kasihan.

FaznFaz said...

mungkin mak bapak diorang memang tak kisah kut....

LS said...

itu lah. kadang2 diorg rasa apa yang diorg buat tak salah...

Dida LiciouS said...

modal murahan supaya mulut org berhenti bckp...kesian mak bapak, mesti org kata mak bapak tak reti ajar anak...:(

RepublicAku said...

kita jgn terlalu taksub untuk mengata kerana ujian belum tiba untuk kita lagi...

Myra said...

RepublicAku: hear hear!

Ladynoe™ said...

RepublikAku: itu contoh. Cuma aku sebagai seorang mak, takut kalau tiba tiba satu hari nanti anak aku petik nama aku bila orang persoalkan salahlaku dia.

Fahreen Fredo said...

Aku setuju. Da tau salah sendiri jangan petik name orang. lagi2 orang tua kite ye dak? Hehehehe

NurulMimieJamaludin said...

salam kak.

Aah la. Berbulu telinga saya mendengar komen yang tak berasas tu. Kesian la kat mak bapa. Lepas tu saya cukup bengang bila ada komen cakap x sampai seru lagi kalau nak menutup aurat.....?? Seru macam mana yang dia nak? Tuhan bagi tsunami ke baru nak menutup aurat? Time tu x tau la sempat ke x nak menutup aurat kan...???

yaya+frdz+auf said...

tah-tah mak dia hari-hari dah sound dia mane tahu.

KiD said...

tak sedar yang sebenarnya nama mak bapak tu jadi impak.

Missy Ra said...

hanya seorang ibu yang tau perasaan jadi seorang ibu..

aku pun la ni sangat sensitif dengan perasaan mak abah aku since aku takut kalau anak aku buat benda yang tak elok kat aku macam aku buat kat orang tua aku..mesti sedih

dan kalau anak aku buat benda yang elok kat aku dah aku buat kat orang tua aku benda yang sama..mesti gembira..

Rezal Ishak said...

kat sini ada pengajaran cara kita didik anak.

kalau mak bapak tak tegur anak pakai mcm tu mcm ni. mana la anak tak kaitkan dorang sekali.

roeza said...

setuju..

kaizen said...

modal jawapan retiss mmg sikit sbb tu dah boleh agak... hehehe

latest entry ST : Nisbah Lelaki-Perempuan

Salhah Suhot said...

hmm..betul.kesian parents.tak pasal-pasal...

Redup Pemikiran said...

Berurusan dengan artis arus perdana ni kadang2 memang kena guna bahasa kasar.baru mereka faham.kadang2 la...

Anoneemus™ said...

Dulu sy pun selalu ckp camtu.
Sebab rasa mcm, eh mak bapak aku pun tak kisah aku pakai camni apahal org lain nak bising.

..mcm hek eleh abah pun tak pernah suruh pakai tudung.
Padahal tuhan suruh.

Skrg dah kahwin,padan muka dah kena pantau dgn hubby.Takde dah baju jarang2.No excuse.Bapak mertua pun tegur.hahah.
so lepas ni kalau org lain nak bising jugak walaupun hubby dah pantau, akan keluar ayat 'eh hubby i pun tak marah pakai camni'.