23.7.11

Sayang Sufiah - #003

Sufiah tidak tahan lagi.

Pagi tadi sewaktu sewaktu bersenggama dengan suaminya Ramlan, suaminya merengus berbunyi

“Saya sayang awak...... saya sayang awak....”

Padahal selama 9 tahun berkahwin, tak pernah sekali Ramlan panggil Sufiah dengan panggilan ‘Awak’. Ramlan sendiri geli apabila suami isteri berawak-awak. Sudah 9 tahun mereka berkahwin Ramlan hanya panggil Sufiah dengan panggilan nama sahaja. Kadang-kadang Ramlan panggil dia ‘Yah’ sahaja.

Hati Sufiah meruntun-runtun ingin tahu. Pagi tadi dia diamkan sahaja. Masuk tengahari apabila dia lihat Ramlan masih tertidur, dia jadi tidak senang hati. Kalau Sufiah tidak normal, memang mahu sahaja dia tikam Ramlan dengan pisau tumpul. Siksa sikit matinya, fikirnya.

Tiba-tiba Ramlan bangun. Bingkas menuju ke kamar mandi. Tak peduli lansung dengan Sufiah yang duduk di hujung katil. Tidak lansung seperti drama romantik Hollywood yang akan bermesra-mesra selepas melakukan hubungan fizikal.

“Nak pergi mana?”


“Memancing,” jawab Ramlan.


“Dengan siapa?”


“Dengan kawan-kawan biasa la,”


“Siapa?”


“Bonan,”

"Kata kawan-kawan? Bonan seorang sahaja," Sufiah memang skeptikal.


Senyap. Tidak berjawab.


Sufiah menghela nafas. Dia kembali berbaring. Mencapai telefon kepunyaan Ramlan. Nak di selongkar, ada “Enter Passcode” pula. Sufiah menyalahkan teknologi. Merenggangkan dan membuatkan wanita lemah seperti dia bertambah lemah. Tak boleh nak buat apa-apa. Kalau di minta passcode nanti, Ramlan marah pula. Apabila umur sudah meningkat 30-an, malas betul mahu berkrisis akan sebab-sebab remeh.

Tiba-tiba Notis SMS muncul di skrin iPhone Ramlan.

“Rindu lah. Cepat lah datang” – Bonan.

Terbeliak mata Sufiah. Bibir mungil dia ternganga sedikit. Sikit lagi nak sama macam Megan Fox.

“Aduh!” getus hati Sufiah.

Dia bingkas bangun mencapat telefon bimbitnya. Kepada Razak dia hantar pesanan ringkas

“Suami I Gay!”




bersambung..

18 comments :

Nazim Nasri said...

homai.

macma mana lah isteri ni jadi seorang yang tabah kan bila tahu suami dia gay.

Cik Ina Do do Cheng said...

Noe , kawan cik ina pun ada kena cam tu ,bukan gay , nama lelaki tapi sebenarnya perempuan. Semenjak tu dia tak percaya lagi nama lelaki kat hp suami dia.

fab lane said...

cepat cepat sambung....
tak sabar.

norinaomar said...

ha'ah kann..entah2 memang perempuan,saja bagi nama lelaki.

syazana said...

tah! sambung la cepat! ahaha
kasi saspen je..

Lady RaRa said...

sufiah punnnnn laju tau mengadu kat razak!

kahkahkah!

farhanna said...

aushhh gay @ awek tukar name..

Opera Karismatik said...

sekarang penuh di kota metropolitan...tegap dan sasa tapi ...hategirl!

~dalamdiri~ said...

memang girl, bukan gay.buat apa nk ckp dekat wife nama betul kekasih-bonan

Hidayah said...

kak noe cepat la sambung!!! but berdasarkan pengalaman, 1= laki sufiah mmg curag tp letak nama lelalki,saja cover line. 2=sufiah pon mmg gatal, sbb dan2 la cari jantan len nak mengadu.apa punya isteri la...nak ada jantan len pon tggu la cerai. eh. kak noe, suspennya.cepat la smbung!

fifie said...

cepat la sambung. cerita nie macam best je. saya tunggu.

Ilhamny.com said...

cepat sambung please...

..:: WiRdA ::.. said...

adoi..lama nya tnggu episod ni... sambung cepat2 plis..

eiyzniey said...

ish3..macam2

bulan darling said...

entah entah nor BONANiah name die ehheheehe

kueh bakar said...

nokia - conecting people

tapi banyk juga...

'disconecting people'...

heh!

Othman Juliana said...

dan aku secara officialnya menjadi pembaca tegar untuk siri Sayang Sufiah~ oho!

Irfa said...

bonan?
awang hitam kot.hahaha
aku baru jumpa la novel bersiri ni.
mmg best betul