31.7.11

Selamat Berpuasa


Dulu aku tak pernah terfikir untuk berkomunikasi (walaupun sehala) dengan orang yang telah lama meninggal dunia melalui saluran eletronik seperti blog, facebook atau twitter misalnya.

Tapi zaman yang serba moden dan canggih yang dikuasai oleh generasi Y rata-ratanya, mengizinkan segala-galanya. Melalui saluran media baru, kita semakin bersikap terbuka untuk membenarkan pembaca yang tidak dikenali tahu apa yang kita bisikkan di dalam hati, apa yang kita doakan, apa yang kita harapkan.

Selamat menyambut Ramadhan, Abah, Atok Misai, Atok Tina, Atok Mak, Atok Cikgu. Semoga beroleh kemenangan di sana. Kami di sini sentiasa mendoakan perjalanan kalian semua.

Aku tiba-tiba jadi rindu melampau bila tengok gambar sambutan ulangtahun ke-3 aku yang kat atas ni. Bersungguh mak abah buat preparation siap panggil satu berek balai.

Zaman kanak-kanak memang indah.

Selamat menyambut Ramadhan semua. Ampunkan segala dosa-dosa aku sepanjang kamu kenal aku di sini.

Atau pun luar dari di sini.

*senyum*

7 comments :

misya mialen said...

.asyik tengok gambar masa kecil ni.Smlt menyambut ramadhan noe;D moga ramadhan bawa seribu berkat dlm hidup^_^

eesyaheera said...

Selamat berpuasa Noe!

Ladynoe™ said...

selamat! :D

Gee Carmen said...

comeinye kamu masa kecik-kecik dolu :)

Fahreen Fredo said...

Selamat berpuase deqnoe!

..:: WiRdA ::.. said...

baju kita sama. ade jugak :P

Nadya said...

Salam. Selamat berpuasa Noe. Muka sabrina potostat muka kau jaman kecik2 eh. Comel. :)