6.7.11

Tiba-tiba Terfikir Tentang Masa Depan Antara Aku Dan Keretaku.

NOTE: Advertorial

Aku ingat lagi. 4 tahun sebelum ni.

Mas, Eqa dan Aku pernah berbual ala-ala girl’s talk tentang kereta idaman masing-masing. Selaras dengan perbezaan fizikal dan selera, kami bertiga memang mempunyai impian yang tidak sama. Eqa suka MPV, Mas suka Kereta Kompak (compact car), aku, biasalah, perempuan sofistikated yang idamkan sedan mewah ala-ala Nora Elena.

Tapi betullah, manusia berevolusi.

Selepas melalui fasa hidup yang berbeza, dan kini memiliki sebuah sedan yang tak berapa-Nora-Elena, sedikit sebanyak aku merasakan bahawa aku memerlukan sebuah kereta yang lebih besar dari sekadar Sedan.

Aku dah ada anak seorang.

Dan aku agak rajin ke sana sini dengan keluarga.

Selalunya aku akan angkut segala benda. Bayangkan beg Sabrina sahaja dah ada dua. Beg aku dan Fandi selalunya satu luggage besar, ditambah dengan mak dan anak saudara aku yang selalunya lebih suka travel dengan aku.

Memang tak muat. Kalau muat pun, mesti ada beg atau barang yang aku penyekkan supaya muat di dalam boot kereta. Dan apabila kereta dah padat dengan isi manusia dan beg/barang, Sabrina dah tak ada banyak ruang untuk bergerak.

Jadi, fenomena anak kecil menggelupur, tapi kena grip tak kasi bergerak, memang biasa berlaku dalam kereta sedan-yang-tak-berapa-Nora-Elena aku setiap kali aku travel satu keluarga. Apatah lagi fenomena ‘yang paling kurus duduk ke depan sikit!’. Kalau duduk pun mesti kepit peha macam pengantin bersanding tersipu-sipu.

Bukan itu sahaja. Kalau aku balik kampung sekali pun, kalau nak balik ke Kuala Lumpur semula, mak aku akan bekalkan dengan pelbagai barang yang besar-besar yang memang tak muat nak disumbat di dalam boot kereta.


Belum lagi cerita tentang pengalaman memberi keperluan bulanan di supermarket.

Wagh!

OK, Aku perlukan MPV. Baru anak seorang ni. Kalau dah ada anak 3, masih ber-Sedan lagi, mungkin aku akan jadi malas nak keluar travel ke mana-mana sebab siksa kereta sempit macam sekarang ni. Nak beli sedan mewah yang boleh sumbat 10 orang, macam tinggi sangat angan-angan tu.

Kamu pula bagaimana?

Alang-alang berbual tentang keinginan terhadap MPV ni, elok juga kalau kita survey mana-mana sumber tentangnya.

Kalau aku, Proton Exora jadi pilihan utama. Teringin juga nak pandu uji. Jadi apabila aku ke laman web mereka di http://www.allaboutexora.com/, adalah juga berita baik yang mengatakan Team Proton Exora akan berkunjung ke 3 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Melaka. Berita baik untuk rakyat Kuala Terengganu pada minggu ini adalah *gilirang mung tuk pandu uji Protong Exora ni.


Untung lah orang Terengganu minggu ni boleh pandu uji Exora. Minggu depan Melaka pula. Bila aku pulak nak dapat peluang yang sama? Ehem.



P/s: Aku tak tonton Nora Elena. Sorry Seth Tan.
*Giliran kamu untuk pandu uji Proton Exora ini.

15 comments :

antalya said...

kami 3beranak juga mengidamkan ezora. tp kalo dapat estima atau alphard lg best kan.wahhh

nizamsani said...

ranap bakul merah tersebut.

ika~~ said...

ant exora and alza,exora cntek lg kaan?

Lady RaRa said...

hah! anak satu baru tuh sedan dah tak muat

aku anak 3..ada terpikir nak beli bas rapidkl gak..kahkahkah!

cik fara said...

silalah beli MPV siap2~~anak 3 nanti bergaduh tempat duduk sempit. [bercakap dari pengalaman selalu gaduh adik beradik berebut tempat.hehe]

tentang dhila... said...

noe so far aku pki exora puas ati la..besar n luas. even ko amik b-line pon dh cukup puas ati.

Hayati Hamzah said...

tambah lagi dpt anak mcm abg sy punya anak . baring ats penyandar kepala sampai driver tak nampak belakang , harus beli mpv !

Umie Nadhirah said...

gila lebih had muatan


entry anda cool ^_^

Zulfikar Hazri said...

kenapa nak bawak bakul gi jenjalan....?


hurmmmphh. hirup kopi...sambung pikir.

Ladynoe™ said...

ZULFIKAR,

Kalau aku balik kampung sekali pun, kalau nak balik ke Kuala Lumpur semula, mak aku akan bekalkan dengan pelbagai barang yang besar-besar yang memang tak muat nak disumbat di dalam boot kereta.

O'gosh said...

bila la nak dapat kan..bila dah ada anak baru tau mmg x muat setakat kete2 biasa yang x ala MPV ni...

oni said...

kemain dah sekarang ayat advertorial dah makin meletup gitu!

kueh bakar said...

perempuan kalo balik kampung 3 hari...brg2 macam nak balik sebulan...

kalo budak u..perempuan...barang2 nak masuk dorm atau bilik macam nak masuk rumah baru...

fuh! gile

Ladynoe™ said...

KUEH BAKAR: ahahaah so true!

kueh bakar said...

jomlo..

aku tak tahu masa kena atau tidak.tapi aku jemput kau sertai kontest aku..

jomlah.tq