14.8.11

Apa Faedah Berkawan Dengan Mantan?

Sebenarnya, susah untuk kita mencari faedah apabila berkawan dengan mantan. Walaubagaimanapun, ada sesetengah daripada kita memang mampu berkelakuan natural seperti tidak ada apa berlaku selepas melalui proses 'break up' dan menjalinkan hubungan yang tidak lebih dari seorang kawan.

Oleh kerana berpasangan itu dikira sebagai dua kepala, maka, setiap kepala mempunyai situasi dan emosi yang selalunya berbeza. Kepala satu, mempunyai pembawakan seorang yang kena tinggal (kena dump). Kepala yang lagi satu, mempunyai pembawakan seorang yang meninggalkan (yang dump). Kalau ditengok sahaja pada keadaan emosi dan situasi ni, memang agak susahlah untuk kedua-dua kepala ini berbaik semula, walau hanya sebagai seorang kawan.

Selalunya orang yang meninggalkan ni, perasaan mereka lebih natural. Logiknya, orang yang dump orang lain ni, mesti ada banyak sebab kenapa dia dump kau. Dia mungkin bagi satu sebab. Tapi percayalah, sebenarnya, ada berpuluh sebab kenapa dia menyampah sangat untuk terus stay dengan kau. Jadi apabila perasaan menyampah tu sudah reda, dia mungkin akan bersifat neutral kerana jauh di sudut hatinya, dia sudahpun memaafkan semua kejelikkan mantannya.

Bahaya bagi orang yang ditinggalkan, walaupun mereka telah pulih sepenuhnya dari luka darah jiwa bersepai perasaan hancur kutimang-timang sayang, namun aku yakin, perasaan mereka masih, masih, masih, tidak bersih. Kadang-kadang kau boleh dengar tona suara atau gaya bercakap mantan yang ditinggalkan ini, seolah-olah sengaja nak menyakitkan hati kamu. Atau, sengaja nak merendah rendahkan kamu.

Contoh;

Rudy ditinggalkan apabila Warda membuat keputusan untuk mengahwini Shafiq. Warda dan Rudy boleh diibaratkan sebagai pasangan yang mempunyai keserasian yang sangat tinggi. Malangnya kejelikan Rudy melebihi tahap keserasian mereka. So, bye bye Rudy.

Warda ni tidak la cantik sangat. Selalu rasa rendah diri dengan bentuk hidung yang leper tak berapa nak mancung. Dan kulit yang tak berapa nak rata.

Satu hari Warda jumpa Rudy semula dan mereka mula berkawan. Warda tengok Rudy dah OK. Rudy pun positif dengan Warda. Tak ada apa berlaku. Sampai lah satu hari mereka duduk berbual di kedai kopi.

"How's life Warda?"
"Takda apa yang lebih menarik. Plain vanilla. Tapi I syukur,"
"Husband u kerja apa?"


(jaga jaga, ini adalah langkah permulaan si mantan tu nak cari point)

"Dia kerja kat makmal hospital,"
"pembantu makmal?"
"tak lah. Kerja biasa2 je,"


Warda tetap neutral. Dia memang tak suka belagak. Niat Warda adalah untuk tidak membuat Rudy rasa rendah diri.

"cukup nak sara hidup?"
"so far..ahamdulillah..eh how's yours? Cite la..wife u orang mana?"
"oh my wife orang Damansara. She's a great woman i ever met. Hidung mancung macam peranakan. Kulit licin mulus! Setiap i sentuh dia, i rasa bahagia,"


Maka terkulat kulat la Warda di depan Rudy. Dia pelik, kenapa dia boleh terfikir nak keluar minum dengan syaitan gondol yang duduk kat depan dia tu. 4 tahun mereka bersama dahulu, Rudy dah cukup tahu, kalau bab hidung, bab kulit, Warda memang cepat rasa down. Tapi apa ke sialnya Rudy merapu sebegitu tadi?

Tamat contoh-

Orang tua tua cakap, barang yang lepas jangan dikenang. Mungkin Rudy tak ada niat nak buat Warda kecik hati. Tapi kau kena ingat, kau kena sensetif dengan perasaan semua mahkluk yang terdekat dengan kau. Jangan terlampau simpan sangat perasaan sakit hati kena dump dan cemburu yang masih berbekas dalam hati. Anggaplah sudah tidak berjodoh.

Kadang kadang, kita kena kenang apa masalah diri kita sendiri bila asyik kena dump je. Memang lah kita rasa kita dah buat terbaik untuk pasangan kita, tapi kalau dah merapu sangat perangai tu asyik nak cari gaduh je, semua orang pun menyampah. Macam aku cakap tadi, kadang-kadang orang yang dump kau tu, bagi satu sebab je kenapa dia dump kau, padahal, sebenarnya, ada berpuluh lagi dia sembunyikan untuk taknak tambah luka hati kau.

Dia cakap je "Mak I tak suka you," padahal dalam hati dia.."i takut nak kawen dengan jantan muka macam u takut anak i tak comel nanti, u kuat jeles macam hantu, u mengongkong macam kingkong, i tak dapat beza mana satu mangkuk mana satu hidung you, u bercakap gaya rempit gila dan sebagainya.

Jadi kesimpulannya, aku rasa, tak payah lah nak berkawan sangat dengan Mantan ni. Buang masa je. Nanti dua-dua sakit hati. Tak kisah lah siapa tinggalkan siapa. Dalam perhubungan masing-masing pernah buat silap. Tahan dengan tak tahan je.

Kecuali kalau dia betul-betul baik, dan kamu berpisah pun cara baik tanpa krisis besar. Itu cerita lain.


mantan = bekas. tak kisah lah bekas kekasih, tunang, isteri, suami atau mereka dan keluarga mereka.


- Posted using BlogPress from my iPad




19 comments :

Hani Maldini said...

yeahh second that!
tak kira la sebenarnya krisis kecik or besar,
untuk kebaikan dua2 pihak,
tak perlu la kot nak berkawan2 lagi

Fahreen Fredo said...

Hahahahaha beria aku pikir mantan tu ape. Barulah paham

Aku rase macam kes aku putung tunang, ex tunang tanye kenape nak putus segala tapi gile aku nak ngaku bende sebenar kannnn. Bagi satu sebab sudahlah. Yang lain aku simpan. Nak lagi boleh jek. Auwwww hahaha

Memang ye, aku taknak langsung jumpe balik ex2 aku. Sebab? Aku macam tak suke nak campur adukkan life aku yang baru dengan kehidupan mase bercinta dulu2. Kalau boleh, semua barang2 aku pulang, dan aku warning takyah nak tegur aku ke ape ke kalau terserempak kat mane2. Ntah macam aku pulak nak lari. Aku tak benci cuma aku tak suke nak jumpe balik. Err ko boleh faham tak? Heheheheee

cahya indah said...

memang best baca pasal mantan ni, tapi kadang2 ada jugak mantan yang memang ditunggu..or maybe yang tu tak dikira mantan lagi kot

azizol said...

terbaik, xada hubungan terus lg baik..
kita xpayah control, mantan xpayah cover..

TSYA'Z (~_^) said...

hoho, saya sgt suka entry ni..memg pon x pyh baik sgt dgn mantan ni..kdg2 niat kita lain, niat diorg plak lain. lagi bgus, kalo xyah ada ape2 pastu...

kueh bakar said...

mantan berkawan dengan mantan ok jika dua-dua masih single atau telah kembali single..

kalo dua-dua sudah berkahwin
atau
salah sorang dah berkahwin

baik jangan.setan bertanduk susah mahu atasi.

misya mialen said...

sy pun setuju jg noe.tak pyh nak berkwn dgn mantan.mantan sy pun skrg cuba berkawan semula dgn sy.huhuuuu.tp, rasanya tak perlu lagi.biarlah kwn mcm tu je.lg selamat dan tak perlu sakit hati.

kc kasedah said...

aku tak penah amik peduli pasal mantan santan neh. lantaklah. aku dah ada life da.



dah kawen buat cara da kawen jgn nk menggatal lg da la woiii - buat matan santan ku

sHieDah SmiLeY said...

komen saya..friend can be boyfriend, but boyfriend cannot be my friend!

KiD said...

kena berhati-hati la lepas ni.haha.

Nuramalina Aziz said...

aah.nana stuju sangat2 ngn noe.em..barang yang lepas jgn dikenang.biar la jadi debu berterbangan..cewaahh..hurm..sume tu bisikan syaitan je nak amik tawu blik pasal hal2 mantan ni..focus on life skrg sudeee...

@Fr!^n@ said...

Jalan terus.. jangan pandang belakang.. toleh sekejap boleh la.. agreed the contents in this entry!

Ummu Shafiqah said...

wait, kenapa i terasa? hehe i pernah je sengaja cakap benda menyakitkan hati kat ex i yang dumped i. My ex is a short man. So bila berbual dengan ex i tu i selalu highlight yang, bf i tak la handsome mana, tapi i suka sebab dia TINGGI. HAHAHAH!

miss nona said...

seriously, although i m the dumper still i feel like we could work it out.. but i wasn't suprise bila dia dah over me even before i asked to break it up.. dia womanizer.. i'm just a statistic.. although baru seminggu je we broke it off.. i still felt like he could have worked harder to work it out.. but ego dia tinggi sangat, yelah rupa ada, pompuan berduyun.. apalah sangat kita ni kan.. hari2 selepas break tu, i was so frustated.. ada masa nk lari balik kat dia.. but i was the one yg pergi. n if i come running back, how would it benefits me? it was all about him before, now its my turn.. i need to put myself first.. so, you're right, breaking up isn't easy and if you think by being friends it would make it easier.. i would like to think there's a reason why it's call break up.. to give each other the space and time for something better in life..

R.R.Z said...

Uwa..terase! Ex kontek baru2 ni cuz kami tserempak. Masa tu sy bsama dgn tunang.Ex sms menyakitkan hati n mengutuk tunang sy tanpe sebab. Hakikatnye de dah kawin 3 tahun lalu dan mempunyai 2 org anak. Dah ar kawin mase kami masih 'in relationship'. Damn! Mang xleh berbaik!

Deqna said...

hai sis :),

saya setuju dgn pendapat akak dlm entry ni. sbb once kita dah putus, maka akan tercatat pulak seseorang untuk kita yang lebih baik akan datang.. kecualilah itu jodoh yg sebenar-benarnya :-)

fantasimerahjambu said...

Lebih afdhal setitik pun jangan berhubung kait dengan Mantan. Aman dan tenteram. Ha-ha

.n.a.s.r.a.h. said...

back in 2010 aku penah tulis pasal sang mantan. berkawan ke tak tu cite lain. tp penghargaan tu perlu kot bg aku. http://weirdxzz.blogspot.com/2010/03/sang-mantan.html

Asidah said...

noe,aku rasa pun macam tu.tapi kes aku,si mantan yang meninggalkan tu yang sindir2 aku.dia tinggal aku,dia yang cari aku balik pastu dia sindir aku.ape motiffff? hahaha.terus taknak kawan dah.lagi bagus.