9.8.11

Anak Bungsu Tidak Cool?

Dari dulu lagi aku selalu terjumpa dengan mana-mana nukilan blog atau kenyataan di mana-mana status Facebook atau twitter yang memperlekehkan anak bungsu. Ada juga aku baca, menaikkan kredibiliti diri sendiri sebagai anak sulung seperti memberi tanda anak yang tidak sulung ini tidak mempunyai kredibiliti seperti mereka.

Kalau ikutkan darah muda, darah menggelegak, darah bersaka, memang aku nak counter balik kesemuanya. Aku rasa aku tak perlu susah payah nak menegaskan yang semua mempunyai keadaan yang berbeza. Klise. Dalam satu keluarga, adik beradik, memang macam-macam gaya dan perangainya. Contoh paling mudah aku ambil ialah merujuk kepada diri sendiri. Adik beradik lima orang. Aku yang bungsu. Aku ada seorang kakak yang paling sulung dan tiga orang abang lelaki yang masing-masing gagah lagi perkasa.

Aku sendiri pernah dimaki percuma oleh akak sulung aku sendiri. Katanya, 'anak bungsu ni bodoh belaka'. Bodoh dari segi apa? Hanya hati si sulung sahaja yang tahu, gamaknya.

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula adik beradik.

Macam aku cakap pada perenggan kedua nukilan ini, kalau ikutkan darah muda, berdasarkan pengalaman berkrisis dengan adik-beradik sendiri, memang aku nak counter balik semua kenyataan yang aku pernah baca mengenai betapa hebatnya anak sulung dan betapa tak coolnya anak bungsu ini. Tapi biasala, aku kan anak bungsu yang cool. So aku biarkan sahaja.

Aku lupa entah sejak umur aku berapa tahun aku menjadi observan yang setia terhadap keletah abang dan kakak aku. Mana yang aku rasa tak patut aku ikut, aku tak ikut. Mana yang aku menyampah sangat, aku jadikan sempadan yang berguna. Mana yang mengkagumkan, berwawasan, aku jadikan panduan supaya hidup aku boleh jadi sebaik atau lebih baik dari mereka.

Kalau nak cerita tentang anak bungsu tak pandai berdikari, aku lah serikandi yang akan memancung setiap kenyataan tersebut. Ingat, jangan lupa letak perkataan 'sesetengah' atau 'sebahagian' ke dalam setiap pernyataan kamu. Tak payah lah aku nak cerita kenapa. Tapi meminjam atau meminta-minta duit mak abah adalah di luar dari prinsip aku lah. Yang aku tahu, aku tak nak nama aku termasuk lansung dalam setiap keluhan mak aku lagi.

Bab manja, mungkin ya. Tapi kadang-kadang aku rasa kakak aku lagi manja. Anak sulung mana yang tak manja? Bayangkan kau baru kahwin..tiba-tiba dapat anak..tengok lah macam mana aku treat Sabrina sekarang ni. Dia lah yang paling utama. Kalau dah ada anak dua tiga nanti, kasih yang utama itu mungkin akan dipecah-pecahkan.

Tetapi, apa pun, setelah aku sendiri menjadi seorang ibu, bagi aku anak sulung ke..kedua ke..tengah ke..bungsu ke semua ada hebat masing-masing. Nak cerita lanjut sangat pun, kena tunggu masing-masing dah pandai buat kerenah lah. Sebagai seorang ibu jugalah, aku harap sangat semua anak aku menjadi manusia yang manusia. Baik yang sulung, atau yang bungsu. Aku selalu harap Sabrina dapat menjaga adik-adiknya kelak. (benci betul perkataan kelak. macam karangan budak form 1)

Walau bukan dari segi kudrat, dapat pimpin ke jalan yang betul pun jadi lah.

Jadi, tidak lagi timbul anak bungsu lebih cool dari anak sulung atau sebaliknya seperti yang didebat-debatkan dalam hati sebelum ini. Aku sayang anak sulung aku, Sabrina.

Dan ya aku sayang kakak sulung dan abang-abang aku.

1985 - Along dan Aku.

P/s: Aku percaya, akak sulung aku dah tarik balik statement "anak bungsu ni semuanya bodoh belaka". Dia dengan anak bungsu dia memang rapat sungguh!

32 comments :

mr kay said...

-anak bongsu manja-

statement tipikal. mana pakai lagi.

NurulMimieJamaludin said...

Selalu memang anak sulung dapat perhatian lebih. bukan sulung dan juga bukan bungsu selalu lihat benda2 yang perlu diambil kira. Sebagai contoh, kalau kakak saya bawak balik bf ke rumah dengan niat nak menunjuk kat parents. Saya tak buat sebab saya tahu parents tak suka. haha. Kalau abang saya belajar sampai degree kat local uni, saya pegi uni kat overseas. kihkihkih. Sebenarnya semua ditentukan Dia, mungkin kita tak boleh jadi sulung sebab takde sifat kepimpinan dan tak boleh jadi bungsu sebab mesti ngada lebih.

*harap sokong kenyataan ni*

Lady RaRa said...

aku penah jadi bongsu selama 10thn..

dan aku rasa mak abah aku pilih kasih...sayang kaklong aku lebih

pastu aku beranak

aku sayang apan

pastu mengandung lagi

terus aku cuak

eh, bolehkah aku tak pilih kasih



bila dah ada dua anak
baru aku tau

susah sebenaqnya nak kasih sama rata..kena usaha lebih!

dan tetiba aku menaruh harapan tinggi kat anak sulung, dan si adik aku rasa macam, kau kecik lah selama2nya, tak pandai pun tak apa..kau teman ibu!

ni aku jujur neh!

linda said...

Noe,

Lagi satu tipical statement - 'anak bongsu manja'. Cukup aku menyampah.

Sarah said...

anak bongsu lebih bedikari sebab...

kalau anak sulung, mesti ibu bapa beri perhatian lebih. Iyelah, setiap apa yang anak sulung lalui, itu adalah pengalaman keibubapaan pertama. tapi anak bongsu? Selalu je mak ayah akan cakap, " tanyalah abang atau akak".

PEAH said...

I prefer to be anak bongsu :)

fatin itu saya said...

aku anak sulung, dulu2 masa kecik slalu bengang dgn adik bongsu (ppuan), semua asik nak ikut macam aku.

tapi bila dah besar, dah faham. kesian kat adik bongsu aku.selalu kena marah dengan kakak abg yang rasa si bongsu kecik and takleh geng. padahal kitorg la idola dia.

and statement manja, aku rasa sulung lagi over manja.bak kata mak aku, yong ni gemar manjakan diri sendiri.

apa pun, aku sayang semua adik2. sometimes regret dgn action towards adik2 esp yg bongsu.

and aku rasa sulung ke, tengah ke, bongsu ke..semua cool kalau dorg cool. doesnt matter what aturan they were born to.

Missha said...

Share Experience & Pandangan:

Saya pun anak bongsu & adik beradik semua perempuan. Dan saya setuju dgn statement "Kakak sulung lebih manja". Kenapa? Sebab kalau terasa sikit mak saya lebihkan kami adik-adiknya, terus sedih, terus merajuk. Kata lain pula, kakak sulung ni kalau marah kat mak kita, takpe. Tapi bila kita yang adik ni, macam membangkang sikit cakap mak, dia marah kita pula ckp jgn melawan. Ish. Lagi satu, saat saya beli kereta hasil duit gaji sendiri tetiba kakak sulung melenting sbb membelakangkan dia. walhal saya bawak ayah suruh ayah tengok sama ada setuju ke tak dgn pilihan saya. Dan dalam pada saya yg bongsu, saya yg paling berdikari antara adik beradik saya. Kerja time belajar semata-mata taknak susahkn ayah. Well, adik bongsu is the best sebenarnya! ^_^

Hidayah said...

hehee..saye ngam je dgn sume adik kecuali yg no 2. malah akak sulung ni la yg selalu kene buli dgn si bongsu utk g memana, jadi driver, bank bergerak, pow itu ini.ceh.bertuah punya adik bongsu. tp saya sayang je semua adik2 saya. btw kak noe..cepat la smbung sayang sufiah tu!

Che Lin said...

dulu2 je kot memang orang suka beza2kan mcm tu.mak ayah suka nak dahulukan kepentingan anak sulung berbanding anak2 yg lain.tapi skrg ni orang dah makin matang dan berilmu.takde dah 'apartheid' mcm tu :-D

rhnnao tjgneo said...

Anak bongsu ni mengada (untuk Adik Kak Ron).

kueh bakar said...

kalau masa kecik..
aku rasa semua manja.tapi kalau ko abang, memanglah si adik tak sempat nmpak kemanjaan si abang...

bila adik-beradik dah ramai...memang adik akan berharap pada abang...tidak namanya adik jika tidak menyusahkan abang...tak dapat lari.kadang-kadang si abang akan berkorban utk si adik waima sebatang eskerim cothnya...

tapi mak ayah la sebenarnya yang membuatkan siapa yang lebih manja.dan terpulang juga pada si anak utk jadi manja atau tidak...

Myra said...

Salam!

We're selling beautiful PRINTED SATIN SCARVES and PLAIN CREPE SATIN SCARVES! Jemput lawat blog kami :)

http://myra-mode.blogspot.com/

yui92 said...

anak bongsu la paling tabah hatinya.. haha

mimi fatin said...

anak sulung ke bongsu ke tengah ke, semua ada kelbihan msg2... smua pun cool :D

Aien said...

saya suka ambil apa awak kata tentang, jgn lupa letakkan 'sesetengah' atau 'sebahagian'.

sbb hakikatnya benda ni dah jadi mcm satu benda klise, asal bongsu, manja. asal sulong, bagus. padahal semua tu kdg2 tak tepat pun.

dan dari apa yg saya tengok drpd pengalaman sekeliling, anak sulong tu jauh lebih manja sebenarnya.

:)

joegrimjow said...

bong or bung?

fairuz said...

tp mmg betul laa. anak bongsu banyak betul kelebihan. ok jeles *_*

arina ahmad said...

asal aku tak rasa adik aku ni bekebolehan lagi ek? semua benda dalam rumah ni.. maksud house chores semua kita kena bagi arahan.. takkan tak leh buat sendiri. eee dah besar kot. hoho.. tipikal kakak tengah.

PipiKembong said...

hah saya sokong akak! anak bongsu pun sama independent lah. anak sulung sekarang nih bila dah besar dah stat belajar semua mak bapak beli kereta bagi. anak bongsu? persepsi abg ko dulu xdpt ko pon xdptlah. pastu diri sendiri jeles tgk kawan2 sebaya yg anak sulung semua dpt bergerak sendiri. sy? bapak antar takpun nek bas, dilema hokeh! :'(

Redup Pemikiran said...

Hei! anak bungsu kan manja!

the hun said...

Aku pun bongsu, and in a sense, yes aku manja. Tapi aku rasalah, tak de lah pulak aku dapat lebih daripada apa yang abg kakak aku dapat.. lebih kurang sama aje. Kalau lebih pun bukan sbb aku bongsu, tapi sbb masa aku dilahirkan, my parents were more financially stable, in fact, masa tu, ayah aku dah nak pencen dan kakak sulung aku dah nak start kerja. so yes, i do get more than what my older siblings get, duit, time and attention, tapi aku tak rasa itu sbb aku bongsu semata. aku rasa itu sbb timing kelahiran aku.

atau, mungkin aku in denial... heh..

R.R.Z said...

anak sulung manje!
heh..yg bongsu ni lah paling selalu kena libas tau..

*anak bongsu*

Aini Amir said...

akak sulong aku berdikari-sgt menjaga adik beradik even skrg masing2 dh ganyut.

adik bongsu aku berdikari-dialah org pertama yg berani keje during sem break.

aku? anak tgh...xder bend ayg best.manja pun tidak. berdikari sgt pun tidak.

abg & adik lelaki aku paling manja tahap cipan. kalau boleh makan pun nak bersuap. yg pompuan bersuap jugak tp pakai kaki

sekian.......... T_T

N said...

anak bongsulah yang paling byk makan hati sebab kena sabar dengan pe'el akak2 n abg2 n takleh melawan sbb plg kecik. diamkan aja semua benda. ikot, turut.

tapi takpo, still sayang akak n abg2 gua.

Chibi Maruko said...

laki me anak bongsu, anak yg baik, menjaga ibu bapa, berdikari, manja jadi dia manjakan me selalu, baik hati.. so me untung berkahwin dengan anak bongsu yg satu ini.

ChiTot ChiMot said...

YES!AGGREE THAT STATMENT...
aku pun anak bongsu sugak bah...
manja itu memang diakui..tapi, semua keinginan TIDAK selalu akan dipenuhi..ye dak?

fatin itu saya said...

sbnrnye, kalau nak difikir2kan balik, lagi kesian kat anak tengah.

dah la buku teks sekolah pakai akak/abang sulung punya. baju baby lahir2 amek je akak abng punye.

pastu kalau part kena ketuk, kalau sape selang setahun je tu, mmg yg sulung ketuk adik no 2 tu...sedap aje.

no 3 plak kena buat bila no 1 and 2 team up.

no 4 usually the luckiest when the parent dah stable, ada financial security and lebih lucky if akak abg dah kerja, siap abg belikan iphone lagi (the case of my youngest sister, pergi uni bawak iphone uuuu..ffuuuuu)

so...kesian kat anak tengah la. in fact, rasanya yg selalu throw tantrum anak no2 kan?

altho im the eldest, nak tanya gak, takde ke kesatuan anak tengah? he he

hanaahmad said...

yang aku selalu dgr, anak bongsu ni terlebih ngada2 dan aku sebagai anak bongsu menyangkalnya habis-habisan. lagi satu, sebagai anak bongsu, aku banyak belajar dari pengalaman dua hero abang atas aku. apa yang depa buat salah aku tak ikut dan jadikan teladan. aku rasa anak sulung lagilahhh manjaaa...yela aku pernah terbaca anak sulung ni lahir hasil hubungan kasih sayang yg tgh mencanak naik (baru kahwin). hehe

kaizen said...

bergantung pada didikan & layanan yg diberikan...


latest entry Antara Hidup & Mati

Nak DUIT RAYA X??

Bila Perempuan KENCING BERDIRI

jameela armann said...

aku anak bongsu dan aku setuju dengan kata kau yang ini..

oh ya.. aku ada nampak sabrina dalam gambar itu...
sebijik muka maknya masa kecik2......

ザ-sylver- S said...

tul2

abng2 ngan kakak2 kuat tul ngepau adik bongsu derng nih..

siap ugut2 lagi , Ko kasitau mak siap!!


dahyus sungguh mereka kan?

kelebihan-seorang-anak-bongsu