17.8.11

Exora di Bandaraya Besejarah

Note: Advertorial

Selepas Penang, team Proton bawa Exora ke Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka pula. Sekali lagi aku tak dapat jemputan walaupun kadang-kadang ada juga aku bagi hint. Tapi apakan daya. Tak ada rezeki.

Sesi pandu uji Exora kali ini tidak banyak perbezaan dengan yang pernah berlansung di Terengganu dan Penang. Aktiviti kebanyakkan sama.

Peserta sesi ini juga didedahkan dengan aktiviti yang sama seperti ‘Blindfold Parking’, pile-in challenge pelbagai lagi. Bagi aku pendedahan sebegini adalah wajar untuk menerangkan betapa Exora ini berupaya menjadi di antara sebuah MPV yang terbaik untuk pelbagai aspek.


Salah satu aspek ialah keselesaan di dalam satu perhubungan, misalnya. Contoh yang senang nak faham ialah bagi aktiviti ‘Blindfold Parking’ yang bertujuan untuk menguji sejauh mana kesefahaman kamu dan pasangan kamu dapat dicapai. Aku percaya bukan mudah kita nak parkir kenderaan dengan penglihatan yang terbejat. Tapi dengan teknik komunikasi yang cekap dan serasi sesama pasangan, jangan kan Exora, helicopter pun boleh terbang selamba.


Bagi sesi pile-in challenge pula, bertujuan untuk menguji sejauh mana kecekapan seseorang individu itu digabungkan dengan kecekapan Exora itu sendiri. Sebelum memulakan sesi tersebut, peserta akan disuruh untuk menyumbat segala macam barang untuk memenuhi bahagian belakang Exora.

Seorang rakan blogger yang turut serta sesi ini, ujian Pile-in ini tidak susah lansung dengan Exora. Dia agak terkejut, kerana tidak menyangka ujian Pile-in itu dapat dilaksanakan dengan mudah walaupun Exora adalah sebuah MPV yang besar.

Ini membuktikan bahawa Exora bukan sahaja MPV yang menjanjikan keselesaan, tetapi juga kecekapan dan cirri-ciri keselamatan yang tinggi.


; dan ya, peserta sesi ini bukan sahaja disuapkan dengan sajian makanan lazat, malah mereka juga diinputkan dengan ceramah intelektual tentang topik yang tidak kurang menariknya. Sekali lagi Datin Sharifah Shawati turun ke padang atas dasar peduli dengan imej dan penampilan. Terutama sekali perempuan lah. Aku sebagai seorang yang Pro tentang imej dan penampilan memang setuju sangat lah apabila topik ini diketengahkan dalam sesi sebegini. Tidak lah nanti pandu Exora tapi imej macam orang bawa lori ikan. Hehe.

Apa pun, angan-angan untuk membeli sebuah Exora masih diteruskan. Baru lah boleh fikir untuk menambah ‘seorang lagi’ selepas itu.




- Posted using BlogPress from my iPad


4 comments :

LS said...

InsyaAllah. ada rezeki baru amek Exora! ;)

crayon said...

horror kot bawak keta tutup mata

Ayyman Rahim said...

Eh menarik gila aktiviti Blindfold Parking niii!

Effa said...

sikit lagi nak terbeli exora hari tu. tapi memandangkan kapasiti 4 org je. tak jadi... hehe. kalau nak beranak ramai boleh ambik exora. akan datang. insyallah