22.8.11

kelibat syaitan durjana meliputi jasad yang tak pernah bertenang.

Hai takaharasuiko,

Aku rasa kau ni berbakat besar sungguh. Cool, super duper awesome. Bak kata tipikal manusia yang tak tau nak komen sangat, "keep it up!"




LIRIK

sejuk mentari gemerlapan hujan turun di tengah malam, bimbang,
seperti ditelan cahaya; bulan terbang riang

sekali jarimu meliar mencari bayangan diri yang menghilang
seperti dimamah gelora; aku terbang girang
menanti tarikh keramat menghampiri kami yang tak mampu berlari
seperti menjulang peristiwa; hitam yang menghakis jati yang terpendam

layarlah pergi, raksasa rakus dikaburi kabus
tebal, hari, aku bertutur kata-kata yang meluluhkanmu

kelibat syaitan durjana meliputi jasad yang tak pernah bertenang
cukup dengan manisan syahdu, apa lagi makhluk yang menghantui ku?

terbiar, remuk terbakar lalu punah menjadi air mata berdarah
puas sekadar riak nista, berahi mengaum ke dasar dunia

larilah pergi, iblis mengikis rohani terakhir yang tergantung
sepi, aku teriak kata-kata yang menghancurkanmu.

menanti tarikh keramat menghampiri kami yang tak mampu berlari
seperti menjulang peristiwa; silam yang menghakis jati yang terpendam

layarlah pergi, raksasa rakus dikaburi kabus
tebal, hari, aku bertutur kata-kata yang meluluhkanmu

larilah pergi, iblis mengikis rohani terakhir yang tergantung
mati, aku teriak kata-kata yang menghancurkanmu.

sejuk mentari gemerlapan engkau turun di tengah malam, bimbang,
seperti ditelan cahaya; aku terbang, hilang


10 comments :

MeWithNoNames said...

takaharasuiko...cool!! creative laaa...

Indah Mulya said...

i love her music! she is so amazing!!!mmg berbakat lah orgnya..xlm before this pn pena wat entry psl dia..truja jmpa org berbakat mcm beliau =]

Bigdaddyz said...

kool....

hanaahmad said...

OMG. siapa dia ni? super cool la! 1st time dengar. terpaut!

the hun said...

noeeeeeeee.. ko polow anwar hadi gak eh eh eh eh eh!!!

W. Hidney said...

nice!

eRaY said...

mcm ko jugak keep it up

rehaljingga said...

die ni memang sangat kreatif dan berbakat..banyak instrument dia boleh main. even bunyi mulut pon boleh buat muzik dia ni..thumbs up!!

word varification: purerefi

Ashypink said...

Noe nampak ko kat depan kedai guess kt sogo tadi :p

Othman Juliana said...

memang dia sangat hebat, and how she presents herself-super ordinary!

First time aku jumpe lagu dia kat youtube, dia buat lagu zaman budak-budak dulu, mix. Kagum babe!