5.9.11

Rahsia Di Dalam Suapan


Dulu semasa masih bekerja di advertising agency, ketika masih menjadi salah seorang brand designer Halagel, aku pernah diberitahu oleh eksekutif pemasaran Halagel sendiri bahawa, sejak umur kita 1 hari, sehingga 35 tahun, rata-rata daripada 'kita' sebenarnya telah makan 35 kilo babi. Aku tak pasti sama ada kenyataan beliau adalah untuk tujuan strategi pemasaran atau memang fakta sebenar. Tetapi walau apa pun kenyataan beliau, ianya cukup menggusarkan aku.

'Kita' maksud aku di sini, ialah kita lah. Orang melayu muslim kebiasaan seperti aku, kamu, kamu dan kamu- dan maksud 'makan' yang ingin aku jelaskan ialah bukan sahaja makan makanan yang mengandungi unsur babi, malah, menggunakan produk yang mengandungi unsur babi.

Shampu, burger, roti, kek, aiskrim, minyak wangi, segala bebola ikan ke ketam ke udang ke kibas ke, berus alat solek, ubat gigi, pencuci wajah, bedak, gincu, SUSU bayi dan kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Mana nak lari? Kita tinggal di zaman yang membolehkan semua.

Malah, kita sendiri membina 'perisai' melalui kata-kata "Alah, tak tau takpe," yang menyelamatkan kita dari dosa haram kononnya. Dan aku percaya kebanyakan di kalangan kita selalu menggunakan satu perkataan keramat yang berbunyi TAWAKKAL. Sedangkan, golongan terdidik macam kita sudah cukup tahu bahawa, mencari yang HALAL itu adalah wajib untuk kita.
  •  Jangan sesekali beli makan tak ada logo HALAL daripada JAKIM. Cut down terus. 
  • Kalau masih ada logo halal, pastikan logik. Kalau makanan daging dalam tin misalnya, label bukan tulisan yang boleh difahami, ada pulak tu Logo Halal. Lupakan sahajalah. It's just a logo. Designer label tu yang tepek. KADANG-KADANG diorang tak mintak permit halal pun. 
  • Kalau boleh cari pengeluar produk halal Malaysia. Alhamdulillah dah semakin banyak. Aku cadangkan Halagel, HPA, Safi, dan Forest Secret. Nak tau lebih lanjut, layari www.halal.com. Atau kalau senang pergi ke MIHAS fest atau Halafest. Di sana, kita boleh kenal pasti dengan lebih dekat produk-produk yang diiktiraf halal.
  • Sebelum masuk mana-mana restoren yang agak-agak kamu tak pernah pergi, atau tidak ada logo halal, seperti Sushi atau steak, selamba tanya, sama ada halal atau tidak. Aku pernah buat kat Sakae Sushi. Sebab aku tak pernah makan kat situ. Konon nak ajak Fandi makan sushi la. Alhamdulillah manager Sakae Sushi jujur mengatakan, "We're not Halal. We're just pork free".
  • Ini aku jumpa di Carrefour Sri Petaling. Aku tak pasti bagi kopi ini, logo Halal yang tertera adalah logo halal palsu atau tidak.
  • Buku ini sangat berguna. Tak rugi beli. Hanya RM18 dan aku percaya terjual di kebanyakan kedai buku.

 Semenjak dari hari itu, aku pun boleh dikatakan berusaha jugak lah, mencari yang halal, pastikan yang halal semampu yang aku boleh. Aku pun baru je mula. Mari bersama mencari yang halal. Harap Allah bantu kita dalam hal ni

"Dalam kalangan pakar nutrisi terdapat ungkapan ringkas yang dipersetujui umum iaitu 'You are What You Eat' atau 'Kamu adalah apa yang kamu makan'. Selain menjadi sumber keperluan tenaga badan, makanan juga membentuk perilaku, mood serta keperibadian kita. Pada hakikatnya, makan memindahkan unsur-unsur tenaga daripada sumber makanan kepada tubuh kita. Ini adalah pemindahan tenaga daripada satu makhluk kepada makhluk yang lain.

Kehidupan secara nyata memperlihatkan mengenai hal ini. Lihatlah kambing. Karakternya yang lembut tidak terlepas daripada pengaruh pola pemakanannya sebagai haiwan herbivor. Pada ekstrim yang satu lagi kita dapat melihat babi yang sanggup memakan tahi sendiri. Babi juga pemalas dan suka melakukan seks bebas.

Karakter orang beriman dalam soal makanan adalah seperti lebah apabila memakan sesuatu. Apabila makan, makan yang baik-baik dan apabila jatuh, jatuh ke atas sesuatu yang baik-baik. Lebab hanya memakan makanan yang terbaik iaitu inti pati atau nektar bunga. Lebah juga mengeluarkan produk terbaik iaitu madu. Lain-lain karakter terpuji lebah yang mungkin berkait dengan pola makanannya yang selektif adalah bekerja keras, tertib dan profesional."
 Dipetik dari buku "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit - Dr. Adi Hashman.

Jadi bayangkan kalau tenaga daripada karakter babi ni, kita makan/guna/pakai pula.  Apa pula rahsia dalam suapan kamu hari ni? Masih berbabi lagi?

Sekali lagi, pastikan Logo Halal adalah Logo yang asli dari JAKIM, ya. Kalau ragu-ragu baik tak payah peduli untuk beli.

Jangan main tawakkal kalau awal-awal dah rasa macam tak halal.







20 comments :

suci suza said...

sy pun kalu nak beli carik yang ade logo halal

ainie syeema said...

sis noe ! entry ini sgguh berguna..
yang halal itu pasti bersih ! yang bersih itu belum tentu halal ! :)

hayati said...

salam noe,

aku pun ada kalanya ragu-ragu jugak. dan byk jugak persoalan yg timbul:

1)pernah cek makanan dalam tin cap ayam brand? ada sesetengah produk dia ada logo halal (sardin), dan ada yang tak (button mushroom).

2) macammana pulak dgn brg2 bakeri yang packaging sendiri tu? xde logo halal atau pengilang. even papadom kt umah aku pun, main bungkus dlm plastik transparent tu je.

3) ada lg barang2 yang kurang pengeluar di malaysia (cheese/whipped cream/pasta).

4) macammana pulak dengan brg2 mknn yg digunakan di gerai2 makan tepi jalan dan pasar mlm(termasuk kedai melayu)?

aku rasa semua umat Islam patut bekerjasama cari info sampai kita dah betul2 yakin.. good info!

hanys said...

Betul noe.. Kita ni dh byk tmkn benda2 syubhah ni.. Tu yg perangai pun mcm2 blh tahan.. Moga pencarian yg halal dipermudahkn Allah.

LS said...

entry berguna pagi ni.
thanks LadyNoe!

liza aziz said...

Good info noe. thanks! :)

Atiqah Ahmad said...

gud info. thanks Noe.

Lady RaRa said...

tu bab makanan

aku ingat lagi few years back aku tengok majalah tiga pengacara dia pi india dan topik tu ialah something about kerbau kat india. dia sembelih dan eksport daging apa tu..then dia selit kat situ cakap tulang kerbau tu depa proses buat sarung kapsul yang boleh larut dalam perut means gelatin la kot kan?

ok, itu ialah ok since kerbau-kerbau tu halal

yang menjadi tandatanya aku, kapsul gelatin tu banyak ja kot orang-orang yang jual ubat-ubat apa ni, even dari farmaseutikal company sendiri guna.

dari mana depa ambik kapsul tu dalam bentuk pukal? takkan semua dari india?

setakat mana kita tau benda tu halal? kat ubat-ubatan mana ada cop halal ka apa. aku sekarang ni kalau nak makan jamu-jamu biasa makcik2 buat ka apa pun mesti teragak-agak..

ok mencari yang halal itu fardhu tapi ramai orang overlooked tentang benda laen selain makanan..

@Fr!^n@ said...

thanks for sharing..
this is so damn kewl..
terima kasih sekali lagi..

Salam Aidilfitri :)

Ladynoe™ said...

Ladyrara: aku cite pasal semua la. Bukan pasal makanan. Tu aku ada mention shampu, safi, alat mekap tu. Sebab tu aku suggest beralih ke halagel dan HPA. Depa pengeluar ubat yang menggunakan kapsul gelatin halal.

azelyusoff said...

thanks for sharing.

sebenarnya isu ni amat penting tapi ada yang tak ambil berat sangat. terutama dari segi pemakananan. ia akan jadi darah daging kita. Apa yang membentuk sikap kita.

Yang penting, kita patut lebih peka. informasi pada masa sekarang lebih mudah diperolehi. terpulang pada kita sahaja samada nak atau tidak.

salam aidilfiti noe.

KiD said...

ada yang lebih penting kan brand daripada halal haram.Itu yang aku tak paham.

her said...

salam,

good info kak noe. thank you!

Leya said...

Salam,

Sharing is Caring.Thanks for the info.Insya Allah,sama-sama kita perbaiki mana yang masih kurang.

LydSunshine said...

Nak share kat FB bleh kan? Saya penah citer tentang Vavi ni. Kalo sudi, jengok le... http://lydsunshine.blogspot.com/2010/06/si-khin-zir.html

kisahkita said...

hampes tol binatang kaler pink nih...menyusahkan...kaler pink pun gua igt kerajaan kena haramkan..itu unsur2 tuh...

Neta A.R said...

teringat kata kawan:

''klu minum arak aku boleh terima..tp klu sampai makan babi..aku mmg tak boleh terima langsung''

sesetengah orang amat prihatin pada halal haram (pada makanan).tp hukum wajib/halal/haram benda2 selainnya langsung tak dipedulikan.

*sekadar pandangan 2sen

rowena ridzuan said...

noe,

tumpang nak bercerita pengalaman aku dari konteks makanan ya.

dulu-dulu aku pernah lah ter(?)buat perangai, kalau restoran di shopping complex macam fullhouse ke, tgif ke (sekadar menyebut beberapa nama)tu tak ada tanda halal, aku pergi tanya, siapa cook? Muslim ke. Kalau depa jawab Muslim, aku pun dok tawakal makan.

Tapi bila mendengar cerita bapak aku (seorang penguasaha IKS, buat sos etc)yang menceritakan kesusahan setiap usahawan untuk mendapatkan logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM, maka aku ubah persepsi aku.

Seboleh mungkin, aku cari yang ada logo HALAL Jakim. Sebab yang memang betul-betul ada logol HALAL yang sahih ni memang ada pemantauan dari officernya.

Agak susah sebenarnya walaupun negara kita ni agama rasmi negara Islam. Kalau main bowling ke, pergi tengok wayang, kiosk jual makanan tu tak label pun makanan as HALAL. Tapi, apalah sangat kesusahan nak mencari makanan yang berlogo HALAL Jakim ni berbanding masyarakat Muslim kat luar negara tu kan..

Cuma, buat masa ni, aku rasa langkah termudah yang paling meyakinkan sebenarnya adalah makan siap-siap di rumah. Senang nak pantau dari mana sumber bahan mentah tu.

real kadijah. said...

haih..jd takot pulak nak makan...

Gee Carmen said...

terima kasih. info yg awak tulis n share kat sini sangat berguna.

saya tak mau jadi cam babi :(