12.9.11

Sandal Babi Sabrina

Nukilan kali ni aku taknak membebel panjang-panjang. Just a quick one. Sebenarnya penemuan ini lah yang membuatkan aku nak tulis tentang 'Rahsia Di Dalam Suapan' tempoh hari.

Pada suatu pagi yang indah di bulan Ramadhan, aku nak pergi kerja, hari tu hari Jumaat. Aku masuk kereta. Duduk. Betulkan kedudukan Sabrina dan katakan keinginan aku kepada Fandi yang hari itu aku nak cari sandal baru untuk Sabrina sebab sandal dia dah sempit untuk kakinya yang dah semakin memanjang. Aku pun ambil sandal lama dia.

"Tengok ni..dah kecik.."

tapi.. "Eh!"

Aku terperasan seseuatu,
 
Nampak tak? 3 titik?

Sebenarnya aku malu dengan kredibiliti diri sendiri ketika itu. Aku sebagai emak kononnya yang menitik beratkan semua benda untuk Sabrina. Aku alpa dengan konon mula-mula tengok sandal ni style untuk Sabrina. Takdak kartun kartun. Tak fancy fancy. Aku beli dalam satu kedai yang sama aku beli boot Dr.Marteen aku satu ketika dulu.



Ada apa dengan tiga titik tu? Kamu boleh google sahaja keywords "cara mengesan barangan kulit babi". Mesti berlambak-lambak keluar. Barangan kulit babi ni memang selalunya (bukan kadang-kadang lagi) tersembunyi di mana-mana kedai menjual kasut, selipar, beg duit, handbag, bag dan apa sahaja barangan kulit. Malangnya kita tidak diberi notis lansung tentang jenis kulit barangan tersebut.

Contoh aku pernah jumpa di Sogo. Seorang makcik yang tiba-tiba membatalkan hasrat nak beli wallet di booth BOBBI BROWN dan DECCELINI sebab dia terperasan ada 3 titik di sebalik dalam beg dompet yang dia nak beli tu. Aku berdiri sebelah makcik tu pada ketika itu. 3 titik tersebut adalah cara bersusun 3 segi. (satu di atas dua di bawah). Pekerja Sogo itu sekeras mengatakan itu hanyalah corak sahaja. Tapi...berani kah kita setelah di landa was was?

Aku pernah dapat satu e-risalah dari JAKIM tentang cara yang lebih jelas untuk mengenal produk kulit babi tapi alaaaaaaaaaaAAAaaaa pamplet tu dah hilang laaa...mana tah aku sumbat..puas aku cari, aku google balik pun tak jumpa. Tapi yang sangat jelas dalam kepala aku, yang diberitahu oleh risalah itu ialah,

MANA-MANA barangan yang mempunyai 3 TITIK tidak kira corak melintang, 3 segi (satu dia atas dua di bawah) atau 3 titik lurus semuanya adalah produk yang diperbuat daripada kulit babi dan jangan lah kita membelinya.

Berbalik kepada kes Sandal Babi Sabrina tu, sesampainya di pejabat, ada jugalah aku bertanya bagaimanakan penyelesaianya? Kena samak satu rumah kah? Memandang Sabrina dah berpijak merata di atas sofa di atas katil di atas perut aku segala? Ada yang kata kena buang cadar. Kalau kena buang cadar, sofa kena buang jugak ka? Hang gila ka?

Akhirnya aku jumpa jawapan, yang perlu di samak, cumalah Sabrina seorang sahaja.

Ada pendapat lain tak? Wallahu'alam.


Eh kata taknak membebel panjang-panjang? Okay nak sambung main SimSocial. Bye.

UPDATE TERKINI: Terima kasih kepada TOOPAI sebab telah menemukan e-risalah dari JAKIM yang aku maksudkan sebelum ini. Sila ke link ini. Moga moga kita dapat manfaat darinya.






32 comments :

ilif said...

kalau tak silap, genuine pig skin mahal sebab dia leather. dalam RM200++ tak silap. biasa kasut yg murah2 cuba nak kasi impression kasut nampak mahal dengan ada rupa texture pig skin tu. kalau salah, saya minta maaf :)

Tulus Sweet said...

kalau kat Beijng ni, paling susah nak carik adalah kasut yang bukan dari Pig skink.tapi sebab ramai yg suak pic skin so deorg akan buat pib skin tiruan. kat sini kalau ragu2 lebih baik jangan beli...:)

Republic said...

tak pasti buang sahaja...

nur choki choki said...

yup.my mum dlu keje kat dury free.y tu mmg kulit vavi.

rowena ridzuan said...

noe, melalui pengetahuan agama saya yang tak berapa nak banyak ni, betullah. yang perlu di-sertu tu anggota kaki si sabrina saja. tapi kalau fahaman saya ni salah, harap noe dan peng-komen yang lain tegurlah.

fifie said...

Ala, nasib baik baca. Sebb fie memang tak pernah tahu info-info macam nie. Sebb selalu kalau pergi shopping kasut-kasut pig skin nie, diorang selalu letak sign or balut. Tu yg perasan. Hehe. Btw thanks.

Siti Syazwan said...

xpe. xpyh samak pun xpe:) tp atas rs nk selamat n bersih, samak kaki sabrina je. btw, kasut kulit khinzir ni byk. tp kalau dah terbeli n mahal pulak, pakai je. from what i know, samak boleh, x samak pon boleh.sebab yg perlu disamak shj adalah air liur anjing:) tp kalau faham ikut mazhab syafiee, kena samaklah:) wallahualam

Zulfikar Hazri said...

kalau ikut fatwa imam malik dan kebanyakan Fuqaha, kulit babi tak perlu disamak.. ia hanya haram dimakan..

tetapi dalam Fatwa Imam Syafie.. dia lebih berhati2.. maka beliau menyarankan supaya samak..

tapi dari Hadis Rasulullah saw sendiri dan Nas Alquran takde yang ckp kena samak

Pilih lah ijtihad mana yang lebih rasional dan memudahkan..

p/s kalau aku, aku tak samak..

secret said...

Assalamualaikum,

pendapat saya, adalah lebih baik cik puan bertanya terus kepada pihak jakim, tok imam masjid kawasan masing2. jangan mudah percaya pada bahan2 yang ada pada internet. sila rujuk pada pakar agama islam. paling malas nak g pun, p la jumpa cikgu agama islam kat skolah anak.

insya-allah cik puan akan temui jawapan yang pasti. keputusan berdasarkan pandangan amat merbahaya lagi2 berkaitan ilmu agama islam. harap maklum.

p/s: sy cuma utarakan apa yang saya rasa perlu. maaf ye kalau komen ini mengganggu cik puan. assalamualaikum

norinaomar said...

macam-macam sekarang ni,kena extra cautious.

tanya pada orang yang arif dalam agama,nanti saya tanya ustad kat sekolah ni.

hanys said...

Sy sokong secret. Yalah msia ni byk sgt fahaman skang. Dulu kita pegang syafiee je.. Better dgr dr mulut org yg blajar agama details.

Che Lin said...

Pada pendapat saya, tak perlu samak semua benda yang dah kena pijak sabrina. Cukup dia seorang. Tidaklah hukum Islam tu menyebabkan kesusahan pula kepada penganutnya. Eh tapi saya bukanlah pegawai Jakim atau ustazah yg ada kelayakan beri pendapat. Cuma pendapat saja berdasarkan pengetahuan secetek sekolah ugama dulu :-) Tapi selalunya sandal kulit ni jenis yg mahal kan. Jadi ada eloknya juga saya belikan sandal murah2 je untuk anak, hehe tiba2...

mama maman said...

rasanya mahal atau murah brgan dr vavi nih xkesah sgt.. vavi is still vavi kan.. mama pun kurang arif pasal nak kena samak semua brg umah.. tp rasanya samak anak tuh dah betul dah.. kena tanya yg lebih arif nih. takut bagi ilmu sesat lak..

Othman Juliana said...

Cerita kau ni mengingatkan aku pada satu kisah time aku kat UUM dulu.

Seperti yang diketahui ramai, UUM ni bersempadan dengan Thaniland. Makanya, produk dari Thailand memang mudah benar nak masuk dan harga murah. Kasut terutamanya. Aku tak beli kasut dari sana sebab kaki gergasi macam aku biasanya takde saiz. Almaklum, saiz orang sana kecik molek.

Ok, kisahnya bermula bila budak bilik sebelah terbeli kasut yang sangat comel dan hanya disedari mempunyai tiga titik bahagian dalam kasut selepas hampir sebulan menggunakannya. Itupun budak lain yang sedar.

Tuan kasut menggelabah gile. Satu badan dia samak guna sabun samak. Habis kasut, selipar, alas kaki, sejadah, dll dibuang. Kata dia sebab kaki dia dah berjalan ke sana sini. Ok, ini SANGAT DRASTIK.

Mengikut ustaz (Prof. subjek TITAS) yang kami rujuk, hanya sekadar kita sahaja. Jika was-was sangat, samak barang yang kita rasa perlu sahaja (w/pun sbnrnya tidak perlu). Ini hanya untuk kita rasa selesa, tapi bukan smpi kena BUANG!

Selepas kes tu, aku bersyukur kerana mempunyai kaki gergasi~ haha. Poyo kan ;p

kisahkita said...

hang buang semua yang ada dalam rumah..baru lapang rumah..lepas tuh baru samak...kehkehkeh..thanx good info...

Reen Tart Nenas said...

sgt menakutkan. thanks for the info. my husband tangan die cepat sgt nak pegang kasut2/beg kulit nie. selalu kena ingatkan die.

lotikus disarimankan said...

Deng!!!baru je beli purse baru dengan tiga titik sederet.deng sekali lagi sebab masa nak beli tu dh perasan ada 3 tiga tapi dengan pandainya membuat teori bahawa kulit babi adalah tiga titik berbentuk segi tiga, dengan yakin dan bahagia nya terus membeli.

norinaomar said...

saya dah tanya ustaz kat sekolah ni,dia kata tak payah nak samak,tak payah pakai dah sandal tu,kalau rasa ragu-ragu buang saja sandal tu.

Ladynoe™ said...

NORINAOMAR terima kasih... :D

Myra said...

Ladynoe,

Kami orang orang yg merantau memang didedahkan kepada corak 3 titik means jangan beli sebab masyarakat di sini tak kisah maka orang2 yang kisah kena lebih ilmu skit supaya tahu batas2.

Seperti yg dikomen di atas, mmg ikut mazhab and which imam. Some people ambik apa yg mudahkan dia sebab it is everywhere (outside Msia), some people rasa mana2 pun bumi Allah so dia amat particular. My advice ialah stick to one pegangan and go with it :) I personally like to play with mud so sambil2 samak rasa macam back to origin tanahku haha (syok sendiri).

And also just because different mazhab lain fatwa doesnt mean its wrong :) a friend of mine punya ayah cakap, kalau Islam itu sebuah pasu yang cantik, and the imams are the artists maka lukisan masing2 itu interpretation mereka about the pasu from their point of view. its not right or wrong, just different :)

keep vigilant, all :)

biasa-biasakan tengok tekstur barangan kulit and baca label2 makanan :)

toopai said...

Saya ada jumpa pamplet JAKIM pasal kulit Babi tu. Ni link dia: http://forum.daganghalal.com/topic243-mengenali-kulit--bulu-babi.aspx

Harap dpt dimanfaatkan semua...

misya mialen said...

sy pun pernah terbaca ttg risalah 3 titik tu noe.takut jg klu kot2 ada terpakai benda mcm tu. ya la, kdg2 kita x sedar kan.klu noe dah was-was, samak je atau buang sandal tu.

Pija said...

pernah dengar hukum memakai kulit babi yang diproses?

Ladynoe™ said...

TOOPAI! TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!

toopai said...

Ladynoe,
Sama2 banyak2~

keletahmeera said...

kak,saya tau saya kasar tweet dgn akak.ok first, yg padan muka..sya tak tau akak amik hati,sya serius gurau,akak plak serius.ok 2nd yg bodoh tu,akak cuba baca tweet tu balik..tak ke nampk mcm tah apa2.kalau akak tak blh terima saya minta maaf.maaf sebb tak hormat akak.mcm mana org tweet,mcm tu jgk saya tweet org tu.saya pun judge akak.akak tweet celabi..celanat...saya suka.dan terus saya ingat akak tak kisah stakat padan muka dan bodoh tu..kak,thanx ye komen di blog saya.saya baru baca memg bernas sekali kata2 akak.tapi tlg la tau saya tak amik serius pun saya cuma minat dekat akak.saya minta maaf sekali lagi.

cikmeen said...

mmg genuine leather ker? kalau man made leather, mmg machine punch boleh bentuk camtu.. pernah baca somewhere.

kunang-kunang said...

sape pkai kancil 660 yg panel meter mengadap driver.. cube cek kt pelapik siling kete (sebelah dlm kete)ader corak camni gak.. adekah..?? sile kasik jwpn..

zyra said...

Dear Lady noe,

harini secara rasmi dh habis khatam blog awk..hehehe..dr entry ni smpi entry first skali...

besttttttttttt..entry yg awk tulis dlm beberapa tahun, sy habiskan bc dlm masa 2minggu shj... =)

anGah said...

baru tau maklumat ni.. makasih sudi berkongsi.. risau gak seb saya mmg tak reti bab bab pakaian baby ni.. dh la baby baru 3 bulan..

hayati said...

salam noe, baru habis baca kisah noe, jd kat aku pulak. bile tengok titik2 kat sandal sabrina tu memang sebijik. haih.

http://hayatihamid.blogspot.com/2011/09/bila-casing-handphone-pun-ada-kulit.html

BidadariBesi [SYAA] said...

KAK, saya pun terkene hari tu. beli kasut flat dekat COTTON ON. Tak perasan pun masa beli. Tapi masa nak pakai tu baru perasan. So, terpaksa buang kasut tu memandangkan nampak 3 titik tu.

Dan paling best, saya beli dua kasut. Dua-2 tu ada 3 titik. Melayang duit T_T