21.9.11

Ulasan Produk - Safi Rania Gold

Erm, jarang aku buat ulasan produk. Mungkin tak pernah lansung. Selalunya kalau aku recommend sesuatu produk dengan rakan-rakan pun hanya dari mulut ke mulut sahaja. Cuma kali ini aku rasa terpanggil nak buat. Mungkin lepas ni akan ada lagi produk yang aku rasa berkesan.

OK aku kalau ke pejabat aku akan lebih selesa bersolek. Aku akan bersolek sehingga aku yakin yang aku telah kelihatan best. Aku akan pakai foundation cream, bedak, blusher, eyeliner, eyeshadow sampai 3 lapis warna, maskara (kadang-kadang la), lipstick, lip moisturizer -  dan oleh kerana aku ni tak ada kemahiran bersolek sangat, setelah selesai bersolek, muka aku akan jadi sikit lagi nak sama macam polong tapi, nak rasa lawa punya pasal, aku redah saja.

Tapi sebenarnya bersolek ini meletihkan. Sebab nanti tengahari aku nak solat, so aku nak kena tenyeh banyak benda untuk tanggalkan make up muka. Kalau nasib tak baik, waktu antara selepas solat zuhur dan asar tu ada meeting atau ada apa-apa acara, aku nak kena sapu make up balik, dan nak solat asar, aku kena buang balik. Lepas tu bersolek balik. Sungguh menyusahkan hidup.

Tapi, aku terpaksa, sebab kalau tak muka aku kalau tak solek akan jadi macam ni,


kusam, tak best. Mata panda ketara sangat.. Dan aku tak suka orang tengok aku dalam keadaan macam ni. Dalam kamera webkem pun boleh nampak kusam. Kalau kat luar, apatah lagi. 

Tapi entah macam mana, sejak hujung bulan April yang lalu aku terbuka hati nak cuba Safi Rania Gold. Sebab;


  • Satu, aku takut muka aku mengalami penuaan yang lebih dasyat akibat daripada bahan kimia yang terdapat dalam alat solek. Umur dah lebih 25 tahun, kena mula risau tentang penuaan kulit.
  • Dua, aku yakin sebab ianya Halal dan disahkan HALAL oleh JAKIM sendiri.
  • Tiga, aku banyak kali dengar yang produk ini memang bagus dan aku nak cubanya sendiri.
  • Empat, harganya, mampu beli.
  • Lima, tidak ada bahan penghakis.

Aku suka serum dia. Sangat cepat menyerap ke dalam kulit. Serum Safi Rania Gold mengandungi nano emas 24k serta vitamin yang diperlukan untuk menyerikan rona wajah dan mengurangkan kedutan. Krim matanya  juga sangat lembut. Toner dia pun berkesan menanggal daki dan kulit mati di wajah.

Paling bagus sekali pencuci muka Safi Rania Gold ni di datangkan dalam dua jenis. Satu Gel, satu dengan pelembab. Gel pencuci tu, KHAS untuk mencuci muka masa bangun awal-awal pagi. Sebab seperti mana yang aku pernah baca, bila kita tidur semalaman, kulit wajah akan menghasilkan sejenis minyak yang mengandungi vitamin yang baik untuk kesihatan kulit. Jadi aku berpendapat, Gel pencuci wajah Safi Rania Gold ni dicipta untuk mencuci minyak tetapi tetap memelihara vitamin tersebut. 

Jadi aku pun cuba lah. Sebulan pertama aku masih mengenakan alat solek lagi. tapi yang light dari sebelum ni la. Dah tak pakai eyeshadow sebab aku nak tengok perubahan ke atas lingkaran hitam kat mata aku ni.

Sampai hari ini sudah kurang lebih 4 bulan aku menggunakan rangkaian produk Safi Rania Gold, dan aku snap gambar juga tanpa alat solek

Okay dah tak kusam sangat, mata panda dah semakin kurang. Dan dah tak payah pakai alat solek. Okay ini pun pakai kamera webkem yang sama.


Ini pakai kamera digital. Kulit aku bukan lah kategori putih melepak. Tapi zaman sekarang orang tak peduli sangat putih atau hitam. Yang penting, tak kusam.

Aku rasa macam lebih baik dari yang sebelum ni. Aku pun rasa sendiri. Aku dah yakin kalau tak bersolek. Pakai bedak nipis-nipis dan pelembab bibir je pun dah jadi. Tak payah nak bersusah payah lagi menepek dan menyental. Walau tak se-glamour dan secantik macam orang bersolek yang lain. Tapi, mak lebih bahagia begini.

Aku harap produk ini betul betul berkesan lah. Ye la sebab nak ikutkan umur aku pun tidak lah banyak sangat. Harap-harap bila menjelang usia aku 30- 40-an, kulit aku kekal macam sekarang. 

Ecewah berangan.


55 comments:

Fahreen Fredo said...

Masyaallah glowingnye pic terakhir!
Aritu aku nak test nutox, tapi ade sket terbukak pintu hati nak test safi. Okeh awal bulan beli satu set :)

Thanks noe :)

wardah @ fie shah said...

Kita pun baru 2 3 bulan try Safi Rania. Memang best. Tapi serum belum pernah try.

cujen said...

mmg best safi rania gold ni... mak sy guna...tp lepas bace testimoni ni terus rasa nak beli cepat2...

NaniE said...

pernah try selama hampir setahun.
tapi sebulan yg lepas bertukar kepada Natasya Gold. Perubahannya lebih memuaskan hati..cubalah noe. beli yg original..hehe

zella y said...

awak sgt cantik! ;)

farcuemai said...

saya pun dah cuba banyak produk..alhamdulillah lepas cuba safi rania gold till now tak nyesal memang sesuai walaupun duduk 8 jam lebih bawah aircond opis nih..hehe

farhanna said...

mine guna safi yg biasa tu pun ok.. mums i yg gune safi rania.. mcm nk cube jugak la safi rania 1 set

J u l i a 。.゜✿ said...

mama ju guna rania ni memang bagus sangat. =) ju nak habiskan dulu skinlight revlon ju yg banyak lagi.. then nak switch to rania juga. =D thanx for the product review noe !

ika~~ said...

i use it too!
mncari yg halal tu penting.before this pkai nanowhite tp muke brminyk sket.skang pkai safi rania ok je.xyah ssh2 nk tacap tmbah bedak.hehe.tp my frens byk ngutuk kate safi rania utk org berusia je.padahal promoter tu ckp umo 24-25 dh leh start pkai dh.muke time tu act mula brkedut.sis thx 4 publishing this!sgt informative :)

Mama Awisy said...

tetiba terpengaruh..ok nk beli jugak!

asma HazeLnut said...

kau cuba satu set ke?satu set tu merangkumi ape?aku reti pakai pembersih wajah je..hew hew hew...thanks

Laila Majid said...

memang nampak perbezaan ea O.o

QillaTheCurve said...

safi rania gold nie mmg bgs.
mak saya pakai produk nie muke die mmg nampak lebih muda..jealous tgk muka mak sendiri.hehe.

nn said...

hari tu masa cuti guna mak punya. lepas ni nak beli sendiri punya lah :D

kaizen said...

comel2....

iraedora said...

kak noe.. berapa umur akak? kalau saya 24thn sesuai tak?? rase nak cupe pulak.. tapi saya stail kulit kering...

Salhah Suhot said...

depend kot?sbb saya tak sesuai

shidaidris said...

omg, kita samala noe. shida dah 3 bulan pakai safi rania sbb terpengaruh ngan sue anna joe. harga murah dan dijamin halal.

memang boleh rasa perbezaan sbb shida suka sentuh kulit muka, lebih lembut. dulu kan pakai produk yang xder moisturizer so kulit walau berminyak tapi dalm masa yg sama kering (kombinasi) tp lps pakai adik2 pun puji.

adik bawah i br beli 1 set n sekarang sorang lagi pun nak beli lps baca review noe....hikhik

misya mialen said...

sy pun pki safi rania;D mmg puas hati.muka dah tak kusanm.klu dulu,masyallah.....hihi

Lady RaRa said...

aku bersyukur kau tak guna gambar senyum paksa tu

serum dia the best!

Mak Izz said...

ramai komen safi rania gold bagus. akak br cuba pencuci muka dia je, mmg bagus! 2 hr lepas ternampak noe dlm tren nk tegur tp tren sgt padat mcm sardin. mmg kulit muka noe sgt bersih dan flawless (wah smpt usha tuh). dan awak sgt cantik juga :) pasni nk trylah serum dia ^__^

Eva Sharmine said...

boleh i tau berapa price utk 1 set safi rania gold ek???

BisMi Aishah said...

sy pengguna safi rania jgk ;)

[fArAh aLiAs] said...

da lm nk ckp tp ari ni baru tercakap. ngeee. u are my inspiration in blogging world n dlm pmakaian shawl. sweet sgt. comel. u look like 20. btl. xtipu nih. :)

leyzajamil said...

noe, perubahan yang terbaik!! sy ambil ksempatan memperkenalkan antara krim yang hangat di pasaran sekarang 'sapu sini tegang sana'

jemput baca di sini:

http://leyzajamil.blogspot.com/2011/07/teruja-dengan-sapuan-krim-ajaib.html

silent MONOLOGUE said...

noe,i susah sgt nk tepengaruh dgn produk2 ni.serius,tp u punye testimoni,trus buat 1 trasa nak miliki satu.maybe da start riso tgk kulit sendiri kusam.

noe,nak tanye.rangkaian safi rania gold yg noe pakai merangkumi pr0duk ape.

td ade survey.kat kl sentral guardian ade buat promotion kat tgh2 kl sentral.ade less.tp tgk produk die mcm2 sgt.

so,as starter ni,better pakai yg mane dl eh?

Ladynoe™ said...

Dulu noe start dengan Serum, krim mata, scrub dan krim pelembab. tak sampai satu set pun. Kemudian lama2 rasa macam best, lembut, noe beli dia punya yang lain. pencuci muka ada dua. satu yang pelembab satu yang gel. so beli dua dua. peh tu beli krim kecantikan.

tapi kalau awak nak try serum dulu pun boleh. cuba la. dia diperbuat daripada nano emas 24k. lembut dan cepat meresap ke dalam kulit. :)

I am not perfect said...

Sangggaattt... teringin. akan ku beli time lunch nanti!

I am not perfect said...

Sangggaattt... teringin. akan ku beli time lunch nanti!

miss mush said...

untuk kulit berjerawat agak agak seswei tak?macam bes je.hihi

:: Frida Mohamad Taj said...

Yes.. saya juga pengguna safi rania... sgt² berpuas hati bila menggunakannya... :D

visit ---> http://fridasky.blogspot.com/2011/04/bandingkan.html

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

mak saya pun rania gold..tp umur 23thn blh ke guna??huhuhu..

Hidayah said...

hehe.kak noe dh mcm wakil ckp safi rania plak. btw...kak noe x pakai make up pon cantik je. ape la...

Zulfikar Hazri said...

dah terjebak pulak aku baca rani gold mukerje ni.. adehhh

NURUL JAMIAN said...

thanks noe uat review pasal product ni. aku dari dulu nak cuba product ni tapi tak cuba lagi pun. Bila baca entri ko jadi aku ada keyakinan nak cuba product ni.

ko cantik sebenarnya noe :)

niesasukasuki said...

flawless je kulit akak ni, cantek...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

cantik! tp safi rania x sesuai dgn sy..dulu masa usia 20-an sy rajin bersolek..tp betul mcm noe ckp..bersolek meletihkan dan payah nak cuci bila nk solat..buang masa pon ada..


skang nih sy redha jer dgn keaddan kulit dan muka yg x brp nk lawa bila x mekap..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

oh ya sy masih pakai pencuci muka safi rania gold ni..mungkin kena cuba semua kut br kulit jd mcm noe ni

kak ina kl said...

banyak org kata memang best safi rania gold ni kan..tapi nak kena habiskan stok yang lama dulu

faz said...

kak noe, sy pun pkai safi rania, mmg best.. muka rs lebih bermaya dari sebelum ni. tapi satu je mslh blackhead n whitehead kat bhgian hidung degil sgt tamo hilang.. :'(
kwn2 suruh try pegi facial, tp sy belum pernah pegi lagi..

kak noe rajin tak pergi facial?

Ladynoe™ said...

FAZ = haah la Faz, white head saya kat hidung pun tak hilang lagi. Saya pernah pergi facial sekali je sebelum bersanding dulu. hueheuehuehuehue.

HappyIrfa said...

dah selamat beli pun gara2 terpengaruh baca blog awak ni

tapi beli pencuci,toner,serum dan pelembab siang je..nanti nak beli jugak krim mata

iris hunny said...

salam..nk tanye jugak..kalo oily skin sesuai ke safi rania nih? coz skin sy ni berminyak yg teruk so tak brani nk cuba produk sebarangan..kalo ade sape2 readers boleh bantu produk yg terbaik??

terima kasih...

_iris_

A'ishah Kamaludin said...

cantiklah awak ni, mmg x pyh makeup. huhu

Ayyman Rahim said...

Awak memang cantik la wak, buat apa-apa pun cantik, dont worry k kak.

along nordin said...

thanx LadyNokerana mengulas tentang produk Safi Rania Gold ni,sya pun baru nak cuba :)

are'dilla adz said...

Bru nk try set safi rania gold. Bru bli set siang. Nk tny serum pkai wktu bile. N pnyegar lak wktu bile ek. Tq

nor said...

u cantik sangat then bila apply krim safi rania gold kulit u jadi glowing. i terus rasa nak cuba jugak

diana said...

salam...0wg kata pakaisafi rania gold best,,,sy p0n tringin l0r plak nk pakai....tp bile da pkai...prubahan y truk....muke gtal2..bengkak2 y truk..knp yea....bru pkai skali....pkai y 1 set lak 2....sDey bt0l....daa la ni frist time pakai produk2 kcntikan mcm ni..sbl0m ni pkai pncuci mke ngn bdak cmpac miyami jea..:(

adam said...

Kerana makeup lah buat muka jadi makin buruk, natural beauty la best,

Tengok laki tak payah pakai make up pun masih ok je.

Haha

Wanita ditipu dunia material

Qiss Me Mummy said...

salam.
mcm yg diana ckp, saya pun pakai jd kulit mengelupas. saya ada review satu blog cakap mcm tu jugak.tp dia suspect its toner. saya pun cmtu.rasa gatal2, mengelupas n pedih. sebelum ni memg pakia safi rania gold tp just gel pencuci muka. nak tanya noe, noe dulu pakai that toner cmtu gak ke? normal ke kulit jd mengelupas, n pastu can get flawless look like yours? kuilt noe nampak sihat sgt.

Yana Aina said...

thnx sharing. seblm nie msh berfikir nk bertukar dari safi prefect 10 ke safi rania gold atau tidak. tapi tgk perubahan dr pic kamu. buat yana tak fikir pnjng lg nie. heheh salam kenal. sudi2 sggh blog yana ^^

maixara shah said...

salam kenal..

nampak natural...tanpa meka up

BidadariBesi [SYAA] said...

salam. hai kak. mak saya guna safi rania gold jugak. tapi tak guna satu set lah. just guna pencuci muka yang gel tu je. dan dalam diam-diam saya pakai masa form 5 dulu. ahahah. lembut gilaaa dekat muka. sukaaa! tapi lepas tu tak pakai dah. sebab kantoi dengan mak :3

Siti Asiah said...

lagi semangat nk guna produk ni. baru cube gn pencuci,toner & pelembab...:)