5.10.11

Aktiviti Mak-Mak di Aman Rimba, Janda Baik

Notes: Advertorial

Entah kenapa sekarang ni aku semakin peduli akan apa yang akan jadi apabila usia aku menjelang tua. Aku peduli tentang kulit. Tentang ‘boleh ke aku kekal menjadi wanita berumur banyak, tetapi masih di anggap cantik. Tentang bentuk badan dan macam-macam lagi. Aku nak kekal cantik dan bertenaga apabila menjelang tua. Tetapi sejenak terfikir apa lah guna cantik kalau tak sihat? Kalau tiba-tiba diserang penyakit dan menghabiskan takdir hidup di atas katil.

Baru baru ini aku telah mendapat jemputan oleh Nuffnang ke satu event Create Memories With Mum di Aman Rimba, Janda Baik pada 24th September 2011 yang lepas. Seronok sebenarnya apabila diberi peluang untuk bergaul mesra dengan kaum-kaum ibu yang mempunyai salah satu minat yang sama, iaitu, ber-blog.

Maka Sabtu yang lepas, aku gagah kan diri untuk meninggalkan anak dan suami lalu ke Janda Baik bersama rakan blogger yang lain. Sebenarnya aktiviti kali ini adalah untuk memberi pendedahan secara ringkas tentang pentingnya kesedaran awal terhadap kanser serviks. Event yang diberi nama Create Memories With Mum ini telah dianjurkan oleh majalah HerWorld.

Apa yang aku tahu, Kanser Serviks adalah kanser yang terbanyak dihidap oleh kaum wanita selepas kanser payudara – dan setiap 2 minit, wanita di dunia mati kerananya! Sebenarnya tanpa disedari kita sudah terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim sejak awal lagi terutama bagi mereka yang;

•Pernah merokok
•Permulaan aktiviti seksual pada umur muda
•Pernah melakukan hubungan seksual dengan seorang atau lebih
•Pernah menghidap jangkitan kulat seperti herpes atau HPV.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut: 

• Perdarahan selepas hubungan sek (“postcoital bleeding“)
•  Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
• Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
• Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
• Hilang selera makan
• Turun berat badan yang mendadak

NAMUN DEMIKIAN, apa yang menakutkan aku ialah, kalau ditakdirkan nasib kita tak baik, penghidap kanser serviks ni tidak menunjukkan sebarang symptom pun. Tahu-tahu sahaja, sekali cek, sudah sampai ke stage keempat!

Sebab itu lah, bagi kamu yang masih belum pernah melakukan hubungan seksual, suntikan vaksin HPV (Human Papilloma Virus) sangat digalakkan untuk pencegahan daripada terbentuknya sel kanser tersebut. Di bawah MMA HPV Vaccination Programme For Teens, remaja perempuan yang berumur 14-19 tahun akan mendapat dua dari tiga dos vaksin pada harga yang berpatutan. Berita baiknya untuk memastikan vaksin ini berkesan pada tahap maksimum, dos yang ketiga akan diberi secara PERCUMA. Ya, Percuma.

Untuk maklumat lanjut tentang vaksin ini, kamu boleh lah hubungi talian bebas tol 1800 22 8688 atau layari lama Facebook program tersebut di http://www.facebook.com/MMAHPVVaccinationProgrammeforTeens

Tapi bagi yang dah pernah melakukan hubungan badan; pap smear lah jawabnya. Aku percaya ramai diantara kita mengutarakan pelbagai alasan terhadap Pap Smear. Padahal, Pap Smear adalah satu satunya ujian awal yang dapat mengesan dan mencegah kanser serviks ini daripada merebak ke peringkat yang paling teruk.

Okay - kami berkumpul di Blu Inc Media Petaling Jaya seawal jam 8 pagi dan bertolak ke Janda Baik dengan 2 buah bas dalam jam 9 pagi. Sampai je kat sana kena la menapak untuk mengikis lemak dari tempat bas berhenti sampai lah ke Aman Rimba yang nun jauh ke dalam sebab bas tak boleh nak lalu jalan yang kecil.




Breakfast dulu.

Event ini bermula dengan aktiviti treasure hunt. Aku masuk dalam kumpulan Kelabu. Satu geng dengan ShilaShower, Submarine dan Mamaholic. Semuanya blogger yang cerdik dan pantas.


Selepas selesai treasure Hunt, seperti yang dirancang kami di beri pendedahan tentang kanser serviks dengan secara yang ringkas dan mudah di fahami oleh kebanyakkan peserta. 


Selepas di beri penerangan tentang kesihatan, kami diberi pendedahan mengenai menentang penuaan kulit oleh Origins. Part ni sebenarnya paling seronok untuk aku sebab aku memang paranoid dengan perkara-perkara sebegini.

 Wakil dari Origins memberi penerangan tentang cara mengurut wajah supaya serba sedikit, dapat jugalah, menyelamatkan wajah daripada terkena efek tarikan graviti.


Cuba praktik sendiri

Harap lepas ni rajin la nak urut muka. Selama ni tepek serum main raup je satu muka. 

Akhir sekali yang diperlukan untuk nampak menarik bagi wanita, apa lagi kalau bukan sedikit sentuhan warna kosmetik pada wajah. 


Benda free, masing masing laju sungguh. Semua nak bersolek. Ini hasilnya. Cantik ke?



Bergambar kenangan dengan semua peserta. 


Kumpulan Blogger. Walaupun tak menang treasure hunt, tapi tetap gagahkan buat aksi gembira. 




Goddie bag dia pun best.  Ini semua segala benda dalam Goddie beg. Terima kasih Nuffnang dan HerWorld di atas peluang sebegini. Kalau ada lagi lepas ni mesti nak pergi lagi. Sumpah tak menyesal pergi. :D

At last but not least, aku harap adalah di antara kamu yang betul-betul prihatin akan kesihatan diri masing-masing. Jangan malas buat Pap Smear!

Bagi yang masih muda remaja, berumur 14-19 tahun, yang tidak pernah melakukan hubungan seksual, kamu boleh dapatkan vaksin percuma bagi mencegah kanser rahim. Untuk maklumat lanjut tentang vaksin ini, kamu boleh lah hubungi talian bebas tol 1800 22 8688 atau layari lama Facebook program tersebut di http://www.facebook.com/MMAHPVVaccinationProgrammeforTeens

Kthnxbye.











9 comments :

mommaholicSURI said...

Babe!! it was so nice to see you that day!! Dalam ramai-ramai kulit you kah yang memang paling flawless sekali okeh. Macam umur 20 tahun ye dak? :)
Hope to see you again, Babe. Take care!!!

Ladynoe™ said...

Flawless tu yang tahan tu. Anyway thanx. It was nice to see you jugak. Comel gila. :D

ShilaShower said...

yang pasti semua mak mak lupa ada anak kat rumah. rasa mcm budak baru masuk uni kena pegik orientation camp. hehehhehe

Noor Wahidah Mahat said...

yes!! i like ur skin jugak!! cam baby jek.. (uh.. mesti kembang dengor ni) haha..

Nadine said...

hi noe! :)

ye ye! i pun agree with the comments kt atas ni (i even commented it in my blogpost). kulit u sgt cantik ok!!

coincidentally I pun letak my nasi lemak photo in the entry. lepas baca urs tetiba segan bila tgk ur food portion. nmpk sgt I kuat makan T_T

Merryn said...

Hari tu kita pergi Aman Rimba on Saturday kan? On Monday terus ai pergi buat pap smear!

amy said...

cool!!

bloghok said...

wachaaaaaaaaaaaa

HappyIrfa said...

dik..
esok akak nak buat pap smear.takutnya.pertama kali buat masa lepas bersalin anak no 1.
iaitu 10 tahun lepas ;-(
YaAllah..kuatkan semangat nak gi check esok.

kena tunggu 10 ari lepas datang period kan?baru boleh check