26.10.11

Nak Komen, Janganlah Jahat Sangat.


Apabila kita berblogging secara ekstrim atau semi ekstrim, kita memang susah nak lari dari 3 fenomena. Satu, kau akan ada ribuan penyokong. Dua, kau akan ada ribuan pembenci. Tiga, dua-dua kau tak ada. Aku dah cukup sedar akan hakikat itu kini.

Aku sendiri ada minat kat blog orang. Dan ada juga 'tak berkenan' dengan sesetengah blog. Biasalah, tak kenal tak cinta. Aku sendiri akui, walau sejauh mana kita paksa diri kita untuk tidak menjadi apa yang kita tidak suka, tapi kadang-kadang, ianya datang secara semulajadi juga. Dari situ lah kita belajar sebenarnya.

Aku tak berkenan bukan sebab apa. Kadang-kadang penulis blog tu menyampaikan info yang terlalu kontradiksi dengan pandangan umum. Tapi biarlah, menjadi berbeza bukan semestinya berdosa pun. Aku pernah ikut twitter dia, tapi bunyi cam tak best je, so aku unfollow. Dunia maya ni bebas. Kau suka, kau follow. Tak suka, unfollow. Tak ada siapa nak marah. Tak ada siapa peduli. Budak-budak je yang akan padan-muka-kan-kau.  Orang dewasa takkan peduli. Hari ni kau hilang seorang follower, tak sampai seminit nanti, tambah lagi 4-5 follower baru. yeah. Dari sakit hati tak pasal-pasal sebab hanya kau tak kenal dan tak boleh bayangkan intonasi, baik kau unfollow. Senang. Bukan lah sebab benci pun. Tapi just taknak semena-mena sakit hati tanpa sebab.

Kadang-kadang blog yang kita tak berkenan tu lah kita masuk menjenguk. Walau tak selalu, tapi adalah juga. Macam sebelum ni aku ada masuk satu blog yang aku kurang berkenan ni. Sajalah baca-baca. Sekali sampai pada satu post penulis blog ni letak gambar dia sendiri. Aku tengok komen punyalah banyak kalau nak dibandingkan dengan posting yang lain. Lalu aku bukak lah nak baca komen.

- Ya Rabbi -punyalah banyak komen mengutuk rupa dan fizikal penulis blog tu. Tak baik lah. Kalau kau tak suka baca apa yang dia tulis, kau bidas sahajalah apa yang dia tulis. Berbincang dan komen secara intelektual dan dewasa. Tak payah nak babi-babi kan rupa dan fizikal tuan punya blog. Ada yang teruk, siap kutuk pasangan dia. Walau aku tak berkenan sangat dengan blog tu, tapi aku jadi kesian. Apa lah kena mengena pasangan dia kau nak kutuk-kutuk sekali.

Aku terbayang kalau tiba-tiba orang benci aku, kutuk orang sekeliling aku yang aku sayang. Korang tak pernah bayangkan macam tu ke?

Pernah aku masuk satu blog ni. Blog ni aku suka jugalah nak melayan. Sekali jumpa juga haters dok kutuk anak tuan punya blog tu. Jahat sangat la diorang ni. Jahat dan sangat tak relevan. Marahkan tuan blog, anak, suami, isteri, mak, bapak dia yang korang kutuk.

Puas sangat hati gamaknya lepas buat macam tu?

Lain kali tak puas hati, conference elok-elok. Kalau malu kat komen, kau email sahajalah. Cakapkan apa kau tak setuju.

Kadang-kadang, perasaan tak puas hati atau perbezaan pendapat boleh membina hubungan baik pada masa hadapan juga.

Kalau taknak sangat nak berbaik, senyap terus. Dah. Habis cerita.




32 comments :

Hidayah said...

hurm.kite penah tegur sorang makcik ni. i call her makcik sbb she deserve ok..dah baya my mom. tp tulis blog kerek mcm ape.tau la anak die mmg hot blogger. die pon nak berblog gak.fine. die mmg talented n cantik. but talking bout her marriage n sometimes husband in public sgt x elok. n mementang cantik, pnh die tulis "kalau muka kau pon x semengah mana, jgn tanya kenapa la laki ko cari pmpuan lain". ey.. watdahell. natasha hudson yg hot pon bape kali cerai k!tp memandangkan beliau bukan la seorg yg menerima teguran, sbb dah tgk dh mcm mana tegurn org len die review balik kat blog..so cam : ok..ko gile glamer.tanak baca blog kau lagi.-unfollowed trus.

Nin Ahmad ツ said...

betul kak.peratauran maya sgt senang.suka follow tak suka just unfollow.tak payah nak babi kan org.kalau tak puas hati sangat tegur dgn berkias.

Lady RaRa said...

sebab tulah aku disable komen! kahkah

biar semua orang meroyan bila baca tak setuju tapi mereka tak boleh maki aku!



















tapi satu lagi kebenarannya ialah

aku hati sensitif.sobs.

wv : drypers

El-Janna said...

walaupun maya.. tetap kene jaga hati orang lain.. macam dkat dunia realiti^^

♥CIK SHA♥ said...

kan? sebenarnye simple je rules dia kat dunia maya ni..kau suka baca follow..kalau tak suka just diamkan je diri..tak payah nak meroyan sangat sampai menghina orang yg tak terlibat dgn penulis tu..cuma itulah, ramai yang suka menyulitkan keadaan..aku pun tak paham dengan orang jenis macam ni..

Othman Juliana said...
This comment has been removed by the author.
Othman Juliana said...

hmmm,... dengan komen aku di atas, tiba-tiba aku rasa aku dah lari tajuk!

Sorry Noe!

What i'm trying to say was: apa yang kita tulis di maya ni-ramai yang akan baca. So, careful with your words. At the end of the day, it might kill you softly.

Hidayah said...

eh...othman juliana..hampehnye ade cikgu yg berperangai mcm tu. gile bangang.then u x serang die balik? watdahellnye siap kat fb.student baca kot. bukan ke effect die skali.

myra abdullah said...

sy setuju dgn entry akak ni,yelah..kalau tak suker pon dgn blog seseorg tuh unfollow jer,taknyahlah kutuk mcm2.cian jer kat tuan blog tuh.
sometimes the haters ni ade jer nk cr salah org..bile tgok blog dieorg balik takdelah hebat mane pun.
'blog kite mlambangkn diri kite'.hehe.

Othman Juliana said...
This comment has been removed by the author.
Othman Juliana said...

Noe/Hidayah,

Sorry. Terpaksa delete comment sebelum ni. Berhati-hati. Takut tak sempat nak ambil tindakan.

nik rosmawati said...

sebab tu la nik tak benarkan cik anon komen blog ni.sebab tak nak diorg komen yg menyakitkan hati.dah penah kena skali so dah serik..huhu

tapi tabik spring la kat org yang tak kisah cik anon nak kata apa pun.hati kental btol.

hanaahmad said...

setuju sangat. bagi saya, kalau tak suka better diam atau jangan komen langsung. kita punya hak nak buat apa tapi apa yang kita nak luah perlu juga bertapis. manusia tetap manusia. hati rapuh.

Zulfikar Hazri said...

tepat sekali.. sama dengan pendapat aku..

org dewasa tak main aci-aci...


suka follow. tak suka unfollow...


takyah hard feeling.

rebellion said...

hmm, baca komen rakan2 kat sini banyak pulak dengat perkataan follow unfollow, takpe la

aku setuju dengan tajuk entry akak ni, bagi aku kalo nak kutuk tu berpada2 lah sikit, gunakan budaya melayu kita, sindir menyidir, baru syok,

ke gane?

Fara said...

Entry nie sgt cool.
Aku, klu suka...aku ikut.
Klu tak suke, aku tgl.
Takde nak kecoh.
Takde nak menggelabah.

Aku suka ko. So, aku follow.

=D

isabelle said...

uishhh..keji sgt kalo smpi kutuk cenggitu. siap kuar babi babi segala.
jenuh pulak nak samak monitor.hehehe

O'gosh said...

ooo..buleh ye 'UNFOLLOW"...tatau plak...biasa kalau x suka diamkan je...

HappyIrfa said...

betul tu..kita tak boleh paksa org suka kita dan tak boleh elak kalau org nak benci tanpa sebab..dan bg pihak kita.tak suka baik jgn jenguk..abis citer.kdg2 tu ada yg tak suka tapi hari2 klik nak tahu kisah dia..itu namanya benci tapi rindu la kot.hehe

yg penting akak suka tengok muka kamu dan suka baca blog kamu..
titik

FaznFaz said...

SETUJU!!! nak like, boleh??? baca blog/ fb/ twitter org ialah utk membunuh waktu senggang, jadi, baca yg buat kita rasa terhibur saja, sudah...

Myra said...

hear hear :)

lari topik skit, kdg2 pembaca pun kena faham sometimes orang buat blog/posts/entry sebab nak lepas geram yg tak boleh nk lepas kt realiti maka dunia alternative jadi tempat 'selamat' untuk dia buat sesuka hati,

we can tell if org ni tgh type post tu dgn laju dan emosi (bygkn skarang! haha) dgn org yg fikir baik2 n edit baru tekan publish. so if ada post yg emotional, dont take it personally lah :D

and if post emosi tu offensive, walk away. or if nak tegur jgn type laju2

hehe

norinaomar said...

betul betul...
treat others like we want to be treated..kalau kita tak suka,cakap elok2..

tapi ada satu adik ni tak dapat nak tegur dia,puas cari emel dia takde,so pendam dalam hati ajelah.

eiyra'z said...
This comment has been removed by the author.
eiyra'z said...

aku sokong myra.

eiyra'z said...
This comment has been removed by the author.
ColLin said...

saya setuju sangat...
manusia jarang nak jaga Amarah yang datang.. asal lepas je rasa lega tanpa fikir ia sebenarnya memudaratkan..

comic reader said...

Macam blog serius.

Scott Republic said...

Noe, aku rasa aku tau sape yang kau mention tu...aku follow blog dia...nice banyak info tapi sayangnya ramai sangat pengomen tak bersivic...ntah hape butthurt sangat taktau la....suka kot caci maki orang...so skang aku dah malas nak follow sangat sebab tukang komen yang tak de akal tu...boring

Nina said...

haha,sangat setuju dgn entry ni. btw, hidayah (ye, awak, pengomen yang first itew), i think i know who u're talking about.
that very same lady (if indeed we're talking bout the same person here) penah ada entry pasal barter kucing gitu. tapi dia sentap,cos kucing yg dia bagi orang tu dah ditukar nama few months/weeks after.
padahal this lady dapat banyak jugak from bg each kucing ni kt orang lain. iams 11 kg tu,mahal kot. and this lady kept on pressing that hot daughter of hers sentap,cos orang yang amik kucing tu 'mungkir janji'. yelah, dia tau soft spot readers dia kan, senang sket nak suruh org setuju dgn dia.
i gave my two cents on changing the name, yelah,after the swap is done, that's the extent of ur deal,kan?
note that im talking in good faith, i mmg minat dgn blog anak dia tu and dont harbor any bad beef for her.
tahu2, this lady's other daughter kuarkan laser perli i (im the only one being on that stance). kononnya sblm dpt kucing bukan main manis mulut lg. wah kau, nak je i jerit aku tak penah jumpa kau pon keturunan kau ,apatah lagi trade kucing ngan kau.
tapi kita dah tau kan dia camna. i yang tak ada kena mengena ni pon kena tuduh skali, irrelevant sungguh point of her argument.
start dari tu till now, sekali pon i dah tak pernah bukak blog2 keturunan dia. padahal blog anak dia tu dulu i siap bookmark lg. tak perlu la nak fire bila dah tau diorang tak boleh terima 2 cents from uninterested party. apa2 pun readers cam kita yang feed the ego bila kita semangat sangat nak serang melalui keyboard ni. buat kaya nuffnang diorang je.

Mohd Fauzi said...

Kes sama bila tulis kat wall FB. Biasa kalau post sesuatu yg sentitif yang akan melibatkan perbincangan kritikal sy awal2 akan bgtau:

Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people.~Eleanor Roosevelt

Othman Juliana said...

Seperti yang Noe tulis kat atas ni,.. "Kau nilai aku melalui penulisan aku. Aku nilai kau melalui komen-komen kau."

Jadi, mungkin ada yang menggunakan medium di dunia maya ni untuk meluahkan (mengutuk ke) kerana tidak mampu meluahkannya di dunia realiti. Impaknya yang sering kita lupa adalah: tulisan di dunia maya ni lebih mudah untuk dijadikan bukti hitam putih. Dan, dari tulisanlah orang dikeliling boleh menilai kita. Btoi kan Noe? Kan kau sedang menilai komen kami ni,... hehe~

So, act wise, write wise though you are just writing in the world that seems like, you are alone.. sitting infront of your lappy/pc. Truth is, the whole world is watching you :)

Zaiman Noris said...

Noe, aku macam kenal sapa yang kau maksudkan. SERIUS aku macam kenal.