19.10.11

Perkara Rawak #040 - Syaitan

Kelmarin Fandi buka cerita yang dia baru sahaja tonton video di Buletin Utama TV3. Video tentang kanak-kanak berumur 2 tahun yang di langgar van di pasar. Dah kena langgar, kena gelek lagi. Anak kecil tu menguit-nguit kesakitan. Tapi orang yang lalu lalang semua tak peduli kan dia. Klik sini kalau nak baca ceritanya.

Sebelum itu, seorang bayi berumur 23 hari diliwat oleh bapa sendiri yang gersang sangat sebab isteri sedang berpantang. Entah apa jadi dengan bayi tu hari ni.



Dan baru tadi, aku dapat emel, seorang perempuan mengelar perut anak sendiri sampai terburai isi perut bayi yang baru dilahirnya itu.

Aku stress la bila baca benda-benda macam ni. Asyik nak termenangis je. Dah jadi mak orang, memang begini lah penangannya. Mudah sangat nak termeleleh. Termeleleh air mata lah maksud aku.

Malas dah nak persoalkan di mana letakkan perikemanusiaan mereka semua. Memang tak ada jawapan. Tuan punya badan pun tak ada jawapan. Apatah lagi kita nak huraikan dengan patah perkataan.

Dah la malas nak terdedah dengan perkembangan dunia lagi.

Aku nak sambung nangis sambil nyanyi lagu Samuel Hui.

Bye.

13 comments :

jas imran said...

noe... bayi tu baru berumur 23 hari... emo sangat nih sampai tertulis 23 tahun.

lotikus disarimankan said...

kalau 23tahun,mau baby tu terajang balik nonet bapak dia...

Ladynoe™ said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA thanx Jas, dah amend dah. AHHAHAHA

Myra said...

Sedih.

yg about budak 2 tahun tu (tak berani tgk huhu), sy pernah baca keadaan masyarakat di China camana. Mereka semua takut kena saman di atas kebaikan mereka. Kita yang hanya fikirkan eh apasal plak, kena lah tolong mmg unthinkable kenapa diorg boleh ignore je. Apparently dah banyak kes Good Samaritan kena saman by the victim yg causing their injuries instead, contohnya if somebody accident n ada org tolong tanpa kisah neck injury kan boleh lumpuh, pastu kena saman. so semua orang takut nak bantu. amat sedih, the age of liability backfires on humanity. Sbb tu paling kuat orang2 lalu lalang tgkp gmbr/video or call 911.

Although ini sgt sedih, context kenapa masyarakat tak kisah mesti tahu baru faham kenapa seramai2 yg lalu tak buat apa2. It just tells me there is something seriously wrong with their system yg tak galakkan orang bantu each other. sigh.

Ladynoe™ said...

@myra.

seriously? What a crap community. Syukur nya jadi rakyat Malaysia. Walau kadang-kadang piss off dengan jalan yang jem just bcoz masyarakat kita terlalu prihatin tgok orang eksiden, tapi sekurang-kurangnya kita memang Malaysian yang concern (or sibuk) dengan keadaan manusia sekeliling.

Pro and contra.

Alhamdulillah.

Pinad said...

Yes.this is a cultural thingy.Kalau tlg org acdent etc, kte kena byar honour money pulak..sgt ape kejadah kan? It's a whole different culture in China people! Papepun, sgt bersyukur hidup kt malaysia ni...

Kasmawati Jaafar said...

apa punya pelik sistem dorang ye? patutlah byk keluar video kat youtube pasal rakyat China yg tak suka tolong org. apek tua jatuh terlentang tgh jln raya raya pun, xde sorg pun yg tolong. paling sadis, kaum perempuan kena ragut, cabul pun diorang tengok je x buat apa2. kesian. sistem paling 'best' kat dunia. nasib baik tak duduk sana.

Cik Ina Do Do Cheng said...

lelaki cam tu harus diliwat balik ngan batang kayu yang berduri cam tangkai pokok bunga ros, baru dia tahu langit tu tinggi atau rendah. tak boleh baca cite cam ni, mahu jadi pembunuh .

laskar pelangi said...

dasyatlah kan zaman sekarang...kes bayi kena liwat tu lagilah parah..takde otak ke ayah dia..

Myra said...

sekilas pandang cases mcm ni mmg kita rasa diorg tak baik, tapi mereka population yg tinggi (kita pun baru 29 million-ish) siap ura2 jadi the next super power because of their population. labour is cheap(er) and duit amat2 penting (pada kita penting jugak) and competition is crazy because of that population juga n sebab tu byk resort to *ahem* alternative means.

maka di dalam keadaan sentiasa mencari peluang untuk hidup, mungkin terlupa about kemanusiaan sebab everyone is thinking about survival.

i dont agree with this obviously tapi selagi i tak duduk n hidup situ i dont know what they're going through everyday. i think ada objective di dunia is bagus (cari rezeki etc) tapi the bigger picture and what legacy to leave behind brings more meaning, personally. i personally think takde byk makna dpt harta bergunung2 tapi menyeksa orang. tp if the world is a dog eats dog world, i think u're bound to instinctively look out for yourself dulu.

mungkin sbb tu business is considered ruthless. mungkin. moga2 bila ada business separatekan business n personal issues tu betul, tapi ingat Kuasa-Nya ya :)

dobot said...

*speeechless*

WuMing said...

Hari ni dah macam ni... esok lusa tak tau laaa..

Dunia--dunia....

Myra said...

Jangan begitu! Dunia boleh jadi mcm2, tp mana2 pun kita masih boleh kawal apa dlm kawalan kita. Kita jangan jadi macam diorg, kita jadilah maju tp ada soul manusia :) boleh ajar anak2 juga

Ghandi kata "be the change you want the world to be"
(non-verbatim)

:)