20.10.11

Perkara Rawak #041 - Azali

Tiba-tiba aku terfikir;

Aku pernah belajar, katanya umur, ajal, semua dah di takdir tuhan. Dah termaktub. Takkan terlambat. Takkan berubah. Takkan cepat sesaat. Takkan lambat sedetik.

Tapi, kenapa kita masih berdoa minta dipanjangkan umur?

Azali boleh diubah kah?

Bincangkan, please?

24 comments :

ochs widdle said...

entahlah.

tapi katanya, nasib seseorang itu tak kan berubah tanpa usaha.
kiranya doa itu satu usaha jugak la kan?

Sue Anna Joe said...

Ajal di tangan Tuhan. Kita doa, Tuhan dengar. Hanya Dia boleh merubah takdir kita. So... yes.. usaha dan doa..

Easy example, terlalu banyak yang mati muda sebab drug overdose. Mabuk di jalanraya. They did not care for their own safety and health. Perhaps if they didn't do such things, umur masih panjang. Tuhan Maha Adil.

Ladynoe™ said...

How about azali? Macam aku cakap before tu, aku pernah dengar azali ni cam sebelum kau lahir lagi, tuhan dah tentukan kita mati bila. Takkan lambat takkan cepat. Cuma sebab kita mati tu yang tak tau lagi sebab apa. Sebab eksiden, or sebab sakit demam.

Like kalau umur kita 24 ditentukan mati. Kalau kita kurung diri dalam bilik kebal, tak ada drugs, tapi bila sudah azali kita mati time tu, tuhan boleh stop jantung kita.

so my question is, if kalau dah azali, kenapa kita berdoa mintak panjang umur?

wondering~ erm..

NA NA said...

Salam Kak Noe,

Saya pernah dengar, memang ajal maut kita dah ditetapkan. Maksud bagi doa tersebut ialah umur yang kita ada tu sempat untuk kita bertaubat, berbuat kebaikan, menambahkan amal jariah -dipanjangkan tempoh yang kita ada dia antara masa kita dah bertaubat dengan masa kita akan dimatikan.

Contohnya, andai kata kita dah start menyesal atas dosa kita pada umur 40 tahun dan kita mati pada umur 60, jadi 20 tahun -quality time. Ada jugak orang yang berdoa setiap hari, maka cepatlah dapat hidayah, cepatlah dia berbuat kebaikan untuk persediaan hari nanti.

Kiranya dipanjangkan those quality time.

Wallahualam.

Ladynoe™ said...

thanx Nana.. :)

ayuahmad said...

ape yg saya faham mase saya belajar ialah, ade takdir yg boleh diubah dan ade yang tak, sebagai contoh MATI, mati adelah takdir tp takdir yg xkan berubah,meaning sumer org akan mati, if ade org berdoa utk hidup selame2nye pun, bende tue xkan berubah tp waktu kematian boleh berubah if seseorg tue doa utk panjang umur...faham ker?

ochs widdle said...

saya rasa saya setuju dengan nana.

umur yang panjang tak semestinya penuh dengan amal ibadah.

sebab tu la berdoa dipanjangkan umur, supaya dapat mengumpul sebanyak mungkin amal kebaikan sebagai persediaan di akhirat kelak.

ღnFashyaღ said...

Hi Noe,
1st time komen.

Mungkin kita kena panjangkan sikit doa tu. Panjangkan umurku untuk aku beribadah kepadaMu.

Pernah dengar doa ni, kita mohon supaya panjang umur supaya kita dapat beribadah lebih banyak kepada Dia. Bukan panjang umur supaya kita boleh buat lagha, then dah tua baru nak insaf.

Walluallam.

yui92 said...

minta panjang umur itu tujuannya supaya Allah tak ambik nyawa kita sebelum sempat taubat.. bukan sebab nak umur panjang 80 tahun 100 tahun...

Fa-Tya said...

hai kak, first time commenting too.
i was once told, kalau boleh elakkan doa mintak umur panjang. instead, kena doa cakap, "kalau maut itu lebih baik untukku, maka ambillah nyawa aku. namun jika kehidupan itu lebih baik untuk aku, maka panjangkan lah umur ku."
supaya kita sempat bertaubat dan menambahkan pahala.

Wallahualam.

ayunie said...

Salam.

Kak Noe, saya ada sorang kawan opis. Dia pernah cakap, Allah SWT dah tetapkan segala untuk kita, hidup, mati, rezeki, jodoh, segala laa. Tu yg dimaksudkan qada' dan qadar Allah SWT dah tentukan. So bersandarkan pada hakikat tersebut, kawan saya cakap kita kena terima seadanya takdir yakni qada' dan qadar kita tanpa meminta-minta yang selebihnya. Sebab kalau kita meminta-minta macam kita tak bersyukur dah tak redha dengan ketentuan Allah SWT dalam hidup kita. Tapi....ada tapi disini. Saya sebagai hamba Allah SWT yang lemah, saya tak tau qada' dan qadar mahupun takdir hidup saya. Hanya Allah SWT je yang tau. Jadi, dengan meminta agar dipanjangkan umur ker atau diluaskan rezeki ker, itu semua atas dasar kita sebagai hambanya yang lemah, sentiasa ingat dan sedar bahawa Allah yang berkuasa untuk menentukan qada' dan qadar hidup kita tu. Kita boleh minta, tapi takdir kita memang dah tertulis. At least kita sentiasa sedar bahawa Allah SWT itu maha segalanya. Just my 2 cents.

misya mialen said...

Salam noe, sy setuju dengan ayunie.itula yg sy faham tentang azali kita;D

arLene said...

lepas nih kita tukar doa panjang umur dengan doa "matikanlah aku dalam iman"

Lady RaRa said...

setuju dengan fa-tya dengan ayuni.

so tak payahlah aku komen panjang-panjang dah. kehkehkeh.

harris said...

aku petik dari wiki

Menurut Tafsir Qurtubi, semua takdir makhluk Allah telah ditulis-Nya di Luh Mahfuz, bisa saja dihapus/ diubah oleh Allah atau Allah menetapkan sesuai dengan kehendak-Nya. Kemudian yang dapat mengubah takdir yang tertulis dalam Lauh Mahfuz itu hanya doa dan perbuatan baik/ usaha.

tu psl org kata doa tu senjata org mukmin :)

marina anakcikbob said...

aku pon nak tulis sikit. daripada pemandangan aku yg xberapa pandai bab2 agama ni la. but i'm learning.

cikgu aku kata, takdir ni memang da tetap untuk kita. memang xberubah sejak azali. tapi kalau kita mintak, kita usaha, kita mohon dengan iklas, Dia boleh merubah takdir kita. semua atas kehendak-Nya.

cikgu aku bagi contoh; jodoh. setiap orang ada jodoh dia sendiri. itu memang dah dijanjikan, cuma cepat/lambat je la. tapi kalau da lambat jodoh tapi jenis xde usaha, dok terperap dalam rumah, xberdoa, xmintak dengan-Nya memang xjumpa la jodoh tu. bukan xjumpa, mungkin lagi lambat la.. sila betulkan kalau aku salah.

ish. cakap pasal jodoh macam cakap dengan cermin. (-_-)

marina anakcikbob said...

*but i'm still learning.

Merentas Horizon said...

nak tulis pendapat, tapi mcm sama ngan Nana je.

panjang umur tu ialah masa yang kita tenang didalamnya. orang kata kalau kita tenang ni, masa jadi lama kan(?) kalau kita kalut atau gelisah, masa jadi cepat je berlalu tanpa kita sedar pun.

basically macam tulah. (ini macam yang naqibah saya pernah bg tau satu masa dulu..)

Ainaa said...

I heard this lecture from a CD sebelum ni, it's probably just another theory, but scholar ni kata Allah only grants something only after the prayer has been done. Jadi kalau kita tak pernah berdoa untuk umur kita dipanjkangkan memang tak dipanjangkan. Ajal yang dah ditetapkan, yang dalam Luh Mahfuz is probably ajal yang betul(termasuk selepas usaha berdoa and whether it was granted or not)yang kita tak tahu.

So in other words, Allah dah tahu dah lama dah kita ni akan berdoa untuk panjang umur ke tak, cuma tunggu sampai benda tu dilaksanakan.

Sama la kot macam Syurga, Neraka, Allah dah tahu pun siapa ahli-ahlinya, tapi ahli syurga tu bukan boleh masuk free just because benda tu dah ditetapkan. Mesti ikut perintah Allah jugak.
Same concept, at least I think it makes sense to me.

Aya said...

oh sy pernah berbicang jugak pasal ni dengan naqibah time usrah.

tak silap sy, ada 4 perkara yang paling best untuk kita berdoa.salah satunya meminta keampunan atas dosa2 kita.yang lagi 3 sy tak ingat.

macam kalau minta dipanjangkan umur ke, dimurahkan rezeki ke, tak berapa nak efisen sebab semua benda tu telah ditentukan, tak boleh diubah.dari kita mintak benda yang sudah pasti, macam hal ajal dan rezeki, lebih baik kita mintak dimasukkan ke syurga dan dijauhkan neraka.

dan yang lain itu, kita kena beriman dengan konsep Allah maha Mengetahui.contoh,kalau kita diberi pilihan, antara A dan B.kita pilih A.memang kita yang pilih tapi Allah tahu sifat dan perangai kita,so Dia tahu yang kita akan pilih A.konsep ni jugak applies to ayat yang nasib sesebuah kaum takkan berubah unless dorang yang ubah sendiri.Allah tahu setiap kita ni fitrahnya mcm mana.and setiap jalan, decision yang kita decide, memang atas tanggungjawab kita, tapi dalam pengetahuan Allah.

:)

kalau salah betulkan.

Myra said...

like harris' comment :)

its all up to Him. sbb tu kita minta kt Dia, sbb if Dia kata jadi, jadilah ia :D

Ahmad Nizamuddin Abdullah said...

aku ada terdengar, kalau orang punya birthday tak payah ucap "semoga panjang umur" sebab umur meningkat bermakna tempoh ke saat kematian makin hampir.

norinaomar said...

saya selalu doa mohon supaya panjangkan umur dalam keimanan..

cz said...

sbb tu la sy tak lg doakan pnjang umur sebaliknya mohon diberi keberkatan umur.kalau umur pnjang tp menyushkn org tk best gk kan.