3.10.11

Selepas Lima, Enam, Tahun.

Semasa cuti perayaan yang lalu, aku dan adik beradik aku ada jugalah duduk berkumpul sembang sambil layan ketupat rendang. Mulanya akak aku lah, berbunyi,

“Boring la kerja. Bestnya kalau dapat suami kaya raya. Tak payah nak membanting tulang kerja penat-penat,” walau dia hanya pekerja pejabat biasa, itu lah luahnya.

Abang aku kata,

“Korang perempuan ni…baik lah, bekerja kalau ada peluang. Sebab…

Dia toleh kiri kanan. Pusing belakang. Usha line. Agak-agak clear, dia sambung,

Sebab kebanyakkan lelaki ni, selepas 5-6 tahun berkahwin, dia jemu tengok isteri dia,”

Aku yang dari tadi leka makan ketupat lemang, terbehenti sekejap. Aku pandang muka abang aku, minta dia sambung lagi.

Sambil mencebik dia cakap, “Bukan bosan bermakna tak sayang..tapi..cuma bila dah 5-6 tahun berkahwin tu, kitorang akan start pandang perempuan lain kat luar..”

Tiba-tiba Abang aku lagi sorang senyum sinis. Dan kata “Betul, betul..”

Akak aku, biasalah perempuan, meluahkan ketidakpuashatiannya,

Lelaki selalu macam tu! Kita ni kalau perempuan, once kawen, setia ngan satu je lah. Korang ni..sikit sikit nak pasang pempuan. Sikit sikit nak layan pempuan. Sikit sikit nak kawen lain!”

Aku diam, mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak. Biasa la aku anak bungsu yang cool.

“Eh..tak boleh cakap lelaki je..cuba kalau Agama tu benarkan perempuan kahwin lebih dari satu, korang nak?”

Dengan laju dan lantang aku dan akak aku cakap serentak “NaaaaAAAAAAkkkkk”

Tapi, abang aku cakap “Cuma iman sahajalah yang membataskan segala…”

-------------------------------------

Selepas makan aku masuk bilik, Fandi sedang sibuk main iPad. Aku tanya perlahan, sama ada pernah tak dia terlintas nak kahwin lebih dari satu?

Fandi cakap, buat masa sekarang ni, ikut kemampuan sekarang, tidak lah pernah dalam kepala dia nak bagi aku madu. Tapi, mana la kot kot terpijak duit 10juta ke, itu cerita lain lah.

Tidak ada janji manis. Sejajar dengan logik akal, aku terima jawapan dia dengan hati terbuka.

Yang aku perlukan sekarang ini ialah menjadi Isteri yang baik, dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan yang mendatang.




Tak, maksud aku bersedia nak baling pinggan mangkuk kalau tiba-tiba ada tino laing dalam hidup mung.


- Posted using BlogPress from my iPad

31 comments :

aryu said...

kalau tiba-tiba ada tino laing dalam hidup mung.

COOL --->sokong =D

SECRET IN THE HEART said...

Manusia sebenarnya memang tidak pernah puas dengan apa yang dia ada...
Saya sebenarnya tak pernah terfikir pun fasal ni...

http://secretissecret11.blogspot.com/

Ayyman Rahim said...

Siapa yang mahu bermadu? Tak adaaaa. Kalau lelaki pun jika Allah takdirkan boleh bermadu, lelaki pun tak nak.

|| A r a W a n i || said...

Eheh!
Ingatkn bersedia dgn hati terbuka nak terima madu..
Rupanya nak bersedia dgn pinggan mangkuk.

O yeah!

cahya indah said...

bukan yang muda2 je, kalau da kahwin lebih dari sedekad, dua dekad pun sama je..ingatkan semua okay, tapi dalam hati siapa yang tau kan.

cahya yang belum kahwin ni da seriau da..bukan boleh nak tengok 24 jam, bukan boleh buat apa pun even though kita da buat yang terbaik..

Lady RaRa said...

aku rasa laki memang dilahirkan dengan manual ni kot

sebab bila aku tanya lakiku dia pun cakap macam tu

tak pernah plak nak janji setia sampai ke mati ka sampai aku mati ka..

cis!

aku tak sedia pinggan mangkuk

aku sedia pisau tajam, senang ku kerat kotenya itu!

HoNEybUneE said...

hehehhe...tak terkata...bkn takat pinggan mangkuk hayun melayang...ngan rak2 pinggan skali terbang! hahahahhaha....

kueh bakar said...

tak payah tunggu 5,6 tahun..tengok apa de hal...

huh! takut tgk komen rara.gilos.jangan masuk metro sudaa...

nafsu laki kan SATU - pompuan.

Lady RaRa said...

nafsu laki SATU, tapi awat yang menggila sangat? akal yang 9 letak kat otak celah kangkang?

padan eloklah kalau otak celah kangkang tu ku hapuskan...

MUARGHGHGHGHAHHAAHAHAAHA!

*asahasahpisau*

norinaomar said...

kotenya tu kalau dah kena potong..apa pun tak boleh haha

jauhkanlah kita dari perkara-perkara yang mendatangkan bala bnecana kan?

ejaMaria said...

akak tak sedia pinggan mangkuk... tak sedia pisau... tapi mmg kena siapkan mental dgn emosi... nak kata macam mana dah Bapak akak dgn Bapak mertua 2x5 sama je... so nnt risiko anak lelaki dia (laki akak) ulang perkara yg sama tu tinggi... hadap je la... yg penting rumah akak punya...duit harta akak punya... anak akak punya... dia ada tino lain yg tu pegi carik harta lain klu nak hidup sama... huh

jas imran said...

haha noe...

haha rara...


**balingbalingpinggan**
**asahasahpisau**

memang mantap persediaan korang.

mama maman said...

bukan senang perem cam kita nak terima bulat2 je.. mengamuk itu pasti..:)

kembatolo™ said...

tino laeng dale idup mung.. HAHAHA. lawak oke~

FaznFaz said...

laki kita sama.... xder janji manis nak sehidup semati, baik dari sebelum kawen lagi!!! tapi, logik jugak kan??? kita mana tau hati orang di masa depan, betul tak??? hati sendiri pun tak berapa nak sure.... hahahaha!!!

Rhona Rozlan said...

LOL kelakar lah Dik Noe ni!

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

kalau jd mcm tu tak tau la nak cakap, mungkin pasrah je la sbb dah biasa dgn parent yg broken jugak, tp sila tinggalkan saya taknak madu..!!!.. yg penting isteri kena ada pekerjaan utk tampung anak2 kalau dilupakan suami..

azurin ramli said...

hehe.kak noe belangkung jaa kepala betina tue kalau abam fandi bawak balik.wakaka

Fahreen Fredo said...

Hahaha! Gelak besar aku!

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kalau baca kisah ni rs cam malang jer jd perempuan..

ntahla yer..noe boleh plak bersabar dgr jawapan suami camtu..kalau akak x tahulah apa jadi..


noe..kalau kita dh berusaha jd isteri yg baik pon tapi kalau dh dasar lelaki miang dia akan carik lain jugak

mint_pudina said...

yes, must be ready mental and fizikal. krn pada bila2 masa apa2 pun bakal terjadi.
tak payah tunggu 5-6 tahun, tgk pompuan lain tu mmg selalu pun diorang buat, depan atau belakang kita.
wishful thinking: harap langsung tak buat lah! tapi, harap hubby akan bagitau sekiranya nak pasang lagi satu, jgn sekali-kali buat benda2 selfish kat belakang.
at the same time, dia kena accept keputusan sy jugak.
kalau sayang tu nak dibahagikan, ambik ah sy nya portion dan duduk jauh-jauh!

Husna Hadzarami said...

LOL!

Dapat payung emas kat syurga tu!

Bos aku pernah cakap, perempuan ni selalu nak marah kalau suami nak kahwin lebih. Padahal bukan haram pun. Kalau suami tak solat, tak marah pulak. Keluar rumah pakai seluar pendek, tak marah pulak.

Heh aku ni pandai cakap je, kalau suami aku yang berhajat, huru-hara juga rasanya heh.

Ahmad Nizamuddin Abdullah said...

islam maha adil. dan kahwin lebih itu sunnah nabi junjungan. cakap la ape pun. tapi jangan selfish. Allah bukan saja-saja buat lelaki boleh kahwin lebih. kaji dulu, kalau di dunia berkorban di akhirat insyaAllah ganjaran besar. pasti banyak positif.

isteri aku pun ada tanya juga. jawapan aku pun sama.

"tengoklah. buat masa ni, memang tak mampu".

tapi bukan bermakna ada niat or angan-angan. just that kita tak tahu masa depan kita ni jadi macam mana, dari segala segi. manusia selalu berubah dan tak pernah puas. itu betul.

Black Rose said...

Beria iya si ladyrara nak kerat kote! ptuiihhhhh...

HappyIrfa said...

'tino laing dalam hidup mung'.
suka la baca entri ni

rupanya ramai lelaki mmg ada niat nak pakai ekzos 2 yer

naddynad said...

hahahaha... sgt suka perenggan yg terakhir.

weed something out said...

hahahha.. akhiri ayat yang mantap!!

Mak Izz said...

somi sy kata manade lelaki yg x pernah berniat nk psg lebih dr 1 kalo mampu. sume lelaki impi benda yg sama. btw sy berdoa agar somi sy x kaya-raya sbb x sanggup dimadu :) (kalolah dimadu, kalo diceraikan?)

bersiap sedialah atas apa shj kemungkinan kerana jodoh ini ketentuan Allah. kita hanya mampu merancang dan berusaha, selebihnya Dia di atas sana yg menentukan.

Lady RaRa said...

ala blackrose, sampai kat sini kau cari aku ya???

fake profile, pegi mampos la, hang ingat aku tatau hang sapa?

hang sendiri janda last hadap kote hindu, black rose konon

ptuih!


sorry noe! muahahah!

Tasha said...

lelaki2...mcm tu la rasenyer

alfina said...

nice advice. to prepare plates and all.

=)