17.10.11

Tawaran Buat Kekasih




sorry lupa siapa jurugambar dan lupa dari mana gambar ini diambil. But this is lovely. Love it.


Sebenarnya aku dah lama nak tulis akan ini. Cuma aku tak tau nak susun ayat apa, yang mudah, yang ringkas, yang senang semua orang faham, yang senang semua orang terima. Kebetulan tadi aku dah terminum kopi. Jam sudah hampir 1 pagi. Tapi mata masih segar lagi.

Dulu aku selalu berkrisis dengan Fandi. Selalu sangat. Entah apa yang tak kena. Kadang kadang benda kecik pun nak bertengkar. Benda yang tak logik untuk diketengahkan. Kadang-kadang aku rasa fikiran aku tak rasional. Nafsu berada di tahap tertinggi. Aku minta macam-macam. Aku nak lelaki yang macam ini, yang macam itu, yang begini dan begitu. Padahal kalau Fandi minta aku jadi isteri yang itu, yang ini yang begitu, aku melenting pula.

Jadi, di mana silapnya, sebenarnya?

Sampai lah satu hari itu aku ringan hati pulak nak bersua dengan seorang kawan baik. Seorang lelaki. Lama betul tak berjumpa. Kini bakal melansungkan perkahwinan dengan gadis pilihan.

Kalau tengok luaran, dia miliki hampir semua pakej lelaki idaman lah. Kerjaya bagus, muka pun comel la. Cakap kacak kang ada orang merajuk.

Tapi jalan cerita cinta dia tidak semudah jika nak dibandingkan dengan sifat luaran yang dia miliki. Cinta pertama kena tinggal. Cinta kedua kena tipu. Cinta ketiga cinta avatar. Sampai lah cinta yang entah keberapa, dah nak kahwin dah pun. Tapi itu bukan lah point aku nak menulis malam ni.

Cuma aku suka bila dia cakap

"Noe u sedar tak selama ni, bila mencari pasangan hidup, kita demand macam macam. Kita nak yang cantik, yang kacak, yang kaya, yang baik tanpa sedikit pun fikir apa yang kita boleh offer kepada bakal teman hidup kita,"

Aku diam.Tunggu dia sambung.

"I dah set dalam kepala i sekarang ni, whenever i jumpa bakal kekasih i, i nak siapkan diri i dengan tawaran tawaran yang i boleh janji dia akan dapat. Kalau lah semua manusia buat macam ni, i percaya semua pasangan boleh hidup bahagia,"

"Tapi kita kan kena ada give and take? Kalau kita asyik buat tawaran, nanti pasangan u pijak kepala u, how?"

"Give and take wujud kalau masing-masing buat tawaran kepada kekasih masing-masing. U dah kahwin dengan Fandi. Daripada u semak kepala mintak dia buat macam ni buat macam tu untuk U, why dont you offer him something? Cakap dengan dia yang, You nak jadi isteri yang baik, yang sabar, yang akan taat dengan dia, yang akan tolong dia masa susah?"

"Kalau dia tak offer i apa-apa lepas tu,?"

"U buat dulu apa yang u dah tawarkan untuk dia. Baru u fikir pasal tu. Ingat Noe, kalau u nak orang berubah, U kena berubah dulu,"

Herm. Lama jugak aku fikir relevan ke tak relevan cakap kawan aku yang sorang tu. Tapi memang betul lah, selalunya kita cenderung menetapkan kriteria dalam mencari pasangan kekasih. Memang tak salah, tapi, apakah tawaran kita pula kepada kekasih kita tu?

Bunyi macam susah sebab general sangat tawaran tu.

Tapi apa pun, aku memang nak berusaha. Demi nak mengecap keluarga yang lebih bahagia.

Jadi, apakah tawaran kamu kepada kekasih kamu?

Sorry la bunyi nukilan kali ni macam jiwang sikit. Kan aku dah kasi amaran awal-awal.

Eh, takde ek? Heeee..



25 comments :

kembatolo™ said...

menjadi jugak cara ni. tehee~

Zoe said...

terimalah aku seadanya....
ngee~

ika~~ said...

byk betul ape yg ur fren said.
klu bg sy, before jd isteri sy nk bg tawaran:

1. sy xkan mnghebahkan kisah buruk rumahtgga kami di blog mahupun fb
2. sy xkan brcerita psl yg buruk mngenai suami dan keluarga mntua kpd kwn2 mahupun fmly sndiri
3. sy akan cuba jd isteri yg patuh setiap apa yg dsuruh suami

itu je lahh kot..sbb syurga isteri d tapak kaki suami, kaan?

LydSunshine said...

Betul Pn Noe. Kita kena berubah dulu baru orang akan berubah. Maksudnya, kalo nak menangi hati lelaki, kita perlu memberi yang terbaik tanpa harap balasan, barulah balasan itu akan dtg kemudian. Kdg2 yang jadi masalah dlm hubungan, bila kita terlalu mengharap utk sesuatu yg pasangan boleh berikan, sbb tu bila yg kita harap tu tak ada, kita frust sgt. Expectation terlampau tinggi itu yg bahaya. So, kenalah kurangkan expectation itu. InsyaAllah selamat. :)

Dida mumin♥ said...

Nice and i think it was true, i' m married for 5 years & somehow faced the same thing like u, asking more but not giving more..anyway, thanks for give me an idea to talk and offer him more later.

Fahreen Fredo said...

Aaaa lame baru aku paham. Maknanye kite offer je tawaran2 yang best pastu pasangan sendiri rase akan offer balik pada kite gitu?

Aishah Rahim said...

Aku takut, bila kita dah offer tawaran yang menarik dan berikan sesuatu yang menarik, pulangannya masih serupa atau masih tidak menetapi kritirea dan kehendak hati kita.

Hurm..

misya mialen said...

salam noe;D, bg sy, sy setuju dgn idea kwn noe tu..

sbb bila sy fikir2, sy pun byk kali meminta2 n yg paling worst bila sy hrp2kan yg dia akan tunaikan semua permintaan sy.

kemudian smpai satu tahap yg dia kata;klu dia x bagi apa yg saya nak, nnti sy merajuk saja. then, sy rasa mcm saya paksa dia utk tunaikan apa yg saya mahu.

dari situ sy offer dgn dia, sama mcm ayat kwn noe tu.sy kata: saya nak jd isteri yg taat dan yg baik utk dia so dia kena sllu bimbing dan didik hati sy. Dia diam dan angguk. Senyum.;D

dlm hati saya: moga dia fhm apa yg sy sampaikan. yala,, kita perempuan byk nak itu, nak ini kan..;D cuma yg plg penting permintaan kita x melebihi dari apa yg dia boleh berikan;D

mudah2an kita jadi isteri yg terbaik utk suami;D

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

tawaran sy utk suami: apa-apa hal pon sy takkan rahsiakan dari dia..mesti telus..

Hidayah said...

untuk kekasih xde la kak noe.belum tentu jadi suami wat pe nak bg offer yg bagus2 pon. hahahah.tp untuk suami insyaallah, yg terbaik. mudah2an.=)

Ladynoe™ said...

HIDAYAH = suami saya adalah kekasih saya. :)

misskandorian said...

kang klu kite janji itu ini, die pulak nk blame sbb kite tak tepati janji,...cmno ek...

Miss Nadya said...

Insyaallah..nad akan cuba buat yg terbaik untuk dye..Amin..

Ashypink said...

salam noe..

thanks..

a perfect reminder for me and my husband :)

peej said...

suka entry ni. bagi aku fikir mcm2. sebab bf aku selalu kata, aku ni ade je tak kena. semua salah. n nampak salah dia je. salah aku x nampak. ok. aku harap aku dapat memperbaiki diri. insaf.

anna ladycherrie said...
This comment has been removed by the author.
heliantuse said...

Ini prinsip suami saya sampai saya pun terharu dan rasa macam nak offer kat dia banyak2. Cuma satu, apabila kita bagi, jangan la terlalu berharap untuk dapat balik setimpal dengan apa yg kita bagi. Mungkin balasan yang kita dapat tu dalam bentuk yg lain.

Contoh, kita belikan hadiah utk suami dengan berharap dia akan bagi kita hadiah balik pada hari jadi kita. No! It doesn't work like that. Kalau dapat, alhamdulillah.

Tapi maybe suami balas dalam bentuk yang lain seperti dia tolong cuci pinggan lepas makan sebab dia tgk kita penat sgt lepas masak. Please accept what he gives and don't ask too much when he doesn't.

Yang penting, kita beri dan beri. insha Allah, balasannya mungkin pahala di akhirat jika kita betul2 ikhlas menjadi isteri kerana Allah Taala.

Just my 2 cents. Thanks for sharing this. :)

hanaahmad said...

takde kekasih dan taktahu nak tawar apa. heee.

tapi aku setuju dengan apa yang kawan sis cakap tu. memberi lebih baik dari menerima. kadang2 kita mintak lebih sedangkan kite tak menyumbang apa2. i

jas imran said...

isteri2(kebanyakan)memang selalu nak minta suami diorang jadi yang terbaik mengikut apa yang dihajatkan. kot. sebab saya pun tergolong dalam tu.
kalau tak dapat mesti merajuk. lepas tu saja hukum suami sebab apa yang kita nak tak dapat.

tak pernah terfikir (until now)... yang instead buang masa merajuk bagai... baik cari satu jalan untuk offer something kepada kekasih (suami) yang boleh gembirakan dia.

kalau tak dapat balasan yang kita harapkan balik... redho je la kan. syurga kita kan kat tapak kaki dia.
lagipun kalau mengharap balasan tu kan tak ikhlas namanya.

based on experience sendiri la kan..saya pernah buat eksperimen skit... lepas selisih paham. pegi masak agak2 masakan yang terbaik la. (selalunya merajuk taknak masak kalau lepas gaduh) lepas tu serve dia makan elok-elok walaupun tengah gaduh.
hasilnya : suami automatic tak marah. layan kita pun elok je macam tiada perang saudara yang meletus sebelum tu.
and what i got? hati yang tenang. sebab nak lawan sakit hati tu bukan benda senang.

noe... lepas baca nih baru rasa makin insaf sikit. thanks...

100% agreed! =D

nadcantek said...

setuju 100%.thanks noe for sharing the good idea.

Khaleeqa Idrus said...

For I am single now, I want to take this post as an encouragement to make offers for our family rather than for a boyfriend or husband.

I always have this argument with my sister; Who's gonna wash the dishes, who's gonna fold the clothes, who's gonna make up the bed, yadayadayada. You know, the fall out between sisters. And, when I clean up our shared room, for instance, I will make sure my things are kept properly and my belongings are all well-organized in order to make her ones look bad, untidy or in simpler words, to make her look worse than me.

There are times when I help her clean and make up her bed without her knowing, and I feel good after doing that. Yet, because of my (silly) egoism, I restrain myself from promoting good behaviours. I want her to learn from her mistakes and such that. At the same time, I want her to show her respect to me. Be nice to me and never disobey my orders. I am demanding like that.

This post of yours somehow makes me think, why not I do something to gain her respect. To gain her obedience. In a way of offering my kindness. I cannot expect to acquire respect from others when I don't show my respect to them, can I?

So, offer for my sister, it is. Hehe. Thank you, Kak Noe.

Ps; I hope I am not being a pain in the ass for commenting in English. No reason for doing so, just feel like to.

http://twitter.com/KhaleeqaIDRUS (:

cik yuki said...

suka entry ni . .

kueh bakar said...

"..I know that the things that people in love do to each other, they remember(baik buruk). And if they stay together, it's not because they forget. It's because they forgive.."

-incedent proposal-

Mama Gee said...

sgt suka dgn entry kali ni hingga tergerak hati nk mengomen..selalunya kuar masuk tanpa mencoret apa2...

sgt setuju dgn kata kawan noe tu...
apa2pun noe...walau mcmana pun suami kita..byk kekurangan ke...sering singgung perasaan kita ke...itu biarlah dia menjawapnya dgn Allah... sbg isteri besar ganjarannya kalau kita sabar dan tetap laksanakan tgjawap kita dgn baik...apatah lg kalau kita sentiasa cuba perbaiki diri kita...pasti suami pun akan nampak dan hargainya 1 hr nnti...

ganjaran pahala tu mmg tak nampak dgn mata...tp InsyaAllah...Allah tetap akan membayrnya...

Yaya Emily said...

Aku tau ni ayat siapa. Dah terjawab dah antara banyak2 persoalan aku. thanks noe. Dah ada sebab paling kukuh utk kami berpisah. Aku bukan perempuan yg dpt apa yg dia cakap ni. Maybe sume ni utk perempuan lain yg lebih baik. Xsia2 aku baca blog ko babe. Tk care.

YEY