4.11.11

Desak Kerajaan Supaya Tarik Balik Pindaan Akta Kerja 1955



Kami, pekerja-pekerja Malaysia menentang dengan keras dan menuntut supaya pindaan yang diluluskan oleh Parlimen pada 6/10/2011 ke atas Akta Kerja 1955 ditarik balik!


1) Kenapa kita menentang pindaan Akta Kerja 1955?

Terdapat banyak isu dalam pindaan tesebut, akan tetapi kita hanya tumpu pada satu isu besar iaitu mengenani "kontraktor tenaga kerja". Dengan wujudnya Kontraktor Tenaga Kerja melalui pindaan Akta ini, kerajaan akan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan oleh penjajah British apabila akta kerja digubal pada tahun 1955 dahulu. Sistem pekerja kontrak spserti ini sudah wujud 15 tahun di luar undang-undang. Demi menghalalkan sistem ini maka pindaan ke atas Akta ini dibuat sekarang oleh Kerajaan Malaysia.


2) Apakah kesan buruk kepada pekerja dengan wujudnya "Kontraktor Tenaga Pekerja"

• Kontraktor Tenaga Pekerja akan menjadi pihak ketiga (orang tengah) yang akan menjadi majikan pekerja dan bukan majikan prinsipal (utama). Perhubungan lansung antara pekerja dengan majikan prinsipal seperti sekarang TIDAK AKAN WUJUD LAGI!


•Pekerjaan pekerja-pekerja bahawa Kontraktor Tenaga Pekerja akan menjadi tidak tetap - TIADA JAMINAN PEKERJAAN (scurity of tenure)


•Pekerja akan mendapat KADAR GAJI YANG SAMA SEPANJANG HAYAT, bekerja tanpa kenaikan gaji atau bonus dan faedah-faedah lain.


•Semua caruman termasuk KWSP, PERKESO dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab Kontraktor Tenaga Pekerja dan bukan majikan prinsipal.


•Kontraktor Tenaga Kerja dengan mudah BOLEH CABUT LARI bila perniagaannya merosot atau rugi.


•Antara pindaan lain adalah kebenaran membayar upah kerja lebih masa (overtime) lewat sebulan untuk memberi masa kepada majikan prinsipal untuk membayar kepada Kontraktor Tenaga Kerja. HANYA SELEPAS ITU BARU LAH KONTRAK TENAGA KERJA MEMBAYARNYA KEPADA PEKERJA KONTRAK.


•KADAR UPAH KERJA LEBIH MASA AKAN SAMA SEPERTI HARI KERJA BIASA MESKIPN BEKERJA PADA HARI CUTI UMUM ATAU REHAT!


•Mudah untuk pekerja-pekerja dibawah Kontraktor Tenaga Kerja DITINDAS DAN DIANIAYA.


3) Jika pekerja menubuhkan Kesatuan, dengan siapaka Kesatuan akan berunding dan berurusan?

Tentulah dengan Kontraktor Tenaga Kerja sebagai majikannya. Akan tetapi Kontraktor Tenaga Kerja bukan pengusaha perniagaan. Mereka hanya membekalkan pekerja dibeberapa jenis syarikat. Sudah tentu para pekerja sangat sukar menubuhkan Kesatuan.

4) Apabila pekerja berjaya dalam apa-apa kes tuntutan di mahkamah, mampukan Kontraktor Tenaga Kerja tersebut membayar pampasan dan mematuhi keputusan Mahkamah?

TENTULAH TIDAK! Kerana Kontraktor Tenaga Kerja bukan pelabur dan tidak ada modal. Mereka boleh lepas tangan dengan tukar nama Kontraktor Tenaga Kerja yang lain.

5) Benarkah dengan pindaan ini maka di satu tempat kerja akan terdapat banyak Kontraktor Tenaga Kerja?

• YA BOLEH! Terdapat banyak Kontraktor Tenaga Kerja dengan kumpulan pekerja masing-masing di satu tempat kerja!

•Malah pekerja boleh dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi pekerjaan yang lain pada bila-bila masa ikut sedap perut Kontraktor Tenaga Kerja tersebut. (Flexi labour)

• Pada masa depan, TIDAK AKAN ADA LAGI PEKERJAAN TETAP dengan satu majikan prinsipal.

6) Adakah akan memberi kesan kepada PEKERJA TETAP SEKARANG dengan wujudnya Kontraktor Tenaga Kerja?

Majikan prinsipal akan menawarkan VSS kepada pekerjanya. (sesiapa tolong terangkan VSS tu apa?). Selepas menerima VSS, pekerja akan ditawarkan kerja yang sama tetapi di bawah Kontraktor Tenaga Kerja dengan gaji, terma dan syarat yang tidak memuaskan. Mereka boleh ditawarkan kerja separhu masa sehingga cuma 14.4 jam seminggu!

7) Adakah pindaan ini selaras dengan prinsip-prinsip Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)?

•Kerajaan mendakwa pindaan Akta Kerja 1955 ini selaras dengan prinsip-prinsip Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), tetapi dari segi kenyataannya dengan pindaan ini, IA JELAS BERCANGGAH!


KEKAYAAN & KEUNTUNGAN yang dicapai oleh negara adalah hasil dari sumbangan PARA PEKERJA. Kaum pekerjalah yang bersusah payah membangunkan negara ini. Akan tetapi apakah balasan yang kita dapat?!!!!



dipetik dari risalah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

----------------------------------------


Emosi aku berbolak balik sewaktu aku taip semua perkara di atas. Mengenangkan masa depan yang dirancangkan gelap oleh menteri-menteri Kerajaan kita sekarang. Kita umpama robot yang bakal diprogam untuk bekerja dan dianiaya. Aku mula membayangkan hasil penat jerih aku kumpul duit untuk nak kasi Sabrina belajar elok-elok dan akhirnya menjawat pekerjaan bermajikan kan Kontraktor Tenaga Kerja.

Bagi yang masih belajar, yang belum menempuh alam pekerjaan, aku kira kamu semua mungkin boleh bayangkan kalau-kalau penat jerih kamu belajar selama ini, sebegini penyudahnya.

Aku percaya semua dapat menilai diri sendiri sekuat mana dan se'lepak' mana korang bekerja. Aku, memang bekerja kuat.  Jadi benda-benda macam ni, sungguh menekan emosi. Tak semua orang larat nak buat serampang dua mata.



Nanti banyaklah businessman wannabe. Wannabe tak jadi. Kalau bisnes betul-betul, baguslah. Kalau semua dok nak meng-MLM je?

Sedih.

Kalau Pindaan Akta Kerja 1955 ini tidak di tarik balik, bagi aku, ini adalah penganiayaan paling keji oleh kerajaan terhadap rakyatnya.

Memang tidak lah aku pangkah dacing lagi selagi Akta ini tidak dipinda semula.








 Ha'ah, I was there.



KITA MENDESAK SUPAYA KERAJAAN TARIK BALIK PINDAAN TERSEBUT YANG MEMPERHAMBAKAN PEKERJA!


16 comments :

Lady RaRa said...

semangat. aku sokong. if any petition need to be signed, i will.

even aku tak kerja punnn... tapi untuk anak-anak aku.

hazafra said...

yeah rite!! saya juga menyokong...

VSS - voluntary separation scheme.

If i am not mistaken, employee who join this scheme, will received compensation. I believe, that compensation is much lower rather they have to pay EPF, PERKESO, etc...

jeb said...

natam..kenapa takde keluar berita? bile demo ni?rugi aku tak ikut..

btw, apa kelebihan pada majikan prinsipal kalau dia amik kontraktor tenaga kerja?

aku tolak akta kontraktor tenaga kerja..

nabebots said...

saya sokong btol2...y saya xtau pasal nie ek...xplak dibagitau..xplak kuar berita ke ape ke..thank bgtau...

feeza said...

smlam i'm d one yg d arahkan jd observer perhmpunan mmbantah pindaan akta kerja nih di kuantan..sewaktu kehadiran sy,pihak polis telah pun menyuraikan keadaan..so,xbrp nak dpt knp sbnrnye bantahan ini dibuat..through ur entry ni, now i get whut actually the picketers want..tq..

Ladynoe™ said...

JEB - kelebihan majikan prinsipal? naik lemak jugak. Kerah orang kerja, gaji tak naik-naik SEPANJANG HAYAT. Kos hidup negara semakin tinggi. mereka tak perlu bayar BONUS. dan banyak lagi lah. Segala benda yang menganiaya golongan pekerja ni kira benefit kepada majikan.

Ayuraza said...

pehhhh..bahaya ni..segalanya tergadai dan digadai..senang kita pindah duk keje negara orang la..nak takanak pun kat malaysia ni dah ramai sangat pekerja asing kan..kita jugak yang merempat last2 nyer..sedih pemimpin camni...

Liz Ard 27 said...

er..aku x faham sangat....terasa bodoh sangat2..

charminghall said...

sesetengah pekerja kontrak untuk kedua-dua sectors that apply this contract policy scheme masih mahu stay dalam certain company hanya kerana mereka selesa dalam banyak perkara. walau dah 10 tahun bekerja umpama seorang casper. casper cute dan bijak tau. tak hairan sebab itu pilihan mereka.

tapi bagi yang tiada pilihan, buat lah sesuatu untuk rasa senang dengan keadaan atau ubah keadaan jadi lebih senang.

Rafhani said...

Yer ker? Thanks for sharing.Since dah x kerja mcm tertinggal byk benda.Absolutely agree,wp x kerja tapi ini penting utk masa depan anak-anak kita ntt.Apa nak jadi ngan our gov ni? musykil...

jeb said...

tapi kontraktor tu still sebuah company kan? adakah dia dikecualikan dari memberi bonus kepada pekerja?

Cob Nobbler said...

Workers of the world, unite!

Ayyman Rahim said...

Saya sokong benda ni, untuk masa depan negara kita. Kerajaan jangan menghambakan rakyat!

Aisyah Lee said...

kenapa benda ni senyap-senyap je?
tak tahu pun.
sekarang tak kerja lagi memang tak rasa susahnya.
tapi masa depan?
huh, diploma ke degree ke tak de bezanya pun la kalau macam ni.

~emiazsur~ said...

Nak tanya. So sekarang dah kuatkuasa ke pindaan ni kak?

5zal said...

telah kuatkuasa. tetapi hanya untuk kontraktor di sektor perladangan. lain-lain sektor, tidak terlibat.