5.11.11

Hujung Minggu #007 - Kalumpang Resort & Training Centre

Ini cerita Hujung Minggu sudah sebenarnya. Cerita hujung minggu ni, akan datang baru aku kemaskini. Sibuk sangat sepanjang minggu lepas. Aku tak sempat nak update apa-apa. Hujung Minggu lepas sekali lagi aku meninggalkan Fandi dan Sabrina, ke Kalumpang Resort & Training Centre yang bertempat di Hulu Selangor, sempadan Tanjung Malim, Perak.

Sebenarnya Kalumpang ni dengan kampung mak aku tidak la jauh. Dalam 25 minit dah boleh sampai. Tapi aku tak pernah tahu pun wujudnya tempat ni. Mak aku cakap, kalau dulu-dulu balik dari pasar Ulu Bernam cari ikan sungai segar, dia akan singgah di tempat ini. Tempat dating dia dengan arwah abah dulu-dulu, katanya.

Aku ke sini atas tujuan kursus yang diadakan oleh Jabatan tempat aku bekerja. Semua warga Jabatan Komunikasi Korporat telah menghadiri kursus ini. Tapi kursus kali ni memang tak duduk dalam kelas lansung. Memang sangat fun. Semuanya aktiviti yang merapatkan lagi silaturrahim sesama kami.

Pelbagai aktiviti telah disediakan dan dikelolakan oleh pihak Kalumpang Resort & Training Centre ini sendiri. Ada aktiviti sukaneka, aktiviti lasak, aktiviti dalam air dan sebagainya.

Okay layan gambar.

Ceruk sikit tempat ni baru jumpa tempatnya

Signage ke rumah-rumah penginapan.
Roomates!

Aktiviti memanaskan badan. Sukaneka yaw.

Group 1 : Boboboy.

Group 2 : Take 5

Group 3 : Krek krek kok kek (group aku. heheh. nama group pun aku kasi- taken from PiMaiPiMaiTangTu)

Kerja kerja melengkapkan soalan treasure hunt

Group 4 - Tarak Tarak

  
River Crossing

Mandi sungai FTW!

Karoke malam hari.

Karoke naik syeikh
Penghayatan ketika makan. uuuuu yeah..uuu
Hari kedua : Aktiviti dalam air bermula. Kolam air kat sini memang jangan harap lah airnya nak biru. Sebab mereka telah bina saliran yang mengalirkan air sungai sebagai sumber air di sini.

Pillow Fight! yeah!!
Aku fight dengan Nora. Tak ada siapa menang sebab masing-masing badan bagak jadi, stabiliti tu lebih sikit. hehehe heheh heheeh.

Bola keranjang air.. Tapi dah macam ragbi. Hahah Ragbi Air.

Penyampaian hadiah

Balik!


Fun, fun, fun, fun. Tak ada apa yang boleh aku katakan untuk aku bayangkan tentang aktiviti Hujung Minggu aku yang kali itu. Sambil berseronok dengan kawan-kawan sepejabat, sambil menikmati suasana hutan dan sungai, sambil mengeratkan silaturrahim dan meregangkan stress Isnin-Jumaat di pejabat.

Kalau ada dikalangan kamu yang berminat nak ke sini bersama rakan-rakan atau keluarga, kamu boleh lah ke laman ini http://www.kalumpangresort.com.my/?lang=my&id=2&mnu=2

Semoga Hujung minggu depan, iaitu hujung minggu ini lah, lebih baik.


12 comments :

FatihaMedan said...

bestnyewww.hehe.singgah sini ,salam aidiladha :>

Husna Zainal said...

Noe..tempat ni supposed kena ttp setahun atas arahan kkm..sebab ade virus kencing tikus. dah ade beberapa kes jangkitan..dah masuk paper hritu.

xxxxxxxx said...

krek krek kok kek?? pi mai tang tu izit :-?

Ladynoe™ said...

Xxxx: jyeahhh!! Thanx for remind me bout that! Shud mention about it lah. Thanx agen.

Ladynoe™ said...

Nana : ye ke nana. Kitorang tak tau siud. Kau simpan artikel tu? Thanx for the info nana.

azelyusoff said...

comel jer nama group noe. teringat pulak aksi sabri yunus masa sebut krek krek kok kek tu.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

cantik cara noe pakai tudung..

Ladynoe™ said...

RALAT - KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE telahpun mendapat surat pelepasan daripada KKM daripada arahan supaya ditutup.

mereka telah membuat penambahbaikan dan diluluskan oleh KKM untuk terus beroperasi.

Nadya Shah said...

wey noe...giler r ko!! (motif tibe2 panggil ko giler??)
huhuuu wey aku org tnjung malim.
kiteorg sume dah ban kalumpang resort ni.. n mmg dah ramai yg frequent pegi dah xpegi dah cni..

anyway ok la..kalau KKM kata dah boleh bukak.. aku doa ko baik2 je.. jauh dr jangkitan virus itu..amin~~

krekkrekkokek betol ko ni!

Ladynoe™ said...

NADYA= ye ke nadya..so far alhamdulillah takde kena apa2 lagi. seram pulak. hari tu masa pergi ramai je umat datang. mungkin maisng2 tak tau kot.

Hetty Hernani said...

hi... nice entry/.!

ddJaafar said...

wowww..kumpulan Take 5 tu ada cousin i la.rowiyah.