28.11.11

Hujung Minggu #008(b) - Cameron Highland (Hari Kedua dan Hari Ketiga)

Kan aku cakap kalau boleh nak letak semua gambar. Layan je lah gambar-gambar. Bagi yang terpinga pinga, di sini ialah entri bagi Hari Pertama dan Kedua kami di Cameron Highland.

 Perjalanan nak ke BOH Tea Plantation, sekali jumpa pasar. Singgah lah.

Love

 Hari Ketiga : Nak balik. Singgah sebentar di Butterfly Farm.
 Sepanjang kat sini, Sabrina asyik merengek je. Dia takut rama-rama. (-_-)
Tapi Sabrina tak takut cicak. Aku ada video siap dia berdialog dengan cicak lagi.

 Largest Indoor Maze In Malaysia. Rumah Sesat la konon ni. Sabrina terpinga-pinga kenapa la dia terlibat dalam pengembaraan tanpa motif mak abah dia ni.

 Belajar makan Ice Cream di Bee Farm.
 Kalau balik ikut Simpang Pulai, jumpa lah Avant Chocolate ni. Takde la murah pun. Tapi aku puji packaging coklat mereka cantik.

Secara keseluruhannya, percutian kali ini boleh dikata menggembirakan. Aku beli banyak strawberi, sayur, dan buah buahan lain. Selain melihat Sabrina gembira 3 hari berturut turut asyik berjalan je. Satu benda yang aku puji tentang Cameron ialah, bila di kedai makan, semua orang di situ akan melayan pelanggan seperti kami ni dengan senyuman yang mesra. Aku tak pasti adakah sebab Cameron ni memang kunjungan pelancong, jadi mereka terlatih sebegitu. Atau memang orang Cameron pemurah senyuman dan mesra sentiasa. Kalau sebab pelancong, time aku kat Pineng dulu takde la mesra macam kat Cameron.

Terima kasih kepada Fandi yang tahu macam mana nak layan kerenah aku. Terima kasih kerana masih bersabar.

Hujung minggu ini aku tak kemana. Memang melepek je kat rumah atas sebab tertentu. Malas nak keluar.

Okay dah. Terima kasih kerana layan gambar aku kali ni.  Untuk layan gambar kami di Cameron pada hari Pertama dan Kedua sila KLIK SINI






15 comments :

laskar pelangi said...

lama dah tak melayan kaki ke cameron..wooo~

Hidayah said...

post la video sabrina ckp dgn cicak tu... nak tgk!

Ladynoe™ said...

HIDAYAH = kalau rajin nanti noe post ek. huhuhu.

Nuramalina Aziz said...

nana pun nak pergi jugak.teringin.huhu.nak release tensyen.noe lepak hotel mane?

Rina Syazwani Zulkafli said...
This comment has been removed by the author.
Rina Syazwani Zulkafli said...

akak,,suka la tengok akak mekap cmtu.
taknak buat post pasal tips mekap2 ke ? lagi satu bibir tu memang semula jadi atau ada pakai apa2 petua..?
cantik je merekah. :)

Ladynoe™ said...

RINA = okay nanti saya buat tips pasal mekap yang tak mekap sangat ni.

mommaholicSURI said...

All photos semuanya cantek-cantek belaka!!. I dah rasa macam korang ni model cameron pulak ha.

aah!! I nak tips make up jugak, babe!! :)

lagi satu, you umur 11 tahun masa 1996?kan? maknanya i ni, 'hakaq' for 5 masa you form 1. Masya Allah tuanya daku!! hehe.

.suzy. said...

Hai kak Noe,gambar semua lawa2,kak Noe pakai kamera apa?

weed something out said...

saya adore rambut sabrina!

misz beauty said...

cameron best! pegi bekali2 pun tak jemu =)

BisMi Aishah said...

wah bes nye ;)

mummy_icha said...

Masih sejuk ke kat Cameron? Saya gi tiap tahun dan terbaru, lepas raya. Dah tak sejuk mcm 4 thn lps & byk sgt developer berlumpa2 buat bangunan baru...

cimOt said...

cantek gambar2 nyer!! especially yg rama2 tu..

Nani Othman said...

dia takut rama-rama. hehe. XD cute.