28.11.11

Hujung Minggu #008 - Cameron Highland (Hari Pertama dan Kedua)

Nota: Nukilan kali ini dipenuhi foto. Terima kasih kerana bersabar.



Ini pun sebenarnya cerita hujung minggu lepas. Tak dapat nak kemaskini awal sebab tuntutan advertorial dan kualiti internet di rumah yang cantiiiikkkk sangat.

Jadi, pada hujung minggu lepas Fandi plan kan satu percutian ala kadar kami sekeluarga ke Cameron Highlands. Kesian tengok aku kerja teruk katanya. Nak bawa ke destinasi gempak-gempak, masing-masing tak berbajet lebih pula. Asalkan dapat lupakan pejabat dan segala onarnya sudah lah.

Kali terakhir aku pergi ke Cameron Highland adalah pada tahun 1996. Aku baru 11 tahun, ketika menjadi player bola baling sekolah. Ada perlawanan bola baling di Sekolah Rendah Kebangsaan Tanah Rata, dan oleh kerana aku goal keeper yang cemerlang, team sekolah aku pulang dengan kejayaan. Hehehehe. Player lain apa kurangnya. Kami menang 3-0 kalau tak silap aku. Indah sungguh kenangan.

Dan kali terakhir kami sekeluarga bercuti sebegini ialah semasa ke Pineng, tahun 2009. Sabrina pun kecik lagi. Sekarang, Sabrina dah suka berjalan, jadi, memang yang lebihnya, dia lah. Gambar di Cameron ni agak banyak. Rasa macam nak share semua.

Ok cukup membebel, layan gambar.

 Sampai dah malam. Masing-masing kebuluran. Ini dinner kami, awesome steambot.

 Hahah dulu tahun 1996 pun benda ni still ada jugak. Tak berevolusi lansung seni rantai kunci kat sini.

 Pasar Malam kat Cameron Highland ni beroperasi setiap malam sempena musim cuti dan musim kunjungan ramai pelancong.

 Cactus murah. Beli!

Hari Kedua. Di sini lah tempat kami sekeluarga menginap 3 hari 2 malam. Country Lodge. Aku tak rekemen kamu menginap di sini. Pertama kali check in Hotel takde breakfast. Oh Lodge. Bukan Hotel.
Time Tunnel Museum ni aku rasa macam museum yang ditubuhkan berasaskan koleksi peribadi seseorang. Banyak benda lama yang dah kian dilupakan terkumpul di sini. Ada yang aku still ingat. Ada yang aku dah lupa lansung, tapi bila tengok kat sini, teringat balik. Memori 80an. Manis sungguh.
 


 1) Cerita tentang benda lama, tak sah tak ada P. Ramlee. 2) Dah lama tak jumpa tin Milo camni. Dulu kalau balik rumah arwah atuk selalu jumpa. Dia buat tempat simpan rokok daun dia. 3) Loteri Kebajikan Masyarakat? Ada ek? Berjudi sambil menderma?

Mak selalu buat cerita sedih yang zaman dia dulu tak mampu nak beli susu tepung. Kecik-kecik minum susu cair je. OKay Mak, cerita sedih mak dah tak laku. Zaman dulu memang memang susu cair ni adalah susu untuk membesar! AHAHAH.

Susu bayi zaman dulu. Bukan zaman aku lagi ni kot.



Di Time Tunnel Cafe.


 Oh dia nampak benda ni rupa-rupanya. (-_-)

Kena lah beli. Aci pun gembira.
 Takde apa yang menarik di Cactus valley kecuali ini.

 Dan Sabrina lebih tertarik dengan fush. (fish bahasa Sabrina)



Lunch comel.


 Macam gambar poster Young & Dangerous tak?

 Hasil petikan.


Okay dah bersambung... klik sini untuk layan gambar hari kedua dan ketiga.





9 comments :

aryu said...

bestnyaaa,sy org pantai timur tak penah smpi pun,

bersambung kan?banyakkan lg gmbr,sy pun teruja nk tgk.

Cik Erza said...

cameron mmg sesuai utk percutian keluarga yg tenang n sejuk kan..nice pic!!hee

rekbing said...

gelang kepala tgk pokok kaktus.

haha!

♥ Elin ♥ said...

hey seronok percutian kamu sekeluarga..

nih babymoon ker??:)

have a nice day.

Ana AzNuRuL said...

makin comel sabrina..tapi muka fotostat apaknye =)

A D said...

As Salam Noe,
Maaf la kalo aku terjah macam nih jer...selama nih aku jadi silent reader jer kat blog ko nih...
Tapi ni aku xnak silent sbb aku aku nak tanya...mana ko beli glove yang sabrina pakai tu eh??...

Fara said...

Ko bt aku nak g sana.

Dan ko adalah comel!

Ummi Kebaya said...

Heehee..tersengih sorang pas tengok gambar kaktus...

mint_pudina said...

ramai orang suka benor tgk kaktus tu kan.. me included. ketawa tak berhenti2. pandai u pilih kaktus.