12.11.11

Kisah Norshuhada Binti Abdullah

Aku pun dah banyak kali cerita.

Dan pembaca pembaca aku pun dah cukup bijak nak membayangkan kesusahan menjadi ibu tunggal. Ianya bukan tentang material dan fizikal sangat. Tapi lebih kepada kesusahan mental dan emosi.

Lebih-lebih lagi, kalau kurangnya (atau tak ada lansung) sokongan moral dari orang sekeliling.

Sebagai seorang ibu tunggal yang sudah pun Berjaya mengatasi segala kemelut yang melanda, DJ Lin Duta Proton Persona – Better Undoubtly , dengan besar hatinya ingin membantu ibu-ibu tunggal yang lain untuk merasai kegembiraan yang sama dengannya.

Seramai tiga orang ibu tunggal telah terpilih untuk dimasukkan ke dalam satu program di mana di situ mereka akan dipapah, dibantu agar menjadi lebih yakin dan bahagia walau terpaksa membesarkan anak sendirian.

Norshuhada Binti Abdullah adalah seorang ibu tunggal kepada dua orang anak, menghadapi cabaran yang lebih kurang sama dengan kebanyakkan ibu tunggal lain apabila pernah mengalami kemelut perceraian bukan sekali, malah kedua-dua perkahwinan sebelumnya menemui jalan gagal.

Lebih payah lagi, sebagai seorang mualaf, dia merasakan sangat keseorangan kerana kurangnya sokongan daripada ahli keluarga. Lebih-lebih lagi apabila menjelang Aidilfitiri, Norshuhada selalu menginginkan sambutan yang penuh harmoni, riang bahagia seperti kebanyakan kita.

Dalam program ini, Norshuhada disarankan untuk menghadiri kursus di PERKIM di mana di sana dia dapat memahami bahawa apa yang sedang dialaminya sebelum ini hanyalah satu proses kehidupan yang bakal menjadikan dia seorang ibu yang baik, yang kuat, yang yakin untuk menghadapi hari muka. Sebagai seorang saudara baru, di sana Norshuhada peroleh sokongan yang diperlukan sewajarnya.

Program demi program, sokongan demi sokongan, Norshuhada akhirnya bangkit dari kegelapan. Aidilfitri 1432 yang lepas adalah saksi di mana buat kali pertamanya Norshuhada bersama rakan-rakan dan keluarga.

Sebenarnya ramai lagi ibu tunggal yang dah Berjaya hidup lebih cemerlang selepas melalui kemelut perceraian. Ramai sungguh tokoh-tokoh usahawan yang tak tersebut namanya di sini, yang dahulunya dianiaya jiwa dan raga oleh seorang yang paling kita harapkan selepas akad dilafazkan.

Pendapat aku, mudah sahaja, perkahwinan itu adalah satu method untuk melengkapkan kekuatan iman. Untuk membina jambatan ke Syurga, untuk bahagia. Tapi kalau dah perkahwinan tu mengheret kau ke perkara-perkara yang lebih buruk, berdosa dan merana, elok lah kau keluar sahaja dari perkahwinan itu. Bangkit. Bina hidup baru.

Bak kata DJ Lin, “To the Single mother out there, never doubt yourself and your inner strength. Tangan yang menghayun buaian akan menggoncang dunia”

Walau trend pakai buaian dah tak “in” sangat, tapi, kamu semua faham-faham sendiri lah maksud beliau.



3 comments :

Dr.oracle said...

hehe, inspirational gak.. bukan sebab dia ibu tunggal, tapi sebab dia muallaf..

huhu, memang dah byk pompuan² yang tough senanye kat dunia nie, kalo nak cari kisah² pompuan b'jaya memang byk sgt.. tapi yang bukan islam laaa.. yang islam tinggal dalam sejarah jer.. huhu

J u l i a 。.゜✿ said...

very inspiring entry for me,
thanx noe.

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

Salam.. Ibu saya seorang ibu tunggal yang membesarkan 9 orang anak. 8 lelaki tau. bayankanlah bagaimana ibu saya besarkan kitirg semua. saya angga dengan ibu saya. bagi saya setiap hari adalah Hari Ibu