10.11.11

Mencari Mentari di 'Persona Empowerment Workshop

Menjadi single memang seronok. Kebanyakan yang single akan menggunakan peluang hidup tanpa komitmen ini dengan menghabiskan masa dengan cara yang sangat berkualiti. Pergi melancong, mendaki gunung, berseronok dengan kawan-kawan dan sebagainya.

Akan tetapi, menjadi single selepas kamu melalui satu perkahwinan bukan lah sesuatu yang menggembirakan sangat. Hari pertama kamu 'ditabal' sebagai ibu tunggal, emosi kamu akan jatuh ke tahap yang paling bawah sekali.

Perasaan bercampur baur. Hancur. Rasa tidak disayangi. Atau rasa kehilangan. Sayap patah seperti tidak boleh terbang lagi.

Kita cenderung untuk merasa seluruh hidup tidak berguna, tanpa berfikir, di luar dari kotak kesedihan kita, punyalah ramai ibu tunggal yang sudah berjaya mengorak nama. Malah menjadi lebih berjaya daripada mereka yang sebelumnya.

Kita juga akan merasa kita lah yang 'terbawah' sekali, tanpa berfikir, padahal, sewaktu di alam perkahwinan yang penuh ranjau dahulu lah sebenarnya yang meletakkan kita di tahap yang 'terdalam' sekali.

Ibu tunggal akibat penceraian dan akibat kematian, menanggung emosi yang jauh berbeza. Tekanan juga sangat berbeza. Akan tetapi, walau apa pun cerita disebalik itu, setiap dari kita patut bangkit semula dari kejatuhan itu.

Cari kestabilan kewangan, ketenangan dalaman, kestabilan emosi, demi kesejahteraan dan kebahagiaan siapa lagi kalau bukan anak anak dan diri sendiri.

Kalau boleh elakkan duduk memerap dan menyendiri. Banyakkan bergaul dan ketawa dengan orang sekeliling. Dekatkan diri dengan Tuhan untuk memantapkan rohani. Kembali berhobi atau mula memiliki hobi baru.

Atau kamu boleh pergi ke bengkel-bengkel motivasi seperti sebelum ini, Proton menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Persona Empowerment Workshop yang melibatkan 50 orang ibu tunggal, penceramah bertauliah termasuklah duta Persona- Better Undoubtedly sendiri, DJ Lin host dari Suria FM.



Dalam "Persona Empowerment Workshop" yang diadakan selama dua hari satu malam ini, menyaksikan 50 ibu tunggal ari perlbagai sejarah hidup menyertai pelbagai aktiviti termasuk ceramah motivasi untuk membina semula keyakinan diri, sesi grooming, aerobik dan bermacam-macam lagi.





Di situ juga mereka diberi peluang untuk berkongsi perasaan dan emosi bersama rakan-rakan peserta dan DJ Lin sendiri. Ada yang benar-benar bangkit dan gembira dengan kehidupan baru. Tetapi ada juga yang masih bersedih.


Pada hari kedua mereka di situ, mereka di beri peluang memandu uji Proton Pesona dengn cara yang lebih yakin dan ekstrim. Pada sesi ini peserta telah menyaksikan, Putri Ayu Jasmine, seorang pelumba kereta mempamirkan aksi stunt dengan Proton Persona.


Acara ini menjadi bertambah menarik apabila salah seorang peserta ibu tunggal yang dipilih untuk memandu uji proton Persona dengan cara yang ekstrim tapi selamat itu.

Aku percaya banyak manfaat yang telah mereka perolehi dari bengkel tersebut. Ada yang tak pandai bergaya, boleh jadi pandai bergaya. Takut memandu, boleh jadi berani. Ada yang dahulunya terlampau sedih, kini boleh menjalani hidup yang lebih baik – dan yang paling utama sekali ialah, pertambahan kawan-kawan baru yang rata-ratanya lebih memahami.

2 comments :

SweetSour said...

haihh ko buat tajuk ni buat aku ingat pada Maisarah. Semoga mai sentiasa diberikan kekuatan...

KizZ said...

Saya anak kepada ibu tunggal..

Alhamdulillah ibu kuat kerana ada saya.

Semoga semua ibu tunggal akan kuat berdepan cabaran hidup..