17.11.11

Sudah Teringin



Sabrina dalam pantang.

Dulu semasa mengalami beberapa konflik di labour room, selepas menjalani tempoh berpantang yang tidak lah menyeronokkan pun, selepas mengalami kenaikan berat badan yang serba sedikit menjatuhkan saham, aku kata pada fandi, aku dah trauma nak mengandung dan nak ada anak lagi.

Cukup lah seorang. Tak larat lagi dah. Tak berani.

Aku percaya, bukan aku seorang sahaja yang rasa sebegitu. Ramai lagi.

Tapi sekarang, aku juga percaya, aku dah sampai ke satu tahap, di mana, aku, rindu sangat, nak dukung bayi kecil. Rindu bau bayi. Rindu dengar suara meng'uek'. 

Ya, perasaan nak ada anak lagi sorang kini tiba. 

Orang sekeliling ramai cakap yang badan aku akan expand lagi setiap kali selepas mengandung. Memang risau jugak kalau difikirkan balik. Tapi sampai bila aku nak risau? Aku ni dari dulu sebelum kenal fandi pun asyik paranoid pasal berat badan je. Jadi alang-alang je la.

Ada yang mempersoalkan dari segi kemampuan. Tapi aku percaya, rezeki ada di mana-mana. Memang, tidak lah aku sangkal pun yang perbelanjaan akan jadi berlebih sikit marginnya, tapi entah lah, tak tau nak jelaskan macam mana. Aku dah teringin sangat.

Sekarang boleh mula berusaha.

Doakan aku murah rezeki. 

:)


37 comments :

Husna Zainal said...

selamat berusaha..malam ni wajib berusaha..kekeke

diana ghazali said...

Insyaallah, saya doakan awak murah rezeki. Saya tgh menunggu hari nk dpt anak sulung. :)

Balqiz said...

Amiiinnn

farhanna said...

kalau dpt twins lagi bestttt.. jimat masa

Liz Ard 27 said...

malam ni sunat..kalau lekat hasil dari malam ni, insyaallah dapat anak soleh/solehah.. ;-)

misya mialen said...

amin utk noe dan jg utk saya.,;D kita berusaha utk dpt baby;D

Lelaki Ini said...

selamat berusaha..
malam nieyh malam jumaat!

aQel said...

all the best.
semoga murah rezeki.
semoga sabrina cepat dapat adik.
=)

hanaahmad said...

anak pemurah rezeki kita. teruskan berusaha. saya yang belum berkahwin ni pun teringin sangat nak ada anak sendiri.

sofea said...

sy pernah dgr dlm ceramah ustaz azhar, haram atau syirik [tak sure yg mane satu] jarakkan anak kerana takut tak cukup rezeki.. macam mana pun, Tuhan akan tolong kita.. Tuhan maha kaya (: anyway, it's about time. sabrina mesti suka kalau dapat adik. boleh main sama-sama. haha

Mantot said...

usaha beb!usaha!

♥ Elin ♥ said...

:) inshallah. dimana sahaja kamu berada..rezeki pasti ada. lagi kamu ingin menambah umatnya. inshallah.

mana tau dlm masa terdekat kan..kan..
ehhmm sedapppppp bau baby kan.

Lady RaRa said...

kan? kan?

expand pun tak pa, berbaloi2.

malam ini mari kita berusaha. chaiyok!

tapi kau sorang la berusaha secara bebas, aku kena berusaha secara protection. nak mati kalau time time ni mengandung lagi???

bee2312 said...

samalah ngn kita...dh lama teringin...huhuhuh

Akim Iqbal said...

Moga dapat lagi sorang. hehe.

achik said...

Barakallah..amin =)

naziyatul fatihah said...

amin...

moga dimurahkan anak-anak yang comel :D

mommyNadia said...

shud start homework from now babe!!

rusydi hikmawan said...

amiiiin... semoga murah rizki. salam kenal from indonesia

mommaholicSURI said...

Ni kalau Encik suami you baca ni, sure senyum lebar dia babe!! Good luck! :)

revulsion records said...

hehe...aku go dl beb...

-talibxjoe-

♥naematulsaadahismail♥ said...

gud luck noe.semoga murah rezeki dan cepat sabrina dapat adik

Yantie said...

semoga berjaya dengan usaha..;)
InsyaAllah ada rezeki..;)

Aishah Rahim said...

Insya-Allah Noe. Semoga datang rezeki kau. Amin.

jas imran said...

CHAIYOKKK!!!!!!

Orang Akaun said...

semoga berhasil

sya_zazoo said...

ameen

abah dan mak haqq said...

Kalau dah ada rezeki nanti..
jangan lupa tayang perut tu..
masa dulu kurang nampak perut pun..

good luck :)

cwiter said...

amiiinn, tak ada yag mustahil kog didunia ini,, ^_^

http://cwiter.blogspot.com

weed something out said...

all the best noe!!

syakilla.purple said...

malam ni k. all out.

Cik Nad said...

Sis, anak tu pembawa rezeki. memang kita pk asek tak cukup je belanjawan.. tapi takde tambah ahli pun sama je. tetap tak cukup.. manusia mane nak puas kan??

So, go-go girl.. tambah anak selagi boleh.. mereka ni lah yg kita harapkan kelak..

Badan naik? itu biasa. Janji servis ok. haha

-cik Nad

Yan said...

salam kenal.

after first baby memang cam tu..

akak dah pencen since umur 37. last anak 7 yrs ago.

misz beauty said...

nak baby jugak!!!

mint_pudina said...

good for you.
you muda lagi kan..

me still trying..
me want one too,at least one,

InsyaAllah..

Nor Rimah said...

nor, tu la namanya taubat ibu mengandung. walaupun rasa sakit n perit jerih masa mengandung dan melahirkan namun tetap mahu mengandung lagi hehehe

mint_pudina said...

just found out, congrats dear!!