22.12.11

Bahagiakah Hidup Dengan Air Mata Orang Lain?

Jodoh itu rahsia tuhan. Hari ini kita bercinta. Esok kita berpisah. Hari ini kita membenci. Esok kita mengasihi. Semuanya rahsia. Aku tak tau sampai bila jodoh aku dan pasangan aku. Aku pasti kamu juga begitu. Kita hanya mampu berdoa. Hanya mampu berusaha. Menentukan bukan kerja kita.

Aku pernah ada seorang sahabat. Ibu tunggal. Berkasih dengan seorang lelaki. Suami kepada seorang perempuan. Kata sahabat itu, pada mulanya dia agak yakin lelaki itu adalah yang terbaik untuk dia. Yang mampu menjadi sinar bahagia yang seterusnya. Katanya, lelaki itu kata, dia dan isterinya bukan berkahwin atas benar-benar cinta. Entah betul entah tidak. Tapi aku yakin tak betul. Tapi tak apa lah. Layankan aja.

Kira macam Romeo dah jumpa Juliet-nya lah. Tapi selepas berkahwin. Dah tak macam Romeo Juliet. Dah macam Rosman dengan Junaidah yang berskandal satu pejabat je lagaknya.

Sahabat aku beritahu, lelaki itu akan cerai kering kan bini dia sebab nak kawen dengan dia. Kenapa aku panggil cerai kering? Sebab kau bayangkan kau seorang perempuan yang dah hidup lama ngan suami kau, tiba-tiba tak gaduh tak apa, kau kena cerai. Itu namanya cerai kering. Cerai bodoh.

Tetapi aku suruh sahabat itu kembali berfikir.

Bahagiakah hidup dengan air mata orang lain?

Kawan aku lagi seorang pernah bercerita, abang dia punya kawan, dah kahwin, bercinta dengan bini orang. Sebab cinta sangat, masing-masing minta cerai dengan pasangan masing-masing, dan mereka berkahwin, dan mereka bahagia.

Tapi aku persoalkan,

Bahagiakah hidup dengan air mata orang lain?

Bahagia ke? Boleh je kot nak bahagia. Asal kau anak yatim sebatang kara. Tak ada ahli keluarga nak marah kau. Duduk kat pinggiran bukit Fraser berdua je tak campur orang.

Tapi itu lah, masih, jodoh itu rahsia tuhan. Kita tak tau macam mana dia datang dan pergi. Nak komen banyak-banyak pun, kompleks sangat. Macam nak huraikan maksud lukisan Van Gogh dan Pablo Picaso. Bukan kau lukis kejadian tu. Terlebih komen nanti, silap silap kau terjadi subjek dalam lukisan pula.

Berbalik kepada sahabat aku tu, aku suruh dia dekatkan diri dengan Allah. Minta petunjuk. Doa. Istikharah. Fikir dalam-dalam. Ini bukan cinta budak sekolah yang boleh pilih-pilih "U nak I ke KLCC?". Ini melibatkan seluruh keadaan sekeliling.

Alhamdulillah. Allah tolong. Dibukakan hatinya. Untuk berfikir;

bahawa memang susah nak hidup bahagia dengan air mata orang lain.

19 comments :

dobot said...

Alhamdullilahhh! :)

kueh bakar said...

memang kompleks..

er.aku pun pilih klcc.warh.warh.

Lady RaRa said...

bagus gak kawan kau tak buta mata dan buta hati.

family aku ada sorang time-time macam ni dah buta hati. tak kesah jadi bini no.2

tahun pertama, bahagia.

tahun seterusnya. drama. drama air mata.

tapi macam kau katalah. jodoh tu urusan Tuhan. cakap lebih-lebih pun kita ni sapa, ye dak? nasib kita sendiri pun kita tak tau lagi.

Presiden Makwe Kintan said...

hidup ini perlukan keredhaan...apa yang kita buat pasti dibalas wlau sbesar zarah...mak aku selalu pesan pd anak-anak..."Jangan ambil hak org, kelak org ambil hak kau balik"...^__^

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

sy ada seorang kawan, ibu tunggal, baru minggu lepas kawen dgn suami org, si isteri masih x tau, dan anak2 lelaki tu ada 7 orang dgn isteri yg tu..kawin dkt kelantan..rahsia2.. jenuh dah saya nasihat, ntah lah..., dulu saya baik dgnnya, tp skrg, dah makin meluat..ada rasa mcm nak termuntah dah tgk mereka...

Cik Saila said...

berada di tempat org yg diambil suaminya adalah lebih teruk drpd berada di tempat org yg mengambil. memang jodoh pertemuan ketentuan Allah, tp kalau kita tahu pertemuan kita tu membuatkan org lain derita, perlu ke..

bila tengok air mata org yg terasa pelindungnya diambil orang,tak sanggup rasanya. terasa mcm terdengar2 'apa kurangnya aku' berkali2.

kalau ada peluang utk mengelak,elak lah sebelum terlambat. kalau dh tahu dia tu suami org, cepat2 lah elak. fikirkan si isteri yg sm kaum dgn kita, anak2 dia. memang kompleks, tp kita ada kuasa nk ubah benda tu jd tidak kompleks.

:)

Aini Amir said...

jodoh ketentuan allah.saper berani sangkal smua tu


tp aku xnak, xrela kalau aku diceraikan sbb laki aku nak kawin dgn pompuan lain. unless pompuan tu thousand times better dr aku.

dan....aku sakit kronik sampai nak mati @ mmg dh xder harapan nak idup "kau kawin lain la abg"

---xlawak---mana aku rela laki aku kawin lain wlwpun aku dh berselirat dgn tanah esok!

LM said...

susah nak ckp, mmg komplex, pokok pangkal hati memasing, ada akal dan fikiran. kdg2diorg ni gatal cari masalah....

Ladynoe™ said...

memang susah nak cakap. subjektif sangat soal jodoh ni.

Liz Ard 27 said...

memang tak bahagia..
harus ingat setiap perbuatan kite, satu hari tuhan akan balas..
tak dapat kat dunia, akhirat masih ada..
letak diri kite kat tempat bini orang tu..best tak kite rasa?

ak yuyunz said...

jodoh memang ketentuan Allah.. tapi kita manusia ada akal utk berfikir tentang perasaan orang lain. hukum karma takkan lari utk menghukum kita semula..

takde rugi membuat orang lain bahagia. tapi hidup atas air mata orang lain, lama-lama kita akan rasa sakitnya..

kesian orang tuu..

LydSunshine said...

Hidup ni bukan semata-mata tentang cinta dan diri sendiri. Kalau diikutkan sgt perasaan cinta pada seseorang sampai dah tak kisah dunia sekeliling, itu sgt tidak bijak. Kalau lelaki tu boleh buat pada bini dia tanpa salah apa2, mana dia tau yg lelaki tu takkan buat mcm tu jugk pada dia next time?

Unknown said...

salam utk semua pembaca blog ini.

trma ksh kepada pemilik blog kerana menulis entry ini. saya adalah salah seorang mangsa spt yg ditulis oleh pemilik blog.

suami saya skrg sedang asyik masyuk bercinta dgn kwn sekolah lama dan mengambil keputusan utk berkahwin.

dlm masa yg sama tidak mahu ceraikan saya. utk pengetahuan semua, kami keluarga yg bahagia....saya skrg sedang mengandung anak yg kedua

remuk nya hati ini hanya Allah yg tahu bila mendapat tahu suami ingin kahwin lain.

saya pernah telefon perempuan itu dan merayu supaya tinggalkan suami saya dan jgn ganggu keluarga kami.

tapi seolah2 mencurah air di daun keladi. perhubungan cinta mereka masih diteruskan hgga kini.

saya hnya menghitung waktu bilakah suami saya akan diijabkabulkan.

apalah daya saya....hanya doa dan air mata yg mengiringi.

tp saya yakin Allah bersama hambaNya yg teraniaya.

kepada wanita2 diluar sana yg bercinta dgn suami org......fikirkanlah...betapa sakit nya bila hak kita dirampas...

hidup ini karma
apa yg kita buat hr ini
pasti dibalas dgn perkara yg sama satu hari kelak

dan ingatlah,
doa org2 yg teraniaya dimakbulkan Allah.

kita kaum hawa.....pasti amat mengerti perasaan sesama kaum kita.

Ladynoe™ said...

to UNKNOW

saya percaya seluruh pembaca blog yang baca komen puan ni akan sangat sangat bersimpati denga nasib yang menimpa awak. Tiada kata yang dapat saya ungkapkan untuk meredakan kesedihan awak, kecuali..

sabar ek.. :(

misz beauty said...

macam dah trend pulak sekarang perempuan cari laki orang. dah tak de lelaki lain agaknya yang bujang-bujang tu asik nampak laki orang. sahabat saya baru menitiskan airmata sebab baru tahu suaminya bermain kayu 3. sms main-main lama-lama serius.

suami pulak tak sedar diri, nak pakai branded stuff pakai duit isteri, kereta duit isteri. mintak itu dan ini pada isteri. anak dah 2 dan masih kecil 1 dan 2 tahun.

tapi Allah tu Maha Adil dan Dia mendengar segala doa, rintihan rayuan orang yang teraniaya. Mudah-mudahan mereka yang tak sedar diri tu insaf. amiin

Datin Lulu said...

ustaz saya pernah cakap, lelaki walau kawen 2,3,4 hatta 10 pun,dia akan tetap setia,sayang dan kembali pada yang PERTAMA!

dz said...

mohon izin share boleh?

Puthree said...

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan yang Esa. Dan kita umatnya cuma mampu merancang, berusaha dan memelihara.

Jika anda adalah suami atau isteri, betapa yakinkah anda yang tulang rusuk anda di dada isteri atau di dada kamu si isteri adalah tulang rusuk suami yang kini???

Bab ahli keluarga pula, paling teruk pun apa yang mereka akan kata bila terjadi penceraian atau pilih pasangan yang salah ialah, "Tulah, dulu aku dah cakap ... ko nak jugak kawin dengan si polan-polan ni!" Hakikatnya perkahwinan umpama menanam sebatang pokok, adakala hidup segar dan berbuah lebat adakala juga mati kekeringan ataupun baka tidak baik ...

Yang pasti semuanya ketentuan Yang Esa. Jika pasangan anda adalah sucks ... sampai bila perlu bersabar? Mungkin ada bahagia di luar sana yang menanti. Atau paling teruk pun akan hidup sendiri.

It just my 20 cents opinion. Cuma fikir masak2 sebelum membuat suatu keputusan dan nilaikannya sendri. Jika anda berada dalam kasut yang dimaksudkan.

khalifah said...

saye nak tergelak part "U nak I ke KLCC?". hahahaha. saye tgk video budak tu kak noe! rasa nak lempang je muka dedua eko. hish!