21.12.11

GLUKO SU KON™


Dulu, semasa dalam kelas subjek Sains, cikgu ajar aku, satu formula ringkas untuk ingat turutan warna pelangi dari bawah. Michael Jackson Keluar Hutan Bawa Ibu Unta. Michael untuk Merah. Jackson untuk Jingga. Keluar untuk Kuning. Hutan untuk Hijau. Bawa untuk Biru. Ibu untuk Indigo. Unta untuk Ungu.

Sudah 16 tahun berlalu dan aku masih ingat formula tersebut.

Sampai sekarang aku suka gunakan teknik yang sama untuk ingat segala benda. Contoh sekarang ni, Glukosukon.

Gluko untuk = Glucose syrup solid (ingat glukos saja pun boleh)
Suk untuk = Sukrosa
Kon = untuk Corn Syrup Solid.

Aku simpan formula peribadi ini semasa aku mula-mula diberi input tentang bagaimana untuk kita tahu atau baca label kandungan di dalam susu pembesaran anak-anak. Sekarang formula ini aku kongsi bersama kamu lah.

Kamu kena faham bahawa kandungan zat susu formula tidak sama dengan susu segar biasa. Dalam susu pembesaran anak-anak kita telah diformulasi dengan pelbagai zat yang dipercayai dapat membantu perkembangan otak, system ketahanan badan dan macam-macam lagi lah. Kandungan Glukosa, Sukrosa dan Corn Syrap solid ini sebenarnya hanyalah gula tambahan yang diproses di kilang dengan kadar bahan kimia yang sangat tinggi.



Pengambilan gula secara berlebihan seperti yang kita sedia maklum jua boleh mengakibatkan anak kita obesiti dan diabetis.

Ingat, sekiranya pada label kandungan tertera tanpa Sukrosa, tak bermakna tiada gula tambahan. Baca betul betul label kandungan dan periksa kadar kandungan karbohidrat. Sekiranya melebihi 12gm per serving, bermakna terlalu banyak kandungan gula. Ibu-ibu dan bapa, boleh rasa sendiri susu anak kamu yang telah dibancuh untuk memastikan tahap kemanisan susu itu tidak melebih lebih.

Tapi bagaimanakan untuk memastikan bahawa di dalam susu yang berzat-zat tersebut tidak di tambah dengan gula yang berlebihan yang akhirnya mengganggu kesihatan anak kesayangan kita sendiri?

Apa lagi. Periksalah label kandungan. Dan ingat, kata kunci GLUKOSUKON™.

Selalunya label kandungan makanan ini akan disusun mengikut turutan. Kandungan yang tercatat paling atas/utama adalah kandungan yang terbanyak. Jadi kalau kamu terlihat mana-mana nama gula tambahan (GLUKOSUKON™) ini terletak pada bahagian yang teratas daripada zat zat dan vitamin yang lebih penting, maka, bermakna, susu formula anak kamu itu mengandungi gua tambahan yang sangat tinggi.

Pahatkan di dalam kepala kamu, terma KARBOHIDRAT di dalam susu di Negara Malaysia kita ni, hanyalah mengandungi GULA!

Okay lah sampai di sini sahaja. Ingat. Balik nanti ingat, periksa GLUKOSUKON™. Senang sahaja, GLUKOSUKON™.





3 comments :

Leya said...

terima kasih atas info yang berguna :-)*sambil ingat glukosukon..glukosukon dan berharap tidak tersepak batu lantas lupa tentangnya*

hanaahmad said...

saya dulu ingat cmni.

michael jackson kena halau balik India utara. heee

NURUL JAMIAN said...

good onfo noe thanks berkongsi info