8.12.11

Harapan Kita Terhadap Anak-anak Kemungkinan Semuanya Sama Sahaja

Sebelum aku mula menulis dengan lebih panjang, aku ingin memohon maaf kepada semua yang membaca kerana mungkin apa yang aku tulis nanti mengusik jiwa keibuan/kebapaan kamu. Tapi hakikatnya aku nak kamu tahu yang aku tidak ada secebis lansung berniat nak melukakan hati sesiapa. Ini hanya cerita tentang apa yang aku rasa.

Risau sebab nak bebual tentang anak-anak.

OK Aku banyak kali berada dalam situasi di mana aku akan berhadap dengan seorang (atau 2-3 orang) yang seringkali berkata

“Anak lelaki la best Noe..dah besar boleh jaga adik-adik..boleh jaga kau..”

atau

“Anak lelaki senang jaga Noe. Once dah besar, kau tak payah fikir apa dah. Biarkan dia je,”

atau

“Bestnya dapat anak sulung lelaki kan Noe?”

dan anak sulung aku ialah perempuan.

Adakah aku tak best sebab anak sulung aku perempuan? Adakah kegembiraan aku dengan anak perempuan aku sekarang disifatkan sebagai sementara pada mata mereka kerana pada masa hadapan aku akan bermuram durja kerana anak perempuan aku memang akan menyusahkan aku dan tidak memberi kebahagiaan sesen pun?

Adakah apabila aku ada anak lelaki aku betul-betul tak payah nak jaga dia sangat once dah besar jadi bila dah ‘reti’ sikit nanti boleh la anak lelaki aku jadi ‘penebuk lubang’ anak dara orang yang susah nak dijaga tu? Atau biarkan pandai-pandai anak lelaki aku nak jadi apa supaya nanti kawen, dia fail jadi suami yang baik?

Pelik. Semasa mak aku terlantar duk buat pembedahan lutut dulu, aku yang dok jaga mak aku berminggu-minggu kat hospital. Makan berak mandi dia semua aku bela.

Rasanya aku ni, anak perempuan. Rasanya lah.

Begini lah. Aku tak jadi nak tulis panjang. Nanti aku termerapik sampai ramai terasa hati. Aku seorang terasa taka pa. Aku harap pembaca aku tidak seorang pun bermentaliti macam yang aku ceritakan di atas. Aku tau kamu semua Rock.

Aku percaya harapan kita terhadap anak anak kita semuanya lebih kurang sama sahaja. Tak kira lah lelaki ke perempuan. Fikir-fikirkan lah.


P/S: kalau anak kedua aku kali ini perempuan, sumpah aku bersyukur. 

42 comments :

Hidayah said...

Rasanya aku ni, anak perempuan. Rasanya lah <---best ayat ni. nnt saye apply bila mak asyik lebihkan adik lelaki saye. ;P

Presiden Makwe Kintan said...

lelaki atau perempuan sama je...yg penting tanggungjwb kita sebagai anak menbalas jasa ibu bapa dilaksanakan...^__^

honey bedazzled said...

correct.dulu my mum seem prefer boy over girl, now as we all get older, boys seem to be more useless sbb sumpah perempuan boleh buat semua kerja..lelaki haram

Ummi Kebaya said...

Assalam Noe...tak kisah laki atau perempuan, asalkan kita sebagai ibubapa bijak mendidik mereka menjadi manusia berguna bila besar kelak..itu pendapat akak la yerr..

Fara said...

Kalau sial sangat anak sulung perempuan, maka sialkah aku?

Percakapan mereka itu seolah men''sial'kan anak sulung perempuan. Aku sedih dgn org yang bercakap seperti itu (bukan pada diri sendiri atau kau yang anak sulungnya perempuan)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

tulah pelik dgn sesetengah mentaliti org..


bg sy nk didik anak perempuan dgn lelaki sama susahnya..x kiralah sapa sulung


anak perempuan kena didik spy pandai jaga maruah


anak lelaki kena didik spy pandai nk jaga maruah anak dara org lain


anak sulung sy juga perempuan

AIN said...

adik beradik saye semua perempuan..ok je..yg penting kita tau tggjwb kite sebagai anak..
tak kisah laki atau perempuan..semua ada tggjwb yg da di amanahkan..

pot pet ma ma said...

Dik; pada akak anak lelaki atau anak perempuan;harapan kita pada mereka adalah sama; tiada istilah mungkin...bila mereka da dewasa dan menjadi "orang" caramana mereka pula melaksanakan tanggungjawab kepada kita juga perlu samarata;yang beza kelak adalah bagaimana mereka berfikir dan megendalikan "harapan" kita...salam kenal..

sya_zazoo said...

sama la kita..my 1st n 2nd child both girls.kalau nk nombor 3 karang..i cakap x kesahlah laki atau pompuan.tp dlm hati mmg nk pompuan..bukan ape..mmg susah nk jaga tapi.senang dikemudian hari.byk sgt anak lelaki yg sampai ke tua pon masih menyusahkan mak bapak derang. frankly speaking i favor anak pompuan dr lelaki. tapi kalau ditakdirkan dpt boy..insyaAllah kenalah jaga extra more...

hanaahmad said...

saya selalu jugak dengar orang cakap macam ni. mentaliti sangat. bagi sayalah, anak lelaki ke..perempuan ke..tetap rezeki dan anugerah terindah. doakan saja yang baik2 untuk anak2 kita kan.

jas imran said...

kita sepatutnya sekarang bukan lagi zaman jahiliah yang tanam anak perempuan hidup-hidup!

masih pelik pemikiran orang zaman sekarang yang bercirikan jahiliah.

and yes noe... awak adalah seorang anak perempuan. hehehe...

Aishah Rahim said...

Emak aku pon pernah cakap, zaman sekarang ni, anak perempuan yang lebih boleh harap depends anak lelaki. Tak payah tengok jauh. Aku tengok dalam adik beradik aku je pon dah cukup.

F A R Y N said...

sebenarnya bukan masalah jantina tapi pada didikan ibu bapa sendri untuk anak2..aku sendiri anak sulung dan siblings aku semuanya pompuan..

jaga adik2? itu semua tak ada masalah bila parents aku kerja atau di luar kawasan.

anak laki pandai setle kan masalah? selagi otak masih berfungsi dan berfikir secara rasional,prob apa yg mendatang tetap boleh diselesaikan.

KayNisa said...

ada lagi manusia berfikiran jumud camni ek.. huhu..
aku pun nak cakap, rasa nya aku ni anak perempuan.

Papa, Mama & Azra said...

Kitorang adik beradik 9 orang, yang bulan2 konsisten hulur kat mak ayah semua perempuan. Yang bawak mak ayah ke sana ke mari hadiri jemputan, tengok orang sakit, beraya semua perempuan. Kalau dapat anak lelaki aku bersyukur dan dengan didikan yang baik tentu jadi insan yang baik tapi aku sangat bersyukur, aku ada anak perempuan sulung perempuan dan aku suka je kalau anak aku berderet semua perempuan.

fiza zasmi said...

saya perempuan dan anak sulung..
anak sulung saya juga perempuan..

tak da hal la.. :)

aimaniman said...

salam kenal dan dofolo sini

pada akak anak pompuan dan anak lelaki sama je akak x beza2kan pon,.. semuanya permata hati akak..

Ana AzNuRuL said...

boleh tak nak cili mulut sapa yang cakap tu...grrrrr....

tak kisah la anak sulung laki ke pompuan..sapa kita nak lawan kuasa Allah..

zaman jahiliah dulu orang prefer anak laki sebab boleh tolong banting tulang kerja cari rezki..nak gi noreh ke gi laut ke gi tuai padi ke boleh guna kudrat laki..

zaman sekarang aku tengok pompuan yang kena buat semua..yang laki melingkar je kat rumah..cukup masa makan cukup masa kuar melepak..belajar malas..

yang cakap tu pasti ke anak laki dah besar kita tak perlu fikir soal dia..kalau tengok orang keliling aku anak laki la yang selalu mintak duit mak pak..anak pompuan ikat perut pun hulur duit kat orang tua..

kalau dah tua pun belum tentu anak laki nak bela..yela takut bini masing2 bising..last2 anak pompuan jugak yang jaga..

kalau nak cite lagi mau jadi entry kat ruang komen ni..pada saya tak kisah anak laki ke pompuan..kita yg corak & bentuk diorang..anak laki pun kena tau masak..anak pompuan pun tau mengecat..kita yg perlu didik kan...

kueh bakar said...

'senang nak jaga' itulah yang bahaya.

J u l i a 。.゜✿ said...

cabaran menjaga anak lelaki atau perempuan sama je.
ju bila dengar orang beza bezakan antara anak perempuan atau lelaki, ju terus jauhkan diri. ada juga makcik2 kat sini yg suka cakap macam ni. jantina ni menyusahkan, jantina tu senang nak jaga..bla bla bla. arghhh bosan lah kau.

baik buruk anak bila dah besar esok2 adalah atas didikan kita. bukan sebab jantina semata.

ada juga anak perempuan yang tak boleh diharap.. same goes with anak lelaki. tapi pokoknya.. didikan. betul kan ?

isabelle said...

huwaaaa..anak akak dua2 lelaki

NaD said...

lelaki ke perempuan ke, dua2 kena jaga dan didik elok2 agar bila besar nanti, kedua2nya pandai menjaga maruah keluarga dan tak menyusahkan keluarga regardless apa pun jantina diorang.

ada anak pun dah besar rahmat syukur Alhamdulillah dah daripada Allah tak beri rezeki zuriat langsung.

ak yuyunz said...

lelaki atau perempuan sama je noe.. kita yg mencorakkan mereka.. :)

NISA KHAIRI said...

ank sulug sy lelaki,pastu org yg menyambut baby sy,nurse-nurse,biras,n sdara sume ckp nanti rumah tangga panas kalo ank sulung lelaki,sy kcik hati,tp malas ambik port da..bg sy anak lelaki@prmpuan adlh anugerah Allah tbaik buat kita,xdak bezanya,yg penting didik ank dgn syariat Islam,insyaallah slamat

nanaiman said...

SALAM NOE,
AKAK RASA LELAKI KE PEREMPUAN SAMA JE CUMA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI MAK BAPAK YG MENDIDIK ANAK2 TU YG BERAT,
KALO ANAK LELAKI TANGGUNGJAWAB NYE SAMPAI KE MATI....KALO KITA TAK DIDIK BETUL2 KESIAN KAT ANAK TU..DAH LA BAKAL KETUA KUARGA, DOSA ISTERI PUN BAKAL DIA TANGGUNG, ANAK LELAKI PUN BYK RISIKO DAN PENGARUH LUAR YG MENGANCAM
TAPI BAB JAGA MAK BAPAK MMG ANAK PEREMPUAN YG LEBIH PRIHATIN BERBANDING ANAK LELAKI.
ANAK AKAK 5 TAHUN POMPUAN KALO AKAK DEMAM DIA YG PLG RISAU SIAP AMIK KAIN LETAK AIR TARUK ATAS KEPALA AKAK. ABANG DIA 7 TAHUN WAT DONT KNOW JEK :)

Mama said...

family aku...terang nyata semua prefer lelaki...padahal pembawa masalah sampai dah beranak pinak pun yg jantan lah...still sayang lelaki lebih...alasan..bawak keturunan...sampai cucu belah aku ni...x rasa macam cucu cicit...sebab tak bawak keturunan...

aku...memang x kesah...semua aku rasa sama...bagi aku...amanah...tak de beza...kalau lelaki macam hantu pun aku kena, perempuam macam hantu pun aku kena...jadi...sebelum depa nak bertukar jadi hantu or ulamak...aku didik lah betul2 selagi aku mampu...nak lepaskan selamat soal jawab depan Allah esok. itu shj. ;-)

anak aku...2 lelaki 1 perempuan.....org panggil selang bunga...aper tah...aku tak ambil pot sgt....bab sakit beranak...itu ye lain...aku punya pengalaman...yg lelaki senang n cepat. yg perempuan kuat sakit and slow progress...maybe sebab berbeza negara...jadi teknik depa lain2...

btw...yap kau perempuan macam aku juga.

::SMY WORLD:: said...

zaman sekarang nie anak lelaki or anak perempuan sama je.. cam i, anak sulung lelaki - yes- mmg ada org bagi perception i seorang yg 'lucky'.. tapi, i tak pun rasa lucky tu.. i cume rasa bersyukur anak i lahir sempurna sifat... n by the way, ada pepatah kata, son is son till he get wife, and daughter is a daughter forever....

nick andika said...

anak aku lelaki, and anak kawan2 aku yg lain semua perempuan. yang aku boleh cakap, setakat yang aku observe, compare anak aku dgn anak perempuan kwn kwn aku, sumpah anak perempuan lagi senang nk jaga. lembut dan sopan santun tuh memang fitrah perempuan, maka tidak byk kerenah baby girl ni. kaum Lelaki tanggungjawab besar, maka tanggungjawab ibu adalah sangat sangat berat utk membesarkan anak lelaki supaya menjadi seorang yg bertanggungjawab dan mampu melindungi dan menjaga isteri nya kelak.

admin said...

ko anggap jer la derang tu bodo piang x sekolah. mungkin set2 makcik kepoh ni masih terperangkap dalam zaman kuno derang. sbb tu la x paham2 konsep yg zaman dah berubah. ikut hukum zaman dulu tu, suku sakat jahiliyah ni elok kena tanam hidup2 jer, esp klu yg bercakap tu pun pompuan.

Huddy said...

Anak sy yg sulung pun perempuan :) Memanglah ada beza antara anak lelaki dan perempuan, saya ckp 'ada beza', saya xnk ckp 'ada pro and con' sbb sepatutnya kita bersyukur dapat cahaya mata yg sihat dan sempurna sifatnya tak kira boy or girl. Itu pun dah kira bagus sgt, yang tak dpt baby mcm mana?

Kekdg kita lupa diri, kita ingat rezeki nak dapat anak, anak yg sempurna lagi, akan ada tiap kali kita nak cuba dapat anak. Siapa konfiden Allah takkan tarik balik rezeki ni?

dommun said...

Aku dulu slalu berdoa aku dpt anak perempuan...for no reason except,aku nak jadi a Great Mom to her. sad to say, aku ni anak ayah, masa kecik, aku ngan mak mmg xrapat lgsg. mak communicate dgn aku dua sbb je, sebab aku buat salah kene marah or sebab dia nak aku buat keje rumah. itu dulula...bila dah tua ni, alhmadullillah,mak dah jadi mcm kwn baik aku. my point is, yes, aku nak sgt anak yg aku mengandungkan skrg, perempuan, aku nak bagi dia the best childhood ever, i want to be her bestfriend, i want to be her mentor n i want to be her Supermom.

bareessence said...

eh! eh! noe sudah mahu dapat second baby ke?


anyway, girl ke boy ke sama je..tetap perlu dididik dan dijaga supaya besar nanti jadi anak-anak yang soleh dan solehah dan berguna pada agama.

Myra said...

oh my.

i just disagree with 2 benda. satu ialah satu jantina is better to have than the other. although once upon a time i used to think that way sebab i banyak berinteraksi dgn a certain jantina kanak2 and i find them lebih senang untuk ajar. but after looking around, senang ajar ke tak has nothing to do with jantina but the individual traits on that child alone. perhaps it was my style yg made more sense to one gender.

kedua ialah having kids for the sake of your future. feel free untuk disagree but i think anak2 wujud bukan sebagai commodity untuk memudahkan hari tua. i think kids shouldnt be born for your own sake. i think kids should be born because you want them and you love them. parenting skills is a different topic tapi the reason why they're here shouldnt be because 'terjamin hari tua i'.

(rarely terjamin anyway. if yours is, you're lucky :))

it's a bit like saying 'oh senanglah u jadi doctor, senang i dapat mc'. that's not the case, doctor wujud bukan untuk dapatkan mc for u. u take care of your own health, bukan anggap doctor mechanic to fix whatever is wrong with your body. the doctor is there to help, tp ultimately u yg jaga diri.

beL cLoud9 said...

anak apa pun xpe.janji ada anak n dijaga dengan cara betul.kadang2 org suka cakap2 ja ikot ja apa orang lain kata.tapi dalam hati siapa tahu kan.

manusia mana yang sempurna.hampir ada la.

p/s aku nak anak sulung aku perempuan.sebab bole jaga adik2.cliche kan.hehee

Ladynoe™ said...

Myra: mmg tak boleh samakan anak dan fungsi doktor yg u cakapkan. Tapi anak ialah pelaburan di masa muka adalah fact yg tak boleh disangkal. Kalau kita mati, doa siapa yg kita harapkan kalau bukan doa mereka. Sebab tu org didik anak untuk masa depan. Kalau anak dah besar berpeleseran, how?

Not saying yang anak dah besar senang nak bagi duit or nak tolong kat dapur. Bukan tu.

Think further.

intan said...

saya pun dah ada 2 org daughter.. skrg sedang pregnant & most probably akan dpt daughter lagi.. saya dah lali dengan kata2 yg tidak menyenangkan hati itu.. dah tertulis rezeki saya adalah anak perempuan, saya amat2 bersyukur.. ada yg kata, kalo dpt anak lelaki, suami sayang lebih.. saya jwb, abis tu sy ni kena bercerailah ye sbb sume anak2 saya perempuan?? bodoh!.. ada jugak yg kata kat saya.. kesian, sbb sume anak2 saya adalah perempuan.. apakah dosa menjadi seorg perempuan?? tolonglah wahai mulut2, tolong doakan yang baik2 sahaja..

mY said...

salam.. anak sulung aku lelaki.. alhamdulilah... sehat dan cukup sifatnye.. aku x peduli klu owg nk ckp anak lelaki nie once da kawen lupe ibu la.. anak lelaki nie da besar xle nk harap la.. pemalas la.. etc.. yang penting aku akn cuba didik dia menjadi khalifah yang bertanggungjwb pada agama nya..pada Allah dan pada ibu-bapanya..dan paling penting syurga itu di bawah tapak kaki ibu.. wpun anak aku da kawen nanti.. syurga tetap di bawah tapak kaki aku.. dan klu anak ke2 ti pompuan aku xkesah.. rezki babe.. Allah swt da bagi amik jer.. bersyukur apa yg ada..

Myra said...

Lady Noe,

Oh no, not at all. I am all for meletakkan harapan parents on their kids. You hope they turn out well, you hope they become good people, and that is ok. Even digalakkan sebab parents are two wings of mercy to their kids :)

I also understand the feeling of wanting to leave a legacy in our kids.

What I'm disagreeing ialah some people/parents have kids with a certain function. Contohnya a couple yang not getting along tapi they want to have kids sbb they think it might help their relationship better, mcm lahir2 je anak tu functioning as a fixer of the parents relationship rather than completing the family. What is wrong is the parents are not fixing it themselves tp rely on the innocent kid to do their work for them. Or in a more complex situation, a set of parents decide to have another child with the function of saving their older child yg ada congenital disease. the younger child lahir dgn function to save the older. I think its not fair for the younger child.

The 2nd scenario maybe isolated and extra complex, tapi i disagree with the first. completely.

:)

Myra said...

i guess what im trying to say is the ignorance can be so frustratingly wrong,

mcm dapat anak sulung lelaki = bagus

dapat kenal doctor = senang dpt mc

dapat anak = maybe we wont be fighting as much

when in actuality, it means nothing kalau tak put effort in bringing up the child/taking care of your own health/belajar communicate dgn spouse.

macam using the wrong solution for the wrong problem.

:D
(lama i pikir ayat ni lol)

yaya+frdz+auf said...

awak nak dapat baby lagi ye...tahniah. :)

ie_lya said...

anak lelaki ke, perempuan ke..sama je...kesian betul bila dengar ada lagi orang yang duk gender bias zaman skrg ni....hello makcik, yang ramai kat ipta/ipts skrg ni bukan perempuan kah?...lelaki kat mana? nun di sana memenuhkan pusat serenti. sebenarnya bila diorang assume anak lelaki ni x perlu put effort sgt utk jaga, tu yang tak habis skolah rendah lagi dah jadi perokok tegar tu....Sgt2 setuju dengan kak noe, i ni anak perempuan sulung, tapi la kan, sume keje kat rumah dari masak sampaila panjat tangga tukar lampu & potong pokok, sume i yang buat..anak lelaki...mereke menjadi orang berguna dengan bermain ps2...

hitomi lavender said...

Keluarga saya pun lebih penting dan sayangkn anak2 lelaki,cucu2 lelaki..wlupun adakalanya tak menyumbang apa2..huhu..kami yang pompuan ni la setia menyumbang wlupun bukan anak dan cucu pilihan..he..sabar ja la.