12.12.11

iPhone4s boleh pre-register di Celcom!


Dah cukup setahun aku peram saving aku nak beli iPhone4s.

Aku dah mintak cuti dah pun.

Sebab aku akan berada di La Bodega @ Bangsar Shopping Centre pada 16 Disember 2011 jam 9am ini untuk iPhone4s!!!

Excited-nya lah aku ni. Sebelum ni aku bertanya merata-rata sama ada boleh tak aku boleh dapatkan iPhone4s. Sebab kalau ikut cerita macam sebelum ini, orang nak dapatkan iPhone4 dahulu kena beratur lama dan itu pun belum tentu dapat.

Sampai lah aku dengar, berita gembira dari Celcom yang menawarkan peluang pre-register di www.celcom.com.my/iphone untuk mendapatkan jemputan eksklusif ke Celcom’s Official Launch di La Bodega, Bangsar Shopping Centre KL.

Kebetulan, aku memang merancang untuk melanggan dengan Celcom sebaik sahaja mendapatkan iPhone4s ni. Ye la dengan harapan tidak lah nanti kalau pergi ke kampung-kampung, tiba-tiba aku tak dapat nak surf apa pun. Celcom kan coverage terluas kat Malaysia ni. Harga pun berpatutan.

Sesiapa yang berminat atau dah lama bermimpikan iPhone4s sama macam aku, boleh segera ke www.celcom.com.my/iphone untuk mendaftar. Tarikh Pendaftaran dibuka dari 9 Disember sampai 13 Disember sahaja. So Hurry UP!

Jadi, jom ke La Bodega Bangsar Shopping Centre KL pada 16 Disember ni. Banyak hadiah menarik juga boleh dimenangi.

Hope dapat lah beli iPhone4s on that day! :D

No comments :