29.12.11

Tukang Kupas (ii)

Rehzan (bukan nama sebenar), adalah seorang kanak-kanak riang yang berumur 9 tahun. Seriang-riang dia, dia tak macam kanak-kanak riang berumur 9 tahun lain.

Dulu, zaman aku 9 tahun, aku hanya tahu belajar dan tadah sahaja apa yang cikgu kata. Cikgu suruh masuk nasyid, aku masuk. Cikgu suruh masuk persembahan tarian chacha, aku masuk. Cikgu suruh masuk persembahan rapping ala-ala MC Hammer pun aku masuk. 

Tapi tidak Rezan. Bapa dia seorang doktor, emak dia seorang saintis. Fikiran riang dia tak macam fikiran riang aku.

Pada suatu hari, sesampainya bulan Ramadhan, ustazah Jamilah menyarankan agar semua anak murid di dalam kelasnya berpuasa. Termasuk Rezan. Tapi Rezan tak puas hati.

Dia tanya "Ustazah, kenapa kita kena puasa?"

Ustazah Jamilah jawab "Memang bulan ramadhan adalah bulan kewajiban kita berpuasa"

Rezan tanya lagi "Kenapa? Nanti tak dehydrated ke?"

Ustazah berubah wajah. Dia kata "Rezan, awak jangan tanya banyak. Awak tak boleh persoalkan agama. Apa Allah suruh, awak buat sahaja,"

Sejak dari itu, Rezan menjadi sangat skeptikal kenapa orang Islam diwajibkan puasa. Setiap ustazah dan ustaz yang ditanya, semuanya memberi tindak balas yang sama.

"JANGAN PERSOALKAN AGAMA. IKUT SAHAJA SEMUA,"

Sekarang, mungkin sehingga hari ini, Rezan tak pernah puasa. Bagi dia, berpuasa itu tidak ada relevannya.  Dan Rezan selalu fikir bahawa Islam adalah agama yang tidak boleh dipersoal dan harus ditelan bulat-bulat sahaja. Tapi aku tak pasti samada Rezan masih islam atau tidak. Wallahualam.

---------------

Aku pernah baca satu buku. (aku lupa tajuk buku. balik rumah nanti aku cek. Aku janji) Ada seorang Rasul yang pernah mempersoalkan sesuatu, tentang langit dan bintang. Dia persoalkan bukan lah kerana dia ragukan Allah SWT. Tapi, dia ingin lebih mengerti. Lebih faham. Bukan ambil membuta tuli.

UPDATE 30 Disember 2011:
Tajuk Buku: Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain? Halaman 11-12.
Antara banyak-banyak kisah Nabi Ibrahim yang dapat diambil iktibar, penulis mahu berkongsi mengenai peristiwa apabila nabi Ibrahim meminta kepada Allah supaya menunjukkan bagaimana sesuatu yang mati itu dihidupkan. Maka Allah bertanya, apakah beliau tidak percaya? Lalu beliau menjawab, sudah tentu tetapi hanya supaya beliau lebih memahami. 
....dapat kita lihat adalah sikap Nabi Ibrahim yang sudah beriman, namun masih berusaha memahami sesuatu dengan lebih dalam lagi. Maka, terdapat satu perbezaan yang ketara antara kepercayaan dan kefahaman. Apakah kita percaya kepada Quran? Ya? Tetapi adakah kita memahami Quran? Pendek kata, kita perlu berusaha secara berterusan bagi mengkaji pembentangan kebenaran daripada Quran walaupun kita sudah beriman dengannya.

Bukan sekali dua aku jumpa kekeliruan tentang agama ni. Banyak kali. Dan tidak ada nas mengharamkan kita bertanya dan mempersoalkan apa yang kita tidak faham tentang agama seperti Ustazah Jamilah marahkan tadi. Selagi boleh persoalkan, persoalkan. Ada yang terlalu paranoid agama. Takut masuk neraka kalau banyak sangat soal itu ini.

Dan tukang kupas pun, bersedialah dengan hujah hujah bernas. Dan aku harap sangat tukang kupas zaman sekarang bukan hidup bawah tempurung sahaja. Memberi pendapat pada keadaan sekeliling dan cara hidup sendiri sahaja. Kena kaji keadaan sosial dan arus semasa juga. Manusia itu terlalu pelbagai sangat sifatnya. Ada yang dengar ceramah lalu telan semua. Ada yang mendengar pendapat dari pelbagai sumber. Macam-macam.

Jangan bila dah tak ada modal nak jawab, lalu menuduh si penyoal ni ingkar agama pula.

Ada ka patuit.


p/s: kisah Rezan kisah benar. Tapi nama dia bukan Rezan la. Aiya.





17 comments :

Presiden Makwe Kintan said...

memang tak patuit...^__^

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

rsnya ustazah jamilah tu cikgu zaman dulu x? sbb cikgu zaman dulu mmg ajar budak utk dgr tanpa boleh mempersoal..tp cikgu zaman sekarang rsnya ramai dh berfikiran terbuka..galakkan budak utk bertanya sbb boleh galakkan pemikiran kritis..

ak yuyunz said...

ustazah lebih mendalam ilmunya dari kita. sepatuitnya dia explain more details dengan cara yg bernas.

simple giler jawapan.. tak bersalah langsung.

Frau J said...

Itu lah, sometimes yang lebih berilmu macam malas nak layan. Kids around that age question everything, kena la sabar, jawab je yang tau. Tak suka orang jawab "Sebab tuhan suruh" without explanation. Bila beso ni dah reti google baru paham kenapa kena buat itu ini. Baru puas hati =D

AzNuRuL AzMaN said...

tula masa kecik selalu macam tu..yang dewasa semua kata jangan3..semua tak boleh tak boleh tak boleh..tapi tak bagi reason..jadi membesar banyak explore sendiri saja..

FRSR said...

recommended baca buku "Syahadah Gadis Ateis".sangat kena dengan zaman sekarang.kalau aku byk duit..nak aku belikan byk2 dan bagi pada orang yang sama mcm kite..
http://www.pts.com.my/index.php/buku/syahadah-gadis-ateis/

Ahmad Nizamuddin Abdullah said...

sbb ustaz, ustazah dan org 'alim' macam ni lah ramai terus keluar dari Islam dan jadi atheist. satu lagi sebab budaya org melayu Quran hanya dibaca masa sekolah rendah sampai khatam sekali. Lepas tu tak baca dah. Allah bg nikmat banyak sgt tapi ayat2 Allah kita taknak baca, kenal, fahami dan kaji.

KayNisa said...

aku pernah kena jerkah ng ustazah sbb terlalu byk tanya. budak2.. mesti la banyak tanya soalan2 ala2 si rezan tu tanya.. smpai skrg aku xbrp gemar kt ustazah tersebut. huhu..

syukurlah skrg aku jumpa org2 yg boleh layan n jawab dgn baik setiap soalan2 aku yg bkaitan bab2 agama ni...

org yg bajet alim (berilmu) sepatutnya xleh plekeh soalan2 org yg x brapa alim ni dengan memberi jawapan2 cliche camtu.

haNaLiyaNa said...

ustazah tu malas nak explain kot...budak2 ni...kalo btnya..kena jwb btl2..kena dengan caranya... kalo yang tak boleh kita persoalkan,adalah persoalan tentang akidah,tentang zat Allah...yang ni memang ditengah dari dipersoalkan,,,

KayNisa said...

aku setuju dgn pendapat Ahmad Nizamuddin Abdullah.

kita hanya baca quran, tapi tak baca terjemahan dia. cuba lah baca terjemahan dia sama, insyaAllah banyak jawapan kat sana. mana-mana ayat yang tak berapa jelas boleh rujuk pada ustaz / ustazah / orang alim.

1 terapi minda yang aku amalkan time2 aku sedih n boring - suppose time x sedih n boring pun aku kena baca..huhu

Myra said...

thank you for this post :)

sangaaatttt banyak kali kena at me but alhamdulillah my curiousity didnt stop at ppl yg tak membantu, i went n found the answer myself.

i am aware org2 'beragama' tidak maksum, they make mistakes too, they terjudge orang, they terkasar bahasa, mereka pms juga like all of us. but oh my god, it leaves a scar for life to a kid yg u putuskan curiousity dia yg tgh nak tahu (ckp psl diri sendiri).

i suspect, just because my name was ambiguous all my ustazahs masa sekolah think i tak tahu agama (paling teruk masa sekolah rendah), and never fail to put me in the spotlight ms kena soal just to prove a point yg my 'appearance' confirms yg i tak tahu apa2. ada yg taken aback when i fluent macam2 dia tanya, ada yg sceptical at first and keep on asking me at every slot pendidikan islam in class, but so far alhamduillah up to a point they let me go sbb betul i tahu. baru they accepted me and treat me macam orang lain. major trust issues dgn people lepas tu.

but now alhamdulillah my friends yg towards the agama side are accepting of me from the beginning, and they rely on me for benda2 yg diorg tak familiar. so its pretty cool untuk swap knowledge :D

oh kpd2 orang2 in a position to educate, pls jgn buat muka horror when tahu ada yg tak pergi sekolah agama masa kecik.

really? perlu ke? bukan yang penting is penghayatan agama ke? how much u praktikkan in your life? u may have tremendous ilmu and praktikkan religious goodness (solat sunat, puasa sunat, zikir etc) but pls jaga hubungan sesama manusia. no one is going to be enchanted by your judgement and your need to be right all the time. dunia ni luas, mazhab pun banyak, there is no 'right' mazhab. stop thinking just because u do religious goodness yg hati u pure from riak dan rasa bagus dari orang lain. lain orang lain background, lain strength dia from u.

please change.

(maaf agak emo)

weed something out said...

ini kisah benar.

saya penah tanya ustaz waktu sekolah dulu sebab dia dok cakap orang kapir masuk neraka itu ini, so saya tanya,
"macam mana dengan orang asli dalam utan yang orang Islam tak penah masuk langsung ustaz, tadak pendedahan langsung takan masuk neraka gak kot?"

ustaz jawab

"jangan banyak soal!"

:D

ustaz..ustaz..lilit kain putih bukan main tebai, baju jubah putih pi mengajaq..aiyakk

hanys said...

Keep asking and keep looking for the answer. Insya allah, lagi kukuh iman kita..

Lady Milo said...

actually kasihan pada it Rezan.. .

Ateeka Amer said...

Dalam agama, yang tidak boleh dipersoalkan ialah tentang tauhid sahaja. Tauhid... aqidah.

Kalau silap, betulkan.

Myra said...

Salam Ateeka, i cuba respond your statement ya :)

Setahu sy, yg dikatakan 'tak boleh dipersoalkan' ialah memberi gambaran fizikal kpd Allah, sbb He is One, Dia bukan makhluk, tidak ada anak mahupun berparents, tiada makhluk mcm Dia and if nak bayangkan pun our minds tak cukup power nak sampai tahap bayangan itu (refer surah Al-Ikhlas for one of the reference). bottomline: sila accept camana org cuba pun takkan boleh bygkn sbb kita semua makhluk, dia Tuhan.

its like if tgk website home design yg cool, kita mcm omg, ADA mcm ni eh org buat? the wonder we feel masa kita first discover is nothing compared to bagaimana Pencipta kita semua (of course kot? have u seen Aurora Borealis in the North? or snow fall for the first time? video pun rs seronok). If tak silap Nabi Musa his first time berdepan dgn Allah dia pengsan sbb incredible sgt (pls betulkan if fakta ni silap)

yg tak boleh measure ialah aqidah someone and iman seseorang ada dalam diri, some ppl berpegang teguh dan faham dan amat kukuh percaya dgn kekuasaan Allah tapi dlm masa yg sama ada buat dosa yg orang lain nampak. On the other end ada org yg nampak seperti memahami agama n penghayatan yg bagus tetapi actual faith yg Allah itu berkuasa in every single thing sometimes is challenged by external factors. sometimes luar dan dalam matching state hati mereka, but lama kot untuk kenal orang baru tahu matching ke tak.

bottomline, we dont know state of iman org lain, and its easy to dismiss oh dia ni incomplete Muslim, org yg ni pula warak. we hope for the best in people but dont rely on appearance semata utk dictate state of inner iman. lagipun for most ppl iman inside fluctuate. sometimes ada org nk cuba berubah, sometimes tertewas dgn godaan. itu antara dia n Allah :) kita tak tahu nasib in the Hereafter bagaimana, but what we can do ialah be better ourselves insyaAllah

Happy New Year semua :D

juneHalim said...

Iskandar bukan zulkarnain byk sgt info!