19.1.12

Mencegah Obesiti di kalangan anak anak sejak dari awal.

Nota: Advertorial

Semasa buat rawatan ibu mengandung sebelum ini, tengah tunggu giliran tu aku pun layan lah tayangan televisi yang dipaparkan. Sampailah ke satu topik yang membincangkan tentang sebenarnya anak anak kitan yang sedang membesar ini, tidak memerlukan gula yang berlebihan pun untuk membesar.

Setiap gula yang berlebihan disuapkan kedalam mulut anak kita sebenarnya akan akhirnya menyebabkan obesiti dan kegemukan. Okay la kalau gemuk sahaja mungkin comel la semasa kecik, tapi bagaimana pula kalau kegemukkan itu akan mendatangkan pelbagai lagi penyakit seperti diabetis, penyakit jantung dan lain lain lagi penyakit? Not good.

Malang sekali GUMPs (Growing Up Milk Powder) di malaysia mengandungi terlalu banyak gula lebihan yang entah kenapa entah. Pengeluar produk GUMPs ini menyembunyikan perkataan gula atau sugar dengan menggantikannya kepada perkataan perkataan lain yang terkandung di dalam label kandungan seperti Glukosa, Sukrosa dan corn syrup. (ingat GLUKOSUKON). Walaubagaimanpun perlu diingatkan bahawa walaupun label kandungan tidak tertera mengandungi sukrosa, ianya masih mengandungi gula tambahan. Sila periksa kandungan karbohidrat pula.

Nak senang cerita, pilih susu yang berlabel “Tanpa Gula Tambahan” di bahagian pembungkusnya.

Sekali lagi suka untuk aku ingatkan, anak anak kita tak perlukan langsung gula tambahan untuk membesar dengan sempurna. Ianya hanya akan menyebabkan anak anak mengalami penambahan berat badan yang banyak yang pada mulanya membanggakan ibu bapa sebab anak mengembang sihat, tetapi akhirnya mendukacitakan apabila penyakit mula datang akibat obesiti sejak kecil.

Semoga info demi info yang sering aku bekalkan di blog ini membantu kamu semua.

3 comments :

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

gula berlebihan bkn sj sbbkan anak gemuk tp jd hyperaktif juga..

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

selain Anmum, susu ape lg yg takde gula tambahan?
kdg2 takut tgk sesetengah budak yg belum capai umur 7 tahun, tp berat dah nak dekat 30 kg!
haihh, minta dijauhkan terjadi pd anak aku.

dazz said...

ha ah yer susu ape yg ok utk baby? kalau enfalac a+ cemana lak? ( sedey la plak aku bile ngenangkan susu badan aku makin hari makin kering :( )