Aku selalu yakin yang aku ada sejenis penyakit paranoid melampau terhadap sesuatu kejadian. Semua benda pelik aku akan kaitkan dengan kematian.
Seperti contoh, dua tiga minggu lepas aku terbermimpi gigi aku atas bawah kena cabut sampai takde sebatang pun tinggal. Esoknya terus aku call mak aku sambil bergenang-genang air mata aku tanya khabar. Lebih risau bila dan-dan mak aku cakap hujung minggu tu dia nak pergi bercuti ke Pangkor satu family abang aku dan anak-anak buah aku. Setiap jam aku akan SMS mak dan anak buah aku tanya dah sampai ke belum? Dah naik bot ke belum? Ini bukan pengalaman baru untuk diorang. Kalau mak aku pergi bercuti ke mana-mana pun, lambat sikit dia SMS, aku akan call.
Minggu lepas aku dengar bunyi burung bersahutan bertalu-talu. Dari pagi membawa ke malam. Aku pernah dengar cakap orang tua, ada sejenis burung yang akan berbunyi menyampaikan berita kematian. Itu pun dah buat aku paranoid. Semakin berdebar. Fandi cakap aku terlalu tahyul. Padahal aku terlalu takut akan hal-hal yang berkaitan kematian dan kehilangan.
Kalau tiba-tiba Sabrina cakap "bye-bye" kat aku pun aku akan paranoid. Tak sedap hati.
Kalau rutin berubah sikit pun aku akan jadi serba tak kena. Misalan selalunya kalau aku selalu cium Fandi dan Sabrina sebelum ke kerja, tiba-tiba hari ni aku lupa atau tak sempat nak cium salah seorang, pun aku akan terfikir-fikir di pejabat. Mulalah time solat pun nak berdoa sampai berair-air mata mintak tuhan jangan rampas orang-orang kesayangan aku. Mula lah aku call Fandi tanya "Semuanya OK hari ni?"
Senang kalau nak cakap, "Jangan fikir sangat"
Tapi ilmu nak mengawal fikiran yang menerjah ni aku tak ada lagi la.
Sungguh betapa aku takutkan mati.
Duduk rumah seorang diri pun rasa macam nak gigit sudut meja. Apatah lagi duduk dalam kubur, gelap..seorangan..menanggung nasib..
isk.
P/S: Ayat "berair-air mata mintak tuhan jangan rampas orang-orang kesayangan aku" kedengaran sungguh drama sekali. haha.
P/S: Ayat "berair-air mata mintak tuhan jangan rampas orang-orang kesayangan aku" kedengaran sungguh drama sekali. haha.
21 Testimonial(s):
samalah kita kak. saya pun selalu paranoid macam tu -_-"
sama la kita. terlalu paranoid soal kematian.. tp sy selalu fikirkan kot2 ade perompak datang malam2..nak rompak kitaorg laki bini...pastu dah rompak, bunuh pulakkkkkkkk...... haishh...boleh dikatakan setiap malam sebelum tido mesti terfikirkan benda2 macam tu... SETIAP MALAM. sampai nak tido pun rasa takut. ataupun dalam kereta selalu terbayang tetiba eksiden yg menyebabkan kematian.. tak dapat bayangkan macam mana rasa kesakitan saat-saat kematian tu.
kadang-kadang dok termenung depan pc pun boleh terbayang tetiba2 semua ahli keluarga mati serentak. terbayangkan hidup sorang2 kat dunia takde sape2... ish...mmg kronik dah penyakit ni sebenarnya...
CUJEN: sama lah! malam2 kena tikam dengan perompak tu memang bayangan sebelum tidur yang mengerikan. haih.
uish..maknanya bkn sy sorang je mcm ni...serius saya pon sama...
lg2 yg burung tu...mmmg sy pon klu terdengar mmmg akan rs xsedap hati....mula call org sana sni....
bukan paranoid nak mati, tapi paranoid ditinggalkan, keseorangan.
aku selalu macam kalau tetiba aku marah affan dia mintak-mintak apa apa, pastu aku tak bagi terus suruh dia pi main kat depan. 5 saat lepas dia pi tu, terus aku terpikir - ish tah tah itu permintaan terakhir anak aku. dan aku marah dia pulak.
terus laju laju pi kat dia, cium, mintak maaf. :S
samaaaaaaa! tp my bf mesti kata i tahyul. pdhl kte tknak kehilangan dia hmm.
Sama juga dgn saya.skrg sdg takut takutkan diri sendiri sebab first time nak hantar anak kat rumah babysitter.. Hmmm
saya fikir saya seorang jak yang rasa macam ni, lama dah rasa benda ni, tapi, kuatkan iman jak.
banyakkan berdoa.
kadangkala saya juga berfikir begitu...,
minggu lepas aku mimpi gigi aku patah 3 batang. bangun je aku terus nangis2.
Sibuk call ayah & family tanya khabar. Sampai sekarang hati asyik berdebar2 je terutama bila hp aku berbunyi. aihhhhh!!!
17hb ni mak sedara aku operate buang rahim psl cancer. lagi aku susah hati!!!
aku pun sama!!!akhirnya tahu aku tak seorang...
everytime nak balik kampung/nak balik KL semula aku terbayang kalau eksiden ke, ape ke..erkhhhh..
rupanya Allah sangat sayang kat kita, selalu nak suruh kita bersedia bertemu Dia, kan..
tak siapa mahu mati..tapi mati itu pasti berlaku..dan, semua orang takut mati..
ia rahsia Tuhan.
sume tu ketentuan Allah.jgn terlalu percaya kan benda2 tu.doakan yg terbaik.salam kenal. =)
Jadi noe tak perlu risau. Ramai yang seangkatan paranoid kehilangan termasuk saya. Haha.
kak noe syg...
alhamdulillah, selalu igt mati tu baik. supaya kita persiapkan diri ke alam yg kekal. tp bukan la bermakna kene paranoid mcm ni. ape kata, kak noe shift paranoid yg risau sgt2 kpd memperbaiki diri n amalan n buat yg terbaik pd semua org, so in case mmg Allah jemput mereka atau kita sendiri, we have well prepared and nothing to regret on them. =) ps: terigt lagu if tomorrow never comes pulak.=p
Urm sabar yek sis, apa yang penting sis perlu yakin bahawa bahawa semua benda yang disekeliling kita (termasuk diri kita sendiri) adalah Haq Allah yang cuma dipinjamkan SEMENTARA kepada kita. dan Dia berHaq untuk mengambilnya bila2 masa Dia suka. Dari Dia kita datang kepada Dia jugalah Kita akan kembali.
sama lah! pernah ade pengalaman mcm ni, tp mata belah kiri berkedip2. tak mau berenti2. org ckp nak tgk bnda yg xbest atau slh sorg dr ahli keluarga yg terdekat nk pegi.. sbb mak aku pnh gak kena mcm ni sblm arwah pakcik aku meninggal.
jd tiap2 hari aku col mak aku, adik aku, tunang aku. tny mcm2 kat diorg. bila aku cerita dgn mak aku, rupanya dia pon dah seminggu mata berkedip. tp dia ckp jgn pk bukan2, buat biasa je.
aku paranoid smpai search kat internet, tanda2 mata berkedip2, mcm begerak2 tu. dekat sebulan gak la keadaan tu, lama2 aku dah malas nak pk, x lama lepas tu aku dpt call dr mak aku, nenek sedara aku meninggal.
lps tu, terus hilang kedip2 tu, sumpah demi allah aku tak tipu. mmg tunang aku pon suka ckp aku jgn pk sgt nnt tahyul la syirik la, bkn maksud aku mcm tu, tp mungkin ade petunjuk yg tuhan bg, tp cuma kita tak tau apa yg akan terjadi. skrg aku dah takut kl mata berkedip2. wallahualam..
aku rasa tak ada org yg tak takut mati.tapi tak ramai yg mengingati mati dan akhirat despite that ini pun sunnah juga.mungkin boleh redakan perasaan dgn fikir mcm ini, hidup ni pun persinggahan, bukan destinasi.mati pun sama.kalau kita terpisah dengan mati,dgn izinNya, kita jumpa lagi di destinasi akhirat nanti,insyaAllah, di syurga yg kekal abadi.ameen...
oh ya, macam tak sesuai berdoa mohon Tuhan 'tidak rampas' org2 yg kita sayang, sebab kita semua miliknya yg dipinjamkan sementara.Hak Dia lah nak ambil bila2 masa pun kan... ;-)(just my 2 cents)
ps : kak noe, cite sayang sufiah bila nak update.=p
assalammualaikum
same jugak kak.kdg2 sy pun takut.tp bykkn istigfar,zikir,solat.doa byk2.
lg 1,Tuhan bukan rmpas...tp kita smua milik Dia.ssh nk redha tp stiap yg hilang adalah ujian n ksh syg.ada hikmah.
Post a Comment