1.1.12

Perkara Rawak #044- Drama Status FB

Status 1:
Kepada kekanda ku yang tercinta, sepanjang adinda berada di Pineng untuk 3 hari 2 malam ni, kanda jagalah anak-anak kita dengan baik. Dinda sayang kanda. Ummuaaah lebiu!

Realiti
SMS: "Awak jaga anak elok-elok. Take care."

Status 2:
Malam ni I rasa I nak stay up late sebab nak buat solat tahajjud. I nak panjatkan doa agar hidup I semakin diberkati Allah. Lepas solat tahajud, I plan nak buat solat taubat. I harap Allah ampunkan dosa dosa I. Lepas solat taubat pulak nanti i nak google apa jenis solat waktu malam lagi. Pendek kata malam ni i nak solat dan beribadat sahajalah.

Realiti
Solat mahgrib jam 8 malam sebab tengok Tentang Dhia. Lepas Solat isyak mata dah kelabu. Ahhh mak tak larat nok. Esok kerja. Gudnite! ZZZZZzzzzzz

Status 3:
Ya Allah, sedihnya hati aku tengok anak sakit selesema. Aku bermohon kepada mu ya Allah, sembuhkan lah anak ku secepat mungkin. Kurniakan lah kesihatan kepadanya. Biar lah aku seorang sahaja yang sakit. Jangan anak ku...

Realiti
Doa selepas solat : Rabbana atinna fiddunia hasanah wafilakhirati hasanah wakina azabbanarrrrr. Amin.

*bungkus sejadah bungkus telekung*

Status 4:
Thanx to my lovely wife untuk dinner dan layanan terbaik yang I pernah alami selama hidup bergelar lelaki. Oh isteri ku..aku cinta pada mu

Realiti
Kat pejabat ada skandal.

---------------

Isi hati, bukan lagi rahsia kini. Zaman sekarang, kita suka semuanya diketahui umum. Kan aku cakap jangan banyak sangat tengok drama Korea? .Hehe. Jangan marah..senyum sikit...I love you ketat ketat..

:P

10 comments :

♥CIK SHA♥ said...

hehehe..nice!

pedas tu..;p


tp mmg realiti skang kan?semua nak sweet2 je update status kt pesbuk..hakikatnye, jauh beno dr yg itu..

weed something out said...

hahahahha..

menarik menarik..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

terbaik...

mmg tajam sindiran itu keh3...

ErnieFaizal Siti said...

Haha..memang sifat manusia yang tak boleh hilang-hipokrit.. :-)

W. Hidney said...

hahaha adeh! terasa...

susudalambotol said...

Status 4 tu macam sundal. Haha :p

misz beauty said...

damnnnnn for number 4... ahahahaaaa

Husna Hadzarami said...

One of my Facebook friend selalu buat status like husband dia sayang dia sangat-sangat and selalu hadiahkan dia macam-macam. But the reality is, her husband (which happened to my husband's friend) sangat kerap merungut isteri dia selalu minta macam-macam sampai kena meminjam dengan bank untuk puaskan hati wife. Hmmphh..

Natasha said...

This one really made me laugh! LOL.

Reen Tart Nenas said...

hahahahha hahahah sebab tu hidup jangan poyo.