7.1.12

Perkara Rawak #045 - Solat dan Tudung, Tapi..

Tadi, sebagai santapan masa bosan, aku meliar lah dari blog ke blog. Tapi lainnya blog malam ini semua blog yang aku tak pernah singgah dan baca lansung. Memang bukan blog dari kalangan pautan di sebelah kanan blog aku ini, bukan blog kawan-kawan siber dan aku rasa blog yang mungkin ramai pembaca, tapi di luar liputan minda aku.

Ada lebih kurang 7 blog aku baca. Tapi aku nak ulas tentang keistimewaan 4 blog antara 7 blog tu semua. Secara rambang. Tak mengkaji sepenuhnya. Cuma meliar laju dan singgah pada nukilan yang bertajuk menarik hati aku sahaja.

Aku dapat persamaan lebih kurang di antara 4 blog tersebut.

4 blog tersebut semuanya dimiliki oleh seorang perempuan.
4 blog tersebut nukilannya kebanyakkannya nukilan tak puas hati terhadap sesuatu perkara atau manusia atau fenomena
4 blog tersebut tak boleh menerima komen berbaur negatif. mereka akan print screen komen tersebut. Bincang dan mencarut dengan hebat.
4 blog tersebut tak boleh menerima komen berunsur nasihat/teguran. Nanti pengkomen akan di panggil ustaz atau ustazah atau bajet alim.

Itu tak apa lah. Memang selalu aku jumpa penulis blog berbahasa kasar tapi tak boleh orang berkasar dengan dia balik. Normal.

Cuma yang aku pelik di sini ialah..

4 blog tersebut semuanya mempunyai nukilan tidak puas hati dengan sikap buruk orang yang bersolat penuh 5 waktu atau bertudung yang telah membuat onar terhadap penulis blog itu sendiri.

Bekerut-kerut kening aku sewaktu membaca.

Mesti nak ada

"Sembahyang tonggang tonggek tapi perangan macam celaka."
"Tak guna kau sembahyang tak tinggal tapi dengan orang kau buat perangai nakharom"
"Harap bertudung je lebih, perangan macam sundal"
"Aku rasa solat kau tak sempurna sebab perangai kau serupa babi"
"Bukak la tudung kau tu, perangai macam pundek"

Kenapa nak kaitkan solat dan tudung setiap kali kamu tak puas hati dengan orang yang bertudung dan solat ya? Kalau solat dan tudung itu menjanjikan kesempurnaan dan kemaksuman, ramai lah nabi dan isteri-isteri nabi di alaf baru ni.

Adakah oleh kerana orang tak bertudung dan tak bersolat, bila buat salah, mereka boleh di pandang cool?

Kan semua manusia tu tak sempurna? Baca blog kamu (yang 4 orang tu) pun aku dah cukup tahu yang kamu pun tak sempurna.

Kenapa ek? Ada sesiapa boleh puaskan persoalan aku ni tak? Mak keliru lah.

UPDATE 9 Januari 2012
Terima kasih bagi yang mengerti. Terima kasih bagi yang berkongsi pendapat yang kontradiksi. Tapi point aku di sini maha lah mudahnya. Iya benar, Solat membezakan kita sesama manusia. Ada yang bercerita pengalaman belajar dengan ustaz. Tapi mesej dan point aku tetap sama;
 Bila aku tengok orang yang merempan marah tentang solat orang lain tu dua perkara je aku fikir:
1) orang yang marah tu tidak bersolat dan menganggap dirinya yang tidak solat itu satu 'pintu keluar' kerana merasakan diri dia yang tak solat pun tapi lebih baik dari orang yang dimarahkan itu.
2) kalau pun orang yang marah itupun seorang yang solat, nampak sangat solat dia pun tak sesempurna mana sebab boleh dok maki-maki dan mencelakakan solat orang lain.

Akhirnya diri sendiri yang nampak salah balik. renungkan. kita manusia biasa. tak ada sikit hak pun nak mencelakakan amal ibadat orang lain.

Pahe dok? Itu point mudah. Kalau MARAH. Kalau MARAH, jangan kaitkan solat atau tudung orang yang dimarah tu. Tidak ada soal menentang hadis di sini. Tapi sekali lagi, Kalau MARAH, jangan kaitkan solat atau tudung orang yang dimarah tu. Akhirnya diri sendiri yang nampak salah balik. 
Walau bagaimanapun, ini pendapat aku secara peribadi sahaja.  Kalau kamu rasa apabila marah boleh maki hamun dan mencelakakan solat orang lain, keep going. :)




p/s: dah masuk tahun 2012 kan?
p/p/s: pembaca selalu lari dari point yang diutarakan. Aku tak salahkan pembaca. selepas ni mesti lebih bijak susun ayat. Kot.

29 comments :

Simple. said...

That is so true. Orang selalu kaitkan benda yang tak ada kena mengena pun. nak cari point bagai. entahlah tuh namanya otak cetek.

tka anas said...

I'm glad you brought this up. People like to say something to please themselves. That is why lah kot =P

jejaka senja said...

mereka berada dalam kelompok mereka sahaja. orang di luar kelompok itu semuanya 'syaitan' bagi mereka.

Rin said...

mungkin sbb nak puaskan hati sendiri jer kot.

walaubagaimanapun, saya suka dgn pendapat yang saya baca di sini http://genta-rasa.com/2011/11/11/asalkan-hatinya-baik/

Jerry Ghazali said...

bimbo.

miraa japri said...

mencari keburukan orang lain untuk menutup keburukan diri sendiri
:)

yanie said...

betul. sy setuju dgn ur opinion tuh. hrp2 i'm not in list blogger2 yg mcm tuh. bak kata wardina "you are what you read". but i wanna say
"you are what you wrote".

shida petite said...

soo true. ntahle labi, kalau pakai tudung nak kena perfect. cth ye tapi mcm out of topik.

shida selalu baca blog beautiful nara (minah kepoh kannn) kalau ada je gambar dato' ct yang sedia kita maklum tak pakai tudung dengan sempurna. fuuhh, carutan diorang memang terbaik

maksudnya kenapa nak tengok kebaikan orang melalui tudung/pakaian yang dipakai. sigh

Hanadihaz said...

Lately banyak blogger jenis macam ni.
Jenis contohnya; bila dia kena rompak, bukan dia akan salahkan perbuatan buruk merompak, tapi dia salahkan perompak itu merompak sebab perompak pakai baju hijau.
Langsung takde kena mengena.
Psychologist panggil orang jenis macam ni irrational and probably incoherent.

Pendek kata, tak payah layan. Kalau berdebat pun tak guna. Kita doakan saja semoga dia diberi hidayah. Tu pun kalau dia sendiri nakkan hidayah. Kalau sendiri pun takmau hidayah, wallahu a'lam.

zlkmhd said...

muslim, tapi tidak memahami islam.

Sastraboy Suhadi said...

Maybe sebab dorang sedar dorang salah tak pakai tudung, so sebagai laman eskapisme, dia kaitkan aa tudung tu dengan benda jahat. Untuk melepaskan diri dari rasa salah tu.

Agaknya-lah.

LydSunshine said...

Betullah tu awk. Bila tak puas hati dgn yg pakai tudung, mesti nk bg cdgn bernas, 'baik ko takpayah pakai tudung'. Nasihat jenis apakah itu? Tak pakai tudung tu lebih baik? Kamonlah. Apasalahnye bg cdgn 'lebih baik ko ubah perangai ko'.

LydSunshine said...

Betullah tu awk. Bila tak puas hati dgn yg pakai tudung, mesti nk bg cdgn bernas, 'baik ko takpayah pakai tudung'. Nasihat jenis apakah itu? Tak pakai tudung tu lebih baik? Kamonlah. Apasalahnye bg cdgn 'lebih baik ko ubah perangai ko'.

hanaahmad said...

ini namanya mereka merasakan diri mereka itu sempurna dan orang lain itu salah. banyak golongan sebegini sis, dan saya rasa itu satu perkara yang menjelikkan lebih2 lagi di sekeliling saya pun banyak jenis manusia macam tu. doakan hati mereka dibuka untuk berubah. peringatan untuk kita juga. InsyaAllah.

Hikaru Yui said...

hai ladynoe... nak request something boleh x?

pasal blogger/org yg solat dan baik hati.. tp xtutup aurat.. xpakai tudung.. dan bila kita tegur dia kata kita kita jaga tepi kain dia, perasan bagus, dsb...

the kind of people yg perfect serba serbi tp ada something wrong yg dibuat hari2

azurin ramli said...

hi yui.

aku nak selit sikit. aku tahu kau suka advice kan orang tutup aurat/pakai tudung. once kalau kau dah pernah tengur sekali orang tue cukup rasanya.aku tahu niat murni kau yui, kau nak berdakwah. tapi apa kata kau check dulu family/sedara terdekat kau.baru lah boleh proceed dgn orang lain.

♥CIK SHA♥ said...

normal la tu noe..berlambak je org yg mcm ni..sebab mungkin die rase ego die tercabar, so die come out dgn menulis kasar mcm tu..or maybe die termalu sendiri dan nak cover malu, so die tulis kasar2 mcm tu..so that, die pikir people yg membaca akan anggap die di pihak yg betul dan yg menegur tu di pihak yg salah sebab suka jaga tepi kain dia..macam tu la kot..

KayNisa said...

aku hanya mampu tersenyum dengan tejungkit bibir sebelah kanan je *sinikal*

Cik Ina Do Do Cheng said...

tiba -tiba cik ina senyum sendiri ngan cerita ko hari ni , terbaek dari yang terbaek : )

Myra said...

haiya, ini macam punya orang pun ada. mengapakah tidak memandang kebaikan seseorang dari the imperfections. glass can be half full or half empty.

maybe mereka ini lebih kepada cathartic experience sewaktu menaip, in the weakness of the moment tu perkataan2 kesat yg keluar. pengurusan emosi dan perkataan yg kurang matang, we've all been there. nampak la ada lagi growing up to do. and the documentation is there to prove it :p

their loss until they learn from it :)

ika gawus said...

betol2.. hal tudung dengan perangai ni selalu dikaitkan.. knape ye? kalaulah kita boleh lebih trbuka dan matang dan cuba kurang-kurangkan menghukum dan menilai org.... kan bagus! peace! :)

Liz Ard 27 said...

stuju beb..dan ayat2 yang ko susun sangat2 dewasa..harap sape makan cili rasalah pedas..

zuhair said...

well said!! memang diorang akan stereotype orang camtu. macamla kalo diorang tu tak pakai tudung tak smayang bole buat dosa bagai

Nafisya Ismail said...

Memang tudung slalu menjadi mangsa keadaan...

harnidahussin said...

Noe,
Saya nak share ilmu yg tak seberapa ni saya belajar dgn seorang ustaz...

mengikut apa yg dia ajar...

sepatutnya Solat yg sempurna itu boleh membentuk peribadi muslim...

maksudnya..

kalau kita solat..tapi perangai tak elok maksudnya solat kita masih ada yg tak kena..

kalau kita belajar solat dgn betul..paham setiap bacaan..kusyuk (ni paling susah nak buat)..insyaallah..solat itu dapat memelihara akhlak kita..perhubungan kita dgn sesama manusia..
org pun akan senang dgn kita..

itu yg sebaik2nya...jaga hubungan dgn Allah..

kita ni solat..tapi masa amek wuduk bukak pili besar sampai air laju jer keluar..dah membazir..

membazir tu kan amalan syaitan...

tu contoh dia bagi utk menunjukkan dlm kita nak buat amal ibadat pun masih lagi kita buat perkara yg tak di sukai...

nabi berwuduk hanya guna 750ml air sahaja...

conclusionnya..
kena mendalami erti kata solat dgn sebenar...
baru akan refleks ke dalam kehidupan kita...

harnidahussin said...

ehh..sorry Noe..ada tambahan...

ust tu cerita utk pengajaran anak2 murid (kami ler tu)..

suatu hari dia solat kat suatu surau...

kalau tak silap solat isyak..

kebetulan ada sorang pakcik ni..datang lewat..jemaah semua dah selesai...surau pun nak tutup..

tapi kat depan surau ada macam anjung..jadi dia nak solat kat situ..

malangnya ada sorang gila(org kurang cerdik kot) tido kat situ..

pakcik ni naik marah kat org yg tido situ sebab susah dia nak solat..macam tak der space la tu utk dia solat kat situ..

boleh pakcik ni gi tampar mamat tu sampai berdarah mulut...

ust tu cakap kat kami...
kalau pakcik tu betul2 org yg jaga solat...dia takkan berakhlak sedemikian...tak patut tampar org tu..tu bukan akhlak yg baik..patutnya dia cakap elok2..ajak lah sekali mamat tu solat..
sedangkan nabi pun tak tampar org Badwi yg kencing dalam masjid baginda...inikan pula org yg tido...


mungkin sbb itu la org selalu kaitkan kenapa kita solat..kenapa kita bertudung..tapi akhlak tak cantik...

renung-renungkan...

Ladynoe™ said...

Harnidahhussain:

terima kasih atas perkongsian. benda ni saya dah bincang dengan kawan2 saya kat facebook semalam.

pendapat saya tetap sama.

walau firman allah telah mengutarakan bahawa solat tiu membezakan buruk baik seseorang individu, tetap yang menilai solat seseorang hanya Allah sahaja yang berhak. tiada orang lain.

dia sahaja berhak menentukan solat hambanya sempurna dan jangan lah kita insan yang lemah dikuasai kemarahan menyala-nyala mencelakakan solat orang lain.

Bila saya tengok orang yang merempan marah tentang solat orang lain tu dua perkara je saya fikir:

1) orang yang marah tu tidak bersolat dan menganggap dirinya yang tidak solat itu satu escapade kerana merasakan diri dia yang tak solat pun tapi lebih baik dari orang yang dimarahkan itu.

2) kalau pun orang yang marah itupun seorang yang solat, nampak sangat solat dia pun tak sesempurna mana sebab boleh dok maki-maki dan mencelakakan solat orang lain.

Akhirnya diri sendiri yang nampak salah balik. renungkan. kita manusia biasa. tak ada sikit hak pun nak mencelakakan amal ibadat orang lain.

kalau tak tahan sangat, nilai sahaja dengan mata dan hati. jangan terluah.

maaf kalau ada silap dan kata. :)

Ladynoe™ said...

dan untuk kes pakcik tampa orang gila dan ustaz saudari, lansung tak sama macam apa yang saya utarakan.

saya cerita tentang orang yang marah memaki hamun mencelakakan orang solat. kalau dalam majlis ilmu cakap elok-elok tu cerita lain. itu untuk kita sama-sama belajar.

menilai dari mata.

Cik Baiti said...

Bismillah..

itu normal bagi orang yang rase die mmg best sangat. tapi die tak tau ape yang ditulis hanya "memperbodohkan" diri dengan perkataan sendiri (sebab orang yang tau hukum, ingat hukum dan takut kena hukum akan fikir sejuta kali sebelum nak kate orang lain)

moral: semoga semua yang bace status di atas mendapat iktibar.amin
(tiada manusia yang sempurna)