9.1.12

Perkara Rawak #046 - Lagu Cinta

Sejak kebelakangan ni aku selalu juga dengar music dari old.sixtyone.com. (Terima kasih aziziorama kernaa memperkenalkan kepada saya. So lovely. Dah tak bosan dengan lagu yang sama setiap hari lagi)

Kamu juga, para pembaca budiman, boleh ke link tersebut untuk mengalami music yang baru dan segar setiap hari.

Tapi point yang aku terfikirkan hari ini ialah, semenjak dah 7 tahun bersama Fandi, aku dah tak ada main tuju-tuju lagu dengan dia. dah tak ada berkongsi lagu cinta, menyanyi bersama macam bercinta dulu.

Tak de la penting sangat. Bukan bermakna aku tak sayang dia (God I love him so much). Tapi entah. Fenomena tuju-tuju lagu, layan-layan lagu sama-sama tu berlaku semasa bercinta sahaja.

Nak start balik rasa cam bangang.

Ada tak di kalangan kamu main tuju-tuju lagu lagi dengan suami isteri lagi tak?




Walau apa pun, lagu ni forever untuk Fandi semenjak hari pertama dapat SMS "Hai..saya Fandi dari DRG6. Boleh berkenalan?" - walau pernah ribut melanda antara kami. Selamanya, lagu ini untuk Fandi seorang sahaja.

:)


p/s: berkaca.

24 comments :

diyadeary said...

sweet :')

Fahreen Fredo said...

So sweet!

Ade aku masih lagu tuju2 lagu kat suami. Kadang2 rase macam bangang jugak takut orang ingat aku over acting. Ekekeke

Cik Saila said...

sweet nya part last tu :)

zella y said...

romantik! ;)

LydSunshine said...

Tuju-tuju lagu kat radio atau rancangan dlm TV tu takde la. Tapi saya memang masih tujukan lagu lagi pada suami dan suami pun tujukan lagu utk saya. Sebab kami tak pernah bercinta. Lepas kawen baru bercinta. So, mungkin ini masanya utk buat smua perkara yg org lain buat semasa bercinta.

hanaahmad said...

manis macam gula-gula. asalkan ada bunga-bunga cinta dalam hati sudah memadai. :)

Lady RaRa said...

dah anak 3 tak sempat dah nak tuju-tuju lagu

tuju selipar selalu

Ladynoe™ said...

LadyRARA : LOL!

DRshairah said...

ohh.. lagu saya dan suami juga.. tapi, usia rumahtangga kami baru nk mencecah setahun:)

semoga LadyNoe terus bahagia dunia akhirat insyaallah

p/s: tuju2 lagu sesama suami isteri tak bangang.. lagi sweet ape.. lantak pi lah org laen nk kata ape.. cume jgn over sudah.. cthnya: PDA "lovey dovey" kat FB, tp kat umah "panassss" manjang.. heh

Anoneemus™ said...

Yes, saya masih.

Ladynoe™ said...

wah kebanyakkannya masih! lovely nyew! :D

kueh bakar said...

anang kepada kris

'separuh jiwaku pergi'..

selepas 'tak bercinta' pun tuju lagu masih boleh.ahaks

Karbon Kopie said...

dulu mase bercinte mmg ade tuju2 lagu. siap the bf (skang dah jd suami) nyanyi2 kan lagi dlm phone. skang kalau suruh xmahu nye beliau. tsk tsk.

jas imran said...

comel!

apa salah sekali sekala jadi mcm 'bangang' noe... hahaha

Myra said...

tak bangang lah!
kadang2 kami duet dgn gitar on the weekend dgn lagu yg random (sometimes lagu iklan kt tv) or if ada lagu background kt rumah ngada2 dance together ikut rentak (orang apartment atas ada je lagu weekend selection dia lol, layan jeee)

apa sahaja untuk kukuhkan rapat sesama spouse. seriously 'like a garment' (Quran 2:187). who cares kalau dancing teknik tak betul :p on my part, letakkan cili sos on his dinner plate bentuk heart ke (sungguh lah pengaruh tgk cerita jepun haha)

never too late to show you care ;)

Ladynoe™ said...

MYRA: hahaha u never know how romantic i am. cuma bab share lagu tu dah lama tak buat. tiba-tiba teringat and terfikir;

haah la kan, 7 tahun dulu selalu layan-layan lagu dengan fandi. now dah tak dah. Gitar pun dah lama tak main. and guess what, dulu i yang petik gitar and sing to him. dia tak pandai main gitar.

isabelle said...

acecece..cinta gitu.mata kuar love-love tak?

Myra said...

Lady Noe,

apa lagi, solo (re-)debut kt rumah pls!
entah kenapa lagu Peter Gabriel's Book of Love always comes to mind for me (pastinya Richard Gere's scene in Shall We Dance has something to do with it haha)

let me echo your quote yg stayed with me for a long time:

"Yang garang itu lovely sebenarnya" (non-verbatim) soft side yg not many people see...kan? haha

aih, i dah start mushy mode~ lol your fault!!

alfina said...

so sweet.

he likes to sing to me. hopefully, he will still do after we get married

cik aletheea: said...

auw.... romantis gitu

Mantot said...

Peter Gabriel..Book of Love..

Teringat aku ending Scrubs yang membuatkan aku mengalirkan air mata macho sbb dapat tgk masa depan impian hero Scrubs

QuTaQ said...

aku tak.
katelah aku suka lagu tu, tetiba dia tuju lagu tu, aku akan jadi tak suka lagu tu.

spesis rare cum saiko. :)

kayna said...

sy ada gak tuju lagu kat hubby, hubby tak tuju pun. dulu jek time hangat bercinta dia penah tuju.. kadang now, rasa over and malulaa pulekk kalau main tuju2 lagu ni

-icha03- said...

masih.

baru tuju lagu
1) lagu - bedroom sanctuary
2) yuna - terukir di bintang

dan dia masih je nyanyi kan lagu "kotak hati" utk saye
kalau dia memang selalu.
saye je yang jarang

hiiikks :)