18.1.12

Perkara Rawak #047 - Entah Kenapa

Akan ada satu-satu masa aku akan teringat semua perkara yang pernah menyakitkan hati aku. Tak kisah lah dari segi perkataan mahupun perbuatan. Kadang-kadang aku duk baca buku pun, tiba-tiba perasaan benci tu datang meruap-ruap. Macam ada satu kuasa yang suruh aku rasa sebenci itu. Syaitan kan?

Aku ni..manusia biasa sahaja. 

Sangat biasa. Ada kelemahan. Ada kelebihan. 

Kalau sedih aku menangis. Kalau marah pun kadang-kadang aku tahan sampai menangis. Nampak aku garang kan? Ada part aku garang. Dan aku lebih banyak bertolak ansur sebenarnya. Mengutamakan keluarga dari segala. Membantu selagi mampu. Mendengar masalah dan berkongsi tangis. Aku lebih selesa diam daripada bercakap banyak apabila duduk di kalangan ramai orang. Bercakap bila perlu. Nak nak bila di kandang berbeza. 

Jadi, bila ada orang tiba-tiba nak menunding jari kearah aku di atas sesuatu perkara tanpa usul periksa, memang aku susah nak terima. Susah betul nak hadam. Nak-nak orang yang menunding tu memang jarang berkomunikasi secara lansung dengan aku. Tak pernah kenal hati budi aku. Baru kenal aku setakat jumpa sekejap-sekejap. Padahal kalau berjumpa pun, bukannya berbual pun. Nak kata selalu chatting pun tak lansung. Entah dari mana lubang ribut, tiba-tiba nak taufan?

Perkara sebegini selalunya aku adukan dengan Fandi atau Mak aku sahaja. Mintak nasihat supaya tenangkan kebencian dalam hati aku ni. Sebab aku memang benci konflik. 

Buat semak otak je.

Aku memang tengah sakit hati ni. Harap-harap limau mandarin ni dapat sejukkan hati yang lara sedikit sebanyak. 

Nyam nyam nyam..




8 comments :

Lady RaRa said...

perenggan atas aku pun sama kerut kening.

mai perenggan bawah aku pfffftttt. limau kotak tak singgah lagi tekak aku tahun ni. panas-panas ni sedap kalau kena 4-5 bijik.

StormXisme said...

serupa plak situasi ko dgn aku skrg..tp beliau adalah bos aku. boleh x aku lempang beliau?

Ladynoe™ said...

LADYRARA: kot kot dapat lebih skotak, pos satu kotak kat aku.

Fahreen Fredo said...

Kalau nak limau berkotak2, boleh segera DM Qas! Hahahaha!

kayna said...

ke sebab preggy kot? cepat terasa hati..

diLot said...

rase nak cilok intro sbb same lah ngan saye.. :D

limau mandarin mmg sedap kan.. lagik2 yg kulit gerutu2 berkedot2..

si ngokngek said...

aku tahu perasaan tue,aku lg lar sakit hati,benda yg kacau otak fikiran mesti kawan tue..syaitan betol..


tp takda lar nangis,weh hang jgn nangis buang air mata ja tau...nangis buah limau takpa..HAHA

Yanie said...

tengah menghadapi benda yang sama. sabar banyak2 ya! :)