27.1.12

Tukang Kupas (iii)

Harian Metro Halaman Ad-Din, fikrah Dr Salam, Muka 3, 27 Januari 2012
"Suami Terpikat Dengan Janda- Isteri enggan bermadu walaupun tahu pasangan mahukan anak setelah 7 tahun berkahwin."

Permasalahan:
  • 7 tahun berkahwin tapi tidak mempunyai anak
  • Suami mula terpikat dengan janda anak dua, yang bukan islam.
  • Janda itu lebih cantik rupa dan bentuk badan, si suami selalu membandingkan si isteri dengan girlfriend janda tersebut dimana aku percaya mana-mana perempuan pun susah nak terima situasi sebegini.
  • Suami ingin berkahwin dengan Janda tersebut tetapi tidak mampu; nafkah dengan isteri tidak mencukupi dan jarang bagi. Suami tidak solat; macam mana nak didik isteri baru yang mualaf.
  • Suami menghabiskan duit kepada Janda tersebut.
  • Suami memperlekeh solat isteri dan mengatakannya tidak diterima Allah kerana si isteri ingkar dengan kehendak suami (iaitu tidak mengizinkannya berkahwin)
  • Isteri tidak sanggup bermadu.
  • Isteri mahu bercerai kerana terlalu banyak dilukai dan rasa dikhianati.

Modus Operandi yang dicadangkan dan dihebahkan kepada semua pembaca yang mungkin pernah atau mengalami permasalah yang sama:
  • Periksa tahap kesihatan masing-masing bagi mengesan masalah tak dapat anak tu.
  • Bersabar dengan ketentuan Allah. Mungkin zuriat memang ditentukan lambat. Ada orang kawen 17 tahun pun tak ada anak lagi. Tapi akhirnya dapat. 
  • Ini adalah ujian dalam alam rumahtangga. Normal. Isteri harus bersabar. Ini semua ujian Allah.
  • Penceraian adalah satu perkara yang paling dibenci Allah.  Jadi jangan bercerai. 
  • Redha suami berkahwin dan jangan mengongkong dia dalam hal ini.
"Allah maha menilai dan akan memberi ganjaran kepada isteri yang bersabar"

----------------------
Persoalannya:

Di mana letaknya keterbelaan duniawi seorang isteri/wanita dari segi perasaan, mental dan emosi dalam hal seperti ini? Satu;
Duanya; Si isteri disarankan bersabar bersabar bersabar sedangkan suami tak bersabar dengan ujian Allah, 7 tahun tak dikurniakan anak; malah aku berpendapat sengaja menggunakan alasan itu sebagai menutup kesalahannya yang telah berlaku curang. Saje le tew nak cakap bini sendiri mandul.

Aku cuba bayangkan perasaan si isteri yang bertanya apabila baca komen sebegini. Kalau dia boleh terima bulat-bulat, mungkin bagus lah. Kalau tidak dan merasakan banyak sangat faktor berat sebelah? Mungkin meroyan sendiri.

Aku cuba bayangkan golongan bukan Islam yang membaca ruangan tersebut, akan rata-rata menganggap Islam tiada pembelaan kepada kaum Isteri/Wanita.

Aku percaya Islam adalah satu cara hidup yang luas merangkumi segala sudut hidup. Ada undang-undang. Ada timbang kira. Ada psikologi. Indah sangat Islam ni. Jadi apabila permasalahan macam ni berlaku, jangan terlalu fokus kepada satu metod sahaja. Kaji lah perasaan dan emosi individu yang rasa hina dibanding-bandingkan. Rasa tertipu. Rasa terbeban. Dan sebagainya. Menyebut perkaraan 'Sabar' dan 'redha' tu semudah angin sahaja, tapi air mata, keluh, kesah, perit pahit yang mengiring erti kesabaran tu, harus diambil kira. 

Jadi nasihat dengan bijak, aman dan menyenangkan yang membuka hati dan fikiran semua pihak, semenjak benda ni dibincang dan dibaca secara publik di muka akhbar. 




22 comments :

desperate mama said...

setuju!!!!!!!!

Mooniqueen said...

Bagi saya alasan takde anak tu saje diguna pakai sebab lelaki tu memang Dah gatalnye...banyak solution yang boleh dilakukan tak semestinya kena kawin lain,,

kayna said...

betul tu... mengupas dengan baik.

Cikpuan rara said...

betul tu.bersabar dulu.lg pon lelaki tu kena pk.mampukah dye.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

ah takda anak tu alasan je..


lelaki tu dh miang dgn janda tu..kalau sy jadik pompuan dlm kes ni sy blah je..lelaki kalau dh gilakan pompuan lain isteri santek mcm maya karen pon dia nmpk mcm pontianak harum sundal malam..

ainShahajar said...

poligami bukan sunnah yang dituntut - ustaz zahazan

namun tak boleh dihapuskan keranan untuk membela wanita

pesan ustaz tu lagi. para ulama dan alim, yg berpoligami solat sunat biasanya 100 rakaat sehari.

hehe

O'gosh said...

tu yang buat perempuan benci poligami..sebab mesti alasannya selalu memenangkan lelaki akhirnya....padahal, lelaki macam tu yang selalunya x sempurna..

-your silent reader fan...

Liz Ard 27 said...

aisyh..benci dengar kes curang..

Hikaru Yui said...

baca balik cerita ni, lelaki tu yg salah.. bukan poligami..

dan amalan poligami zaman hari ni bukiannya betul pun.. nabi dan sahabat2 dulu berpoligami juga..bahagia ja hidup..

it's not about the polygamy is wrong.. it's about how it is wrongly done.

cujen said...

Si isteri disarankan bersabar bersabar bersabar sedangkan suami tak bersabar dengan ujian Allah, 7 tahun tak dikurniakan anak; malah aku berpendapat sengaja menggunakan alasan itu sebagai menutup kesalahannya yang telah berlaku curang. Saje le tew nak cakap bini sendiri mandul. - sangat setuju dengan ini....

Chempaka Aurora said...

selalu bila tiba part cerai, yang berada dipersimpangan dilema adalah si isteri, x kiralah yang meminta cerai itu si suami atau isteri sendiri. si isteri selalu dinasihatkan supaya berbalik kepada hukum Allah, jodoh itu telah ditentukan, perlu redha & sabar. tetapi kalau terus bertahan pun, belum tentu si isteri mampu sentiasa bersabar & redha, lalu rumahtangga dilayari dengan perasaan dingin,sebal & terkilan. jadi apa maknanya sebuah perkahwinan,bukan?

nasihat yang diberi tidak mencapai 360 darjah.

Myra said...

to me, kita nampak sesetengah golongan yg menggunakan ketentuan agama untuk kepentingan dia seorang. selfish sbb dia fikir diri dia je nak anak, rsnya dia lupa isteri dia juga mahukan anak tapi takde pun mengendeng kt lelaki lain. he is forgetting this is something they as a couple have to work together. taking another wife wont solve anything.

to me, lelaki tu fikir short-term.

suka hati bagi hukum solat isteri tidak diterima sbb terima or tak bukan di tangan suami, tp that is up to Allah so we dont know. lagi2 when his primary responsibility to his wife dia dah abandon - he shouldnt be the one to talk. i know redha suami itu penting but not when there is aniaya involved.

i personally believe Islam tak ajar 'sabar' when it comes to abuse.

unknown said...

isk.kau tau kenapa aku suke blog kau noe? sbb kite sependapat! kau selalu backing pempuan yg terniaya dek lelaki2 lahanat kat lua sana. isu laki nak kawen lain n banding2kan isteri dgn pmpuan baru mmg mcm sial.dgn kasarnya aku nak ckp lelaki mcm tu : babi!
Islam tak salah. Tp yg salah org2 g silap praktikkan dan memperkotakkatikkan hukum dan kelebihan yg diberi pd lelaki. Islam membenarkan poligami utk menolong wanita. Nabi berpoligami pd wanita2 yg tak mampu. bukan atas dasar nafsu. lelaki sekarang ni, tang bercakap mmg bukan main. tapi biasanya akal letak kat k*n*k je.

sofea said...

dalam khutbah terakhir nabi Muhammad, ada cakap "kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan dia juga ada hak ke atas kamu". perasaan si isteri pun kena ambil kira jugak la. bukan ke wanita diangkat tinggi dalam Islam? ish ish..

Mama said...

perempuan boleh bersabar...tapi jgn sampai di perbodohkan....perempuan punyai hak yg Allah dah tentukan dgn sempurna....kalau bukan sebab lelaki itu gatal pun...dia sendiri x solat pun dah cukup baik syarat kalau perempuan itu nak blah tinggal. bak kata azhar idrus...mahu kah kita...bila mana anak kita dari benih mereka yg x solat....

lelaki...oh lelaki....kat sini boleh keras kepala guna hukum2 yg sengaja di putar belit utk nafsu serakah....esok2 depan Allah kite tengok berapa jauh kau boleh belit....

sabar...mudah nk ungkap...pahit nk buat...itu sebab pahalanya hebat...syurga tu mahal weh...

Reb@k said...

As salam,

Sekadar berkongsi ilmu, Sahabat2 sekalian, sila rujuk surah An Nisa, ayat 3.

-Dibenarkan seorang lelaki tu untuk berpoligami, tetapi bersyarat

dan sila rujuk kepada surah yg sama, ayat 129.

-Kata2 Allah SWT terhadap hambanya.

moga menjadi rujukan untuk para suami dan isteri sebelum berpoligami.

Sekian, Terima Kasih

umie_ina said...

Poligami tak salah.. yang salah adalah pandangan lelaki terhadap poligami itu sendiri..

Saya pernah cuba dipoligamikan.. saya tak menentang walaupun tau ketidakmampuan suami.

Nak bagi kita nafkah pun payah.. apalagi nak kawin lain..
Balik2 sebut tentang sunnah nabi.. semua nak ikut nabi.. tapi yang wajib tak pernah ditunaikan. Sunat yang "SEDAP" je dia nak.

Sunat yang lain tak pernah pun buat. Senyum pada isteri yang memang compom dapat pahala pun payah nak buat.

Sebab ikut sangat nafsu.. dia tinggalkan saya dan kami bercrai. Bila dah nak nikah gan ppuan tu.. baru dapat tau yang ppuan tu indah kabar dari rupa.

Dia minta rujuk pada saya.. tapi saya tolak sebab dah terluka. Alhamdulillah.. keadaan saya bertambah baik dengan anak2.

Buat yang bermasalah tadi.. sebagai perempuan memang kita kena bersabar.. sebab ujian Allah nie dia bagi kita ikut kemampuan kita.

Solat sunat banyak2.. mohon apa saja yang kita nak dari Allah...
Sakit hati dan jiwa memang akan ada.. tapi tetapkan iman kuatkan semangat.. serahkan diri kita pada DIA.. Insya Allah.. Allah tak akan sia-siakan hambaNYA yang tak lupa pada DIA..

naimsaleh said...

just sharing
: http://keretamayat.blogspot.com :

100% Jade said...

Rasanya lelaki tu sekadar gatal. Kalau ada 10 anak pun, kalau da nak kawin lain (gatal!), ada je la alasan yang di bagi.
Even kalau betul takde anak, tak boleh ke redha je? Kenapa wife dia je yang disuruh sabar kerana ujian? Yang laki tu, bagi nafkah zahir tak mampu, bagi didikan agama tak mampu, what can he offer then? Nafkah batin? Inilah permulaan kepada "buat anak pandai, jaga/bagi makan anak tak pandai".

Bunga Rampai said...

Rasanya kena produce pakar-pakar Islam yang dapat menghalusi hak2 wanita, supaya isu2 dapat dikupas dengan menyuluruh. Sebab memang acapkali permasalahan begini diberi nasihat yang nampak agak berat sebelah, aku kira nasihat yang paling senang nak bagi, budak sekolah pon boleh buat. Tak atasi dalam2, takat bagi untuk lepas jawab. Dan yang memberi nasihat tu bukan calang2 orang.. Hmmm... Tentunya kita hendak hidup bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat kan? Sehabis boleh

Anorrin Ruzila Rahmat said...

aku sendiri slalu ckp kat asben aku, terasa spt double standard...isteri slalu diminta b'sabar, suami xyah..isteri slalu kena redha utk jd isteri yg baik tp ape lak kebaikan suami?sudahla menyakitkan hati isteri, kecewakan isteri.klu suami curang isteri kena terima, ape agaknya dia rasa kalau isteri lak curang??konfem r masyarakat mengata..xleh diterima katenye..

sudahla isteri kena lebihkan suami dr family dan anak2, tp suami pulak utamakan keluarganya dan anak2.jadi isteri tu sentiasa di tmpt terakhir di hati dorg..

suami bekerja keras dan selalu sibuk, isteri dinasihatkan agar memahami tapi kalau isteri lak busy n bekerja keras, lelaki cari lain alasannya isteri sibuk.

kenapa selalu berat sebelah.perempuan bukan manusiakah?takde hati dan perasaankah?masa susah, isteri tu lah tempat mengadu, masa senang..ditinggal2kan

syayona said...

Assalamualaikum

Islam tak mengharamkan perceraian walaupun ia paling tidak disukai oleh Allah. Kadangkala melalui perceraian, terselit pelbagai hikmah. Bukan menggalakkan perceraian. Mungkin dalam waktu iddah tu suami insaf kerana rasa kehilangan apabila tidak tinggal sekali dengan isteri. Sebab tu Allah tetapkan sampai boleh rujuk 3 kali!

Apapun, istikarah adalah terbaik. Sekian.