16.1.12

Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap


Kan aku cakap jangan berdrama sangat kat Status FB? Hahaha.

Sumber Berita Bernama.

37 comments :

ShilaShower said...

tak paham aku. orang bagi belajar, belajar jer lah. ko dengki2 nak main2 bom helikopter najib tu apa dapat? kena tangkap polis lagi ade.

farahD said...

Budak2 skrg mmg mcm mak itik dgn anak itik..ikut je ckp org tak selidik. Org maki org lain, dia pun nk maki org lain. Drpd nk maki2 tuh baik la belajar elok2 jadi cth kat org lain.

Kalau bagus sgt pergila belajar ke uni swasta, atau luar negara. Ni sibuk2 nk kutuk kerajaan lepas tuh sibuk2 jgk nk guna biasiswa kerajaan. Mmg tak sedar diri. Org matang tgk pun mcm kartun je. Ckp tak serupa bikin.

LS said...

KAH KAH KAH!

kelakar juge. orang suruh belajar. dia main-main. memang nak kena rotan tuh.

Nadya Shah said...

hahaha... berjaga2 la ye.. anda semua diperhatikan..keh3... lain kali pas buat status 2 taip terang2..am joking! kot2la dia buat lawak kan

QuTaQ said...

mata kecik aku ternampak komen amaran dr kawannya:

b 'carefull' what you 'right' bro..

yeah right.

khemy said...

terlebih pandai kot..maklum la..masuk u kan....

myra abdullah said...

cari pasal sgt..kan dah kene..huh!
blajar jelah elok-elok taknyah nk politik sgt kan.kan bende ni dah jd masalah.

Yard_dean Apple said...

kalau bukan belajar boleh la ye tulis camtu? org belaja je tak boleh politik ye? pasal dia "budak" belajar walau umur dah lebih 21 tahun..sori tak penah komen kat sini tapi terasa bias lak bila kita cakap dah bagi belajar belajar je la.. padahal diorang nih bukan budak darjah 6 atau budak spm dah besar dah..

Hann Haidar said...

people nowadays dah tak ada sense of humor. tak faham sarcasm and cant take a simple joke.

Lady RaRa said...

sarcasm or simple jokes pun kena agak-agak la. ni bukan sarcasm, ni ialah bodoh.

sebab dia kata let's so dah jadi provokasi. padanlah kena tangkap. kahkah.

Lady RaRa said...

orang belajar tak update status bodoh macam ni. and this is not also political thingy just stupidity and hatred .

and sorry me also not biased. nak politik pun kena belajar dulu. jangan tengah belajar ada hati nak politik tapi otak duk bangang lagi. sebab kalau bodoh dan nak berpolitik, ni lah hasilnya. kahkah.

LS said...

then Yard, apa tujuannya belajar kat Uni?

contoh. kau tengah berak. at the same time kau rasa nak makan nasik, tak ke buruk gayanya tuh? sepatutnya lepas berak baru boleh makan. kan?

jadinya, buat apa nak politik masa tengah study, habiskan study baru boleh tunjuk hero sana sini.

:)

Ikey said...

semalam jumpa Lady Noe kat gerai buah kat belakang KWSP,betul2 kat sebelah dia.nak tegur, tapi sayang masa tu takde suara. tssskkk.. tengok je lah.apa kan daya :)

Eisha said...

aku rasa budak tu mesti menangis dalam lokap! dia igt dia hebat sgt ke? nasib la jugak polis lepas dgn jaminan polis dpt la bdk tu jwb final exam huhu

iqx said...

apa pun tak boleyyy.. ;p

sya_zazoo said...

biasalah..budak2 skang kurang matang sikit.dia saja nk melawak sekali kena tangkap plak.kita senangla nk kutuk dia..nasib baik masa kita dedulu FB xde..kalau tak dgn kita2 dh penah masuk lokap.haha..xpela..pengajaran.Knowledgable dgn sensitivite adalah benda yg berbeza..

Yard_dean Apple said...

To LS
berak dan makan nasik.. itulah ye awak punya skala politik dan belajar yek.. tak tau mana satu blajar mana satu politik hope fully yang makan nasik tu blaja la ye..anyway..hidup ni byk kita buat.. tgh makan nasik bole berborak boleh minum air, boleh tgk tv.. kalau nak terberak pon boleh berak tapi kena basuh tangan dulu.. so kalau diorang nak berpolitik dan belajar buat la.. tp jgn la tgh masuk kuliah kau menjerit hapuskan AUKU..hidup umno atau PAS atau DAP.. tu mmg bodo..ape2 pon perlu saluran yg betul.. okay akui bykkkkkkk.. student kita politik cara bodo mudah kena provoke..budak yang update status fb tu mmg carik maut.. dalam negara yang kurang privacy begini carikk pasal.. tp menghalang dia berpolitik serupala menghalang dia menjadi dewasa..again.. hak politik hak dia..

Manja (let it be my sweet name) said...

biasa la munusia ikut sedap mulut die je ckp

http://notamanjaku.blogspot.com/2012/01/online-blog-shop-to-review.html

Lady RaRa said...

@yard dean apple


hak politik bukan hak student.

hak politik ialah hak rakyat yang dah berumur 21 tahun keatas.

menjadi seorang student di universiti yang bukan bapak kita punya, kita kena ikut undang-undang universiti. sebelum nak masuk kena sign akujanji. bila dah ber'akujanji' kenalah ikut peraturan universiti. kalau universiti dah kata dilarang melibatkan diri dengan mana-mana parti politik, kena la ikut. kalau tak mau ikut,tak payah la masuk u. kalau dah cukup umur, tapi masih student yang terikat dengan akujanji sendiri, pergi mengundi diam-diam. itu caranya.

ini tak bila dah kena dismissed or warning, melompat2 marah. camtu kah perangai student u???

dan lagi satu. yes budak dulu tak ada fb, budak sekarang dah ada fb. dan budak sekarang ni kononnya lagi pandai dari budak dulu. so takkan tak reti lagi nak guna medium macam ni? ada perbezaan tak kalau dia up status macam ni

hey guys, najib is coming to our campus, lets sign a petition for our college's bla bla bla..

baru nampak bakal tokoh politik.


ni tak, ajak bomb heli najib. dan war-warkan kat fb yang ada 200 lebih frens. kalau ada yang pm dia ajak buat bagi betul apa? who knows? itu boleh dicharge under Akta Hasutan. berapa kurungan berapa, kena study law dulu. belajar. ni main belasah update status tanpa tahu menahu orang boleh charge kau ke tidak, maknanya kau bodoh lagi lah. hahahaha.

sebab tu suruh belajar dulu. belajar bagi pandai. kalau dah pandai, baru buat benda laen.

::SMY WORLD:: said...

agree with lady rara n LS..

study dulu... if tak cukup ilmu di dada, jgn la nak memandai ikut suka mak bapa buat benda bangang....

NaniRostam said...

Cuba kau jadi tetamu...n tiba-tiba tuan rumah tu buat status nak bom kau...apa perasaan...

atau yang jadi tetamu tu mak bapak kau...adik beradik kau...kecut perut dow...lawak tu mesti susah nak buat kau gelak...

Lady RaRa said...

@kak NaniRostam

tergelak saya baca komen kak nani.

kan? kalau orang buat 'lawak' macam tu, kalau kena kat kita susah nak gelak. paranoid terus.

Yard_dean Apple said...

hak berpolitik hak rakyat malaysia yang berumur 21 tahun samaada dia student atau tidak..aku janji dalam AUKU tu yang menghalang diorang berpolitik kepartian.. tapi somehow mcm aku cakap kita bias.. bila pelajar UITM buat "perhimpunan aman" menyatakan sokongan pada kepimpiana UMNO rentetan kes budak UPSI tu (adam ke apentah name dia)takde sape ambil port siap dapat luputan berita,AHli PERKASA/Putera UMNO umur bawah 21 tahun boleh, ada kelab untuk studen yang menyokong UMNO pon dibenarkan..tp budak UPSI tu tak cakap pon dia ahli mana mana parti.. dia kena bagi kaw kaw punya..masa dia turunkan bendera tu ada POLIS jaga.. jadi kenapa kita kata dia menceroboh keamanan bila ia dipantau oleh penjaga keamanan..apa yang budak USM tu buat mmg satu kes carik pasal.. tp cuma mai kita pikir sebentar.. 1 kenapa student sekarang anti beno kerajaan,2 dulu yang anti kerajaan ni byk budak melayu sekarang menular pad yang bukan melayu.. so kalau aku org kerajaan dr sibuk ban budak nih baik tgk ape yang silap kat diri sendiri
To LAdy Noe maap la kalau aku buat semnak kat sini this will be my last comment (for this issue hehe..)

Lady RaRa said...

well, itulah DEMOKRASI sayangg....

itulah bezanya kerajaan dan pembangkang.

itulah kelebihan menjadi kerajaan dan kekurangan menjadi pembangkang.


tak kiralah sekarang ni BN rules, other parties pembangkang or soon other parties rule dan BN jadi pembangkang, situasi dia sama.

jadi ruler so kelebihan la.sapa sokong dapat la hidup aman. jadi pembangkang kau kena suffer la sikit. biasalah tu. tu la namanya politik.

adakah kau boleh bagi jaminan kalau kerajaan bertukar makanya situasi yang sama takkan berlaku? ok aku gelak in advance HA HA HA

dan kau boleh bagi tak statistic budak U yang benci kerajaan? boleh bagi jugak statistic budak yang pro kerajaan? tak boleh kan? hanya kerana yang anti-kerajaan ni 'bising lebih' sebab tu nampak macam ramai. selebihnya orang simpan saja dalam poket.

budak2 ni jadi macam ni sebab apa? siapa yang duk provoke mereka? semua benda pun nampak salah padahal diri sendiri lemak gemuk depan laptop tak bersyukur. walaupun kau petik negara tak dak privacy, banyak kelemahan, at least aku tak dengar lagi ada orang mati sebab lawan kerajaan. kau nak macam mana lagi?

hidup ni kena ada undang-undang. kalau tak mau ikut undang-undang habislah.

kau pernah kebuluran tak makan?
sanak saudara kau pernah mati sebab kena bunuh masa rusuhan?
kau penah disekat supaya jangan sembahyang?
kau pernah dengar ada surau yang ada jemaah tapi tak boleh laung azan kuat-kuat?

salah satu tanda negara itu makmur ialah rakyatnya semakin obesiti

jadi sila google statistic obesiti negara tercinta ini.

dan silalah rasa bersyukur boleh hidup aman damai tak pernah dengar lagi bunyi meletup letup tembakan.



dan eh kenapa plak tak mau komen dah. noe pun macam kerajaan gak, dia biar ja orang bagi pendapat kat sini. komen la. berhujah itu ilmu. bergaduh itu syaitan.

Lady RaRa said...

oh yes satu lagi

kenapa student bukan melayu skang pun marah2 kat kerajaan. pada pendapat kau, sebab kerajaan ada salahkan? so kena betulkan diri kerajaan.

tapi cuba pikir2 balik. kenapa mereka yang non malay ni marah sangat? sebab apa? yaaa sebab l BUMIPUTERA. ketuanan melayu. bangsa.

dan oh yes siapa yang duk cucuk bab bab rasis ni?

kalau kau duduk diam-diam, nikmati saja apa yang kerajaan bagi kat kau, dan tak ada orang yang duk menghasut, non-malay ni ok ja kot. bukan kerajaan penah bunuh orang india pun. bukan penah ada cina kena sula pun. bukan penah ada singh kena tibai dalam penjara.

yang menjadi masalah sekarang ni, ada yang menghasut, memprovoke. puak yang menghasut ni pulak penting diri sendiri. nak burukkan kerajaan, mereka buat la macam2. biasalah tu.

ok sekarang ni ada sekolah kebangsaan, dah bising. padahal bukan ada larangan pun bangsa apa nak sekolah kat situ. tapi kalau kau bagi chayanunalip rule Malaysia ni tah tah anak kau nak pakai tudung pergi sekolah pun tak boleh.

tak payah pi jauh-jauh - tengok singapore sudah. melayu sana macam mana. struggle nak pertahan jati diri. yang nak pertahan la, yang tak mau?

orang berpolitik untuk kepentingan diri negara dan masa depan mereka. itulah sebab kita ada hak nak pilih kerajaan mana yang kita rasa boleh bela kita.

Yard_dean Apple said...

tetiba lak gatal tangan nak komen walau td kata tak nak komen sungguh tak leh harap hehe..bukan ape dah cikpuan lady rara kata noe tak kisah kan...aku mals la nak perhangat blog orang pasal aku bukan pengomen tetap disini.. cuma bila baca komen dah kasik belajar buat cara belajar tu yang aku tak berkenan (aku tak berkenan.. korang berkenan suka ati korang la demokrasi katanya kan).. okey pasl sape betul sape salah sapa rasis aku tak nak sentuh.. aku bukan perayu undi, aku bukan ahli mana mana party..cuma aku mintak kita bagi kebebasan pada student student tu kenal ape politik..tupon kalau diaorang nak, kalau diorang tak nak, lebih suka dgn apoa yang ada.. lebih suka ulangkaji pelajaran hatta main main game pon terserah..tp jgn bila org tu pihak kat kita kita bagi galakkan tp bila sokong pihak lain kitak cop dia penderhaka la, mengabis duit mak bapak..masalahnya kita bias..tu masalah besar.. kerajaan perlu dengar suara pendapat org ramai walau pon bukak la statistik 3 orang je berani menyatakan sesuatu.. sebab tu kerja kerajaan, dia kena jaga hak semua samada pembangkang atau penyokong.. kalu tanya aku adakah PR lebih baik dr BN.. aku pon tak pasti.. aku duk johor sampai sekarang ni pon BN perintah, kalau PR perintah nnt baru aku tau. maybe aku suka maybe tidak.. tak suka kita tukarr lagi.. tapi itu bukan pokok persoalan kat sini.. persoalannya..kenapa kita halang student especially yang dah cukup umur dari mengenal siapa yang betul siapa yang salah.. kalau diorang duk dalam PR.. tgk bahawasanya DAP menguasai dan PAS cuma fill in the blank okay biar diorang tentukan adakah diaorang nak duk kat situ ke tak.. kalau kita tak bagi tau sapa yang betul sapa yang salah, kita cuma lahirkan bakal pemimpin pak turut semata..aku tak nak komen adakah PR better or Bn better.. aku nak bgtau tak adil kita nafikan hak student untuk berpolitik..

dila v(^_^)v said...

tempoh bljr bdk2 u setahu saya dalam 3,4 tahun da boleh habis..terikat dengan auku setakat 3,4 tahun pon nak bising2 ke..3,4 tahun bkn lama sangat pon..da habis stdy kang, join la politik mana2 pon..xde sape nak marah..so, time tgh stdy, stdy btl2..kang da abes stdy, nak join politik, join politik btl2..

Lady RaRa said...

apakah selama ini kerajaan tak mendengar.

kehendak sukar dipuaskan. dalam family kita ada 5 beradik, 5 selera nak kena puaskan, apakah mak kita kena masak 5 jenis lauk?

kalau ah chai nak yang itu, muthusamy nak yang ini, ahmad yang yang sinun tak kah pening kepala?

bukan menjadi pak turut, kalau ada saluran yang betul, buat lah ikut saluran yang betul. kalau kerajaan tak dengar kau ingat nak adakah pilihan raya? kalau kerajaan tak dengar, tak terlepas la some states kepada pembangkang. kalau aku tamak, jangan harap la aku nak bagi kedah, kelantan, selangor bagai kat pembangkang aku. nampak disitu?

aku pun tak bercakap tentang mana yang betul yang salah. politik macam tu jugak, tapi bila some people involved in politic dan tetiba jadi jahat, tu yang menjadi masalah.

suara pelajar nak didengar - pelajar. tugas kau belajar dulu. belajar bagi pandai. ni tak pandai lagi macam mana nak tadbir negara. ingat tadbir negara tu macam bela kucing? bela kucing pun kena ada ilmu.

terikat dengan auku kalau kau masuk u umo 18 by time umo kau 21-22 kau dah boleh mengundi. pi lah mengundi apa susah. yang duk terkinja-kinja reformasi la, bawak turun bendera semua lah, update status nak bom heli lah, buat video kat youtube lah tu apsal? buat malu nama universiti. buat malu diri sendiri. menunjukkan kebodohan ketara.

kau cakap tukar kerajaan macam tukar baju. kau ingat kalau dah beralih kuasa, senang-senang nak tukar balik?

think wise.

Lady RaRa said...

dan bab biased bila student nak sokong kerajaan boleh plak, nak sokong party pembangkang tak boleh =


sapa kata tak boleh? boleh aih. tapi bagi sikit definisi BERPOLITIK. kalau setakat kau berdiri kat rostrum dan bagi hujah-hujah secara aman, aku rasa ok lagi kot.

tapi tetiba bawak turun bendera/gambar kat tempat pemimpin, update status bangang kat fb, provokasi di blog dan youtube dan join reformasi - adakah itu dikatakan BERPOLITIK?

sebab sorry to say, pada aku itu bukan BERPOLITIK tapi lebih kepada BANGANG DAN IMMATURE.

Yard_dean Apple said...

okay..
Permintaan utuk permansuhan AUKU=permintaan mahasiswa berpolitik dah lama dah.. kalau tak silap aku time tu 1997, sebelum anwar kene humban masuk lokap lagi, time tu penggerak dia budak cina UTM(aku student UTM so aku tahu pasal agak hot kes tu) time aku baru tahun satu.. tak tau pon hamende AUKU tu, budak tu dan kumpulan dia hantar pada kementerian pendidikan memorandum untuk pemansuhan AUKU, kesannya AUKU tetap on budak tu kena gantung, tapi point aku budak tu buat cara berhemah, yg kedua, diadakan jugak satu forum atau debat ke macam tulah, tahun 97 jugak.. aku ingat lagi pasal tu aku first year, aku tgk satu video(time tu takde cd) pasal forum tu kat student board, bincang cara ilmiah tapi wakil kerajaan buat acuh tak acuh je..paling aku ingat statement wakil kerajaan.. "mahasiswa takleh politik..sebab kita takleh buat dua benda dalam satu mass.. maklumlah dua alam haram dimakan" tak ke bangang lawak dia tu.. kalau lawak kedai kopi aku tak kisah sgt, ni kat forum ilmiah kau buat lawak bongok tu hishh, yang ketiga ada satu perhimpunan samada kat ukm ata um (kat situ mmg hot bab mahasiswa politik)dr mahathir buat talk..bila sesi Q&A dibuat, 2 soklan je lepas.. satu pasal petua jaga kesihatan satu lagi bab AUKU, jawapan dr mahathir time peserta tak puas ati, so nak tanya lagi.. tapi tak dibenarkan..okay point aku dr yg berjela jela kat atas nih cuma satu..mahasiswa dah mintak cara baik untuk berpolitik tapi kerajaan mmg taknak dengar/terima pandangan budak nih dah lebih senang bg alasan yang sama mcm korang cakap dah kasik belajar belajar la ape nak politik.. sekarang aku tanya pulak, kalau la satu individu tu, dah umur 21 tapi bukan pelajar adakah dia boleh join politik atau dia kena belajar jugak jadi pandai politik, baru boleh politik..sebab byk point korang cakap belajar dulu..nak belajar politik ni macam mana dan kat mana sebenarnya..oh ye aku tak penah join politik time belajar pasal aku rasa aku bodo je.. kalau aku join politik mampus fail kot mana nak bawak paper, mana nak politik man nak main game.. aku kagum ngan bebudak aktif politik nih diorang belajar dan politik tapi pointer tembak langit memasing

Lady RaRa said...

bila orang kata belajar dulu tu maksudnya habis kan dulu course kau ambik tu. tak payah la nak berpolitik sangat. tapi kalau umo dah cukup, ha pegi la undi.

simple.

dan kalau orang dah tak bagi tu, tak payah la. yang gedik gak nak politik-politik ni awat? duk diam-diam tak boleh?

budak aktif politik pandai, itu pandai on paper. cuba bagi orang muda join politik, hari2 reformasi la kot.


kau pun pernah muda. adrenalin tu takkan kau tak ingat. budak-budak ni pandainya kat bibir ja. dengan kat kertas. aku pun penah jadi student u. semua kat sini pun pernah jadi student u. kau jadi time tahun 97, aku jadi tahun 2002. apsal aku boleh ja tak payah pikir bab auku politik apa ni. habis gak study aku. time mengundi nanti aku mengundi lah. sebab nak pilih negara ialah melalui undian bukan update status kat fb.

kahkah

dan macam kawan aku cakap, kebanyakan mahasiswa sekarang ni bukan berpolitik tapi civil disobedience. sebab tu orang suruh belajar lebih lagi. kat mana nak belajar? belajar dalam universiti kau dulu. time nak elect mpp, belajar la cara-cara betul. kaji. tengok news, baca newspaper. budak dengan cara bangang meloncat2 macam kera.

when leader said BIG NO. kena patuh la sayang. duk mintak apa lagi. kalau orang dah tak peduli, jangan la marah plak. teringin sangat nak join politik, ambik la course political science.

Yard_dean Apple said...

tak penah ni komen sepagi nih.. tatau kenapa topik begini memamnaskan otak aku.. agaknya ada sparring partner sebaik lady rara kot.. bagus sebenarnya debat camni..lady rara or raina kita debat sihat no, jgn ada benci..
okey aku bg real kes.. kenapa aku suka pelajar politik.. masa aku memula apply utm, time tu dia tawarkan course engineering 4 tahun.. itu antara sebab aku apply kat utm selain dekat ngan family la, aku kira 2nd batch untk course ni, pendek cerita tetiba masa aku tahun 2 ke 3 camtu Board of engineering tetiba kata tak nak iktiraf ijazah kitorang alas short of credit hour.. pastu time kalau tak silap najib jd mentri pelajaran dia cakap kalau BOE tak iktiraf kementerian pon tqkleh iktiraf.. aku cakap korang tak terasa ke kitorang kena penaya dgn UTM time tu..jd pendek cerita bebudak aktif politik nih yang tolong fight utk kitorang, kumpul kitorang untuk discuss ngan HEP,tp bila kitorang dah kumpul kat dewan tetiba pegawai HEP tu tak nak jumpa suruh kitorang balik..dia cuma suruh kitorang sign petiton je, ramai gak takut nak sign takut kena buang, tp pada aku buatpe nak belaja lagi kalau ijazah tak laku.. aku sign je la lgpon kalau nak buang kitorang kosong utm, jd bebudak politik ni la tolong kumpul sign, jumpa hep.. jumpa boe.. akhirnya UTM setuju lanjut tambah kredit kitorang secara percuma dan lepas kan kitorang amek 22 kredit satu sem sebab nak kejar 4 tahun (tp aku grad dekat 6 tahun gak pasala aku ckp sblm ni aku tak berpa pandai pon)..bottom line aku rasa kesungguhan budak aktif politik byk menyumbang pada jaga kebajikan pelajar.. kita tak perasan je..bebudak yang tulis fb emo, buat youtube tu semua pencacai pencari glemer je.. jenis ikut ikutan.. tp takpe la.. kalau diorang tak tak kenal ape yang dia ikut sampai bila dia nak tahu ape yang benar ape yang salah..
o ye.. masa aku balik dari dewan tu dulu, dari dewan ke bilik aku rasa berguni guni aku nyumpah pegawwai hep tu.. kalau la aku ada fb time tu mesti aku buat status emo gak.. pegawai hep tak guna mari kita bom rumah dia.. kekekeke agak agak aku kena masuk lokap tak time tu..

Fyza said...

owh..budak ni ke?

im a bit racist.

first thing to say "patut la..keling rupanye" :p

Lady RaRa said...

macam aku katalah

kau nak berpolitik hapa pun kalau setakat dalam universiti kau lantak la. bagus gak boleh belajar.

tapi kita bercakap pasal budak2 yang buat kerja tak masuk akal ni.kalau nak cakap bab sign petition aku dengan geng sekolah teknik dulu pun penah sign petition suruh dewan makan letak menu senonoh sikit. biasalah tu

yang menjadi masalahnya, sekarang ni pelajar nak berpolitik dengan konsep mahabesar. involved dengan party politik negara. sedangkan macam aku kata, kat atas tak larat dah aku nak sebut, bila kau ada akujanji, kau kena patuhi la. point aku tetap la sama.

1. habiskan study, by the time umo 21 buleh mengundi pegi mengundi. dah blah dari U nah pi la join politik mana hang nak join. tadak sapa nak larang dah.

2. pasal biased - kebaikannya bila sokong kerajaan ialah - buat apa pun kerajaan sokong balik. paham konsep tu? jadi macam juga aku kata kat atas tak larat nak ulang dah, bila jadi pembangkang, suffer la skit. mestilah universiti tak bagi. normallah tu. and again, caranya ialah pi la mengundi diam diam parti tercinta.

3. benda budak USM, budak UPSI buat tu bukan berpolitik. silap dah ni definisi berpolitik ni. apa yang depa buat tu ialah civil disobedienced, provokasi melampau, menganggu sensitiviti sekelumpuk orang. 3 ja la aku bagi contoh.

4. ada hikmahnya tak memberi kuasa kepada golongan remaja ni. remaja otak singkat (yang tak remaja pun ada gak otak singkat) tapi selalunya remaja ni otak singkat, nafsu kuat, amarah, tak sabar. memberi kuasa yang besar kepada orang yang macam ni boleh menjadi satu kesilapan besar.

dan aku akan tetap ulang2 benda yang sama gak.

aku tak tau la kau marah kat kau punya hep ka apa, kau sokong ka apa itu pendapat kau. tp boleh nampak la kat komen kau ialah banyak marah dan tak puas hati sana sini.

kita ni kalau belajar bersyukur, rasa tak puas hati tu kurang sikit kot. so banyak2 sabar, ok? sebab orang yang bijak ialah orang yang berfikir menggunakan akal, bukan nafsu. amarah tu nafsu. camna nak perintah negara dengan nafsu? berkobar-kobar sungguh aih! bagus Malaysia ada rakyat macam kau.

:)

Miss Bee said...

masa sekolah tadika- masuk tadika kemas (semi kerajaan)

masa sekolah rendah & menengah masuk sekolah kerajaan (SRK,SK, SRJK(C), SRJK(T),SMK, SMK(c), SMK(T))

masa nak masuk U, mintak PTPTN.

dah abes U, isi borang SPA mintak keja kerajaan- terjamin katanya.

dah keja kerajaan, nak beli keta, nak beli rumah - pinjam bank rakyat. kononnya senang dpt sbb keja gomen.

dah keja gaji < RM3000. nak mntk bantuan rm500 kerajaan.

semua nak kerajaan tolong. ada hati nak merusuh. PUIIII!


seb baik masa aku blaja kat U dulu x bangang cmtu. hahaha.

SM said...

pemimpin kat negara kita dah sampai tahapnya sama macam tuhan. nak `jentik' sikit pun tak boleh. budak hingus meleleh ni ingat pandai ke macamana nak dapat c4? agak-agak la nak tangkap pun, bagi warning sudaaaa....

feifairuz said...

eh.. sapa kata diorang x boleh dapat C4, if ade pihak yg interested n boleh supply sume bende, senang je nak dpt. Kene ingat, tu tahap PM, mesti la diorang kene berhati2. cuba pegi US tgok, confirm kene tangkap jugak kalau kuar kenyataan mcm tu kt OBAMA..