10.2.12

Bagaimana pula susu yang anda ‘syorkan’ kepada anak anda?

Nota: Advertorial

Sebenarnya selain meneliti label kandungan pada makanan atau Susu Membesar anak-anak kita, ada lagi cara yang lebih mudah untuk ibu dan bapa praktikkan untuk memastikan anak kita sentiasa mendapat khasiat yang betul.

Antaranya ialah dengan mendapatkan makanan atau minuman yang tertera ikon “Tiada kandungan gula tambahan” “No added sugar” pada permukaan packaging atau label sesuatu produk tersebut.

Walau bagaimana pun, berhati-hatilah dengan jenis gula yang kadang kadang dinamakan dengan lebih spesifik pada setiap produk tersebut. Kadang-kadang ada yang meletakkan ikon “tiada kandungan sukrosa” atau “sucrose free”, tetapi pada dasarnya masih mengandungi gula yang lain seperti karbohidrat yang berlebihan, glukosa, dan sirap jagung. (Ingat GLUKOSUKON – glukosa, sukrosa dan corn syrup)

Adalah menjadi satu kepentingan bagi ibu bapa untuk memastikan tiada kandungan gula tambahan pada Susu Membesar anak-anak kamu. Sebab ikut logiknya, untuk anak yang membesar, mereka hanya perlukan nutrien yang berkualiti; bukan gula tambahan!

Baru baru ini Kementerian Kesihatan sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa Glukosa, Sukrosa dan Corn Syrup Solids adalah gula tambahan semata-mata dan tidak baik LANGSUNG untuk tumbesaran anak-anak kita. Jadi macam kelakar pulak bila tengok sesetengah iklan produk susu lain beriya-iya menceritakan tentang ‘hebatnya’ susu mereka yang telah diformulakan dengan nutrisi yang baik, padahal turut mengandungi Glukosa, sukrosa dan corn syrup tersebut.

Pelikkan?


Kementerian Kesihatan juga menyatakan bahawa “no sucrose” tidak bermakna tidak ada gula tambahan. Ikon “No Sucrose” hanya menyatakan tiada sukrosa. Bagaimana pula dengan glukosa, corn syrup dan karbohidrat berlebihan? Jadi apakah point sebenar bagi sesetengah produk susu meletakkan ikon “No Sucrose” pada pembungkus mereka?


Kita harus mempersiapkan diri menjadi ibu bapa yang bijak dalam menentukan produk mana yang benar-benar menjanjikan yang terbaik untuk anak kita. Jangan tertipu dengan iklan yang kadang-kadang hanya memutar belitkan fakta.

Pada pendapat aku, Anmum Essential adalah satu-satunya susu yang tidak mengandungi gula tambahan. Kalau dibaca pada label kandungan Nutrisinya pun, memang tidak ada tertera Glukosa, Sukrosa dan Corn Syrap.

Sehingga kini Anmum Essential Adalah Susu Membesar yang disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan di seluruh dunia kepada ibu pada untuk diberikan kepada anak-anak kita semua.


Bagaimana pula susu yang anda ‘syorkan’ kepada anak anda? J


6 comments :

Mr.Clive said...

kalau yang dewasa minum ni agak2 pe jadi ea? hehe

Hanys Jehari said...

Iklan... Tp bagus for knowledge. Baby2 yg lahir skang pun besar blh cecah 5kg. ..

Azwani Shaari said...

my 17mons son masih fully breastfeeding..no added sugar off course..susu ibu terbaik! tp lps 2thn ni, kena pikir la susu apa nk bg, mungkin bg fresh milk saje..

HaLiMaTuN SaAdIaH said...

tapi kalo kat usa, especially kat texas nilah..kalo state lain tak tahu la..ehm lepas umur setahun memang takde dah bagi formula milk...terus kasi fresh milk.saya perasan malaysia jer sibuk kasi anak minum formula milk..sebenarnya kasi fresh milk jer lepas umur setahun..kalo ikut nutritionist kat sini, susu lepas umur setahun hanya untuk pelengkap jer..sebab anak dah start dapat nutrisi dari makanan lain..tp sebab bukan culture kita, jadi agak mahal lah fresh milk dan fresh milk yang tak berapa fresh kan..

My_Aqeelah said...

anak aku tak minum susu dah since stop menyusu badan at 2 yo. mmg dia tak nak pun, bagi fresh milk pun dia cam tak minat je. milo layan la. pada pendapat aku susu tak penting, yang penting anak dapat zat yang mencukupi dari pemakanan. kita ni dah dimomok kan bahawasanya susu tu penting sangat (konon laa).

T.E.M.B.U.N said...

hye noe..tembundewi here.
bila nmpk noe buh gmbr susu mamil gold tu terus terkedu.sbb anak dw minum susu tu.(okay terus balik ni cek kat packaging susu tu)
satu lagi...
tentang fresh milk tu..
so mmg tak de mlsh la ye bagi minum fresh milk.cthnya dutch lady tu ke?