15.2.12

Bersalah kah aku?


Bintang Sulung.

Aku tak pasti samada perasaan ini wujud sebab aku memang tiba-tiba jadi sensetif semasa mengandung kali ini. Atau, aku memang jenis sensetif. Tak pasti. Puas aku hiraukan kata-kata yang asyik diperkatakan. Tapi kalau tiap-tiap kali mengadap muka aku, nak cakap benda yang sama, menyampah jugak jadinya.

Sebelum itu aku nak tanya pengalaman ibu-ibu yang sudah beranak lebih daripada satu. Adakah kamu mengabaikan anak yang pertama sebaik sahaja dapat anak kedua? Tanya hati kamu dengan jujur. Adakah kurang rasa sayang itu? Adakah kurang belaian yang dahulu untuk anak yang satu?

Sebab semenjak aku mengandung kali ke dua ni, mesti ada mulut nak cakap

"KESIAN SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK"
"KESIAN SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK"
"KESIAN SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK"
"KESIAN SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK"
spam mode
"KESIAN SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK"
"KESIAN SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK"
"KESIAN SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK"

Bukan sekali. Bukan dua kali. Tapi berkali-kali. Buat aku down. Buat aku rasa aku ni kejam sebab mengandung lagi. Buat aku rasa bersalah sebab buat Sabrina kecik-kecik dah jadi kakak.

Kesian ke?

Aku cuma membayangkan kalau Sabrina dah ada adik, dia akan ada kawan nak main. Ada kawan nak kongsi cerita itu ini. Lagi pun aku memang teringin nak ada anak lagi satu. Aku ada target. Aku nak rehat dari hamil pada umur 30-an. Dan aku pun mampu nak tanggung dua anak. 

Kadang-kadang aku bawa Sabrina main di taman permainan atau amusement park, aku rasa macam kesian. Dia panjat lah sensorang. Naik jongkang jongkit sorang. Di suatu sudut taman aku nampak 3 adik beradik, main sambut bola sama-sama. Sambil mak dia memerhati dan senyum-senyum bahagia. Aku nak itu!

Aku bukan nak susahkan Sabrina. Dia cinta pertama aku. Mana mungkin aku abaikan dia. 

Masing-masing ada impian dan cara tersendiri. Kalau kau suka jarak anak bertahun-tahun, tak bermakna kau super-bagus dan aku ni emak yang salah. Dan tak semestinya orang kena ikut cara kau. 

Semak betul la. Sikit sikit kesian Sabrina sikit sikit kesian Sabrina. 

Bersalah sangat ke aku ni?

:(






56 comments :

mama maman said...

beranak je... mulut tempayan mmg susah nak tutup.. kalu susah pun kau yg tanggung bkn diorg..:)

Salhah Suhot said...

tak lah. sabrina pun bukanlah kecik sangat kan? lagipun nanti dia akan ada kawan. pedulikan orang yang cakap kesian..kesian tu. lagipun, kalau anak jarak jauh sangat, nanti yang kecik tak ada geng.lagi kesian.

AiTotYati said...

manusia mmg macam tu.


beranak salah



belum ada anak pun salah



macamlah kite susahkan depa....

IKAN said...

adik beradik saya 6 orang,semua selang 2 tahun.pandai mak saya plan.

tade masalah pon.tade pon yang kurang kasih sayang.besar pon semua alhamdulillah berjaya.

greyskymorning said...

pedulikan mulut org,,saya 5 adik beradik,,yg 4 org lahir selang 1-2 tahun je,,dulu mama kata sorang mak saudara pernah sound "amboi,,tiap tahun beranak!",,so what,,kami adik beradik happy je malah bersyukur umur dkt2,,x penah krg ksh syg pon,,dah besar lagi mak bpk tambah sayang!!

AJ Edrez said...

Tak bersalah langsung. Saya pun beranak bintang kedua masa bintang sulung masih umur2 macam Sabrina. Tak kurang tak lebih. Masa kecil layanan diberi sama adil. Bila dah besar sikit, kedua-duanya saling menyokong dan menjadi sahabat baik sesama sendiri. Itu yang paling membahagiakan.
Kenapa perlu orang lain dok kesian2...sedangkan apa yang Allah bagi untuk kita adalah yang terbaik untuk kita kerana Dia Maha Tahu.

Aneesah said...

Chill2 je akak, inshaAllah takde pun masalah yang diorang sebut-sebutkan tu. Sabrina dah besar pun dah tu. ;) Nanti ada adik memang sangat seronok. I cannot imagine living as an only child (adik-beradik saya 5 orang, jarak saya dengan abang setahun lebih je).


Always be thankful and put your trust in Him. ^^ Nak worry2 pun try luahkan dalam do'a, nanti ketenangan tu datang dengan sendirinya, iA.

Chempaka Aurora said...

ye betol, betol. xde sebab nak rasa bersalah. sedang elok aje Sabrina tu ber-adik. lagipun dah rezeki kan. itulah orang kita ni, beranak salah, tak beranak pun salah..apa ntah dia dapat buat orang rasa tak best macam tu.

Myra said...
This comment has been removed by the author.
aryu said...

xde la kak,ok per camtu.sabrina ada kawan nk main,

dr pengalaman sy tgk,org sekeliling sy yg punya anak jarak dekat dekat.
anak dia bukan main rapat lagi dengan adik dia.mcm kawan,boleh main sama sama,protect sama sama.

sy yakin akak akan bg kasih syg paling sempurna utk anak anak akak :)

Myra said...

personally i rasa, perkataan kesian kena tukar jadi best:

BESTNYA SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK
BESTNYA SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK
BESTNYA SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK
BESTNYA SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK
*spam lagi*
BESTNYA SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK
BESTNYA SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK
BESTNYA SABRINA KECIK-KECIK DAH JADI KAKAK

:D

likewise org2 yg cakap 'ala siannya kerja kuat' - i rs they should say 'syabas! hebatnya kerja kuat :D'

;)

Lady RaRa said...

hahahaa! aku dulu pun rasa yang sama lah noe oiii! aku dulu siap masa mengandung tu sangat2 soft dengan Affan sebab kesian kat dia nanti nak dapat adik.

minggu pertama memang dia terabai sikit tapi abah dia take over. dia buat la perangai sikit tapi tak pa sebab dia keliru lagi. petua dia, aku selalu suruh ambik tangan adik dia sentuh2 dia. memula dia tak respond, la ni lepas adik dah 4-5 bulan, dia dah tetiba jadi sangat abang-abang.

assistant aku wey! sweet ja bila aku tengah masak, adik dia terjaga dalam cot dia lari-lari mai dapuq habaq - mummy, adip jaga dah!

dont worry. nanti Sabrina akan tetiba jadi kakak-kakak. Insyaallah. just jangan tossed dia away lah. ajak dia sama-sama bagitau ni adik. ni orang baru. introduce dia. :)

orang yang duk kata camtu is setupit. nuff said.

ejaMaria said...

org mmg selalu tak puashati bila 'rezeki' kita lebih... abaikan je la... akak pun ada perasaan mcm tu dulu... 7 tahun dulu... tapi bila anak-anak ok je skrg ni... dah start sekolah... kakak tolong tengok adik... yg no.2 plak rajin melayan yg ke-3... so ok sangat-sangat... akak bole masak senang lenang lepas balik kerja sbb diorg 3 beradik elok je main + baca buku sama-sama + buat coloring... kalau gaduh tu biasa la... adik-beradik... akak selalu kata itu 'kawan-gaduh'...

Nursyahida Osman said...

Kakkkkk, biarkan je diorang tu. Bukan diorang pon yg tanggung makan minum anak2 akak kann.

Plus its true kalau ade adik, at least Sabrina ada adik nak main. Ada teman nak gurau nak gadoh and all. Kesian lah budak kecik sorg2 kan. And its ur rezeki. Kenapa nak mempertikaikan hal orang lain. Biar je kak. And ohhh, congrats on ur 2nd baby ni!!! yayayayy please update more! :DD

sensitive? well, takde lah expert sangat. tapi selalunyaaa kalau sensitif ni akan dapat opposite dari Sabrina. Im just sharing what i know. Just cheer up and dont listen to others. U ve ur own life yg lagi best dari diorang. Alrite? Cherr up! :)) xoxo

J u l i a 。.゜✿ said...

melayu biasalah noe,
dah kahwin, sibuk tanya bila nak dapat anak.
dah dapat anak, sibuk tanya bila nak tambah lagi..

bila dah preggie.. cakap macam macam pulak. eii tak sukalah macam tu.

kesian noe.

noe, ju pun nak anak juga ! & pemikiran kita sama. nak anak kita ada teman bermain. nak meriah. nak happy family ! nak nak nakkkkk !

bee2312 said...

biasalah tu mulut manusia. biler tak de anak, sibuk tanya biler nk ada anak. biler dh ada anak, sibuk plak tanya biler nk tambah. biler anak lahir dekat2, kata plak ' kesian anak kecik lg dh ada adik.' tu lah sifat typical orang melayu yg payah nk ubah. apa yg penting noe, kita bahagia dengan hidup kita dan hanya kita yg tahu apa yg terbaik u hidup kita. bee pun dulu anak jarak sampai 4 tahun, orang siap tanya ' mmg dh tak nk anak dh ker?' sentap jugak sampai skrang terngiang2...

kueh bakar said...

"mak, kak sabrina chenta pertama mak..adik ni cinta apa?"

"adik chenta terakhir.."

kehkeh.

"mak, ayah kata dia chenta terakhir.."

ahaks

Suzila said...

alo..lo..lo... hihi.
ok la nih noe..gab 2 tahun kakak n adik.
ikut org dulu2...lg la...mcm ketapi. Pantang tahun baru mst mau anak baru.
hehehe.

pastu jgn lupa ckp org yg bercakap2 tu... "igt comel ke tua2 bangka mengandung...? org tua2 lg la nk berehat..klu boleh anak2 plak jaga kita. Ni kita tua2 sebuk jaga anak kecik."

Mooniqueen said...

Wahh rezeki tuhan dtg tak kire bila mase... Ikutkan hati mesti rasa kesian dekat anak first tl bile pk balik elok gak ade anak ke2 sbb die Akan lebih independent .. Org ckplah..

mendatak hijau said...

aku nak anak rapat

pedulik apa!
nnt kenduri kawen senang
kawen semua sekali

habisss cerita

Lara Shamsyul said...

rezeki Allah kan...abaikan je kata2 org...

KiD said...

anak tu rezeki.jenis orang yang tak paham je yang cakap macam tu.Jenis mulut mcam bangkai.

kayna said...

Beslah ada anak 2, anak 1st, masa umur dia setahun setengah, adik dia da lahir. Mula2, hubbylaa kena layan si kakak, sbb kita busy nak nyusu anak ke2... Now si adik da pandai.. Haa, diorang main sama2... Seronok je. Rumah pun best. Meriah. Selalu gak i peluk 2-2 and dukung 2-2 serentak. Best je. Sayang gak 2-2 tanpa belah bagi. InsyaAllah. U too can do it. Pedulik org kata. Kata je dgn diorang, nak tambah umat Nabi s.a.w.

ZalinZalina said...

Noe...awak muda2 ni elok la beranak ramai2...pastu rehat terus macam kak ina ni..tak kisah apa org nak kata...asal awak dan famili awak bahagia :)

Nur_MW said...

Dont worry noe. My sis anak 1st n 2nd jarak x sampai 2 thn. Best tgk dia org main sama2. Kakak jaga adik, adik syg kakak, sweet sgt. Yg adik pun dah pandai abc hasil ajaran kakaknya yg petah. So, dont worry, they'll get along together n jadi best friend. Aku ni klau x sbb kena caesar mau tambah gak ni.

fiza zasmi said...

fiza mengandung lagi bila Damia umur 7 bulan.. bukan tak plan, tapi Allah nak bagi.. daripada 10 orang, sorang je kawan yang ok bile tahu.. yang lain, "sian Damia kecik lagi", "nanti dah ade adik mama tak sayang Damia lagi".. Mcm kite susahkan dia pulak kalau mengandung.. Tapi fiza rase Damia boleh, fiza pun boleh, mak mane xsyg anak.. dia nyawa kite.. fiza pun xselang2 ade adik, 6 orang lagi..tapi ok je sampai besar.. ;)

jas imran said...

instead, they said...

jelesnya aku sabrina kecik2 dah jadik kakak... (ulang banyak kali)

hehe...

afid said...

noe,
soalan ni selalu kitaorang bincangkan dengan kawan2 la..jadi kurang ke kasih sayang? jadi lain ke..kesian ke..tapi jawapan nya langsung tak. sama je nanti sayang tu sume..takde terbagi2 pon..saya nak cakap pon anak baru sorang. tapi kan mulut orang ni mmg puaka sikit.


kalau kecik2 dah ada adik, kesian katanya kecik2 dah jadi kakak..kalau xde adik lagi..eh, dah besar ni..boleh la dapat adik..

so, sama je..nak ada anak no2 org cakap, yang takde no2 lagi pon bercakap jugak..

I B U E L Y S H A said...

rezeki yang allah bagikan ,kenapa orang suka pertikaikan...

i pun tgh pregge anak no 2 ni...sebagai ibu kita cuba sehabis baik...sebelum adik sabrina keluar ni...u manjakan sabrina puas2..sbb biasalah kita manusia takut kita tak perasan melukakan hati kecil si kakak kan...itulah yang i cuba buat sekarang kat anak i :)

http://almaripinkezy.blogspot.com/2012/02/satu-rasa.html

SunsuRia said...

Ala Kak Noe.. pedulikan pe org kata... Allah Maha Mengetahui... Dia xberi pe yang kita minta.. tapi Dia beri apa yang kita perlu...
Dia tahu Kak Noe mampu... sbb tu Dia beri lagi rezeki anak...
Mulut org ni... xbuleh nak ditutup... Makin kita tepis, makin menjadi2..

Jgn letakkan rasa bersalah k... ;))

ujee said...

itu semua kerja Allah..jgn nak mempertikaikan...kalo Sabrina tu ada ciri2 seorg kakak..maka Allah kurniakn lah seorg adik...sepatutnya doakanlah si ibu dapat menempuhi hari2 yg dilalui dgn tabah & dipermudahkan segala urusan...sesungguhnya yang baik itu dr Allah...

p/s: msti x sabar nak tgk bebudak tu main sesama kan?hehheeee...

cujen said...

pedulikan lah apa iorg nak cakap.
mengandung cepat salah, tak mengandung pun salah.

susah nak paham masyarakat nie.
tak perlu rasa down pun.. bukan diorg yg kasi makan kita...

anyway, tahniah!

zyra said...

umo abg sy 26, sy 25, adik 23 & sorang lg 22...best umo dekat2 mcm ni.. masa kecik ada kwn nak main2 & bila besar ada kwn nk kongsi rahsia..seriously best...

Z said...

Best kot ada anak umur dekat-dekat. Nanti dah besar they will thank you for giving them close siblings. Best gila kot boleh jadi best friend!

sya_zazoo said...

org tu takde idea nk ckp ape kot. tak pon dia dulu pon ngandung cepat.dia rasa menyesal so dia taknk org rasa menyesal mcm dia..tak pon dia rasa sabrina tu super sweet sbb tu xsanggup sabrina ada adik nanti sker berebut. I had my 2nd one exactly the 1st turned 3..dh kira boleh jd kakak. Dh boleh syg2 adik..turn out sama jek dengki kat adik. mmg terasa cam slalu lebihkn adik dia. pastu sedih sbb kita xbrape lyn dia..takpe insyaAllah bila sorang dh 8tahun sorang lg 5 tahun sure boleh jd bespren. Biasalah..setiap org dugaan jaga anak berbeza. Yg penting kenalah bersedia utk improve.huhu

juneHalim said...

apa la nk kesian kan best ada kawan nanti, lgpn dpt latih dia jd kakak.sbb like my self ada adek lps umur 4taon, aku tak suka ok adek aku mse kekecik, rse mcm dia penyebok. dah bsr gajah bru rse syg.

so, aku pon plan nk bg anak aku adek ble umur dia dah capai setaon lebih. heeee..

abaikan lah mulut2 longkang itu, wat stress ko je. plg pntg ko n hasben bahgia. hidup kita, kita la corakkan, hidup dorg dorg lah lukis sendiri. ye dak?

nanaiman said...

noe dah ader kuarga sendiri..mcm mana nak plan tu letak pada noe n suami...org luar tak masuk dalam list so abaikan....
sabrina akan ader adik itu sgt bagus akak pun masa mengandungkan anak kedua punya fikiran yg sama biar anak sulung ader kawan bermain. now anak lelaki sulung dah umur 8 tahun n adiknya pompuan 6 tahun...main sama-sama gaduh pun sama-sama.
masa mula-mula tu mcn raina kata mmg sian ngan abangnya tapi nanti akan nampak satu keajaiban bila si abang sayang adik so sweet...
sabrina pun boleh jd kakak yg baik :) jgn risau sgt ye noe...

Liz Ard 27 said...

tapape tah..aku tak terfikir langsung nak kesian kat sabrina sbb mak die nak bagi die adik..org yang cakap tu xde modal nk cakap ape kt ko kot..

Kia Gal said...

adik beradik saye adae 6orang..saye yg ke-4....tiap sorang dari kami beza setahun sajer...

sy berterima kasih sgt2 kerana ibu saye sanggup lahirkan dan menjage kami yg sederet nie...

sebabkan umur yg dkat2, kami adik beradik saling menjage dan membesar same2...berkongsi barang2 dan pakaian..

dan kadang2 sy menjadik 'kakak' kepada adik beradik yg lebih tua, dan ade mase adik2 sy layan sy cam sy ni adik diorang plak huhuh...seronok membesar bile umur dkat2 nie..kami adik beradik mmg ngam smpai kadang2 org ingat ade antara kami ni kembar hehe

bile kawin pn tahun dkat2 n sy n abg kawin serentak..tapi jadik masalah skit la sbb bile ade anak sendiri jadik kekok sbb tak biase jage anak kecik hehehe

pedulikan kate org...tiap orang lain rezekinye...

Aisya Ibrahim said...

hi, saya kawan baru awak. baru jer join blog awak ni. ok, kalau ikut pengalaman saya pulak masa mengandung anak yang kedua pon ada jugak perasaan mcm awak ni. terasa diri ni sangat kejam dan confused dgn diri sendiri. Sampai adakala tu saya menangis sbb masih tertanya2 adakah saya bersedia untuk mengandung lg sorang dan adakah anak pertama saya bersedia untuk ada sorang adek. bukan apa takut kasih sayang tak terbahagi pulak maklum je lah bila dah dpt baby baru mestilah masa kita bnyk trluang pd yang 'baru'. Kesian mmg kesian tp sbg ibu kita perlu terimanya sbg benda yg positif. dan bila kita pikir yg positif secara semulajadi benda semua jd positif dan secara tak lansung si kakak ni boleh terima dgn adik baru dgn cara positif. pls betulkan jika sy salah :)


Jom lah jd kawan baru di blog saya ( aisyaibrahim.blogspot.com )

Irfa said...

pedulikan suara sumbang dari mulut yg sumbing itu..yg penting awak tahu setakat mana kasih syg awak pd sabrina.

beranak ramai masa muda ni la..dah tua nanti dah tak larat nak meneran

diyadeary said...

Saya belum kawin tapi nak ceritakan pasal Ibu saya. Saya umur 4 bulan Ibu saya pregnant lagi.. I mean, saya sangat kecil, lagi kecil dari Sabrina sudah dapat adik. Yet, saya rasa saya paling manja dan paling disayangi Ibu Bapak saya.. Abaikan orang bercakap Noe.. Apa yang terjadi sebenarnya, Allah beri apa yang terbaik untuk kita buat saat itu.. Allah tahu Noe mampu, itu dia berikan Sabrina adik pada saat sekarang.. Alhamdulillah.. :)

sincerely... Jamilah said...

x kejam la kak noe....it's a blessing that ur pregnant. janla di fikir sgt kata2 org..dorg xbmksd pn cmtu. hehe

Cik Nad said...

masa pregnant tu, bagitau kat Sabrina, dalam perut mama ni ada adik tau.. Bagitau tiap hari tiap kali.. Plus, tunjukkan dia video YouTube tentang perkembangan bayi dalam rahim (tak silap tajuk dia. Bagi dia jelas apa itu baby, apa itu adik.. Dan da boleh start bahasakan diri dia kakak..

Nanti bila adik da keluar, kita try tanya dia, mana adik Sabrina? Bila dia tengok perot kita da kempis, dan dia mesti blurr.. Tunjuklah adik dia yg da lahir tu..

Nanti dia mesti sayang. Dan suka jadi kakak.. Nanti cakap kat dia, nanti adik teman kak sabrina main2...

p/s: selalu gak kesian tengok si abg ni main sengsorg.. Alangkah bagus dia ada adik beradik. Dan sekarang, saya da selamat bg dia adik.. Dia pun sayang adik dia.

faRhah said...

kak , saya mengandung kali kedua masa 1st bby 1tahun 3 bulan , apa yang saya nyatakan adalah pengalaman utk dishare dan tidak mahu mendownkan. kalau dah mengandung ya teruskan mende2 yang best jgn amik port , untuk anak 2nd ini bergantung kepada emosi masing2, sejauhmana kita kawal, mcm saya honestly yang 1st tu lepas ada 2nd mmg sudah bercubit meninggikan suara, emosi saya x terkawal shian dia , sib baek ayah dia jenis keje dr rumah , mmdgkan dari bby 2nd ni macam2 kuning , berat badan , penyusuan jadi more attention pada 2nd. kini 1st dah 2 tahun 3 bulan , mmg dia selalu cari pasal gan saya spy saya take attention. kalau saya dlm keadaan ok mood ok emosi stabil xde masalah tapi jika sebaliknya.. sampai mak saya kata baru dua anak. saya bilang suami bila mau next baby? tengok keadaan saya pun dia kata nantilah.. saya sendiri akui tunggulah anak2 dua2 ni dah x pakai pampers kot baru ada seterusnya. tahun ni 28, kalau dapat lagi lelaki baby 2 orang rasa cukuplah :P

♥naematulsaadahismail♥ said...

noe..abaikan ja..
batrisyia baru nak masuk 7bulan dah nak jadi kakak
rezeki Allah bagi..kita mak bapak terima saja.setiap anak ada rezeki masing2.
Mudah2 kita xkan abaikankakak

HADI ANWAR said...

alhamdulillah. murah rezeki dapat anak. dlu masa ibu sy mengandung pun org ckp mcm tu. tapi ape nak kesian? sy anak sulung LELAKI tapi perhatian dan sayang x pernah kurang dari adik perempuan sy sendiri smpi skang... sayang ibu... hmm..bile la nak kawen. nak anak sendiri mcm ladynoe.XD

sharEna said...

at least 2 tahun gak per kalo ikot tahun beza sabrina dgn adik dia nti. ok la tu. islam pon recommend jarak anak at least 2 thn kan? persetankan kata2 orang tu huhuhu

M a m a A r i s s a said...

salam,

sbr la noe.situasi kite sm je.lin pon tgh preggy anak 2nd.anak 1st Ica br 1thn 2bln.mula² mmg kite down sbb lin lagi teruk terima org kata..dia suruh gugurkan sbb dia kata dia kesian dgn Ica.kecik² dh jd kakak.sampai mcm tu skali pemikiran dia.

lin jwb anak ni xb'salah y kite sanggup utk bunuh die & tolak rezki Allah.sejak tu lin jauh kan diri dr dia {org yang membunuh pemikiran kite}.

lin dh ajar Ica interaksi dgn adik die..where baby? automatik Ica dtg kt lin nk kiss perut lin.sweet kn.

jgn give up.Setiap anak ada rezeki masing² :)

Reen Tart Nenas said...

xde anak, tanya bila nak ada anak. ada anak sorang, tanya bila nak ada kedua. ada anak sorang tp masih kecik dh jadi kakak, ckp kesian pula. manosiaaa manosiaaa. xde topik nak ckp kot. tu yg jadi gitu. bukan seme org berfikir out of box utk tanya soalan yg lebih mencabar, contoh, ko dah sediakan dah bilik utk anak kedua nie?

eray said...

derang jeles kot..xde ape nak kesian kut lagi best ade sbb ade kawan nak main-main

Aishah Rahim said...

Aku dah puas dengar ayat macam gitu masa mengandung Najah dulu.

"Kesian Nashriq, tak puas dapat kasih sayang."

Aku risau juga pada mulanya. Takut Nashriq terabai dan aku melebih ke Najah. Tapi, hakikatnya tidak.

Malah aku bertambah sayanggggg kat Nashriq. Hati aku macam penuh dengan cinta bila ada Najah. Jatuh cinta dengan suami pon tak macam gini.

Kau akan lebih bahagia Noe. Bertambah bahagia. Ada Fandi, ada Sabrina, ada baby adik Sabrina. Semuanya serba lengkap!

:)

Aishah Rahim said...

Oh lupa.

Selamat kembali dari Umrah, Noe!

minatgiler said...

mula2 nak adapt aje jiwa kacau sikit. lama2 akan jadi best gila! yang sulung mula2 akan jeles2, lama2 akan kamceng berdua. paling best waktu peluk, dukung 2-2 kiri kanan. rasa macam aku orang paling kaya di dunia! kaya kasih sayang..

Susu said...

jangan susah hati...redah je.

~S~ said...

1. tu rezeki Allah.
2. nk kesian mende? sabrina ada kawan.
3. rujuk no 1.
4. again rujuk no 1.

aku rasa yg kate camtu bodoh. nk kesian kat sabrina kenapa? lain la kalo derang kate, kesian kat noe sbb beranak lagik, sakit aritu pun tak ilang lagik. itu sedikit logic. ok, sedikit. tak logic 100% tp dlm 10% logic.

persoalannya sekarang. ko kesian ke kat diri ko sendrik? tak kan? ko sendri redha kan.

szawanah.blogspot.com