17.2.12

Bukan Hipokrit...

Sepanjang yang aku selalu jumpa, yang aku selalu baca dan dengar dengan telinga sendiri, ramai diantara kita menggunakan alasan tidak mahu hipokrit apabila bercerita tentang kesalahan sendiri. 

Perkataan 'TIDAK MAHU HIPOKRIT' dijadi sebagai benteng halimunan yang kononnya memaafkan setiap salah dan silap. 

Contoh paling senang,

1) Aurat. 
"Aku bukan taknak tutup aurat. Tapi this is me. Aku tak hipokrit macam perempuan lain. Yang pakai tudung tapi still buruk perangai. Kadang kadang pakai tudung sebab dah disuruh mak bapak dari kecik. Bukan sebab keinginan sendiri. Aku nak tunggu sampai hati aku ikhlas tutup aurat baru aku nak buat."

2) Hubungan Sesama Manusia
"Aku kalau tak suka kat orang tu, memang aku tak suka bermuka-muka. Depan tunjuk baik. Belakang aku kutuk. Aku memang akan tunjuk kat dia aku benci dia. Aku tak hipokrit macam orang lain,"

3) Konflik Identiti
"Aku taknak hipokrit nyah. Ini la diri mak sebenar. Mak perempuan terperangkap dalam badan sendiri. Buat apa aku nak pura-pura gagah kalau naluri aku memang perempuan..awww"

4) Konflik Seksual
"Naluri aku memang suka kaum sejenis. I've done nothing wrong. Aku dah dilahirkan begini. Ini lah diri aku sebenar. Tuhan yang cipta aku macam ni. Kat mana salah aku. Takkan aku nak hipokrit kawen dengan perempuan padahal nafsu aku kat lelaki?"

Dan banyak lagi.

Maksud Hipokrit digunakan sebagai tiket yang telah disalah erti.  Salah aplikasi.

Bagi aku, bila kau cuba untuk menjadi baik, sedangkan hati masih ingin berbuat jahat, itu bukan hipokrit. Itu bisikan syaitan. Kita manusia biasa. Setan ada di celah pelusuk tubuh kita. Adalah menjadi satu normal kalau setiap manusia itu mempunyai niat jahat. Cuma jangan lah dilaksanakan.


Tipu la kalau aku cakap sekarang ni, walau aku sudah bertudung, masih ada lagi keinginan nak melawa. Bertabarujj supaya nampak cantik. Nak-nak kalau tengok gamba perempuan rambut lebat, paras bahu, ada warna-warna sikit rambut, ya rabbi teringinnya aku nak bukak tudung balik dan pergi Giant sambil freehair. Keinginan tetap ada. Tahan dengan tak tahan je la. 

Solat pun sama. Aku pernah tanya kawan aku yang boleh dikatakan menjaga jugakla solat dia. Samada "Pernah tak kau rasa malas nak solat?" dengan lajunya dia cakap, "mesti la pernah..setan ada kat mana-mana kot" Tapi kau lawan je la. Bukan bermakna, time kau malas solat, tapi kau solat jugak, kau akan jadi hipokrit. 

Hubungan sesama manusia. Senang cerita kalau kita aplikasikan dengan saudara mara lah contoh. Kalau kau tak gemar dengan certain perangai mak saudara/mertua/adik beradik, tak bermakna kau boleh berlaku biadap dengan mereka dengan alasan taknak hipokrit. Buat baik je la macam biasa. Tak perlu konflik. Lama-lama sejuk la hati tu. Menjaga hati sesama manusia kan lebih baik dari kita layan diorang dengan biadap. Bukan Hipokrit pun.


Konflik identiti/seksual pun sama la. Semua salahkan naluri. Padahal kalau dikaji betul betul, homoseksual adalah sejenis tabiat yang datang kerana penyakit hormon - dan ia boleh diubati. Ni tidak. Asal tertarik dengan kaum sejenis je, terus rebel nak jadi pondan. Cari la solusi B kalau dah tau solusi A tu tak elok. Tak boleh B, ambik C. Tak boleh C, pergi D, E, F. Sampai Z pun boleh. Aku dulu pun suka tengok porn lesbian. tapi takde pulak aku jadi lesbian. HEHEHhehe..heheh hehehehh. Dulu OKAAAyyy...DULUU..

Kalau agak-agak dah buat silap/dosa tu, diam dan jangan melawan hukum. Tak perlu bagi alasan "Taknak Hipokrit..taknak hipokrit"

Aku tidak lah mahu cerita tentang dosa pahala. Semua pembaca aku bijak pandai. Doktor ada. Engineer ada. Pegawai Besar ada. Penolong Pengurus KWSP ada. Timbalan Pengurus KWSP pun ada. Segan la dengan tuan dan puan. Semua lebih cerdik dari aku.

Tapi point aku mudah je. Bila kita melawan kehendak dan nafsu jahat di hati, dan memaksa diri untuk terus berjalan ke arah kebaikan, itu bukan hipokrit. Itu, melawan bisikan syaitan, namanya.


Barang sesiapa panggil aku ustazah, aku send virus. 




40 comments :

cik ems said...

virus ape nak send tu? haha. nice entry! :)

Liz Ard 27 said...

aku jatuh cinta kat ayat ni..izinkan aku share..atau copy..aku link blog ko nnt..

wardah @ fie shah said...

alasan taknak hipokrit ni dah biasa sgt dengar..tapi alasan yang tak kena tempat..nice one NOE! Thanks

Fahreen Fredo said...

HAHAHA suke tengok porn lesbian ye dulu. HAHAHA

Entry macam gini ah sedap bace. Senang paham. Teheheheheh

Booty Martinez said...

inilah yg saya suka!! hoyehhh..

hrpnya ramai la yg diluar sana sedar akan perkara ni. terutama kalau ia berkaitan dgn agama.

Kak, entry ni mmg best. ia juga boleh jadi unsur dakwah wpun akak bkn ustazah..yes! akak bukan ustazah.. heh. saya tak panggil kan??? setiap org berhak memberikan pandangan.. ;) love akak lah.

saya dari sekilass.com

like sejuta kali!

Irfa said...

setuju dgn tulisan awak.
syaitan ada dimana2,.setiap masa ingin menyesatkan manusia..

Just^me said...

saya sangat setuju dgn pendapat noe.. mmg alasan "tak nak hipokrit" selalu jer orang cakap kan? padahal itu hanyalah alasan utk menutupi kesalahan yang terang dan nyata salah, bukan kah tu hipokrit sebenarnya? =)

SumBody Me.. said...

berani nak send virus..hahaha..em, nice. Nasihat with ur own way..berhemah.so xdela org len rasa annoying kn..

jas imran said...

nice one noe! tetiba aku terbayang ko jadi ustajah. serius! heeee...

larik!!!!!

Lady RaRa said...

agak kebabian tang tengok porn lesbian tu.


aku pun suka gak wey..kahkah...tapi dulu gak aaaaa. sungguh ni tak hipokrit. errrrr...

IdaMandarin said...

Entri ini sangat membuka mata dan dimensi pemikiran saya. Umum tahu syaitan di mana-mana, tapi ternyata perbuatan mengelakkan hakikat.

Terima kasih Pn Noe. Teruskan menulis :)

Nani said...

bagus post kak =)
syaitan hanya mampu bisik je.nak buat atau tak,terserah pada kite.

iMaN NuR DiNa said...

Salam Noe,
aku setuju ja ngn hg issue tak nak hipokrit..nak2 bab melawan hukum Allah...siapa la hg kan nak tanak hipokrit dgn Allah,kita cuma makhluk..aku byk kwn golongan pertama dan kedua yg kau sebut kt atas.Golongan pertama,sejuta kali dok sbut xnak hipokrit tanak hipokrit,tp aku rasa la,pendapat aku ia lebih bersifat nk mempertahankan pendirian yakni salah disisi agama,atau lebih enak disebut "nak sedapkan hati sendiri".
Golongan kedua ni pn satu hal,ko xnk ckp ke,ko pangkah dia seumur hidup ko ke pastu ko claim diri ko xnak hipokrit..cenni la,lebih baik ko audit n reset balik diri ko.Kau pn x sesempurna mana nak suka,pangkah org 4ever..pastu claim ko "xnak hipokrit".Sebenarnya ko la "hipokrit sbb,kau hipokrit dgn Allah satu n dua kau hipokrit sesama manusia dimana kita ni x lari buat kesilapan, reset hati n minda sentiasa n u will be better dr hari ke sehari.Xyah nk claim ko bagus x nak hipokrit sgt la..hehe

p/s:Noe,just my 2cents.Aku suka suara lantang kau.

mama maman said...

Kesedaran utk berubah itu la yg penting.. bila rasa ada lg benda2 yg kununnya 'aku taknak hipokrit makanya aku takleh berubah' smpi bila pun takkan berubah kannn...

dan nice entry.. bagus sekali..:)

♥CIK SHA♥ said...

point yang bernombor 3 tu sangat menggelikan hati aku..terbahak-bahak aku gelak kat opis ni..hahaha..ngeng betol!

very the santai and sampai maksudnya..aku suka gila post ini okay..memang ade gaya ustazah..err..jgn send virus kat aku pulak..haha..

shazatul shifaa zulaikha zulkifli said...

okayy . entri ini super duper osem .

J u l i a 。.゜✿ said...

layan porn lesbian tu buat ju tergelak gelak. haih noe.. noe. ju suka noe ni, sebab entry yang sangat telus.

ok ju faham point noe. =) nice entry !

Hannah Johary said...

Ahahaha love this entry!

:D

b a r | n e said...

Semoga yang berkenaan (refer contoh 1 - 4) punya kekuatan untuk bagi statement yang sama depan Allah SWT di Padang Mahsyar nanti. Kata taknak hipokrit kan?

HidayahHilman said...

Saya salute Noe coz pemikiran yang sangat jelas dan jitu. Memang itu la yang sebenar-benarnya berlaku..

How come u have the right word to describe that undoubtedly thought..

kakchik@ella said...

nice post!!

Myra said...

excellent viewpoint :)

Sheila Nasir said...

nice blOg.. fOllow me k..

Ikhlas,
http://sheilanasir.blogspot.com/

Salhah Suhot said...

nak share okeh?

Ashypink said...

nice!nk share ye ustazah! :D

KiD said...

tak hipokrit vs bisikan syaitan.
Thanks,aku dh dpt jwpn.kdg mmg kita kena hipokrit.

shidaidris said...

asal comel sangat entry ni noe. sooo true :)

Anoneemus™ said...

Okay I pun suka lesbiporn. Dan yg peliknya when I confess to my husband dia tak tergezut langsung.

Normal kah?

ErnieFaizal Siti said...

setuju sangat2..tapi saya sangat2 tak suka bila ada yang kata, mulut je jahat tapi hati baik...sangatlah hipokrit..

100% Jade said...

Setuju yang no. 2. Ada very fine line between hipokrit dan "taknak menimbulkan unnecessary drama". Kadang2 tak suka pun, kita paksa diri senyum sbb nanti bermasam muka pulak, jadi awkward.

kayna said...

great entry, betul2. setuju 100%. semuanya kiter kena lawan. kadang pelik dengan statement org kata tak nak hipokrit atau belum sampai seru utk berubah. Kenapa perlu tunggu seru. Bukan ke dia da tahu. Kira seru da sampai laa. cuma dia je tak nak berubah. Wallahualam.

yaya+frdz+auf said...

hahaha.... syaitonnn mmg dimana2.

Yuyu said...

aku menyampah orang guna alasan ni untuk lakukan kejahatan...

lagi satu ayat 'belum sampai seru nak menutup aurat'..

kalau tuhan tarik nyawa,jawab la dengan seru kau tu.nauzubillah.

sharEna said...

loved this entry. thats a good thinking from u noe =)

hadzrinaqmal said...

bacaan yang menarik :)

Azhariah Zuber said...

minta izin untuk salin ye wak. series best

Eyka said...

wahhhhhhhhhhh~ sukeee ni..

meh muahhh2 ckit..haha:P

Cik Rose Cute said...

nice entry...follow kamu

zaty arifin said...

very nice entry, sangat tertarik dengan bunga ayat yang sangat2 senang difahami.. ^_^

soulsearcher said...

Betul tu noe.lgbt selalu je ckp depa jd gitu sejak lahir.salahkan genetic sedangkan semua tu penyakit hormon. Salahkan Allah kata depa...sapelah kita nk salahkan Allah sedangkan kita hamba. Takbur dgn Allah tu yg paling aku takut..