8.2.12

Diva 40-an

Entah minggu bila aku berbual dengan kawan siber aku. Topik pada hari itu dibualkan tidak lama. Sebab aku sibuk ke kenapa tah. 

Tentang orang yang meningkat umur, semakin umur naik, semakin insecure. Maksudnya bila umur tua semakin tiba-tiba nak jadi muda. Tiba-tiba mula peduli dengan penampilan diri. Tiba-tiba rasa perasan menebal bila ada lelaki pandang-pandang sikit. Tegur dalam lif pun dah rasa macam dia seorang paling Diva.

Aku mula semakin peduli dengan topik tersebut setelah nampak dengan mata kepala sendiri bilamana individu yang sudah semakin berusia ini (selalunya 40 tahun ke atas) semakin mula 'menjadi-jadi'. Semakin rajin jaga dan pasang diri. Tiba-tiba sanggup telan jamu pahit. Tiba-tiba semakin kencang main facebook. Semakin sibuk beli produk ketat  dan rapat itu ini itu ini. Semakin ramai kawan lelaki yang rata-rata suami orang yang sudah bosan dengan bini sendiri.

Tapi tak semua macam tu.

Aku kenal ramai orang umur 40an yang hidup dah stabil. Pergi bercuti luar negara dengan suami/isteri. Masa tu sibuk dengan result exam anak. Ada yang sibuk kahwinkan anak. Dan ada perniagaan sendiri. Bukak butik dan tumpuan utama adalah keluarga, keluarga dan keluarga. Masih nampak cantik dengan gaya tersendiri. Tidak beriya-iya. Gemilang dalam sederhana. 

Aku tak reti nak komen banyak-banyak sebab aku belum tiba fasa menjadi seorang perempuan berumur 40-an. Kang tiba-tiba aku pulak terlebih Diva.

Yang aku tau, dari umur aku 26, aku pakai Safi Rania Gold dan minum Jamu Mak dara. Dua tu memang aku rajin setakat ini lah.

Perbanyakkan amal dan taubat sebab selalu rasa umur tak sampai 40 pun. 


p/s: Aku adore Norkumalasari dan Sarimah Ahmad. Dah berumur, masih cantik.




6 comments :

Mooniqueen said...

semoga perkahwinan kita semua berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya..takut juga bila dengar benda2 macam ni, tapi tawakal je..

isabelle said...

awalyne ko pakai SRG noe.
musti terserlah mcm rozta che wan nanti.kuikuikui

ema rose said...

hi noe. i'm a follower from sarawak. love ur writing. start pakai safi rania, sebab baca post noe pasal safi aritu. maybe pas ni, nak try jamu mak dara jugak kot :)

belogkiter said...

terllau cintakan dunia.. macam tu lah jadinya

Lady RaRa said...

kahkah

ciri2 insecured hang senarai tu tak berapa insecured lagi. yang lebih insecured adalah apabila tengok orang yang lebih muda dan rasa tergugat.

tengok bos muda terus rasa tergugat eh boss ni muda tak ada pengalaman, aku dah lama kat sini mari kita buli.

eh macam kisah sapa tah aku cerita ni? kekekekeke.

Ladynoe™ said...

Lady Rara:

tak berani nak disclose lebih lebih. Kang terkena kat diri aku, malu sendiri. auwww.